Saturday, 26 January 2013

Ahli DAP Cabar Lim Guan Eng Tukar DAP Kepada AAP

Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara.

"Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," katanya yang telah menyertai parti itu sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata laporan yang dibuat hari ini bukan bersifat peribadi sebaliknya atas kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti."Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini," katanya. penipuan terhadap sistem demokrasi. 25 Januari KLPos
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 25 January 2013

Hak Rakyat Saman Manifesto Kelantan ?

Bukan pelik jika Persatuan Ibu Tunggal Selangor dibenarkan makamah untuk saman Kerajaan Selangor yang gagal menunaikan manifesto PRU 13

Kenapa rakyat kelantan dan mana-mana negeri yang gagal tunai janji manifesto turut ambil langkah yang sama?

Ini penting demi memastikan PRU13 bukan lagi menjadi pasar meraih undi dengan menabur janji-janji palsu? Apa kata anda?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Fenomena Virus RaplaJingay Merosak Tabie Nik Aziz & Sekutu

Sekarang ini bermacam serabut jingay yang menjadi wabak ketidak tentuhalanya nahoda Nik Aziz melayari bahtera bulan nenuju ke Putrajaya.

Kecelaruan pedoman yang paling jelas diantara kelasi kapal yang di nahodai Nik Aziz timbul apabila sikap Nik Aziz dan Haji Hadi yang terang-terang tidak punyai perangkaan yanf jelas dalam menentukan hala tuju kapal hijau yang makin usang walaupun dana derma melimpah ruah masyuk tapi entahlah kemana tujunya?

Isu yang paling mencabar buat PAS adalah isu menentukan khalimah Allah boleh digunakan sebagai kata ganti GOD dalam bible versi melayu

Dalam pada itu desakan yang amat kuat dari Anwar dan Karpal supaya Nik Aziz dan Haji Hadi mengubah semula keputusan Majlis Syura seperti mana yang telah dipersetujui mereka dalam rundingan awal bersama Pakatan Rakyat sebelum Majlis Syura bersidang.

Kenapa jadi bergini? Ini disebabkan fenomena replaJingay yang membingungkan daya pemikiran dalam menentukan keputusan menuruh kehendak Akar Umbi PAS atau Menurut prinsip dan dasar Pakatan Rakyat? Dan harus kita faham matlamat utama PAS ke Putrajaya dan sebab itu tidak satupun suara PAS berani bersuara kecuali Nasharudin Mat Isa (kita tahu dia tidak perduli sesiapapun kerana perjuangannya jelas) Kerana Putrajaya Nik Aziz ketakutan bersuara

tetapi Ketua Dewan Pemuda PAS pula sebok menggangkat Bawani sebagai Ikon India dan sebok serang matlamat Misi perdamaian antara Hamas dan Fatah. Apa Bezanya Usaha Nasrudin Tantawi Dengan Usaha Israel? http://bitly.com/W4iHAW

Jadi apa gunanya PAS berjuang? Masih banyak isu yang ditinggalkan dan dipelarikan PAS untuk menutup pekong mereka antaranya

Jadi siapa tersasar sekarang di alam replajingay?

Fikir-fikirkan inikah calon pemerintah negara?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa Bezanya Usaha Nasrudin Tantawi Dengan Usaha Israel?


