Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 7 February 2013

Fuhh Lunaknya Maki Hamun Khalid Ismath Mahasewel Kepada Azizan

Inilah contoh yang dikatakan "Lebih Isle" yang tidak pernah diambil kisah pun Nik Aziz. Biarlah bahasanya macammanapun ada Nik Aziz kesah! patut-patut dicalun jadi Majlis Syura ni.. Ganti Nasha kot? Inilah ciri-ciri pelapis Pakatan Songsang. Tengoklah ayat-ayat ini.

Silap-silap Azizan boleh senasib dengan Nasha. untuk cerita lanjut baca sini http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/02/azizan-kena-maki-bila-beloger-pencacai.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Published with Blogger-droid v2.0.10

Nik Aziz - Sayangilah DAP

'Pas cukup sayang DAP' Pas tidak mempunyai keberanian untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana parti itu terlalu bergantung kepada DAP.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis berkata, Pas cukup sayang kepada DAP sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup meraikan sambutan hari lahirnya bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh."Pas takut kalah kalau keluar daripada pakatan pembangkang, jadi takkan hendak 'bercerai' dengan DAP.

"Bercerai dengan Nasharudin (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa) tidak apa tetapi bukan dengan Karpal," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Terdahulu, Dr. Mahathir melancarkan buku bergambar bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey To The Ice oleh Pusat Penyelidikan Nasional Antartika di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.Yang turut hadir, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon dan Pengarah Pusat Penyelidikan Nasional Antartika, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah.

Beliau mengulas desakan Nasharudin supaya Pas meninggalkan pakatan pembangkang dan bergerak bersendirian bersandarkan kekuatannya jika mahu kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Tegas Nasharudin, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ehwal dalaman telah melunturkan kekuatan Pas.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130207/po_02/Pas-cukup-sayang-DAP#ixzz2KB4bxVZT © Utusan Melayu (M) Bhd 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 6 February 2013

Kaum Dayak Awas Pertemuan Rahsia Anwar Dengan Datuk Sng

Rakyat Sarawak terutama kaum Dayak harus ambil perhatian dengan Pertemuan Rahsia Anwar Dengan Datuk Sng

CommentSEL13.COM mendapat maklumat, Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Sng Chee Hua pada hari ini jam 1:15 tengah hari sehingga jam 4:30 petang di Bilik 2612 Hotel Hilton, KL Sentral. Perjumpaan tersebut telah diadakan secara tertutup. Bilik berkenaan telah dibayar oleh seorang individu bernama Jessie Soon.

Sng Chee Hua merupakan salah seorang ahli perniagaan terkaya di Sarawak dan merupakan GODFATHER kepada banyak aktiviti politik demi menambahkan lagi kekayaannya dengan hasil bumi Sarawak. Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Sng Chee Hua terutama yang membabitkan anaknya, Larry Sng sepertimana yang didedahkan oleh banyak blog dari Sarawak (BACA DI SINI http://matakkayau.blogspot.com/2012/07/datuk-sng-perosak-kaum-dayak.html?m=1 ) Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim amat terdesak untuk menang bagi membolehkan dia menjadi Perdana Menteri dan seterusnya memadamkan sejarah hitam yang menjadi hiasan latar belakang hidupnya selama ini terutama sekali yang membabitkan kejahatan kemaluannya yang tidak mengenal jantan betina.

Ini ada sedikit butiran tentang Jessie Soon yang telah membiayai bilik pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Sng Chee Hua.Alamat: Lot 619, Menuan 1D, Jalan Airport, Kapit 96800 Sarawak.No. Telefon: 019-3147171Alamat yang digunakan oleh Jessie Soon, merupakan alamat yang sama dengan Sng Chee Hua!

Berdasarkan maklumat, pertemuan tertutup itu sebenarnya adalah untuk merundingkan bantuan yang boleh diberikan oleh Sng Chee Hua kepada PKR pada PRU13 nanti. Sng Chee Hua yang diketahui TERSANGAT KAYA setelah memperolehi pelbagai keistimewaan di Sarawak termasuklah konsesi balak dan projek Empangan Bakun.

