Thursday, 28 June 2012

Pendedahan Tidak sudah-sudah Mat Sabu Menyonglap Wang Derma


Pendedahan fakta penglibatan Mat Sabu, Senator Yusuf Hussain dan beberapa pemimpin pas terlibat dalam kegiatan menyonglap wang tabung derma. Ini kah cara orang selalu menegur orang tentang tangungjawap dan amanah kerajaan sambil menyonglap wang tabung derma untuk kepentingan peribadi? 

Inilah Pendedahan Tidak sudah-sudah Mat Sabu Menyonglap Wang Derma dengan menggunakan kesempatan nama Nik Aziz lagi ligat aktiviti Mat Sabu

Tida apa walaupun dengan Pendedahan Tidak sudah-sudah Mat Sabu Menyonglap Wang Derma, Nik Aziz tetap merelakan demi hidup masing-masing

Patutlah perangai Mat Sabu dalam mana-mana ceramahnya, tidak sabar-sabar menyeru penonton Akar Kelubi Perasit Islam Semalaysia segera menderma sebanyak yang mungkin. Adus agak-agaknya kalaulah tiada kutipan derma dalam ceramah PAS bermakna tidak hidup Mat Sabu gamaknya!
Iyalah selepas mengutuk, menghina, mencaci-maki dan memfitnah dengan reka cerita kemungkaran orang lain, sempat juga ngap apa yang ada depan mata! Cerdik Masa ceramah pun sapu duit rakyat, tabung Memali pun sapu, buat program pun sapu duit orang ramai, hingga hendak jamin diri sendiri pun sapu duit penyokong sendiri ke? Memang confirm Mat Sabu dah tukar jadi Mat Sapu

Mat Sabu, Senator Yusuf Hussain dan beberapa pemimpin pas terlibat songlap wang derma jariah memali menyeleweng wang tabung Memali, yang tidak mungkin diterima oleh akar kelubi Perasit Islam Semalaysia. Lagi Akar Kelubi PAS duduk membela lagi kenyanganlah tukang ngap dengan lahapnya. Ikuti di bawah Pendedahan Tidak sudah-sudah Mat Sabu Menyonglap Wang Derma Tabung Memali.

Tuesday, 26 June 2012

Pratonton Bagaimana Anwar Ibrahim Yang bongkak Mengemis Di Negeri Sendiri

Kadang-kadang rasa lawakpun ada! Apabila Anwar Ibrahim yang terlampau bermegah-megah dengan idea yang tidak seberapa bijak sangat tetapi terpaksa mengemis kerana terpaksa. Ini kerana Anwar Ibrahim hanya bercakap tampa penilaian dan penyelidikan yang tepat. Sebab itu dalam apa jua janji dan harapan yang diberi gagal dibuktikan kepada rakyat.

Banyak janji-janji manisfesto Selangor gagal ditunaikan malah fungsi Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor langsung tidak membawa apa-apa perubahan kemajuan Selangor. Sebaliknya lebih banyak kegagalan datang bertimpa-timpa dan di akhir situasi Anwar Ibrahim terpaksa mengemis dalam diam dengan memeberi alasan-alasan yang berdalih kerana bongkak tidak bertempat. Terpaksa mengemis kepada Kerajaan Pusat untuk menyelamatkan diri dari tertekan dengan masalah-masalah yang berbangkit tampa penyelesaian. Youtube dibawah menjelaskan segala-galanya... Pratonton Bagaimana Anwar Ibrahim Yang bongkak Mengemis Di Negeri Sendiri

AZIZAN MB KEDAH LETAK JAWATAN

Yes!! memang dialu-alukan tindakan letak jawatan oleh Menteri Besar Negeri Kedah Azizan. ini berikutan banyak tanggungjawapnya kepada rakyat negeri Kedah diabaikan. Sepatutnya dari awal lagi Menteri Besar Azizan bertindak meletakkan jawatan sebagai MB. Sebab Negara Berkebajikan yang digembar-gemburkan lebih kepada kebajikan untuk kroni-kroni sahaja dan bukannya untuk rakyat Negeri Kedah

Inilah conth Menteri Besar yang gagal bekerja...

Manusia Suci Nik Aziz Faktwakan Hasil Haram Menjadi Halal Bila Terdesak

Manusia paling suci dalam PAS adalah Nik Aziz. Dan Manusia Suci Nik Aziz Faktwakan Hasil Haram Menjadi Halal Bila Terdesak walaupun dulunya Faktwanya berbeza kerana situasi politik untuk menghentam kerajaan. Memandangkan kesuciannya Nik Aziz tidak boleh digangu atau ditegur tentulah tidak menjadi kesalahan buat mana puak-puak PAS menelannya. Walaupun sehingga sekarang masih ada memainkan isu hasil haram dikalangan PAS terhadap Kerajaan Pusat untuk tujuan meraihkan populariti politik semata-mata.

Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram. Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa.

Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak. Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Inilah cerita yang berlaku dalam parlimen yang menyebab puak-puak PAS  panas hati bila tergamam tampa jawapan selain provok! Walaupun yang membawa isu itu hanyalah Wee Choo Keong. Tetapi kalaulah Wee Choo Keong ini penyokong tegar Pakatan Rakyat menyerang UMNO BN dengan isu haram hala sudah tentu dapat sokongan puak-puak PAS. Tetapi memandangkan Wee Choo Keong menyerang Nik Aziz dengan gelaran manusia suci. Panas hati puak-puak ini hendak menjawap sampai tidak terjawap.

Yang peliknya PAS terkenal dengan slogan untuk mengislamkan mana-mana bukan islam. Tetapi kalau ada kemusykilan bukan islam kenapa menghalang dia dari berhujah sebelum puak PAS menyampaikan hujah balas yang jelas. Kenapa takut menghadapi situasi berhadapan persoalan dari bukan islam. Sepatutnya mereka jangan menggangu hujahnya dan menjawap setelah ia selesai.

Bukan seperti gelabah biawak mencari alasan menghalang dari Wee Choo Keong berucap. Adakah puak-puak PAS tertekan dengan pekung sendiri. Kalau berani biarkan dia berucap tampa menggangu dan menghalang sehingga masa habis. Hehehe PAS oh PAS rupanya takut bila dipersoalkan.

Isunya sekarang PAS semakin penakut rupanya bila parut lama berdarah kembali. Kalau berani mereka tidak akan menggangu tindakan Wee Choo Keong membahaskan dan tampil dengan hujah yang jelas. Bukan provok dan mensebotaj.

Inikah cara keislaman PAS dalam berhadapan dengan bukan islam yang menentang arus dengan mereka? Langsung tidak mempunyai tahap profesional membina imej baik di depan bukan islam. Yang ada penakut tidak sudah-sudah. Nasib baik masa tujuh minit Wee Choo Keong berhenti, kalau tidak mahu puak-puak PAS boikot keluar dewan macam selalu. Itu kira saat yang palin terdesak leeee.

Hampeh PAS memang PecahPalakMikir  sampai gelabah biawak bial kena batang hidung sendiri.

Monday, 25 June 2012

Khatib Doakan Kejatuhan Parti Islam Semalaysia - Nik Aziz ?

Perhh apa yang bakal dikatakan Nik Aziz dan Haji Hadi kepada Khatib Doakan Kejatuhan Parti Islam Semalaysia - Nik Aziz ???

Hal ini sudah tentu akan membuatkan semua puak-puak bangun menyerang dan mendesak majlis islam memecat atau mengambil tindakan tergas yang lain. Itu jika ada Khatib pro kerajaan bertindak sedemikian. Tetapi itu tidak penah berlaku kerana sikap mereka yang pro kerajaan dan atas pagar akan bersikap tidak melampaui batas.

Berbeza dengan PAS ada sahaja cara dan kaedah untuk memfitnah UMNO dengan memasukan doa-doa laknat kepada individu dalam UMNO mahupun Barisan Nasional. Malah kita penah lihat bagaimana Nik Aziz doa bala buat Najib Razak dan Zahid  Hamidi. Tetapi orang-orang UMNO bertenang tidak melatah dengan menyerang Nik Aziz kerana tidak apalah kita bertawakal kepada Allah.

Cubalah ada Khatib Doakan Kejatuhan Parti Islam Semalaysia, jika ada imam doakan bala buat Haji Hadi mahu Najib Razak adakan doa bala buat Nik Aziz. Apakah agaknya tindakkan puak-puak Perasit Islam Semalaysia? Dan bagaimana riaksi Nik Aziz ketika itu? bayangkanlah apa ucapannya nanti mesti panas membara punya ulasan yang bakal keluar nanti.

Bergitu juga dengan soal kafir hanya orang PAS pandai melebel siapa masuk syurga dan siapa yang ke neraka. Tidak apalah buatlah sesuka hati PAS kerana mereka sahaja yang bijak pandai agama. Mana y tidaknya kalau Dr Mashitah membuka mulut memperkatakan soal Nik Aziz siap Dr Mashitah di serang dimaki hamun oleh puak-puak  PAS, bergitu juga Ustaz Fathul Bari berbicara tentang percanggah isu dari PAS, puak-puak PAS akan bangun serang dengan macam-macam ayat-ayat biadap.

Inilah hakikatnya seolah-olah hanya PAS yang ke syurga. Tidak ada masalah buat sesuka hati mereka dan biar kita bertawakal sahaja.

PEMANDU TEKSI TOLAK KEPIMPINAN NAJIB?