Ini susahnya kalau masih wujud golongan buta hati yang terlampau mengutamakan kuasa Politik dari memahami apakah yang dinamakan perjuangan menggangkat kuasa islam secara menyeluruh di serata dunia.
Berikutan dari Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke Pelastin di dalam satu usaha menyempurnakan rundingan perdamaian antara Hamas dan Fatah. Bukanlah satu usaha yang mudah dan apatah kegagalan Datuk Seri Najib Razak turut melawat Fatah kerana tentangan kuasa Israel. Sudah tentu berlaku sedikit salah faham yang remeh.
Apa yang berlaku sekarang kelihatan dikalangan pemimpin seperti Nasrudin Hassan Tantawi dan blogger Pro Pakatan Rakyat seperti Milosuam. Telah mengatur serangan untuk menjatuhkan lagi usaha Najib Razak. Kenapa mesti ada manusia yang terlampau utamakan mainan politik dari memahami tuntutan kita menyokong usaha murni ini?
Apakah mereka pernah usaha sesuatu untuk membantu mencari jalan penyelesaian di Gaza? Kalau belum pernah tolong jangan jadi bangsat kepada agama sendiri!!
Berbeza dengan Nasarudin Mat Isa ya bg berani membelakangi soal Parti PAS semata-mata ingin menjadi sebahagian individu yang menyertai misi perdamaian antara Hamas dan Fatah. Kerana kekuatan sebenar Pelastin adalah penyatuan kedua-dua pihak dalam menghadapi serangan Israel yang kita semua tahu mendapat sokongan secara langsung dan terselindung dari kuasa besar termasuk di benya Arab. Sebab itulah pentingnya misi ini.
Tetapi PecahPalakMikir sungguh kesal dengan sikap segelintir orang kita yang lupa siapa dirinya sebagai seorang yang mengaku diri pejuuang islam. Bukankah mereka ini lebih durjana dan hipokrit dengan berperangsangka dan menghasut rakyat menggagalkan usaha ini? Bukankah mereka-mereja ini sama sahaja dengan perangai Israel? Yang tidak henti-henti menggagal apa sahaja usaha yang boleh menggagalkan usaha israel menawan Gaza. Termasuk usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah.
Fikir-fikirlah dengan baik adakah kita mahu menjadi sebahagian dari jiwa Israel yang cuba menggagalkan usaha penyatuan Pelastin?


Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 24 January 2013

Angkara Dengki Nasrudin Hassan Tantawi Kena Bantai Pengikut Sendiri


Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.
Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.
Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.
Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.
"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin."Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.
Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.
Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.
Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz.
"Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".
Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat.
KUALA LUMPUR 23 Jan. -
"Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130124/po_01/Dikecam-pengikut-sendiri#ixzz2Is6Ky9OG © Utusan Melayu (M) Bhd 

Published with Blogger-droid v2.0.10

[video] Bertapa Sayangnya Nik Aziz Terhadap Karpal Singh Mengatasi Tun Dr Mahathir


Oleh kerana Karpal Singh merupakan kawan seperjuangan Nik Aziz dalam Pakatan Rakyat menyebabkan Nik Aziz menyimpan rasa sayangnya terhadap Kapal Singh sehingga beliau sanggup menyeru akar umbinya agar bersabar dengan karenah Karpal Singh. Lihat video bawah ini yang bagaimana Nik Aziz mengharapkan akar umbi PAS fahamkan yang "Orang Yang Bercakap Macam Karpal Singh Makin Kurang"

Itu sebabnya Karpal Singh orang tua yang perlu dihormati! Karpal dilahir pada 28 Jun 1940 tentulah Nik Aziz harap dihormati sebagai orang tua bukan? Tetapi tun Dr Mahatir dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan tidak pula Nik Aziz anggap sebagai orang tua yang perlu dihormati sebaliknya  Tun menjadi sasaran serangan  akar umbi PAS dalam apa jua keadaan. Wahal Tun 10 tahun lebih tua dari Karpal tetapi keistemawaan lebih kepada karpal?.

Kalau mengikut cara Tun mendesak orang melayu bersatu manakala Karpal Singh mendedah Nik Aziz Haji Hadi dan majlis Ulama membenarkan khalimah Allah dibenarkan diguna sebagai kata penganti God dalam bible versi melayu. tetapi Karpal Singh perlu dihormati sebagai orang tua menggatasi Tun Dr Mahathir yang ingin melayu bersatu sebagai saudara seislam.

Itu belum kita sentuh bagaimana cara akar umbi PAS menyerang Tun sampai tahap mempertikaikan status keimanan Tun Dr Mahathir? Memang Pecah Palak Mikir dengan manusia mengutamakan politik dari menunaikan tangungjawap sebagai seorang muslim yang dituntut bersatu dengan nama Allah.

Wednesday, 23 January 2013

[video] Bukti Lengkap Nizar Kantoi Dedahkan Dokumen Pampasan RM207 bilion


Kadang-kadang inilah masalahnya, apabila dapat maklumat yang kurang lengkap sudah canang satu dunia bahawa bukti yang ada sudah cukup kuat dan untuk untuk membuktikan sesuatu. Ada kalanya pendedahan sangat baik untuk rakyat, menyelamatkan duit rakyat dan sebagainya. Tetapi…tetapi adakalanya juga pendedahan yang dilihat melulu tanpa usul periksa yang betul agak menjengkelkan sebenarnya. Contoh?