Dikatakan juga, Anwar Ibrahim telah meminta agar Sng bertanding di Parlimen Kapit atau Belaga atau Song dengan janji pemberian lebih banyak konsesi dan projek pembangunan kepada Sng. Sebagai ahli perniagaan yang rakus, Sng tidak mungkin akan menolak tawaran Anwar Ibrahim itu.

Adakah PKR Sarawak Bakal Dibubar Diganti Parti Baru ?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 5 February 2013

Yahudi Israel Promosi Anwar Sebagai Perdana Menteri Secara Besar-besaran

Ketika diambang PRU13. Pelbagai media mula berkempen mempromosikan Anwar sebagai PM.

Ini bukanlah menghairankan kerana sebelum inipun Anwar sememangnya banyak menyuarakan keprihatinan beliau terhadap kuasa Yahudi Israel

Bergitu juga dengan Suaram yang pengarahnya mengakui menerima dana dari Soros

Persoalannya apa akan terjadi kepada negara jika Anwar mentabir negara ini? Adakah sumbangan kuasa Yahudi Israel sekadar menolong dan memberi dana sekadar suka-suka? Tidak adakah apa-apa sebagai balasan kepada yang berbudi kepada Anwar? Pecah Palak Mikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

Keyakinan Nik Aziz Mengatasi Pergolakan Akar Umbi

Pada 17 November 2012 pertemuan dua mata antara Anwar dan Nik Aziz memberi seribu keyakinan melampaui kerisauan.

Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.“Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.

Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut sorakan semangat.

Itulah antara bualan yang memberi Nik Aziz berasa diawangan mengimpikan Putrajaya. Langkas dari itulah semangat Nik Aziz semakin kuat menghadapi musuh yang paling dendami sekian lama.

Bila kita renungi semula antara dulu dan sekarang

Siapapun dapat memahami kenapa dasar dan prinsip Nik Aziz berbeza. Semuanya kerana dimana ada jalannya mengejar harapan disitulah likuan dan halangan yang perlu dihalalkan. Walaupun terpaksa bermain catur dengan mengorbankan tentera seperti Hassan Ali dan Nasharudin. Tetapi itulah tuntutan Pakatan yang membolehkan impian dan harapan yang terpendam sekian lamanya, tertunai. Sehingga sekarang Nik Aziz sudah tidak ambil kisah soal pergelutan akar umbi dari impak tindakanya. rujuk sini http://bitly.com/12osVjV

Berjaya atau tidak atas pengorbanan malampaui batas perjuangan islam. Hanya Allah yang mengetahuinya...

Adakah kita rasa berbaloi dengan watak-watak ini mentabir negara? Pecah Palak Mikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

Gempar Harun Din Antara Calon Meninggalkan PAS ?

Dulunya kita dihidangkan dengan khabar angin Hassan Ali bakal dipecat atau keluar PAS dan ianyanya telah menjadi kenyataan.

Kemudiannya keluar pula cerita khabar angin mengatakan Nasharudin bakal dipecat dan sekarangpun telah menjadi kenyataan?

Sekarang timbul cerita akar umbi semakin hilang rasa percaya kepada PAS, semakin merebak dengan meluas bagaikan virus Trojan menyerang dan merosak satu persatu kompenan yang ada.

Angkaranya yang sebenar? harus dijawap oleh Nik Aziz dan Haji Hadi terutama soal ucapan Nurul Izzah menyentuh soal kebebasan beragama?

Nurul Izzah: Bagaimana sesiapa pun boleh berkata (kebebasan beragama) hanya terpakai untuk bukan Islam, ia sepatutnya dilaksanakan secara sama rata (tanpa mengira agama). Ini diampunkan Nik Aziz.

Kemudiannya lebih parah apabila isu Khalimah Allah dituntut Lim Guan Eng untuk membolehkan bible versi melayu menggunakan Khalimah Allah sebagai kata ganti God atau Lord.

Soalnya kenapa ada unsur Haji Hadi bersetuju dahulu dalam mensyuarat Pakatan Rakyat pada 8 januari 2013 dengan memberi hak dan ini dapat dinilai setelah habis bermuafakat kelihatan Pakatan Rakyat berpuas hati dengan jawapan Haji Hadi. Tetapi itu sebelum Majlis Syura bersidang.

