Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 19 October 2013

#MM4VP Sejam Lagi Mukhriz Akan Saman Malaysian Insider

Betulkah! Mukhriz benar-benar bertekat akan menyaman Malaysian Insider? Jika ini benar-benar berlaku kita akan mempunyai seorang pemimpin yang tegas bila berkata-kata. Kerana kita sudah mangli dengan hidangan menteri amaran. 

Jika kita mengikuti laporanan Utusan Malaysia hari ini:

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya tuduhan portal propembangkang, The Malaysian Insider kononnya beliau mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10 pagi ini (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan The Malaysian Insider.

"Saya beri tempoh sehingga pukul 10 pagi kepada portal tersebut tarik balik artikel dan mohon maaf secara terbuka kepada saya. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Adakah calon No.5 Naib Timbalan Presiden ini benar berpegang kepada kata-katanya...? BERANI BERUBAH.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here