Sekarang ini isu pampasan RM207 bilion menjadi hangat. RM207 bilion? Ya…..RM207 tidak salahlah angka yang diungkap oleh Datuk Nizar Jamaluddin. Begini RM207,000,0000,000 begini? Ya….100% tepat. Maknanya bukan satu jumlah yang kecil. Sangatlah besar.


Datuk Nizar mempersoalkan ke mana perginya duit berjumlah RM207 bilion yang sepatutnya dinikmati oleh kalangan 30,000 ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Kereta api Siam ke Burma 1942-1946 yang mana mereka mendakwa kerajan Jepun telah membayar telah membayar kepada kerajaan Malaysia sejumlah wang tersebut tetapi malangnya buruh yang terlibat dalam “tragedi” tersebut tidak menikmati imbuhannya.


Pada pemikiran kami, jika benar sekalipun pampasan itu memang pihak Jepun ada beri kepada kerajaan Malaysia, angka RM207 Billion yang dicanang selama ini agak terlalu besar. Jika 207 Billion yen mungkin masuk dek akal juga dan jika ditukar kepada matawang Malaysia hanya bersamaan RM7.2 Billion.

Walaubagaimanapun, sebelum itu, ada baiknya kita perhatikan satu persatu dokumen yang kami perolehi setakat ini bagi menjawab isu pampasan RM207 bilion. Kami sempat meneliti laporan berita di Harakah Daily (DI SINI) dan kami tertarik dengan memo yang mereka lampirkan bersama sebagai bukti dan menyokong perjuangan mereka menuntut RM207 bilion :
Memo Isu RM207 Bilion Isu Pampasan RM207 Bilion Untuk 30,000 Bekas Buruh Landasan Kereta Api Maut (1942 1946). Fakta @ Auta?


Sudah perhatikannya? Sejak bila Kementerian kewangan Malaysia (MOF) mempunyai Bahagian Pengeluaran Bayaran? Anda sendiri boleh membuat di portal Kementerian Kewangan Malaysia melalui link ini :

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id=123&Itemid=152&lang=my.

Terdapat kemusykilan pada memo tersebut di mana :
  1. No Rujukan, sepatutnya KK bukannya KKM
  2. KSP bukannya KSU
  3. Nama sepatutnya tanpa Datuk
  4. Ada ejaan yang salah, PERITMBANGAN
Ada bahagian pengeluaran bayaran? Kami juga tidak pasti bagaimana angka RM207 bilion boleh timbul. Ini kerana kalau disemak fakta yang sedia ada, timbul persoalan bagaimana Malaysia yang tidak seramai seramai ROMUSHA boleh dapat RM207 bilion pula. Andaikata mahu ditolong mereka ini sekalipun, berikanlah angka yang sepatutnya.

Jikalau kita baca semula mengenai ROMUSHA (istilah kepada buruh paksa dari Indonesia) yang diambil oleh Jepun untuk buat projek-projek Asia Timur Raya, antara 4-10 juta orang bilanganya yang di hantar ke seluruh indonesia dan negara-negara asia lain..
  1. Indonesia asalnya dapat 80 bilion yen ditukarkan USD 223 juta + rundingan semula dapat lagi tambahan menjadi USD 800 juta
  2. Indonesia dapat USD 800 juta pada tahun 1958, itu pun Jepun bagi dalam pampasan USD 223 juta dalam bentuk geran dan pakej
  3. Paling tinggi dapat pada Indonesia jikalau diikutkan anggaran nilai 800 juta itu pada indeks 2013 dalam USD7-10 bilion dan jika ditukarkan hanya sekitar RM 21-33 bilion sahaja
  4. Bagaimana Malaysia boleh dapat lebih daripada mangsa-mangsa ROMUSHA?
  5. Burma dapat 72 bilion yen ditukarkan ke USD => USD200 juta
  6. Filipina dapat 198 bilion yen ditukarkan ke USD => USD 550 juta
  7. Sekali lagi, Malaysia 2.9 bilion yen macamana boleh menjadi USD67 bilion / RM207 bilion?
Sumber asal : http://treaties.un.org/doc/Publication/UNTS/Volume%20683/v683.pdf


Melihat memo yang dilampirkan, apabila disemak semula di carta organisasi MOF, Jawatan rasmi Datuk Zalekha Hassan sehinggalah tamat tempoh perkhidmatannya pada Mei 2011 ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan bukan bahagian pembayaran seperti surat dedahan yang Nizar Jamaluddin bawakan kepada penuntut wang pampasan tersebut. Setelah diselidik dan semakan dibuat dengan jelas bahawa Kementerian Kewangan tidak pernah mempunyai “Unit Bahagian Pengeluaran Bayaran”.