Kenapalah geng teksi masih menolak kepimpinan Najib Razak. Apa dosa Najib Razak kepada mereka. Bukankah Najib Razak benar-benar mengambil perhatian berat terhadap mereka mengalahkan Anwar Ibrahim yang hanya tahu berjanji tetapi tidak penah mengotai janji-janjinya.

Tetapi itu hanyalah sebahagian kecil yang masih termakan hasutaan PAS, Hakikatnya 99% telah yakin Najib Razak terbaik berbanding mana-mana calon dari Pakatan Rakyat. Selamat tinggal Pakatan Rakyat..

Sunday, 24 June 2012

Cara Pakatan Rakyat Menyimpang Dari 'Winnable candidate' menurut Islam

Ramai orang tertanya siapa yang layak diangkat sebagai'Winnable candidate' menurut Islam. tetapi yang pasti tidak ada calon yang sesuai di dalam Pakatan Rakyat. Kerana dalam Pakatan Rakyat Menyimpang Dari 'Winnable candidate' menurut Islam 

PAS sendiri keliru dengan prinsip pejuangannya dan Anwar Ibrahim pula! semua benda dilanggarnya tampa mempedulikan kesan kepada Agama, Bangsa dan Negara. Yang menariknya puak-puak Pakatan Rakyat ini jenis melayu tidak mahu mengaku melayu. Untuk mengaku siapa asal usul diri sendiripun sudah keliru, dah tentu yang lain menjadi haru biru.

Gabungan PAS dan PKR lebih kepada menuju ke Putrajaya dengan mempunyai tokoh menyimpang dari 'Winnable candidate' menurut Islam dan sebab itulah mudah sangat di perkotak-katikkan DAP. Apabila menyimpang menyebabkan semakin banyak hal-hal seperti isu khalimah Allah, isu LGBT, isu Murtad, isu mendukung Yahudi Israel, dan banyak lagi dihalalkan demi matalamat sehingga tahap calon Pakatan Rakyat Menyimpang dari 'Winnable candidate' menurut Islam. 

'Winnable candidate' menurut Islam

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk,
kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin berbudi,
Pertama elok, kedua pandai.

Ciri-ciri pemimpin yang baik digambarkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik orang hendak engkau ambil untuk bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)”. (Surah Al-Qasas :6)

Semestinya individu itu terdiri daripada kalangan orang Islam, kuat iman dan jasmaninya, amanah, berintegriti dan beradab.

Mudah sahaja, Islam memberi dua patah kata sebagai kriteria yakni ‘kuat’ dan ‘amanah’, maka selesai semua masalah tentang isu Winnable Candidate.

Pemimpin yang baik memenuhi agenda ‘turun padang’ bersama masyarakat dan tahu aktiviti rakyat.

Khianat jika tidak amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Kita tidak mahu apabila hampir pilihan raya, barulah menunjukkan muka depan khalayak ramai.

Jadi perkara seperti ini yang perlu dilihat secara menyeluruh khususnya golongan anak muda.

Anak muda masa kini mampu menganalisis - cuma analisa itu benar, tepat ataupun sebaliknya.

Sekarang adalah dunia IT, tanpa sempadan yang membolehkan kita memeriksa banyak perkara. Apabila kita memberitahu sibuk bekerja, anak muda boleh tahu kerja apa yang kita lakukan.

Apabila bercakap, sentiasa hendak menang dan semua betul, serta menggambarkan kemenangan kita. Ini muhasabah diri kita. Jangan kita memberi perkataan yang indah semata-mata.

Tetapi berikan pentarbiahan (pendidikan), cuci minda keduniaan daripada masyarakat dan pengisian agama serta ilmu. Orang yang konsisten dalam perjuangan memartabatkan Islam adalah orang yang berilmu.

Seingat saya dua tahun atau tiga tahun lepas, saya dan sahabat berada di atas Lebuhraya Persekutuan yang ketika itu begitu sesak. Di hadapan kereta sahabat saya ialah sebuah kereta Ferrari.

Saya terdetik, kaya macam mana pun orang itu tetap sama seperti kami, tidak dapat melepasi kesesakan tersebut.

Dalam keadaan sesak tiba-tiba terdengar bunyi siren polis trafik yang meminta semua kenderaan memberi laluan.

Menandakan orang berkedudukan tinggi di mata masyarakat ingin lalu. Ketika itu saya terfikir untuk menulis satu artikel mengenai betapa manusia menginginkan kuasa kerana baginya dengan kuasa dia boleh melakukan apa sahaja.

Oleh itu Nabi Muhammad SAW meminta umatnya supaya jangan meminta kedudukan. Sahabat RA yang alim, beretika, berintegriti, berakhlak mulia bertemu Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Zar al-Ghiffari.

