Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 7 March 2012

Sekali Kena, Baru Pandai Terasa



Ini kisah antara seorang OKU bernama Frusis dengan Datuk Mong Dagang dari Sri Aman, Sarawak. Apa yang hendak diceritakan bukan pasal soal tindakan betul atau salah kedua-dua pihak. Mari kita renung dari kemungkinan mata hati kedua-dua pihak

Kisahnya bermula apabila Frusis seorang OKU yang memang mendapat bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, yang berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011. 

Malah Frusis juga turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011. Fuh lama tu. Kalau dicongak besar bantuan diberi kepadanya. Wahal Frusis cuma mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok. Itulah cerita dari Datuk Wong Dagang

Kemudian datang PRN Sarawak pada 2011. Frusis mungkin terlupa!! Terlupa tu maknanya tak sengaja laakan.... Yang kerajaan Sarawak selama ini bergitu prihatin untuk membantu orang OKU sepertinya. Bila dengan tidak sengaja Frusis terlupa, Frusis telah membenarkan rumahnya dijadikan markas gerakan sempena Frusis menjadi penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya menjadi markas gerakan calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu. Itupun bukan sengaja kerana kemungkinan matanya keliru rupa bentuk bendera BN dgn bendera PKR atau DAP. Siapa tahu bukan!!

Bila masuk 8/12/2011 Datuk Mong Dagang pula yang mungkin terlupa. Adus!!  terlupa yang Frusis patut diberi bantuan lebih panjang lagi, kalau boleh seumur hidup. Ishh patut ke macam tu, hendak beri bantuan seumur hidup. Bila sudah terlupa maka keluarlah surat pembehentian bantuan yang lebih 29 tahun dengan serta-merta.

Apa lagi SEKALI TERKENA BARU TERASA BUKAN!! dibuatnya Frusis, yelaah... Salah ke dia menyokong pembankang kerana negara ini amalkan demokrasi betul juga kata Frusis tu. dan Datuk mong Dagang juga berkata juga yang diapun mengamalkan demokrasi memberi kepada yang layak. Pun betul juga kata Datuk Mong Dagang kalau mereka buat berdasar penilaian semasa mungkin berbeza keputusannya. Tak tahu laaa pulak... Kriteria bagaimana digunakan pakai untuk pernilaian kelayakan menerima bantuan. Jadi sama-sama terlupa dan sama-sama demokrasi laaaa kan.

Lagipun kalau difikir-fikirkan dah 29 tahun bantuan telah diberi kepada Frusis masih juga tidak ada rasa berterima kasih susahlah, yelaa kalau kita sahaja nak orang ingatkan kita, tampa penah ada rasa terhutang budi kepada orang yang mengingat kita, memang susah cakap laaa. Kedua-dua sama-sama manusia, masing-masing ada perasaan dan harapan. 

Rasa-rasanya siapa yang memulakan sifat berprikemanusian kalau Frusis hendak bercakap soal prikemanusian.

Bercakap soal tidak manis menteri muda bertindak sedemikian, adakah manis kepada orang yang menerima bantuan selama 29 tahun, terang-terang menunjukan perasaan tidak puas hati dan perasaan BN patut ditukar dengan membenarkan rumah dijadikan markas gerakan. Sebenarnya siapa mula terang-terangan menunjukan rasa tidak puas hati!. Soalnya maniskah seorang yang mendapat bantuan selama 29 tahun bertindak sedimikian.

Buat Frusis adakah berbaloi anda bertindak sedimikan rupa?

Bergitu Datuk Mong Dagang juga hendak ditanya juga. Adakah berbaloi tindakan anda sedikian untuk BN?

Kalau kita ingatkan orang, orang akan ingatkan kita itu betul!!

Pemimpin berwibawa adalah pemimpin yang tidak penah pilih kasih untuk berbakti. Itupun betul juga!