Secara logiknya…
  1. Adakah kalau ada apa-apa urusan sekadar cukup dengan hantar memo sahaja? Sepatutnya Memo hanya terpakai untuk urusan dalaman sahaja. Antara unit/bahagian dalam kementerian. Kalau melibatkan pihak luar mesti menggunapakai surat rasmi letter head kementerian.
  2. Guna memo untuk jawab surat = bohong
  3. Nama pegawai ada tetapi jawatan tiada
  4. Nama bahagian pun sebetulnya tidak wujud
  5. Kerajaan Jepun sendiri tidak pernah mengaku pernah membuat jumlah pembayaran pampasan seperti yang dicanang selama ini
  6. Kesimpulannya?
Kami sebenarnya mengikuti isu pampasan RM207 bilion dan memerhati daripada jauh gelagat bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang ini :
Twitter Nizar Jamaluddin Isu Pampasan RM207 Bilion Untuk 30,000 Bekas Buruh Landasan Kereta Api Maut (1942 1946). Fakta @ Auta?
Selepas membaca Twitter Nizar Jamaluddin ini, timbul persoalan seperti di bawah ini dan membuatkan kami tertanya-tanya :
MISC ditubuhkan tahun bila? Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri tahun bila?
Adakah disebabkan Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mahu membantu membela kalangan mereka ini contohnya atas kapasiti politik, secara automatiknya menjadikannya kepada angka RM207 bilion sekaligus menampak satu kejahatan yang melampau di mata rakyat.

Koleksi Gambar & Dokumen Penting Isu Pampasan RM207 Bilion 

Rujuk Sumber Ini


Listen SW1M Penyumbang Kejatuhan Pakatan Rakyat

Sebelum ini masih ramai tidak mengenali siapa Sharifah Zohra Jabeen dan apa maksud SW1M.

SW1M adalah singkatan kepada Suara Wanita 1 Malaysia. Inilah NGO yang bergitu berani dan lantang memperjuangkan kebenaran dan paling menarik SW1M banyak mendedahkan pekung Pakatan Rakyat di dalan banyak siri forum yang telah menjelajah hampir di setiap kampus di Semenanjung Malaysia.

Sesungguhnya SW1M banyak membongkar pekong politik kotor Pakatan Rakyat dan memberi satu paradigma baru yang menyentuh idea permahaman di kalangan warga kampus menjadi lebih matang memahami situasi politik negara

Inilah yang menjadi kebimbangan Pakatan Rakyat apabila ada badan berkecuali berani menjadi seteru mereka dan membawa warga kampus yang sering menjadi target PR untuk menghasut sehingga ketahap aktiviti liar seperti rusuhan ketika siri Bersih.

Kehadiran SW1M bukanlah dapat dibiarkan jika PR mahu menawan Putrajaya. Malah bagi Anwar Ibrahim sendiripun mengharap lebih ramai remaja generasi Y menjadi taksud. Golongan ini paling mudah dipengaruhi PR jika tiada NGO seperti SW1M datang kacau daun.

Itulah silapnya SW1M menjadi seteru kuat kepada Pakatan Rakyat. Kalaulah SW1M menjadi antara NGO menentang kerajaan. Percaya ke tidak yang kalau merusuh seperti rusuhan Bersih 0.3 sehingga anak-anak muda bertindak diluar batas menyerang kereta polis boleh didiamkan dan dihalalkan oleh Pakatan Rakyat?

Ketika hampir menjelang ke PRU13, Pakatan Rakyat akan menyerang siapa sahaja, mensabotaj apa sahaja malah menggadai apa sahaja demi ke Putrajaya. dan SW1M adalah salah satu target yang perlu dihentikan melalui apa jua kaedah! supaya aktivitinya yang aktif di kampus dihentikan. Itulah matlamat sebenar Sharifah Zohra Jabeen yang bekerja keras menjayakan program forum SW1M demi memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara. Bab inilah yang Pakatan marah sesangat!