Setelah Majlis Syura bersidang mulalah timbul pertindihan jawapan dengan mesyuarat bersama Pakatan. Kemudiannya semakin menampak kepincangan apabila Anwar dan Karpal mula bangkit mempersoal keputusan Majlis Syura. Kenapa ada pertikaian setelah Majlis Syura besidang. Kita dirahsiakan soal apa yang sebenarnya dibincangkan dalam mesyuarat PR. Tetapi pertikaian selepas keputusan Majlis Syura boleh membuktikan ada 2 jawapan berbeza antara sebelum dan selepas oleh Haji Hadi.

Kenapa Haji Hadi boleh mendahului membuat rundingan dan keputusan sebelum Majlis Syura bersidang. Jika Majlis Syura paling berkuasa menentukan dasar maka wajiplah Haji Hadi dihadapkan ke pembicaraan tatatertib. Tetapi tidak berlaku menyebabkan Akar Umbi terus menerus mempertikai isu ini tampa kesudahan.

Kemudian timbul pula permecatan Nasharudin kerana menyertai rombongan UMNO ke Misi Perdamaian Fatah dan Hamas. Sebelum sempat Nasha pulang dia telah dipecat tampa bicara. Wahal Nasha adalah ikon perjuang islam yang paling ikhlas yang masih wujud dalam PAS.

Sekarang akar umbi PAS semakin berpecah belah malah semakin ramai yang akan meninggal PAS. Virus ini semakin kuat merebak setiap pelusuk negeri dan jangan lupa dikalangan ahli tertinggi telah mula kuat terasa terdesak dengan dua persoalan samada perjuangkan islam melebihi dari agenda parti atau perjuangan agenda parti melebihi dari perjuangkan islam? Siapakah dia yang bakal menggemparkan sebelum PRU13?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 4 February 2013

Bukti Bertapa Bencinya Nik Aziz Kepada Nasharudin Mat Isa

Fuhh sekarang baru jelas bertapa hitamnya hati Nik Aziz malah bertapa bencinya Nik Aziz kepada Nasharudin Mat Isa

Nasihat semua akar umbi PAS lain kali lebih bagus jadi macam Anwar Ibrahim

dari menjadi Nasharudin Mat Isa yang terlampau ikhlas dalam perjuangan. Gerenti jamin ke syurga Nik Aziz dapat hujahkan dan beri harapan buat Akar Umbi, yang yakin dan setia dengan apa jua tindakan Nik Aziz walaupun

Pecah Palak Mikir melayan manusia taksud melampau-lampau.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Alasan Mengapa PAS Kata Anwar Terbaik Sebagai PM

Rasa cinta kepada bangsa dan tanah air tidak bercanggah dengan Islam. Ini adalah naluri yang diberikan ALLAH kepada manusia, termasuk Nabi Muhammad. Rasulullah juga cinta kepada bani dan tanah kelahirannya, Mekah. Baginda pasti tidak mahu meninggalkan Mekah tetapi terpaksa berhijrah kerana ancaman Quraisy.

Perasaan kebangsaan atau nasionalis tidak mengurangkan ketaatan seseorang kepada ALLAH. Ideologi kebangsaan yang diputar belit PAS sebenarnya dari hati PAS yang mempunyai agenda lain dan sifat anti PAS terhadap kerajaan yang bersifat positif dan pragmatik, bukan destruktif dan dogmatik seperti PAS dan PKR. Wujud sintesis pragmatis antara aspirasi kebangsaan dan Islam.

Semua ini ditimbulkan PAS demi menutup pelbagai unsur kepalsuan dalam Pakatan Rakyat. Contohnya dengan siapa yang sebenarnya watak Anwar Ibrahim? Jika anda amati poster dibawah ini

Jika anda mahu berfikir apa yang sedang berlaku di Gaza. Tentu wajar sangat anda bertanya mengapakah PAS enggan menilai dan memperbetulkan isu ini? Apa yang sebenarnya PAS tergila-gilakan? Jadi dimana letaknya alasan buat PAS yang meletakan Anwar sebagai calon terbaik memimpin mereka dan Malaysia.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Haji Hadi Semakin Melatah-latah Kehilangan Punca

