Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 7 March 2013

Video YB Zulkifli Nordin Amuk Kerana Polis

Huh hebat betul Yb Zul kita amuk sampai apek yang negeri China pun tak mahu dapat rakyat macamnya. Kalau ada dah lama ke tembak. Tapi rakyat Malaysia ada juga tahap sabarnya jangan sampai ada yang hilang sabar. Merana kau nanti... Tonton je lah.. Watch "Zulkifli Noordin Mengamuk" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Halaman Pakatan Bangsat Samakan Lakarkan Karikatur Askar Ops Daulat Berupa Babi

Ini adalah halaman bangsat! Yang patut diambil tindakan kerana mereka pengkhianat sebenar negara dengan memberi didikan kepada rakyat menghina dan mencaci Angkatan Tentera dan Polis supaya rakyat menjadi biadap seperti mana biadapnya Tian Chua. Inikah PAS nak semaikan di sebalik kesucian Anwar Ibrahim?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ops Daulat Malaysia Digertak Dengan Didatangi 10'000 Gerila Sulu

MANILA - Media antarabangsa termasuk media berpengaruh Filipina melaporkan, kira-kira 10,000 kumpulan gerila kaum Tausung dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi belayar ke Sabah bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu.

Media melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan (MNLF), Habib Hashim Mudjabab, semalam.

“Ramai antara kami marah dan kebanyakan mereka, termasuk golongan bukan pejuang, akan ke Sabah membantu tentera Sultan Sulu,” katanya.

Menurutnya, kumpulan gerila itu menyertai kumpulan pengikut Sultan Sulu dan mereka kini bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina dikenali sebagai Southern backdoor (jalan belakang Selatan), laluan yang biasa digunakan pedagang kecil.

Laporan turut memetik, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kumpulan yang telah berjaya membolosi sempadan Sabah  tetapi hanya menegaskan ia mencecah ribuan.

Beliau berkata, walaupun pemimpin MNLF tidak mengeluarkan arahan rasmi untuk memasuki Sabah tetapi MNLF memberi sokongan penuh atas usaha Sultan Sulu untuk menuntut semula wilayah Sabah itu.Sementara itu, pembantu sultan berkata, di Manila, antara 100 dan 300 militan dipercayai melarikan diri serangan kelmarin dan bersembunyi di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu. - AFP

PecahPalakMikir: Apa dia orang fikir rakyat Malaysia takut. Kami rela bermandi darah demi cinta kami yang tidak berbelah-bahagi kepada Malaysia
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 6 March 2013

PAS Hantar Tentera Untuk Ops Daulat


PecahPalakMikir ketawa terbahak-bahak bila membaca posting Yb Zul sebab itu PPM buat poster ini. Jadi bagus layan je apa kata zul4kulim.blogspot.com
Published with Blogger-droid v2.0.10

Gempar Pakatan Rakyat Buktikan Perisiknya Lebih Hebat Berbanding Tentera Kerajaan

Siapa dapat nafikan kehebatan Anwar dan jenteranya yang punyai network tidak terbatas. Berbanding Najib Razak perlu meneliti dahulu samada memudarat negara atau tidak. Tetapi dalam kes Pencerobohan Lahad Datu yang Pakatan pertikaikan tahab risikan negara tentulah semudah Anwar berkata dan mehendiknya.

Dalam risikan negara bukan semudah yang rakyat biasa fikirkan. Dalam risikan negara, diketahui ada ajensi kuasa luar yang membantu pengkhianat dengan pelbagai cara. Ada yang dapat di dedahkan dan ada yang tidak di dedahkan kerana kekangan dibawah kuasa dunia yang lebih besar.

Bagi PecahPalakMikir sendiri juga kadang mendapat info jauh dari apa yang PPM dedahkan dalam blog. Tetapi disebabkan sebagai warga negara yang bertanggungjawap tidaklah boleh mendedah semua perkara sesuka hati demi mengejar ranking blog. Itu salah dan boleh menjejaskan negara.

Bergitu juga dengan risikan negara yang lebih hebat maklumat mereka ada. Cumanya kalau diketahui awalpun, sebarang tindakan mesti diambil kira dengan peruntukan Geneva dan Bangsa-bangsa Bersatu. Itu tidaklah semudah rakyat fikirkan. Apatah negara kita perlu berhati-hati dengan perangkap yang dipasang musuh negara untuk menghalalkan campur tangan mereka, dengan menggunakan pelantar kuasa dan undang-undang antarabangsa. Melainkan golongan pengkhianat negara sendiri, yang sengaja mahu mengheret Najib Razak masuk perangkap.