Jikalah SW1M dihentikan semata satu isu Bawani sahaja. Nampaknya PR berjaya mematikan satu NGO yang aktif membongkar pekung PR. Matinya SW1M bermakna PR melalui Mahasewel boleh terus-menerus meracuni warga kampus untuk taksud dan bersedia untuk mengikut apa jua perancangan PR termasuk aktiviti liar seperti yang pernah berlaku di dalam siri-siri BERSIH.

Banyak hal yang menjadi ketakutan PR termasuk kalaulah PRU13 nanti PR kalah. Anda percaya ke tidak PR amat memerlukan tenaga warga kampus untuk misi mempersoal keputusan PRU13 melalui pengundi hantu? Dapatkah abda agak apa peranan generasi muda ini jika kita bandingkan dengan apa yang telah berlaku dalam siri demostarasi PR?

Kalau kurang penyertaan warga kampus maka kuranglah menyengat bukan?

Oleh itu PecahPalakMikir berharap agar semua pihak memberi sokongan SW1M untuk terus aktif dan buian menghalang perjalanannya hanya kerana mensensasikan isu Bawani semata-mata.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Benarkah Lim Guan Eng Semua Benda Di Penang Menjadi Hak Mutlaknya?

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi mengulangi ketegasan berhubung penggunaan nama ‘Penang’ dan tindakan itu menerima kritikan keras.Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, apa jua acara yang ingin menggunakan perkataan ‘Penang’ perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

“Penganjur acara tidak boleh suka-suka menggunakan nama ‘Penang’ tanpa kelulusan daripada kerajaan Pulau Pinang.

“Sekiranya anda menganjurkan acara baru, kemudian anda perlu mendapatkan kelulusan kami.

Jika perkataan itu digunakan sebelum ini, ia berbeza kerana anda akan meneruskan tradisi itu. Tetapi jika ia acara baru, anda memerlukan kelulusan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Lim berkata demikian apabila segelintir pihak membidas penganjur yang mengadakan acara Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Beliau turut menyangkal penglibatan kerajaan negeri dalam program itu.“Kita tidak pernah memberi kebenaran untuk menggunakan nama ‘Penang’ tetapi acara itu disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

“Jika anda mahu menggunakan perkataan ‘Penang’, anda perlu memohon kerana kita ingin mengetahui parti mana yang terlibat tetapi kita pastinya mahu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan (sekiranya mereka terlibat),” katanya.Menurut Lim, beliau tidak mahu nama ‘Penang’ disalah gunakan.“Kita tidak mempolitikkan perkara ini tetapi jika apa-apa berlaku, orang akan berfikir acara itu berkaitan dengan kerajaan negeri dan itu tidak betul,” katanya.

Lim berkata, acara larian itu tidak sepatutnya diadakan pada Hari Thaipusam.

Sementara itu, sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Lim, penguam kanak Ranjit Singh Dhillon berkata apa jua acara atau sambutan di adakan di negeri itu berhak menggunakan nama ‘Penang’.

“Tiada alasan undang-undang bagi Lim untuk menghalang penggunaan perkataan itu atau tiada keperluan bagi penganjur mendapatkan kelulusan sekiranya acara diadakan di sini,” katanya.

Ranjit berkata, Lim yang dilahirkan di Johor, tinggal di Melaka dan kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang tiada hak untuk menyekat penggunaan perkataan tersebut.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohd Idris berkata, kerajaan negeri tiada hak untuk menghalang penduduk di negeri ini untuk menggunakan nama ‘Penang’ dalam acara mereka melainkan sekiranya penganjur menggunakan logo kerajaan negeri.

“Jika acara berkaitan dengan kerajaan negeri dan logo digunakan, maka mereka perlu mendapat kelulusan,” katanya.Ketua Publisiti Barisan Nasional Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, sukar bagi Lim untuk menguatkuasakan keputusan yang tidak masuk akal memandangkan negeri itu bukan miliknya.

“Ia milik rakyat dan Lim tiada hak untuk menguasai negeri dengan memaksa penganjur mendapatkan kelulusan sebelum dibenarkan menggunakan perkataan ‘Penang’ dalam acara mereka,” katanya.

http://www.klxpress.com.my/?p=7036
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 22 January 2013

Tunku Aziz Bongkar Siapa Lim Guan Eng Tapi Mat Sabu Terkena Tempias


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan DAP supaya berhenti 'mengganggu' ketenteraman orang Islam di negara ini ter-utama dengan desakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang mahu bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Beliau berkata, Guan Eng sengaja mencampur-aduk isu politik dengan agama untuk memecahbelahkan perpaduan selain mengakibatkan percakaran antara pemimpin Islam.