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila Haji Hadi semakin melatah mencari helah menyalahkan UMNO & Barisan Nasional. Demi memberi nafas buat DAP bergerak

Kenapa Haji Hadi bangkitkan lagi masalah khalimah Allah diketika ambang PRU13? Haji Hadi berhujah dengan mempergunakan keputusan Majlis Syura tetapi cuba berdalih menyebunyikan keputusan Mesyuarat Pakatan Rakyat pada 8 Januari 2013? Yang mana kata sepakat penggunaan Khalimah Allah oleh Bible versi melayu telah diakui bersama oleh Haji Hadi, Anwar dan Karpal Singh.

Kalau Haji Hadi menafikan bukan itu yang dipersetujui. Kenapa Karpal dan Anwar mempertikai kenapa soal Haji Hadi berubah fikiran. Adakah Karpal dan Anwar juga keliru dengan ayat-ayat berbelit Haji Hadi!

Kalau itu berlaku bermakna Haji Hadi lah dalang segala kekeliruan selama ini iaitu cakap berbelit-belit sampai sekutu Pakatan Rakyat pun keliru!

Dalam masa yang sama setelah mendapat keputusan Majlis Syura kenapa Haji Hadi takut mendedak Lim Guan Eng memohon maaf dan kenapa Haji Hadi takut mengasak Karpal dan Anwar jangan campur urusan PAS dan terima keputusan Majlis Syura.

Juga persoalan kenapa Haji Hadi gagal menggerak jentera fisabilillah PAS boikot dan berdemo tindak tanduk PKR dan DAP yang boleh dianggap melampau dari apa yang dipersetujui Majlis Syura.

Jadi sekarang kenapa Haji Hadi jenis buat kerja tampa penyudah? Kerana Majlis Syura telah tetapkan pendirian dan kenapa tidak selesaikan dengan PKR dan DAP biar mutamad supaya tiada siapapun berani bangkitkan isu ini?

Haji Hadi semakin terdesak memainkan berdalih dengan isu ini sebenarnya dimana keikhlasan Haji Hadi? Atau adakah ini permainan menghalalkan perbuatan DAP? seperti gambar dibawah?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Awas Agenda Menjejaskan Akidah Di PRU-13

Umat Islam perlu menjadikan tanggungjawab memilih kepemimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang sebagai satu usaha memastikan akidah mereka terus dipertahankan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan umat Islam di negara ini kini berhadapan dengan krisis akidah susulan tuntutan penggunaan kalimah Allah yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas tahun lalu.

"Perkara ini tidak seharusnya dilihat oleh umat Islam sebagai suatu yang kecil apatah lagi menganggapnya sekadar satu isu politik.

Maka, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, saya minta umat Islam melihat pilihan raya bukan hanya satu proses untuk menentukan siapa menjadi kerajaan, siapa jadi Perdana Menteri semata-mata.

"Sebaliknya saya mahu semua umat Islam menjadikan pilihan raya itu nanti sebagai penentu sama ada akidah kita selamat atau tidak. Kita kena faham isu kalimah Allah mengatasi politik kerana isu tersebut membabitkan akidah, tauhid kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jom Selamatkan Kalimah Allah di Taman Bukit Subang, di sini malam tadi.Yang turut hadir memberikan ceramah ialah Ahli Majlis Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Wan Indra Putra Ahmad.Zulkifli turut mengingatkan umat Islam agar menolak pakatan pembangkang apabila majlis pimpinannya yang turut dianggotai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pada 8 Januari lalu memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Tegasnya, meskipun Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya memutuskan menolak penggunaan kalimah Allah itu oleh agama lain, Abdul Hadi sehingga kini belum menarik balik persetujuannya bersama pemimpin tertinggi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membenarkan pengunaan kalimah suci itu kepada semua agama.

Sementara itu, Wan Indra mahu rakyat memilih kerajaan berdasarkan rekod prestasi membantu rakyat seperti yang telah ditunjukkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam memimpin negara dan rakyat hingga ke hari ini.

Katanya, mungkin BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu tetapi sebenarnya BN adalah lebih baik berbanding parti-parti pembangkang yang lain.