Walau bagaimanapun dengar kata DAP akan beri bantuan ganti kepada Frusis. Kira oklah tu. Rezeki jatuh keriba tapi adakah boleh bertahan sampai 29 tahun atau lebih. 

Hendak dituduh siapa yang salahpun tak pandai kerana kedua-duanya ada hak mengambil tindakan melalui penilaian masing-masing. Jika kita yang memperhatikan, fikir-fikirlah...............Pecah Palak Mikir

SELCAT TIN KOSONG BERKARAT


Alahai dah dekat-dekat PRU13, Punaisihat Ekonomi Selangor yang konon gaji RM1, tapi komisen ????? siapa tahukan, dah mula naik bengong memikirkan MB Khalib dengan tergagap-gagap mengisytiharkan duit Yayasan Selangor sebanyak RM1,414,346 habis tampa sebarang pulangan. Hairan betul pada hal diberlanjakan berdasarkan sistem terbaik yang penah dicipta Pakatan Haram selama ini, iaitu sistem SELCAT. Hairan betul macammana fungsi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Adakah kehebatan SELCAT yang dicanang serata Malaysia selama ini hanyalah Tin Kosong Makin Berkarat Mereput. Mari kita selak satu persatu apa benda yang SELCAT niii.


  1. Kerana kehebatan sistem SELCAT, Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah membatalkan menghadiri majlis jamuan tengahari semperna 40 tahun Yayasan Selangor kerana kosnya mak datuk!!! RM396,370. Pehhh!!!! yang peliknya Khalib tak tahupun diberlanja sebanyak tu, Dalam sistem SELCAT ada perkataan "Tak Tahu" hebat tu, akhirnya ada Timbalan dijadikan sebagai kambing hitam dibuang kerja, selamat tengkuk MB Khalib.
  2. Melalui sistem SELCAT 3 lagi majlis haru-biru, majlis berbuka puasa di Dewan Sivik MBPJ pada 21 Ogos 2010, di hentam sampai kos RM167,400, kemudian majlis jamuan Aidilfitri pada 4 Oktober 2010 dibantai sebanyak  RM 330, 476 dan RM 44,452 untuk majlis korban perdana. Memang betul berjimat cermat kerajaan Selangor. Jimat makan keliling la katakan.
  3. Tapi ada yang lumayan lagi kerana kecekapan sistem SELCAT, RPK laporkan kehilangan tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd(KHSB).
  4. Dari kecekapan sistem SELCAT RPK dedah lagi Azmin kutip duit pasir.
  5. Dari kecekapan sistem SELCAT juga harga pasir boleh dibeli oleh kroni dengan harga di bawah pasaran.
  6. Dengar kata SELCAT juga untuk menyelia janji PRU12 tapi cuba kita tengok balik betul ke tertunai.
  7. SELCAT boleh mengawal harta benda kerajaan Selangor, betul ke. Abis apa dah jadi dengan bagunan PKNS dengar macam nak tergadai je dan bagaimana dengan kecurian pasir di Selangor, patut ke Khalib tak tahu. Kira ok jugalah dalam tak tahu dapat bonus 6 bulan, tapi kalau tahu, mahu setahun bonus tu. 
  8. SELCAT juga dikatakan digunakan untuk mendedah segala kepincangan dan penyelewengan dalam kerajaan, tapi heran betul pasal apa isu pasir tak boleh dibahas dan dibangkitkan oleh ADUN. Hairan-hairan betul macammana tiba-tiba Kerajaan Selangor sekarang boleh jadi kebal pulak.
  9. SELCAT dengan Tin Kosong Yang Berkarat tak ada beza sebab keduanya sesuai masuk kawasan pelupusan sampah yang bersepah-sepah diserata ceruk Selangor. Sebab dulu Alam Flora punyalah bagus mengurus pelupusan sampah, tapi sebab sifat MB bodoh sombong ingat senang urus sampah serata ceruk Selangor, akhirnya bersepah-sepah sampai berbulan tidak kutip pun ada. PAS juga jadi pecacai pencuci sampah bila terdengar ada TV3 nak datang. Hairan betul SELCAT takda fungsi langsung dalam masalah ini. atau SELCAT sekadar berkisar kepada untung jual pasir.

