Thursday, 30 August 2012

Hanya Tinggal 2 Orang Di Dalam PAS Yang Masih Boleh Diharapkan

Inilah kebenaran situasi yang sedang berlaku di dalam PAS. Suasana di dalam sememang semakin berserabut malah cerca-merba antara tonggak utama PAS bermain-main bersama perasit yang kian bercambah.

Mereka tidak ubah seperti kekeliruan haluan antara membezakan mempertahankan prinsip perjuangan dengan mempertahan ketuanan DAP!

Sekarang hanya tinggal Nasrudin Mat Isa dengan dibela oleh Harun Din.  Hanya mereka berdua yang mungkin boleh membendung situasi PAS jika masih berada di dalam PAS.

Datuk Dr. Haron Din hari ini tampil mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan adalah wajar dan bukan satu kesalahan.

Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti mengkaji semula hubungan dengan pakatan sehingga mencetus polemik bukan satu kesalahan.

Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut.

Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan," kata pemimpin berpengaruh Pas itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Harun Din.

Persoalannya sejauh mana kemampuan Harun Din untuk melawan anasir perasit yang sedang bersedia setiap masa untuk memenuhi kehendak ketuanan DAP?

Ini bukanlah satu situasi baru tetapi lebih kepada satu sasaran yang telah lama dicari- cari oleh perasit. Apakah sejarah yang berlaku kepada Hasan Ali akan berulang.

Tidak mustahil sebenarnya kerana situasi Hasan Ali hampir sama dengan situasi Nasharudin Mat Isa. Malah kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing yang boleh merisaukan DAP.

Apatah DAP dengan agenda Malaysian Malaysia boleh digagalkan andai masih ada terdapat suara yang kuat dalam PAS seperti Nasharudin Mat Isa.

DAP nampak sedang menguasai PAS, tetapi hakikat DAP masih juga memerlukan bantuan PAS. Apatah lagi DAP sememangnya berhajat mempunyai calon DAP berbansa melayu islam untuk dipertandingkan dalam PRU13.

Oleh itu, PAS boleh membentuk imej buat DAP untuk memperngaruhi undi dan minat melayu islam.

Yang paling menakutkan, mereka Nasharudin dan juga Hasan Ali, adalah jenis manusia yang jujur dan tulus kepada prinsip diperjuangkan mereka. Tampa menghiraukan nasib dan akibat bakal menimpa diri mereka, semata-mata untuk kepenting kepada tututan Islam.

Dengan situasi bergini adakah Nasharudin mampu dibela dari disingkirkan?

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ustazah Celop Abby Kena Bantai Kaw-kaw! Padan Muka

Itudia nak bantai mai!! Itulah bukan dah kena kaw-kaw punya peluru. Akibat jenis manusia memandai ditembak bijak-pandai.

Itulah kalau hendak jadi ustazah kena mengaji bagi katam dulu! Jangan sampai sehari dua pakai tudung dah gah memandai nak tunjuk pandai hudud.

Jangan seronok sangat berasa diri terlampau pandai sampai apa yang dicakappun diri sendiri tidak faham.

Akhirnya bila bertemu dengan ruas yang lebih memahami. Bukankah diri telah memalukan diri.

Yang pelik manusia macamni yang celop dengan memakai tudung, ada hati hendak debat dengan bijak pandai agama. Hilang akal ke apa minah niii...

Inilah nasib jenis orang dulu cari makan promosi polis tiba-tiba jadi hipokrit perburukan polis yang berjasa kepada masyarakat.

Orang jenis berlambak ditepi jalan cuma disolek dengan peralatan politik sebab itu rupanya macam betul tetapi hakikatnya palsu. Malah bila sekali terdedah kepalsuan, alamat seluruh detik hidupnya dituduh palsu.

Apatah jenis pelakun drama alamat keluar air matapun darahpun tetap orang kata lakunan.

Tidak salah mendalami ilmu islam tetapi jangan memandai berlagak pandai. Itu je.... kalau tak perubahan diri tidak kemana atau lebih sekadar perosak kepada situasi masyarakat islam yang kian celaru.

Biar bijak pandai agama berunding bersidang mencari jalan dan buat tak berapa diam, jangan berlagak pandai nanti makan diri sendiri tangung.