Macam Pakatan Rakyat pula tentu lebih hebat sampai ada wakil ke Manila sebelum pencerobohan berlaku tetapi apakah agendanya? Tak akan mencari jam omega kot. Dan bagaimana dengan Suaram yang mengaku terima dana luar dan tak akan terima dana tidak terima dengan arahan sekali ke?

Hakikat sebenarnya untuk pertahankan Malaysia yang tercinta dari dicerobohi bukanlah satu yang mudah berbanding kata-kata yang keluar dari mulut pengkhianat negara. Yang penting kita ikhlas pertahankan Agama Bangsa Negara dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Published with Blogger-droid v2.0.10

VIDEO - 3 Bulan Sebelum Sulu Mencerobohan Sabah Anwar Sudah Dendangkan Kehilangan Sabah


Hah 3 bulan sebelum Sabah diserang Penceroboh Anwar sudah tahu melalui lagunya. Perhatikan tarikh dengan baik-baik. Kemudian kita kena fikir kenapa Tian Chua dan Sivarasa menyusul ke Sabah. Perhatikan tarikh twitter Tian Chua.

Tetapi Pakatan Rakyat nafikan melalui kaedah mainkan sendiwara U Ulang I Saman U

Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Dr Mahathir Dedahkan Anwar Beri Autonomi Ancam Sabah Dengan Peperangan

U Ulang I Saman U ... Hah apalagi Anwar saman Tun Dr Mahathir kerana berani dedah soal keselamatan Sabah dari pencerobohan membabitkan Anwar Ibrahim. Perlukah Anwar bermain wayang saman atau bangkit jelaskan dengan lebih bermaruah, apatah seorang yang berhajat sangat jawatan Perdana Menteri.

Aidc- Janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa ‘autonomi’ kepada Sabah merupakan janji yang tidak bertanggungjawab dan meletakkan negeri itu berada dalam ancaman kancah peperangan kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, pada asalnya pencerobohan di Lahad Datu dianggap sebagai masalah setempat dan bukannya serangan daripada luar, sebab itu pihak polis yang perlu menyelesaikan masalah itu dan bukannya pihak tentera.

“Pada mulanya kita tidak anggap ini adalah serangan daripada pihak luar. Hanya mereka ini berada dalam wilayah kita, dan inilah tanggungjawab polis.“

Tetapi sekarang ini, agak jelas, bahawa serangan ini datang daripada luar, justeru itu pihak tentera sudah pun diarah untuk mengambil bahagian, “katanya dalam majlis Perkasa di Dataran Pekan Bagan Serai perak, 3 Mac.

Watch "Lahad Datu: Suluks in Sabah say they are loyal to Malaysia" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenyataan MILF Membuktikan Harakah Fitnahkan Najib Razak


Kegairahan PAS cuba mengawal situasi terhadap tekanan diterima Anwar, semakin sesak nafas dengan kaitan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Peperangan media banyak menjuruskan Anwar dikaitkan termasuk pendedahan Reuters da perisik Filipina, Tetapi Anwar gagal menafikan termasuk menafi kenapa dia bertemu Nur Misuari dan kenapa Tian Chua dan Selvarasa berangkat ke Manila? Persolan ini tidak dijawap mereka tetapi lebih melihat Pakatan Rakyat cuba mengalih perhatian rakyat dari memikirkan persoalan itu dengan taktik menonjolkan petemuan MILF semasa perhimpunan agung UMNO.

Isu kaitan yang cuba dibawa Pakatan Rakyat termasuk PAS menerusi Harakah. Kononnya Najib berjanji sesuatu! untuk pelarikan persoalan apa yang telah dijanjikan Anwar kepada Nur Misuari?

Walaupun ada penafian MNLF Anwar terbabit tetapi bolehkah itu diterima bulat-bulat dalam dunia politik zaman sekarang. Kerana ada juga persoalan yang timbul mengatakan harapan besar jika Anwar tawan Putrajaya. Betulkah Sabah sebagai cagarannya? Kita tinggal persoalan ini.

Tindakan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan politik mengenai krisis Sabah membuktikan PAS salah anggap kepada MILF. malah Ketua Perunding MILF Mohagher Igbal menyuarakan tidak pernah membincangkan isu Sabah semasa berunding dengan Manila sebaliknya hanya rundingan damai.