Kalau ikut fungsi sebenar SELCAT untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di sebalik tabir sebuah pemerintahan negeri terutama dalam hal berkaitan kewangan dan harta yang sepatutnya sampai dan disalurkan kepada rakyat setempat. Seterusnya SELCAT dapat mempertahankan hak rakyat dalam soal perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan. Jadi sekarang sebaliknya berlaku, atau sebenarnya SELCAT untuk pentabiran cekap menyumbat habuan buat kroni ke!!!! atau mencari peluang-peluang baru buat kroni. Alahai Tin Kosong Karat Mereput kasi tukar!! kasi tukar!! bila PRU13. Buang masadepan betul!!

Tuesday 6 March 2012

Keberanian TDM yang tak mungkin dilakukan Anwar atau Nik Aziz


KISAH BENAR !!! KEBIJAKSANAAN SEORANG SUAMI dan PERNGORBANAN SEORANG ISTERI

Tun Dr.Mahathir Mohamad pernah menghantar isterinya , Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali ke Iraq ketika perang teluk 1990-1991. TDS.Hasmah yakin dengan perjuangan suaminya yang tercinta dan redha dengan apa jua bakal ketentuan Allah, lalu bersetuju untuk menghantar bantuan makanan ke Iraq yang sedang mengalami sekatan bantuan dari negara luar oleh Amerika. Pada masa itu Amerika tidak membenarkan mana-mana pesawat mendarat di lapangan terbang Iraq. Ketika pesawat yang dinaiki TDS.Hasmah tiba di udara Iraq, memang benar-benar tidak diberi keizinan mendarat oleh Amerika. Ketika itu dengan kebijaksanaan TD Mahathir terus menalifon President Amerika George Bush, mengatakan isterinya berada di dalam pesawat tersebut, dan masih berlegaran di ruang udara Iraq tampa kebenaran mendarat. Jika keadaan ini terus dibiar berlanjutan, pesawat tersebut bakal kehabisan minyak dan terhempas.

Memandangkan pengaruh TD.Mahathir terhadap negara-negara islam serata dunia, George Bush akan berfikir panjang untuk mengambil resiko hingga menyebabkan pesawat itu terhempas. Kerana dengan pengaruh TD Mahathir masa itu sesuatu resiko luar jangkaan mungkin akan ditangung oleh Amerika. Akhirnya George Bush tidak berani mengambil resiko dan membenarkan pesawat itu mendarat. TDS Hasmah selamat tiba di lapangan terbang Iraq dan berjaya menyampaikan bantuan makanan kepada rakyat Iraq.

Tiada lapuran media untuk ini kerana Tun buat semata-mata perjuangan mengukuhkan Islam di dunia. Keikhlasan tampa diketahui rakyat, membuktikan Tun seorang perjuang islam tulen, bukan macam Anwar bukan macam Nik Aziz yang nak berjuang semua mesti dinyatakan walaupun kebanyakan setakat bunyi je lebih tapi apapun tak ada. Biarlah orang menghina mencaci Tun Dr Mahathir sebagaimana rupapun, Tun sampai sekarang masih memperjuangkan nasib umat islam tampa sempadan dan waktu. Tun tak perlu penghormatan tapi dialah lagenda yang masih kuat bekerja di tanah air tercinta ini. 