"Meskipun BN diperlekehkan oleh pembangkang, parti itu dilihat terus mengekalkan perpaduan atas semangat perkongsian kuasa dan melaksanakan setiap janji mereka kepada rakyat sehingga ke hari ini."Berbeza dengan pembangkang, kita lihat PKR, DAP dan Pas lebih banyak membuat fitnah, tuduhan terhadap BN tanpa bukti nyata. Malah pembangkang sendiri pun tidak mempunyai kesepakatan dalam kalangan mereka apatah lagi menepati janji-janji mereka terhadap rakyat seperti di Selangor," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130204/po_06/PRU-13-medan-selamatkan-akidah#ixzz2JtIJ8cjH © Utusan Melayu (M) Bhd 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 2 February 2013

Nasha - Keegoan Nik Aziz Bila Dirinya Dikecam Media Antara Bangsa

Nampaknya Nik Aziz dan PAS bukan sahaja hadapi masalah dalam negara tetapi melibat suara antarabangsa yan turut simpati nasib Nasharudin. Tetapi riaksi PAS macam biasalah. Buat bodoh je! Almaklumlah matlamat nafsu gila kuasa mengaburi keihlasan perjuangan

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Pemecatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan sahaja menggegarkan politik tanah air, malah mendapat perhatian akhbar luar negara, The Australian.

Dalam artikel ditulis oleh Pengarang Asia Pasifik akhbar berkenaan, Rowan Callick, pemecatan itu dikatakan ekoran tindakan Nasharudin menyertai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin sebagai tetamu Hamas, baru-baru ini.Artikel itu turut memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu: "Pas tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga memecat Nasharudin. (Lawatan ke Gaza) sepatutnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat Muslim Malaysia, walaupun dari pembangkang, dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membawa mesej keamanan sejagat.

"Artikel yang disiarkan di laman web http://www.theaustralian.com.au itu kemudiannya merujuk kepada pensyarah Sains Sosial University of New South Wales, Australia, Clive Kessler yang memberitahu lawatan Najib itu didorong oleh senario politik tempatan berikutan pilihan raya umum yang semakin tiba.Menurut Kessler, Najib cuba menampilkan dirinya sebagai 'Pejuang Islam' di sebalik cubaannya sebelum ini untuk menjadi jaguh dalam gerakan kesederhanaan antarabangsa.

Katanya, ia juga bertujuan meneruskan sokongan Mahathir yang mana anaknya, Datuk Mukhriz telah melawat ke Gaza baru-baru ini di samping mempromosikan reputasi Malaysia sebagai contoh negara Islam walaupun kedudukannya jauh dari Asia Barat.

Kessler memberitahu, perkara itu adalah versi Malaysia dalam 'budaya merendah diri'.Paling penting, kata Kessler, lawatan itu sedang digunakan sama ada untuk memecahkan parti Pas atau menarik penyokongnya meninggalkan parti itu dan mengundi UMNO pada pilihan raya akan datang.Beliau berkata, berikutan keputusan tidak memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum 2008, UMNO menyedari ia perlu mendapat kembali kedudukan yang memperoleh sokongan masyarakat Islam Melayu.

Katanya, lawatan ke Gaza itu berbentuk 'kesucian' dalam politik dan seterusnya menjadikan UMNO lebih mengutamakan Melayu dan Islam.

Ditambah dengan penegasan menerusi pemerintahan beraja di negara ini, keadaan mungkin akan menampakkan Pas meminggirkan pakatan pembangkang dan menuju kepada UMNO.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_07/Pemecatan-bekas-Timbalan-Presiden-Pas-dapat-liputan-akhbar-asing#ixzz2JiJVISVA © Utusan Melayu (M) Bhd 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 1 February 2013

PAS Di Sarawak Jadi Percacai Terkena Mainan Bersiri DAP dan PKR

Seperti DAP dan PKR, PAS juga berhajat melabuh kuasa di Sarawak. Sebab itu PAS telah setahun menghantar jenteranya berkampung di kawasan Melayu setiap pelusuk Sarawak. Ini kaedah pendekatan PAS pakai untuk mendekati rakyat dengan menghasut dengan umpan Beras, gula, pakaian untuk 4 tahun sekali beri. Yang pasti itu bukan satu usaha yang mudah dan perlukan dana yang besar buat PAS apabila rakyat pendalaman kurang memberi keyakinan terhadap PAS.