Sekarang mana hendak letak muka setelah perangai memperbodohkan diri sendiri. Ambik kau jangan tak ambik habuan untuk kenangan seumur hidup. Pecah Palak Mikir

Published with Blogger-droid v2.0.6

Gelagat Anwar Ibrahim Berangan Jadi Perdana Menteri

Kah kah! Nampak sangat dah tahan hati hendak jadi Perdana Menteri! Bila hati terlampau berangan yang memalukan diletak ketepi.

Memang jenis tidak malupun. Kalau tak masakan video china doll berwajah serupa dengan Anwar dianggap soal biasa.

Ceritanya Anwar punya tak sabar hendak menjadi hingga berlagak sama macam Perdana Menteri untuk membuat pengumuman hari raya. Adus dah tak sabar sesangat la tu.

Kira kalah penyimpan mohor besar! Udahlah baju kuning, sofa kuning mengalahkan sultan. Perhh apalah punya tahap kemaruk tergila-gila jawatan Perdana Menteri.

Ini gamaknya kalau PRU13 tidak dapat jadi PM alamat ke tanjung rambutan kot. Bahaya betul kalau hati terlampau berhajat sangat.

Berbalik kepada terlampau berharap Anwar hendak jadi PM lah Anwar rela menggadai apa sahaja demi memenuhi cita-cita DAP.

Kerana DAP sedang mencanang seluruh Malaysia yang kononnya Anwar lah bakal Perdana Menteri.

Betul ke! DAP hendak lepas jawatan keemasan buat Anwar macam tu je. Tak akanlah sedetikpun DAP tidak hajatkan jawatan PM sedangkan mereka telah berjaya mendapat 60 kerusi bakal dipertanding di PRU13.

Sudah habis DAP kencing PKR dan PAS dan lepaskan kerusi Perdana Menteri macam tu je ke. Tak akanlah bergitu bodoh DAP lepas jawatan PM.

Ada yang bakal kena kencing nampak. Alamat kena siap sedialah tempat tanjung untuk 2 - 3 orang lagi.

sumber anti dap club.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, 29 August 2012

Pratonton Anwar hapuskan Hak Melayu Demi Mempejuangkan Malaysian Malaysia

Apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim lebih memperjuangkan Malaysian Malaysia dari memperjuangkan Hak Melayu. Adakah Anwar Ibrahim telah lupa akan asal usulnya? 

Apakah Anwar Ibrahim tidak mempunyai keupayaan melawan kehendak DAP yang telah bersusah payah melepaskan Anwar dari dimasukan ke makamah lagi?

Apakah Anwar Ibrahim terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu menggadaikan bangsanya sendiri demi membayar khidmat guaman yang diberi lawyer DAP untuk melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat di makamah.

Samaada benar  atau tidak tetapi kenyataan yang sedang berlaku kepada Anwar Ibrahim ketika berdiri di pentas politik, tidak lagi kedegaran suara membela hak melayu melainkan kencing sana sini. Inikah jiwa seorang pemimpin atau pengkhianat kepada bangsa sendiri?

Tidak cukup dengan itu Anwar tambah lagi dengan mengheret PAS turut serta sebagai mangsa DAP. Lihatlah bagaimana PAS juga menjadi kaldai yang mana lebih membela DAP dari perjuangan sendiri. PAS rela mengjadi perasit mengalir menghancurkan parti sendiri. Malah PAS rela mengorbankan mana-mana ahli yang tersedar akan permaianan politik DAP sebagai korban kesetian PAS kepada DAP. Inilah sebahagian fungsi Anwar Ibrahim yang bukan hanya sekadar mengorbankan diri sebagai hamba DAP tetapi mengheret juga bangsa Melayu dan Agama Islam sebagai hidangankan untuk DAP kucar-kacirkan.

Sekarang orang melayu tidak berani berkata apa jika soal islam disentuh oleh agama lain tetapi kalau orang islam menyentuh soal agama lain sudah tentu menjadi serangan kerana menyentuh sentiviti agama lain. Puncanya orang kita terlampau jauh berpecah hanya menanti retak.


Kisah Benar Drama Disebalik Saham FGVH

Semua orang sebok kecoh soal saham FGVH naik atau turun. Malah kebanyakan tidak terlibatpun tetapi menggatai hendak tumpang semangkok. Kita hayati cerita ini kawan baik saya yang sesuai kita kongsi bersama.

NN.. nk share ckit tntg isu felda, saham fgv tu... my dad kakitangan felda, dia join gak FGV.