Tun juga memahami wujudnya pembangkang dalam sistem pentabiran negara, tapi biasalah pembangkang negara ini sekadar macam majalah gosip artis, cakap melambung-lambung tapi penahnya tertunaipun. BOLEH KE ANWAR MAHUPUN NIK AZIZ ATAU MANA-MANA PEMIMPIN DI NEGARA INI, SEBERANI TUN. Sesiapapun sama ada memuji atau mencaci Tun, mereka tetap harus berterima kasih kepada Tun yang telah banyak merubah langskap kemajuan negara ini tampa meminggirkan kepentingan semua kaum dan agama. Kerana apa yang kita nikmati selama ini adalah sebagian dari Tun yang meneruskan legasi pentabiran kegemilangan UMNO BN.


pst-- SEBAB ITU PAKATAN HARAM CUBA MEMADAM KEGEMILAGAN LEGASI UMNO-BN

Parasit PAS Sembunyikan Fatwa 63 Ulama Demi Anwar

PAS masih juga mencari helah demi helah untuk menyerang UMNO demi untuk melindungi Anwar dari dipersoalkan rakyat tentang kenyataan Mendukung Keselamatan Israel di Wall Street Journal. Perasit Tuan Ibrahim cuba mengalih perhatian rakyat dengan mengaitkan surat Tun Dr Mahathir konon menyokong Israel.
Ceritanya mudah, sebenar Tuan Ibrahim sedar isu kata dua yang disuarakan Nik Aziz dan majlis syura PAS kepada Anwar iaitu samada menarik kenyataan di WSJ atau menyaman WSJ, yang langsung tidak diambil endah  oleh Anwar. Malah Nik Aziz dilihat bergitu mudah termakan hujah auta Anwar tentang pandangan Hamas dan Fatah. Malah Anwar sebelum itu juga telah menyiarkan gambar pertemuannya dengan Hamas dan Dr. Yusof al-Qaradawi, kononnya kedua-duanya faham akan apa yang sampaikan Anwar. Kononnya kenyataan Anwar itu tak ada salah-silapnya. 

Tiba-tiba Nasaruddin  Mat Isa yang juga pengerusi Yayasan al-Quds Malaysia, tampil mengatakan seramai 63 ulama telah mengeluarkan fatwa kepada mana-mana umat islam yang mengeluar kenyataan menyokong Yahudi atau mengiktiraf keujudan Israel, adalah pengkhianat kepada islam, pengkhianat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulnya. antara ulasan Nasaruddin "Tidak boleh sama sekali, satu inci pun tanah Palestin itu diberikan kepada Yahudi, tidak ada mana-mana individu, mana-mana organisasi, boleh membenarkan taanah Palestin ini diberikan kepada Yahudi kerana inilah sebahagian darpada perjuangan yang berkaitan dengan akidah". Antara 63 ulama tersebut adalah Dr. Yusof al-Qaradawi. Nasaruddin juga telah bertemu dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Kuwait, turut menyatakan tanda kesal keatas kenyataan Anwar yang mendukung keselamatan Israel. Dari pertemuan tersebut, membuktikan yang Anwar telah menipu rakyat dengan mengatakan kenyataan Anwar tersebut, telah mendapat sokongan Hamas dan Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi.

Dari situ Anwar terperangkap dengan satu lagi tekanan yang menunjukan dia benar-benar menyokong Yahudi. Apatah datang pula Raja Petra Kamarudin mendedahkan Anwar memerlukan dana 600juta untuk PRU13, menyebabkan rakyat lebih yakin mengatakan Anwar terdesak hingga terpaksa mengambil resiko mengeluarkan kenyataan Mendukung Keselamatan Israel kerana dana buat PRU13. Inilah kenyataan pembuktian kesetian Anwar kepada Yahudi.

Hakikatnya Yahudi memang secara senyap-senyap memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang telah berlaku di negara-negara Arab, Anwar dengan kerjasama Yahudi menghidupkan gerakan NGO untuk menghasut rakyat dengan memburukkan kerajaan, untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Anwar juga didedahkan oleh banyak pihak tentang sifat anti ulama hinggakan bekerja keras mencari helah dan cipta krisis dan gerakan jentera menjatuhkan mana-mana golongan ulama didalam PAS yang bercanggah dengan matalamatnya, seperti Hassan Ali malah Nasaruddin juga dilihat dalam keadaan bahaya. Buat krisis kerajaan negeri Kedah juga melibatkan sentuhan khianat Anwar secara halus untuk mengantikan semua keanggotaan tertinggi dengan perasit-perasit yang boleh menghalalkan apa sahaja yang bakal anwar corakan kepada negara ini mengikut arahanan halus dari sekutunya Yahudi. Tak mustahil Nik Aziz juga akan disingkir jika melawan arus atau berpatah arang dengan Anwar di satu masa nanti.

