Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 3 November 2013

Gempar 2800 Undi Cina Milik PAS Atas Bantuan DAP PRK Sungai Limau

Satu maklumat sulit telah terkeluar yang perlu di siasat akan kebenarannya. Menurut laporan Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP dah sahkan sg Limau PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. 

Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukkan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. 

Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan. 

4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menutup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun ditempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding.

Menurut laporan ini, merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang mudah dan SPRM harus siasat akan kebenaranya.

1 comment:

AnakKedah said...

apa ko merapu nie labu....
tak ingat dosa pahala kaa...
jika tak mati boleh tongkat langit
tak apalah juga ko dok merapu

apa la nak jadi dgn hangpa nie...

Isu Terkini

get this widget here