Dia antara sahabat Nabi yang paling awal memeluk Islam. Apabila balik ke kampungnya, dia islamkan satu kampungnya.

Dia memasuki Islam dengan analisa malah pergi mencari Muhammad dan menyelidik ajaran Baginda, lalu dia menerimanya dan menyebarkan ajaran tersebut di kampungnya.

Tetapi apabila dia datang kepada Nabi dan menyuruh Baginda melantiknya sebagai gabenor, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikan ku sebagai pemimpin?”

Mendengar permintaan ku tersebut, baginda menepuk pundak Abu Dzar dan berkata: “Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah sementara kepemimpinan itu adalah amanat.

Dan nanti pada hari kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Riwayat Imam Muslim, no. 1825)

Sahabat Nabi yang hebat dan yang mempunyai ilmu, Nabi menyatakan dia lemah. Nabi lebih memahami apa maksud lemah Abu Zar al-Ghiffari.

Ada ulama seperti Imam Nawawi rahimahullah bahaskan yang diertikan dengan lemah di situ mungkin dia ini lemah dari sudut pentadbiran dan pengurusan.

Maksudnya pemimpin ini perlu ada kemampuan untuk mentadbir urus. Imam Nawawi membawakan dua hadis Abu Dzar dalam kitab Riyadhush Shalihin, dalam bab “Larangan meminta jabatan kepemimpinan dan memilih untuk meninggalkan jabatan tersebut jika ia tidak pantas untuk memegangnya atau meninggalkan ambisi terhadap jabatan.” Kuasa memang mampu menggugat iman, kehidupan dan kebahagiaan manusia.

Oleh itu bukan semua orang boleh ke hadapan untuk menjadi yang berkuasa. Orang tertentu sahaja yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi berkuasa dan tidak semestinya apa yang ALLAH SWT pilihkan itu akan menjadi wakil rakyat yang terbaik. Ini mungkin ujian ALLAH untuk kita membuka mata dan menilai sama ada dia memimpin dengan cara pimpinan Islam ataupun tidak.

24 Jun 2012 Sumber Sinar Harian

Anwar Ibrahim Mengaku PKR Terdesak Mencari Calon PRU

Apa yang tinggal dalam PKR sekarang kalau tidak hanya jentera-jentera yang kurang berkemampuan dan mentah untuk ditampilkan sebagai calon bertanding. Kalau hendak diikutkan dalam PKR, asalnya ramai calon berkaliber dari pelbagai jurusan ilmiah. Tetapi kemana mereka menghilang kesemuanya?

Semua pakar-pakar ilmiah dan berperang menghadapi lawan ini, asalnya anggota awal menubuh Keadilan. Sayangnya semua telah pakat-pakat cabut lari meninggalkan Anwar Ibrahim. Puncanya Anwar Ibrahim sendiri yang tidak penah tahu menilai dan mengjaga mereka.

Malah anggota asal lebih berani mempertaruhkan diri hingga kepintu lokap dan penjara. Malah mereka lebih hebat dan bernas ketika berhujah. Sayangnya Anwar salah tafsir, kononnya mereka itu jenis membuta-tuli. sekali dua mungkin ia tetapi bila sudah berdekatan dengan Anwar. berbau juga bangkai yang terselindung di balik suratkabar Keadilan. Akhirnya bila melibatkan soal agama, bangsa dan negara Anwar ditinggalkan terkapai-kapai.

Sebelum ini sehingga sekarang Anwar Ibrahim masih berjuang atas perinsip kepentingan diri sendiri walaupun ketika Anwar berucap, Anwar cuba menggambarkan tahap keperihatin kepada rakyat. Tetapi kalau diimbas kembali setiap ucapan dan janji Anwar Ibrahim hanya sekadar berbuih di mulut sahaja tampa apa-apa pembuktian dalam pelaksanaan.

Punca kehilangan jentera hebat juga dari sikap Anwar Ibrahim yang suka perguna apa sahaja perluang yang ada tampa memperdulikan kesan yang bakal memunahkan negara. Ini juga penyebab Anwar Ibrahim ditinggalkan. contohnya isu khalimah Allah, isu moral, isu Yahudi Israel, isu LGBT, isu murtad dan banyak lagi.

Akhirnya apa sudah jadi kalau hari-hari mengencing orang hingga tidak sedar terkencing dalam seluar sendiri. Sekarang adalah waktu suntuk buat Anwar Ibrahim mencari calon-calon yang sesuai untuk dinamakan dalam PRU13. Itulah kalau buat kerja dari awal asyik memikir diri sendiri dan berjanji sesuka hati lepas tampa tunai. Akhirnya berginilah rupanya wajah terdesak mencari perganti yang sesuai. Nasib kaulah Anwar oooiii.