Kenyataan Tuan Ibrahim di Haramkah yang cuba mengaitkan Tun Dr Mahathir dengan mengiktirafkan Israel, sebenarnya lebih bersifat mengalih perhatian rakyat demi kesetiannya kepada Anwar, dan sebagai langkah terdesak untuk menutup penghinaan dilakukan Anwar yang tidak menghormati langsung kata dua Nik Aziz dan majlis syura PAS. Dari sini, apa jua kenyataan dari PAS tentang Israel patut disangkal rakyat, patut diwas-waskan oleh rakyat, kerana jelas sekarang PAS banyak mainkan wayang-wayang sendiwara demi agenda parasit-parasit dalam PAS yang mengharapkan sesuatu dari Anwar dan bayangan nafsu pemimpin PAS dari bayangan kenikmatan Putrajaya.

Sunday 4 March 2012

Beranikah Nik Aziz dan Anwar memohon maaf kerana gagal.

Kalau dah dari golongan puak-puak Pakatan Haram, mana boleh duduk diam apabila Datuk Sri Najib memohon maaf terhadap kelemahan dan kelalaian UMNO di bawah petadbiran lalu. Maka mulalah serangan bertubi-tubi terhadap DSN kononnya PAS dulu betul la, kalau tak ada PKR hal ini tak berlaku la.

Puak-puak Pakatan Haram bukan penah perduli akan keikhlasan DSN kerana kerja mereka tukang cari salah tapi diberi perluang bertanggungjawap langsung tak mampu memikulnya. Adakah mereka berani memohon maaf keatas kegagalan mereka. 

  1. Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menguruskan masalah air yang dah sama warna dengan tanah merah dekat Kelantan,
  2. Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menyelesaikan isu Ladang Rakyat hinggakan memkayakan tokey-tokey cina dan rakyat kelantan pula kehilangan tanah.
  3. Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menyelesaikan masalah infrastruktur pembangunan Kelantan dan rumah rakyat Kelantan.
  4. Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal mendesak Anwar menyaman WSJ atau mendesak Anwar tarik kenyataan Mendukung Keselamatan Israel dari Wall Street Journal.
  5. Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal mempertahankan khalimah Allah dari disalah guna oleh gereja.
  6. Cuba kita cabar PAS berani tak mereka memohon maaf kepada keluarga mangsa Memali yang terkorban kerana “Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR” adalah salah dan diganti dengan “Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong jadi apa nasib pengorbanan mereka hingga ada yang terkorban.
  7. Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menunaikan janji-janji PRU12.
  8. Cuba kita cabar Nik Aziz adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal memujuk sekutunya DAP melaksanakan Negara Islam dan Hudud. Hinggakan hudud digugurkan dari menjadi satu agenda dalam buku Jingay
  9. Cuba kita cabar Anwar adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal menunaikan janji-janji PRU12 kepada rakyat selangor.
  10. Cuba kita cabar Anwar adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana tersalah lapor kenyataan Mendukung Keselamatan Israel di WSJ.
  11. Cuba kita cabar Anwar adakah dia berani mengaku dan memohon maaf kerana gagal mempertahan berapa banyak tanah melayu Pulau Pinang dirampas Lim Guan Eng.
Kalau nak dicerita tentang kegagalan PAS, kegagalan PKR dan kegagalan DAP boleh karang buku setebal lebih dari 20 inci. Tapi tak ada satupun pemimpin mereka berani memohon maaf kerana kegagalan mereka menunaikan tanggungjawap kepada rakyat. Kita bertuah kerana PM kita sekarang sanggup merendah diri, mengaku salah dan memperbaiki setiap sudut dari pandangan pelbagai pihak yang bermacam rentak bunyinya. Apapun jua Datuk Sri Najib tetap bertenang, bersabar, merancang dan berusaha bersungguh-sungguh demi tranformasi kepada rakyat.