"Apa hak Guan Eng untuk campuri urusan orang Melayu dan Islam? Apa kelayakan beliau?
Arif sangatkah beliau dengan Islam? Saya sendiri orang Melayu dan tidak suka orang 'luar' sepertinya untuk mencampuri urusan yang berkait dengan agama kami.

"Adakah sesuatu keterlaluan untuk meminta Guan Eng serta konco-konconya untuk tidak mengganggu orang Melayu dan agama mereka? Janganlah hanya kerana mahu menang pilihan raya, sanggup mempergunakan isu ini. Saya tidak pasti apa agenda beliau tetapi ingin saya ingatkan, buruk padahnya jika berterusan menimbulkan isu menyentuh sensitiviti kaum Melayu,

" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau turut menggesa Guan Eng supaya lebih peka dan berperikemanusiaan dengan setiap tindak tanduknya yang akhirnya hanya mengakibatkan bibit-bibit perpecahan antara kaum.

"Guan Eng harus bertanggungjawab, mengapa masih mahu bersikap 'pengecut' dengan menyalahkan media arus perdana mungkin akan memutarbelitkan fakta? Kenapa sebelum ini memandai-mandai mendesak kerajaan untuk membenarkan kalimah Allah digunakan olehnya?

"Nampaknya apabila Pas enggan bersekutu dengannya dalam perkara ini, Guan Eng seolah-olah sudah hilang arah dan bertindak menyalahkan orang lain.

"Saya juga ingin meminta Karpal Singh supaya berhenti 'membela' setiap perlakuan Guan Eng dengan meminta Pas mengkaji kembali keputusan Majlis Syura Ulama. Kepada semua pemimpin bukan Islam dan Melayu, sila henti campur tangan dalam urusan agama," tegasnya.

Tunku Aziz juga melahirkan rasa lega dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas walaupun bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130122/po_03/Tunku-Aziz-Hentikan-ganggu-umat-Islam#ixzz2Ihr26pll © Utusan Melayu (M) Bhd
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 20 January 2013

Azmin Dedahkan Siapa Azrul Pengalisis Bank Islam?

Ada aku kisah walaupun Pakar Ekonomi Bank Islam menggatakan mungkin PR menang besar di PRU13. Itulah yang dimaksudkan dari integriti dan keikhlasan seorang yang merasa dirinya cukup berwibawa untuk mengeluarkan analisis dan sudah pasti pengalamannya boleh membantu untuk menjawap soalan ini.

Di Malaysia kebebasan bersuara dan itu hak Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin bersuara dan berpegang kepada analisis yang mencetuskan kontroversi bahawa Pakatan Rakyat (PR) ada kemungkinan boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus membentuk kerajaan pusat.

Sebenarnya sikitpun kami tidak kisah! Tetapi atas dasar kebebasan bersuara yang seperti mana Azrul Azwar gunakan! Kenapa pula mesti keluarkan kenyataan "Saya juga memberi notis kepada pemblog-pemblog, ahli-ahli politik dan sesiapa sahaja yang mahu memburukkan reputasi saya dan membuat kenyataan berbaur fitnah berkenaan dengan integriti dan kredibiliti prestasi kerjaya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan bagi melindungi reputasi saya," kata Azrul Azwar.

Adakah Azrul Azwar seorang sahaja berwibawa mengeluarkan analisis hingga ketakutan jika ada orang lain membidas? Bukankah sebagai seorang pengalisis berwibawa dan berintegriti akan mendengar maklum balas dan berhujah tampa perlu memberi notis seakan amaran kepada orang lain supaya tidak berani menyangkal?

Keduanya! Bukankah itu hanya ramalan yang Azrul sendiri berkata dalam subjek KEMUNGKINAN. Kalau masih ada kemungkinan disebut bermakna masih ada ruang untuk kesalahan boleh berlaku di antaranya.

Jadi bukankah analisis Azrul sama sahaja dengan mana-mana analisis lain yang sekadar mengharapkan kemungkinan.