Manakala PKR pula sering bermain dengan kaedah menipulasikan isu NCR dan agak mempunyai kelebihan berbanding PAS. Malah mereka boleh buat untung dari kaedah ini.

Bagi DAP pula mempunyai perluang yang lebih cerah berbanding PAS dan PKR. Apatah kaedah pentabiran Penang yang lebih kuat mempertahankan cauvinis dan menafikan hak kaum lain sudah tentu menjadi tarikan tersendiri buat golongan yang pro Cauvinis semata-mata. Yang pasti DAP tidak perlu modal besar untuk pertahankan kerusi mereka.

Bila timbul soal pengagihan kerusi di Sarawak. DAP tidak pernah bertolak ansur dengan PKR dan PAS. Sebab itu semua kerusi putih PR dibolot DAP. Manakala kerusi hitam DAP pula diserahkan kepada PKR. Itupun PKR tolak untuk kerja permutihan kerusi hitam kepada PAS. Maka makan tahun dengan kerja banyak PAS bertungkus-lumus bersihkan.

Inilah sikap DAP dan PKR tidak pernah mahu mencucikan kerusi hitam milik mereka dan PAS mangsanya menjadi pak turut yang memberlanjakan dana sendiri untuk cuci segala saki baki kerusi hitam.

Menyebut pasal dana untuk kempen PRU13 di Sarawak. Dalam persahabatan Pakatan Rakyat tiada kongsi dana samarata sebaliknya masing keluarkan kosnya sendiri. Ini terbukti semasa PRN lepas PAS parti paling daif dan malang di Sarawak. Sekarang PAS terpaksa keluarkan segala sumber yang ada untuk menduduki Sarawak walaupun usaha mereka hanyalah lebih kepada sia-sia sahaja. Jadi yang untungnya siapa?

DAP dan PKR paling untung tetapi percaya ke tidak jika kawasan yang dicuci PAS ini bakal dirampas semula DAP dan PKR jika didapati memasuki taraf Putih atau Kelabu. Itulah PAS wujud dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai kaldai atau hamba ketuanan DAP dengan pengaruh Ariwanas.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Jika Anda Setia Barisan Nasional Jangan Buktikan Dengan Nafsu Peribadi

Salam 1Malaysia... Apa yang PecahPalakMikir hendak tulis adalah luahan sedikit kekesalan antara blogger dan semua pihak dalam BN. Sebelum PPM berbicara lebih lanjut eloklah pohon maaf terutama blogger dan individu-individu yang berstatus otai dari PPM.

Biarlah PPM mulakan apa yang sedang berlaku di Sarawak. Kekesalan PPM kepada kedua-dua pihak blogger yang sedang berperang dan kedua-dua team mengaku setia perjuangkan Barisan Nasional.

Kedua-duanya mengaku setia kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sungguh! Betul! PPM akui mereka sememangnya setia....

Jadi jika anda setia kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ... Anda juga harus setia kepada Barisan Nasional. Perdulilah apa jua percakaran antara anda. Perdulikanlah apa yang cuba dipaparkan Sarawak Report sebab semua itu sememangnya dirancang sedemikian rupa dengan agenda PR tersendiri dan sudah tentu bermatlamat menawan Putrajaya.

Tidak kira siapa yang mulakan. Tidak bermakna antara anda berhak menyerang 1UMB BN Sarawak? Apa jua perjalanan UMB berdasarkan perancangan Barisan Nasional. Bukankah mengaitkan UMB bermakna secara tidak langsung mensabotaj perjalanan Barisan Nasional. Cukup setakat itu PPM tidak mahu berbicara terlampau jauh. Tetapi tolonglah kita dalam mood PRU13 beri tumpuan kita membantu Barisan Nasional. Jika anda membantu Barisan Nasional bermakna anda bantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Pedulikan skandal cubaan ambil alih kuasa! Pada PPM Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud  lebih kenal lebih mengetahui dan arif akan siapa mereka sebenarnya. Jadi kenapa kita yang sekadar tahu samada dari mulut ke mulut atau media dan apa jua sumber boleh menghakimi berdasar apa yang rasakan?