Secupak cukup untuk Negara Kebajikan

Kehadiran Najib di Kelantan, menyebabkan PAS Kelantan semakin terdesak dengan pengharapan yang dijanjikan Najib kepada Rakyat kelantan. 

Bila bercakap soal kemiskinan, pemimpin PAS bukannya hendak berfikir bagaimana hendak menunaikan masalah ekonomi Kelantan yang makin tersasar, malah hendak membuat janji baru kepada rakyat Kelantan pun tak berani sebab mereka tahu janji-janji mereka dahulu belum tertunai sampai sekarang.

Jadi bermulalah kempen konsep Negara Kebajikan baru PAS, iaitu Kempen bersyukur dengan kemiskinan dan kedaifan yang ada atau bersyukur asal ada melayu kaya senang lenang biar kita miskin melarat. Rancangan mereka untuk memujuk rakyat dengan cara bertentangan dari Najib, sebab mereka sendiri pun tahu yang mereka tak mungkin dapat menyaingi tranformasi BN yang dibawa oleh Najib. Inilah agenda yang cuba diserapkan kepada rakyat Kelantan supaya tetap setia menjadi mangsa PAS. Sejak bila Islam mengajar kita mencari pemimpin yang pandai mengajar rakyat percaya kepada rezeki secupak tak akan menjadi segantang, Antara isu diketengahkan mereka.
  1. Negeri Kelantan miskin tapi tiket bola termahal di Malaysia dan stadium sentiasa penuh- Agak-agaknya ticket bola itu boleh selesaikan masalah jurang kemiskinan di Kelantan ke!!
  2. Keuntungan TESKO di Kelantan tertinggi di Malaysia- Pemilik TESKO tu siapa, sejak bila orang PAS pandai sokong syarikat berasal dari Yahudi dan apa kena mengena dengan mengurangkan jurang kemiskinan Kelantan
  3. Setiap 10 biji rumah banglo di Kelantan, hanya satu milik orang cina, yang lain semua melayu. Persoalannya sekarang berapa ratus ribu jumlah rumah banglo yang terdapat di Kelantan dan berani ke mereka dedahkan berapa banyak rumah yang dah macam reban ayam tidak dibela PAS, Berapa ramai rakyat yang sukar mendapat rumah kos rendah di Kelantan. Yang paling pasti orang cina lah paling kaya dalam setiap kampung di Kelantan
  4. Membezakan harga nasi ayam antara tiga kedai di tiga lokasi yang berbeza status. Kononnya nasi ayam di Kota Baharu harga RM4.50 berbanding di Bangi RM5.50. Alahai seringgit saja ke yang murahnya, Ingatkan nasi ayam kat Kelantan RM2.50. Tapi kalau nak bandingkan harga dekat Airport  apa mewah sangat ke kedai kat Kelantan sampai nak bandingkan dengan Airport.
  5. Rakyat kelantan miskin tapi rakyat mampu pakai emas sampai ke siku, Berapa orang sangat yang pakai emas ke siku, boleh ke orang PAS beri jumlahnya. PAS tidak mahu menjawap ke berapa ramai terpaksa merantau meninggal anak-bini kerana Kelantan tak ada sumber yang dapat memberi pendapatan. Bila dah terlampau ramai yang merantau meninggalkan anak-bini, dan kebetulan pula kes ibu tunggal paling banyak di Malaysia pula tu. Apa PAS tak buat kajian ke kenapa ramai ibu terpaksa menjadi tunggal.
  6. Orang kelantan berbangga rakyatnya orang bijak. Kalau ada sejuta orang bijak di Kelantan tapi dapat pemimpin dalam ketegori bijak-bijak bodoh atau ada jenis bodoh sombongpun tak berguna juga.
  7. Pasal Ladang Rakyat yang hasilnya dimakan sedap-sedap tokey cina tak pula berani kecoh-kecoh.
  8. Pasal air dah nak sama dengan tanah merah tu, rahmat kerana bodoh sombong PAS yang mengaku bijak mengatur tapi bila nak kerjakan masih hilang arah punca dekat mana hendak dimulakan.
  9. Masalah kemudahan asas jangan ditanya langsung sebab semuanya makin tak terjaga.
Itulah yang PAS cuba-cuba pujuk rakyat Kelantan bersyukur hidup dalam kedaifan, yelah hidup di duniakan sementara. Jadi biarlah rakyat kelantan hanya berbangga dengan kroni terpilih PAS sahaja yang kaya-raya. . Rakyat Kelantan kalau dah penat dapat pemimpin yang pandai buat kelentong selama 22 tahun, elok-eloklah beri perluang buat Najib sepengal kerana  "Di bawah kerajaan BN, InsyaAllah jika diberi mandat nanti, kita jamin maslah air selesai, kita jamin masalah Ladang Rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan" kata Najib. Nik Aziz hanyalah seorang yang pandai bercakap tapi tak tahu bagaimana hendak bertanggungjawap menjalankan amanah rakyat. 
ACU TEST SEPENGGAL

