Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 18 September 2012

Gerakan Suaram Mirip Parti Komunis Malaya

Akhirnya setelah Suaram sendiri mengakui menerima dana Soros, pelbagai tindakan undang-undang dalam proses tindakkan. Malah mana-mana pihak di negara ini tidak sepatutnya menerima dana daripada George Soros kerana penyangak mata wang itu pernah menyebabkan berlakunya krisis kewangan dunia. Soros juga mempunyai agenda mengaut keuntungan peribadi yang boleh meranapkan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu amat bertepatan dengan masanya yang Suaram dikenakan tindakan tergas berdasarkan undang-undang negara ini.

Sesungguhnya Suaram mirip gerakan Parti Komunis Malaya seperti yang dihuraikan oleh GAP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) kerana didapati wujud keraguan dalam dokumen dan penyata kewangan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, (SSM) akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya yang akan dikenakan terhadap syarikat yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
"Tindakan undang-undang diambil kerana didapati ada unsur yang mengelirukan di dalam akaun SISB.
"Dipercayai cara laporan di dalam akaun mengelirukan.
"Petang ini kita akan berbincang dengan wakil daripada Jabatan Peguam Negara untuk berbincang hal ini," katanya kepada pemberita.
Katanya, terdapat lima tuduhan yang telah dikenal pasti, namun setakat ini hanya satu sahaja yang telah diputuskan untuk disiasat iaitu Akta Syarikat 1965 di bawah seksyen 364(2).
"Kita akan siasat di bawah lima tuduhan dan seksyen, tetapi yang telah dikenal pasti sekarang siasatan di bawah Akta Syarikat 1965 di bawah seksyen 364(2)," tambah beliau lagi.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap Suaram, Ismail berkata SSM tidak mempunyai kuasa kerana pertubuhan tersebut kerana tidak berdaftar di bawah suruhanjaya itu.
Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa enam lagi agensi yang bermesyuarat bersama SSM dan wakil Bank Negara hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap badan bukan kerajaan (NGO) itu.
Suaram sebelum ini didakwa menerima dana daripada spekulator mata wang terkenal, George Soros melalui NGO yang berpengakalan di Amerika Syarikat berdasarkan dokumen dan emel antara kedua-dua pihak.
Sementara itu, Pengerusi Suaram Arumugan Kalimuthu berkata pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama berhubung siasatan keatas pertubuhan itu.
Namun katanya, Suaram akan meneruskan pendedahan berkaitan dakwaan skandal kapal selam Scorpene.
"Suaram bersedia untuk dikecam dan disiasat. Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SSM dan mana-mana badan yang berminat untuk melihat "buku" kami.
"Saya memberi amaran kepada pihak kerajaan yang bertanggunjawab dalam skandal Scorpene untuk bersedia," kata beliau lagi. sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here