Biasanya pengalisis akan mengambil kira berberapa faktor yang tidak diduga dan tidak diketahuinya sebagai penyebab boleh merubah keputusan analisa. Sebagai langkah selamat, pengalisis meletakkan kemungkinan sebagai ralat jika keputusan sebaliknya. Lebih terus-terang sebagai langkah terbaik menyangkal sebarang ralat daripada integriti pengalisis pula jatuh ketika ramalannya silap. Malah Azrul menyediakan analisis berdasarkan tiga senario iaitu kemenangan tipis Barisan Nasional (BN),
kemenangan tipis PR
dan kemenangan besar bagi PR.

Persoalannya kenapa mesti menyedia 3 senario?
bolehkah kajian ini boleh dianggap cukup berwibawa?
Kenapa Azrul gagal menyediakan 1 sanario sahaja sebagai bukti tahap integritinya?
Tentu Azrul punyai alasan tersendiri bukan? Jadi tidak salah juga orang lain punyai pandangan berbeza?

Sebab itu wajar ke tidak? pada mata masyarakat menyangkal hasil analisis Azrul berdasar padangan mereka, setelah melihat Azrul terpaksa menyediakan 3 senario?
Seakan ternampakan tidak bergitu yakin dengan analisis dibuat kepada satu senario sahaja?
Salahkah jika ada orang berfikiran sedemikian?

Kesimpulannya apa jua analisis Azrul, masih ada ruang yang pihak lain nampak perbezaan pendapat dan sudah tentu Azrul boleh terima sebarang pandangan dengan terbuka bukan?

Ke3 bagaimana yang dimaksudkan berbau fitnah oleh Azrul? Adakah bertindak balas memberi jawapan yang menyangkal analisis Azrul boleh dianggap berbau fitnah? Atau pendapat awam yang memberi alasan yang analisis Azrul dipengaruhi oleh kecenderungan kepada pro PR juga dianggap berbau fitnah? Salahkah kalau mereka berkata sedemikian atas dasar analisis mereka sendiri? dan mereka juga mempunyai hak menggunakan hak kebebasan bersuara bukan?

Bagaimana pula petikan ini. sumberhttp://www.klxpress.com.my/?p=6898
PETALING JAYA: Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang digantung tugas merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan sebaliknya beliau berkata Azrul telah lama menjadi ahli parti itu. “Saya tidak pasti sejak bila dia (Azrul) jadi ahli PKR. Cabang mana pun saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.

BAGAIMANA CARA PENILAIAN RAKYAT DARI PETIKAN TADI?

Fikirkan semula Azrul membuka satu persoalan kepada masyarakat untuk menilai dan salahkah jika ada pihak menyangkal kerana masing-masing punyai kaedah analisis tersendiri?

Persoalan 4, yang masyarakat pro PR cuba menyelar Bank Islam yang mungkin mengambil tindakan terhadap Azrul. Juga harus faham situasi Azrul tampil sebagai seorang  Ketua Ekonomi Bank Islam. Walaupun Azrul cuba tampil sebagai suara mewakili prinsip peribadi tetapi selagi dia bekerja dengan Bank Islam masih tetap wajip mengjaga imej bank yang ingin bersifat berkecuali dalam soal politik kerana dikalangan pelangannya terdiri dari pelbagai status sokongan politik. Tetapi ramai cuba kaitkan dengan desakan politik dan biasalah semakin ramai mahu mensensasikan?

Sebagai Pengalisis yang berintegriti sepatutnya Azrul sedar yang hujahnya juga boleh memberi impak yang boleh menjejas perancangan Bank Islam. Bukankah itu antara faktor yang diambil kira dalam kerja-kerja Ketua Ekonomi mana-mana bank? Dan sudah tentu Azrul faham apa dimaksudkan "asas-asas yang wajar" dan jenis penyebab yang boleh diangap sebagai melanggar dasar dalaman bank.

Jadi kalaulah Bank Islam bertindak sedemikian, wajarkah masyarakat menyalahkan Bank Islam?

Azrul menyuarakan hak mengjaga reputasinya dan tahukah Azrul yang Bank Islam juga mempunyai hak mengjaga reputasinya? Sekarang Azrul bekerja makan gaji dengan Bank Islam. Jadi reputasi siapa yang harus dijaga dahulu?

Sebagai pengalisis yang Azrul rasa dirinya cukup berwibawa tentu dapat fikirkan dimana punca silapnya dalam isu ini?
Published with Blogger-droid v2.0.10