Saturday 3 March 2012

Anwar-Kerana 600juta


Bila bercerita tentang PRU13, Anwar orang paling sebok, dengar cerita sampai sanggup pergi ke India untuk berkempen. Yang paling menggemparkan apa bila Raja Petra Kamaruddin mendedahkan yang Anwar memerlukan dana RM600juta untuk kempen PRU13 seperti yang dilaporkan AIDC. Dalam tempoh masa terdekat ini, bila-bila masa DSN dapat mempalu gendang PRU13. Sebenarnya suatu tempoh masa yang amat singkat untuk BN atau PR mengemaskini mana-mana yang kurang. Apa jua alasan BN dan PR, inilah masa yang paling sesuai untuk PRU.

Adakah kerana jumlah dana RM600juta inilah yang membuat Anwar berpatah arang dengan Nik Aziz dengan beraninya memperlekehkan kata dua Nik Aziz samada menarik kenyataan mendukung keselamatan israel atau saman Wall Street Journal. Alahhh apala sangat amaran Parti Adat Sosial ni, kerana hakikatnya isu yang dibincangkan dalam pertemuan dua mata pada 21/2/2012, antara Anwar dengan Nik Aziz itu lebih berkisar tentang mempertahankan kepentingan Pakatan Rakyat. Kononnnya Anwar mengeluar kenyataan:-
“Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu,” katanya selepas pertemuan kira-kira 45 minit itu.
Menurut Anwar, dengan penjelasan itu, beliau menganggap salah faham yang timbul mengenai isu itu sebelum ini selesai.
“Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel.
Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa,” kata Anwar.
Siapa tak kenal apabila Penipu bertemu Pembelit hinggakan bergitu mudah PAS terpedaya dengan auta Anwar Fatah menyokong Israel betul ke, atau ada agenda tersembunyi yang belum didedahkan kepada umum oleh mereka. Dari kejayaan Anwar mengawal Nik Aziz dan secara tidak langsung keseluruhan jentera Parti Adat Sosial terpedaya di berlakang Nik Aziz. Bak kata Ezam duit bukan penghalang buat Anwar kerana dia merupakan proksi Zionis dan adalah tidak mustahil ada bayangan dana sebanyak itu.

Sekarang Parti Adat Sosial telah menutup mulut malah berkempen mempertahankan kegilaan Anwar. Anwar semakin mudah membela Israel demi dana sambil mengencing rakyat yang UMNO bersalah. Persoalannya adakah Rakyat Malaysia sebodoh itu terpedaya seperti mana Nik Aziz boleh terpedaya dengan auta Anwar sampaikan hilang prinsip asal perjuangan PAS. Patutlah orang seperti Hassan Ali ditendang keluar kerana hanya dia seorang yang berani berjuang atas prinsip asal PAS tapi yang lain-lain sekadar prinsip Parti Adat Sosial.