Mula papa mang smgt sgt2 nk main saham ni, katanya nk jual bila dah naik tinggi mcm yg remaizer dia nasihatkan la.

Then one day, ktorang blik kmpung berbuka kat umah pakcik sy (kembar papa sy), my pakcik say dia da jual saham tu bru2 ni sbb harga da makin jatuh BEBERAPA SEN.

Dia ckp, pegawai felda tmpat dia yg suh dia jual sbb konfem FGV akan trun drastik lepas ni. Papa sy makin terpengaruh n ade niat gak nk jual sume saham dia.

Saya malas nk ckp byk masa tu sbb sy kne hormatkan pakcik sy. Sehingga la sy sampai ke rumah sendiri, papa ckp lg isu saham....then sy terus buka mulut utk nasihatkan papa sy...

"PAPA DENGAR ALONG CKP NI... PAPA JANGAN TERGESA2 SGT NK JUAL SAHAM NI SBB ADATLAH SAHAM NI TURUN N NAIK..LGPUN, TAKDE APE YG NAK DIRISAUKAN SGT SBB TURUN PUN TAK SMPAI SERINGGIT, THEN NAIK SEMULA.

INI PUN DA KIRA BAGUS SBB FGV BRU SGT DI PASARAN, BARU 3 4 BULAN BERBANDING PUBLIC LISTED COMPANY YG LAIN YG BERPULUH TAHUN TU..

KALAU KTE TGK DALAM BURSA SAHAM...FGV ADA DLM TOP 25. JGN RISAU K PAPA. LGPUN ALONG DPT TAU PEGAWAI FELDA YG SUH PAK CIK JUAL SAHAM TU ORG PR,

DIA SAJE WAT MCM TU SBB DIA TAU ORG SEKELILING PERCAYA CKP DIA SBB DIA ADE PENGARUH SBGAI PEGAWAI. SEDANGKAN DALAM DIAM, DIA NK JATUHKAN FGV, N ROSAKKAN PEGANGAN WARGA FELDA"

skrg ni byk api dalam sekam...gunting dalam lipatan...mcm2 cara diorang buat, yg menjadi sasaran golongan yg cetek pengetahuan...

sbb tu generasi muda adalah alat penting utk bg maklumat kpada ibu bapa....ramai ibu bapa akan percaya pada anak mereka yg ada pendidikan tinggi.

sbb tu sy jd risau skrg, memandangkan kebanyakkan mahasiswa di negara kita menyokong pembangkang, secara tidak langsung mempengaruhi ibu bapa mereka.

Alhamdulillah sahabat saya bijak menilai apa yang terbaik untuk negara ini. Sepatutnya kita tidak perlu dijadikan alat merosakkan negara ini dan akhirnya akibatnya datang kepada diri sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Menghayati Atau Mengkhianati Kemerdekaan Di Mana Kita?

Sinonim dengan kehadiran bulan kemerdekaan ke 55 ini, pelbagai isu dan sentiviti berbangkit berdasarkan sifat dan pegangan patriotisme sesorang.

Kita yang bukanlah dari generasi yang menuntut kemerdekaan tetapi hanya generasi yang menyambung tradisi meraikan kemerdekaan.

Sebab itulah, perangai kebanyakan dari kita bercangah dengan tokoh yang bermatian, memperjuangkan dengan darah untuk merialisasikan kemerdekaan buat negara yang tercinta ini.

Inilah yang amat menyedihkan! Apabila generasi baru dididik dengan budaya dan sifat ahli politik yang hanya pandai memperalatkan hari kemerdekaan untuk agenda politik kotor yang menyemarakkan lagi unsur berpecah-belah antara kita.

Tidakkah kita boleh berhenti sejenak dari bertelagah dan duduk bersama bertafakur sebentar memahami pengertian sebenar kemerdekaan yang dibawa oleh para perjuang kemerdekaan.

Sepatutnya kita memupuk jati diri kepada generasi baru dengan pengertian bersatu hati mempertahankan kemerdekaan.

Sedih!! ketika ini bukan itu yang cuba diserapkan kepada generasi bakal pewaris mentabir dan mencorak pengisian kemerdekaan.

Sebalik mereka dimanipulasi dengan kesempatan hari kemerdekaan sebagai hari berpuak-puak berdasarkan pegangan politik sempit dan dibakar dengan api-api benci-membenci antara satu sama lain.

Wahal kita warga yang sama-sama layak menghayati dan menikmati kemerdekaan ini dengan aman.