Tolong hentikanlah dan bersatulah semua dan kita selesaikan nanti bersama dengan sebulat meja. Sekarang masa kita bongkar Pakatan Rakyat yang semakin aktif menjalan perang saraf dengan berkampung berbulan-bulan untuk menghasut rakyat.

PPM yakin yang kehendak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahukan adalah kita bersatu memperkuatkan Barisan Nasional dan bukan menunjuk siapa yang paling setia menentukan apa nasib kedudukan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas PRU13. Itu bukan kerja kita tetapi kerja kita buktikan Barisan Nasional terhebat dan memenangi PRU13.

Apa yang PPM katakan adalah sama jua ditujukan kepada kedudukan Datuk Sri Najib Razak. Bukan kita yang berhak menentukan tetapi buktikan kita bersatu dan setia di bawah Barisan Nasional tampa memperdulikan anda dari parti kompenan mana tertapi buktikan kita bersatu dibawah 1 Barisan Nasional.

Mohon maaf kepada semua kerana apa yang PPM pecah palak mikir luahkan atas rasa cinta kepada Agama Bangsa dan Negara dan sayangnya PPM kepada Barisan Nasional. Peace......
Published with Blogger-droid v2.0.10

Radio Free Sarawak Terbaik ?

Wah terbaik sekali Radio Free Sarawak bermain wayang di Sarawak. Dari bagaimana mula menyusup mendapat siaran hingga menyiar berita palsu dan lebih kepada menghasut rakyat terutama dikalangan penduduk rumah panjang.

Bagaimana Radio Free Sarawak boleh menyusup masuk dikalangan warga rumah panjang? Mengikut cerita-cerita penduduk rumah panjang. Meteka datang dengan menyamar sebagai wakil kerajaan dan ingin menyampai bantuan kepada rakyat dengan memberi beras 1 Malaysia, kalender dan radio kecil termasuk CD yang mempunyai propaganda PR. Antara alasan yang mereka beri ini adalah ini satu program yang dilancarkan kerajaan.

Taktik ini menyebabkan ramai rakyat terpedaya dan bermulalah peranan siaran pendek Radio Free Sarawak menyampaikan dan menghasut rakyat dengan pelbagai agenda termasuk cuba menghasut dan mempersoalkan status tanah NCR.

Bagaimanakah menyelesai masalah tanah NCR jika penduduknya sendiri tertanya dikalangan sesama pengusaha yang tidak pasti dimana sempadan tanah yang diakui mereka?

Pihak pembangkang melalui Radio Free Sarawak sengaja menggunakan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk meraih sokongan rakyat di negeri ini. kerajaan sentiasa mengiktiraf tanah NCR yang dimiliki masyarakat Bumiputera di negeri ini dengan melakukan penyukatan bagi memberi hak milik kepada mereka.

Isu berkaitan dengan tanah NCR sentiasa dibangkitkan pihak pembangkang terutama menjelang pilihan raya dengan dakwaan kononnya kerajaan merampas tanah rakyat. Ini tidak berasas sama sekali kerana kerajaan telah melakukan dan mengiktiraf tanah NCR sejak tahun 1958 lagi.

“Proses penyukatan tanah NCR tidak boleh dilakukan sekali gus kerana faktor bentuk muka bumi dan kawasan penduduk yang berselerak

Kerajaan sentiasa teliti dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan tanah NCR agar tidak timbul pertelingkahan.

Malah sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah! tugasan dan amanah dilakukan dengan baik sekali kepada rakyat demi kemajuan rakyat sendiri.

“Kemajuan yang dibawa BN telah membolehkan rakyat meningkatkan pendapatan mereka dan menjamin masa depan yang lebih gemilang,” tambahnya. Malah tempias kemajuan yang dibawa BN turut dirasai setiap pelosok kampung dalam kawasan itu sambil menegaskan politik yang dibawa BN adalah politik pembangunan untuk rakyat tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menghasut dengan pelbagai kaedah termasuk Radio Free Sarawak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isu Terkini

get this widget here