Jika Anwar mampu mempertahan kenyataan di WSJ, bermakna Anwar telah membuktikan kepada sekutunya yang dia merupakan rakan seperjuangan dari kelompok Yahudi dan Zionis, sanggup lakukan apa saja demi agenda yang dituntut sekutu dan Anwar diberi ganjaran sebagai Perdana Menteri Malaysia. Awas sekali kita silap padah menanti.





Friday 2 March 2012

Dunia PR yang semakin kelam kerana DS Najib



Bagaikan hujan batu menimpa kepala Anwar, hinggakan terduduk habis bala tentera Pakatan Rakyat. Semuanya angkara Datuk Sri Najib mengumumkan permangsuhan tol  50%, bagi setiap penguna lebuhraya Grand Saga. Sesiapa yang berulang-alik dari Kajang ke Kuala Lumpur, akan merasa nikmat hujan rahmat dari usaha keras Datuk Sri yang bersungguh-sungguh menunaikan tangungjawap PM yang penuh prihatin kepada rakyat.

Apa yang paling menghairan rakyat, Pakatan Rakyat yang selama ini bergitu beria-ia menjanjikan bebas Tol semasa PRU12. Akhirnya Datuk Sri Najib tampa bercakap besar dengan berjanji sana-sini, semalam mengumumkan berita gembira tentang tol. Ehhh mana janji-janji Lim Guan Eng semasa PRU12, iaitu menghapuskan Plaza Tol Sungai Nyior. Alamak dah nak masuk PRU13, belum lagi terhapusnya Plaza Tol Sungai Nyior dan rakyat masih juga kena membayar tol. Itulah janji-janji PR manis dibibir, Pecah Palak Mikir.
Bercakap tentang janji-janji dari wajah yang kurang sinar nur Anwar, huhh orang yg dipanggil anugerah tuhan inilah sedap mulut apabila berjanji tapi tak penah tertunaipun. Itulah kalau yang bernama Penipu Rakyat. 

Sebagai rakyat Malaysia harus yakin dengan melihat usaha Datuk Sri Najib yang betul-betul bertekad untuk membuat tranformasi membela nasib rakyat dari segenap sudut. Memang tak syak lagi Datuk Sri Najib adalah seorang yang betul-betul layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di Pilihanraya Umum ke 13 nanti.




Thursday 1 March 2012

Lynas- Mak-Bapak Yang Tak Berhati Perut

Himpunan Hijau 2.0 menentang pembinaan kilang Lynas baru-baru dihadiri oleh Mak Bapak yang langsung tidak memperdulikan keselamatan anak-anak mereka semata-mata untuk mengajar anak mereka erti berdemo.

Apa jenis pemikiran mak bapak macam ini, sampai tidak mahu menilaikan setiap Demo apapun yang dikatakan aman, tidak mustahil akan berlaku pergaduhan yang tak terancang. Jika kemungkinan demo aman bertukar menjadi ganas, apa yang bakal berlaku kepada kanak-kanak tersebut.

Adakah kehadiran kanak-kanak menjadi sebagai perisai atau bukti untuk mendakwa polis, jika berlaku kemungkinan keganasan. Huhhh semata-mata tabsud kepada politik keselamatan anak-anak menjadi pertaruhan. Nampak sangat yang puak-puak PR ni berpolitik melampaui kewarasan. Hilang erti keibuan, hilang erti kebapaan, yang ada hanya nafsu yang tak terkawal.

Yang kita patut harapkan anak-anak ini menjadi generasi membangun negara, tapi puak-puak ini mengajar anak-anak mereka erti berdemo dan memberontak. Hancurlah anak-anak kita. PECAH PALAK MIKIR

Isu Terkini

get this widget here