Bukankah kita sepatutnya mengembeling semua tenaga yang ada tampa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik, untuk menghapuskan unsur berpuak-puak dengan digantikan dengan semangat cintai negara yang patriotsme.

Bukannya dengan mencari salah dan silap hal-hal remeh untuk mencemarkan hari Kemerdekaan ini!

Hentikan persengketaan ini dalam dunia berpuak-puak kerana ini bukan cara yang sesuai untuk pengisian kemerdekaan tetapi sebalik satu kaedah yang amat bahaya yang mampu memusnahkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini.

Inilah persoalan yang patut ditanya pada hati kita sama ada Menghayati Atau Mengkhianati Kemerdekaan dan Di Mana Kita?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 28 August 2012

PAS diujudkan atas perintah Allah

Siapa yang mendapat utusan Allah untuk menawan Putrajaya. Kalau dah keluar ayat-ayat gila sebergini apatah dengan anak murid yang bercakap macam tersasar pegangan.

Puncanya bantuan syaitan sanggup terima Tok Guru. lagi-lagilah harubiru jadinya. Sekarang dimana letaknya yang mengaku lebih islam.
rujuk sini
Sekarang pengikutnya dengan terlampau tabsud mengatakan "PAS diujudkan atas perintah Allah. Malah menolak bermakna menolak Islam. Siapa yang mengajar semua ini dan siapa yang hendak tangung isu jauh tersasar ini!

Mereka sudah lupa islam itu agama dan PAS itu parti yang memperalatkan agama ke Putrajaya

Dimana pula dikatakan UMNO menolak islam? rujuk You Tube

Kalau berpolitik melampaui batas berginilah rupanya nang pecah palak mikir

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 27 August 2012

Bila PAS vs UMNO Siapa Lebih Islam Lebur Kesemuanya


Semua orang bertegang leher berperang mengaku siapa lebih islam. Yang berkecuali terpinga-pinga Pecah Palak Mikir siapa yang benar dan siapa yang salah.

Dimasa yang sama ada berpura-pura menyokong wahal mereka bukannya berkepentingan mempercayai nilai-nilai islam. Tidak pula diketahui samada dihapan sekutu sanggup berpura-pura berlawan dengan sebangsa dalam situasi seteru politik dan tampa disedari bersepakat atas nama sebangsa. Apatah sekarang semakin kecoh dengan ura-ura kerajaan kristian malah kecoh juga dengan isu Ultra Kiasu dengan agenda Malaysian Malaysia.

Dimana kedudukan pemikiran dan pernilaian ketika kita dibelengu oleh persoalan-persoalan sebergini?

Kita yang mengaku islam yang tungang terbalik sembahyang tetapi tak kurang juga tidak sedar mendabik dada mengaku lebih beriman, malah sempat bertangapan kepada mereka yang tidak sehaluan sebagai terjerumus dengan persepsi dan istilah kafir. Inilah yang indah sangat sehingga nafsu menguasai akal sehingga kita lupa tangungjawap yang utama yang harus kita dahulukan.

Bukan tidak ada insan yang cuba untuk menjernihkan keadaan dan merapatkan perpaduan ummah. Tetapi buat orang seperti mereka, disalah anggap dengan pelbagai tomahan dan fitnah untuk menjatuhkan kreditibiliti mereka supaya tidak menggangu perjalanan memenuhi impian orang yang masyarakat tabsud sangat. Tahniah buat Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali dan ramai lagi, kerana mereka ini tidak mementingkan habuan kepada pribadi mereka di dunia tetapi lebih mengutamakan tanggungjawap menyatukan umat atas sifat saudara sesama islam.

Adakah kejatuhan kuasa yang berlaku di negara-negara islam lain tidak cukup memberi gambaran dan peringatan buat kita?

Pertelingkahan ini nampaknya seperti tidak akan berkesudahan. Mengakibatkan timbul pula kesan sampingan yang semakin merebak merosak isu-isu terabai.

Lihatlah gejala murtad.

Lihatlah bagaimana salahguna khalimah Allah menjadi modal bagaimana memurtadkan umat.

Lihatlah gelangangan muslim lebih teruja dengan khidmat bantuan penyebar ajaran memurtadkan dari islam.

Lihatlah bagaimana madrasah dan masjid menjadi pentas politik bukan islam.

Lihatlah bagaimana generasi kita makin ramai muak dan terabai akibat dari bijak pandai agama dan akademik bertelagah mempertahan siapa lebih islam. Akhirnya terlupa hingga banyak isu terabai.

Lihatlah apa sudah terjadi dengan kita semua? Adakah perjuangan kita semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi kepada orang ditabsud oleh kita.

Kita tidak sedarpun atau terbuta dengan pentas politik yang semakin kabur hala tujunya. Kegairahan politik kita dilebarkan kepentas debat antara dua lawan sesama islam.

Dipentas pentas debat kita telah memperegukan antara bijak pandai agama mahu akademik. Persoalannya apa yang telah kita perolehi dari banyak pendebatan yang telah berlalu berkali-kali selama ini?

Tidak ada satu pentas debatpun memberi hasil berguna buat umat islam. Melainkan ini hanyalah salah satu pentas drama yang menengtukan siapa yang lebih islam dan siapa yang lebih bijak! Kesan yang paling ketara ujud dua puak bertelagah sambil menegak benang basah!

Di pentas inilah calon yang dipilih berdebat sanggup berdusta dari situasi sebenar yang berlaku diluar demi memenangkan pendebatan dan mengjaga maruah parti yang mereka wakili.

Tahniah! mereka yang acap kali berdebat, sehingga semakin besar jurang perpecahan sesama umat islam. Malah semakin membesar lagi titik kelemahan perpaduan yang boleh dimamfaatkan oleh musuh-musuh islam.

Musuh ini bukan sahaja ujud dari sekitar negara kita malah melibatkan kuasa-kuasa luar yang sanggup menyumbang dana demi mendapat habuan jahat mereka. Mungkin kesan pengambilalihan kuasa asing keatas hak keuntungan utiliti Indonisia, hasil dari kejatuhan mata wang pada 1997 boleh kita bandingkan sejenak untuk peringatan apa bakal terjadi jika kuasa asing berjaya bertapak didalam arena politik negara kita.

Jikalah situasi politik mencapai ketahap ini, alamat bumi dipijak milik orang dan bagaimana rupanya kita dengan islam melayu dipijak-pijak hingga lumat!....... Terserah kepada sesiapa mahu memikirnya jika kita sering bertelagah mempertahankan siapa lebih islam dan islam telah runtuh di negara tercinta ini. Akhirnya segala mengjadi semakin kalut dan lupus lagi satu-satu kuasa Negara Islam yang tinggal malah paling tinggi darjatnya berbanding mana-mana kuasa negara islam lain.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tahukah Anda Apa Jasa Terbesar Kepada Kelantan

Ramai orang tidak tahu dan ramai juga yang terlupa. Hakikatnya jika ditanya apa jasa Anwar Ibrahim anda patut menonton youtube Ezam yang mendedahkan siapa Anwar ketika dirinya sebagai orang kuat Anwar
Watch "Ezam Nor adalah ketakutan Anuwar" on YouTube
Inikah yang menyebab Nik Aziz bergitu sayang sangat dengan Anwar sehingga tidak boleh disentuh lansung. Atau semuanya terpaksa Nik Aziz telan mantak-mantak demi cita-citanya? memang Pecah Palak Mikir

Sunday, 26 August 2012

Wanita Berzina Ditembak Mati

Watch "Wanita Berzina Ditembak Mati" on YouTube
Inikah cara yang sewajarnya melaksanakan undang-undang? Ramai orang mempunyai pendapat sendiri tentang bagaimana Hudud di laksanakan dan mempunyai dua persoalan samada mengikut lunas islam atau tersasar? Kita beria-ria untuk melaksanakan dan buat PPM menyokong 100%. Tapi sayang ramai bijak pandai hanya sekadar bercakap dan berdalih. Malah hanya sekadar meraih sokongan politik.

Jika ini yang berlaku alamat sampai bilapun ia hanya sekadar senjata memusnahkan diri sendiri dengan membenarkan bukan islam menjadikan satu kaedah memenuhi cita-cita mereka yang tersembunyi disebalik hubungan baik dengan orang-orang islam.

Banyak cerita-cerita baru timbul tentang negara kristian yang buktinya tidak semua dapat jelaskan. Bukan persoalan samada ujud atau tidak. Tetapi persoalan utama kita yang sengaja membuka kelemahan kita dari perpecahan antara sesama umat islam di Malaysia. Sampai bila kita harus bersikap bergini? PecahPalakMikir