Berbeza dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro MNLF, Nur Misuari memberi amaran kepada Najib jika Jamaludin Kiram III terkorban dalam Ops Daulat boleh dianggap pengisytiharan perang terhadap etnik Tausag dan kumpulan permisah tersebut.

Kedua situasi ini menunjukan percangahan jelas antara MILF dan MNLF. Dan bagaimana PAS dan Harakah boleh terus-meneruskan memfitnah Najib Razak semata-mata untuk menyelamatkan Anwar. Ini soal keselamatan negara, kita tidak boleh memihak kepada mana-mana individu yang terbabit dengan pengkhianatan negara. Walaupun dari sekutu mahupun seteru. Kita kena letakan semangat petriolisme lebih mendahului kepentingan politik.

Bergitu juga dengan soal kenapa kerajaan perlu tanggani pencerobohan Sabah melalui rundingan polis bukan ketenteraan. Kerana kita perlu mengikut peruntukan Geneva. Jika kita mulai dengan ketenteraan bermakna Malaysia secara tidak langsung iktiraf kerajaan Sulu dan boleh menyebabkan campurtangan kuasa asing. Adakah ini yang dikehendaki mereka?



Published with Blogger-droid v2.0.10

Ops Daulat 14 Mayat ditemui

Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo telah berada di kemuncaknya apabila kerjasama PDRM dan ATM menggerakkan 7 Batelion dalam operasi besar-besaran Ops Sulu.

Gerakan pukul 7 pagi itu dimulakan dengan serangan bom MK81 yang seberat 113 kg yang dilepaskan 3 jet F/A-18D Hornet dan 5 buah Hawk. Kemudian disusuli dengan tembakan mortar oleh pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja.

Mengikut Twiter Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak "Alhamdulillah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan. Sedang melakukan operasi membekas dari rumah ke rumah.

Semasa operasi geledah di kawasan Kampung Tanduo, gagal menemui sebarang mayat kerana dari sumber difahamkan Adik Sultan Jamalul Kiram dipercayai telah melarikan diri sebelum operasi dan dipercayai sedang bersembunyi di Kampung Tanjung Batu yang kira-kira 9 batu jaraknya.

Namun bergitu pihak keselamatan telah menemui 14 mayat yang kembung dan busuk, dipercayai mati dalam pertempuran pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan dakwaan penduduk yang nampak kira-kira 200 pengganas merangkak larikan diri ketika serangan jet.

Ops Daulat masih diteruskan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 5 March 2013

Cerita Sulit Disebalik U Ulang I Saman U Pecah Rekod Dunia

Adus-adus Anugerah Papaku Hebat dari Anugerah Tuhan yang kehilangan jam omega ketika bercakrama alam fantasi china doll.

Kini papaku terdesak kerana terpalit dengan serangan Reuters dan Media Filipina. Tetapi salah dan tidak betul media tersebut tidaklah dapat Papaku saman! Sebaliknya saman saja yang mana ada! ingat U Ulang I Saman U...

Adus itulah cara terakhir untuk Papaku bernyawa diketika menanti gelanggang PRU13 dibuka. Papaku hampir lemas akibat dari pertemuan sulit mulit di Manila. Entah kenapa Perisik Manila bocorkan rahsia, Reuters dedahkan siapa berkawan dengan lanun? Tetapi tidaklah Papaku mampu menangkis serangan luar dan bala jentera maya Papaku pun sudah mati kutu bagaimana untuk pertahankan papaku. Apa lagi peluang papaku jika semuanya gagal. Itu saja cara terbaik U Ulang I Saman U dipentas kebebasan media seperti mana papaku war-warkan selama ini. Iye kebebasan media yang menyebelahi papaku itu dinamakan bebas tetapi yang sebaliknya salah etika.

Tabik Papaku satu contoh terbaik buat kredibliti bakal Perdana Menteri kerana kaedah Alice In The Wonderland adalah perancangan terbaik menuju ke

PutraWonderland! Papaku hebat bak kata mamaku Anugerah Tuhan... Aku percaya Papaku bakal cipta satu lagi rekod Anugerah "Saman" terbanyak. Tahniah Papaku u're the best kerana hendak jadi PM mesti kerap-kerapkan saman orang. PecahPalakMikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

Editor Harakah Kantoi Buta Geneva Ada Hati Serang Najib


Inilah PAS dan tahap lembab Editor Harakah. Hendak spin pun jangan memalukan diri. Kalau sudah terlampau politikan isu sehingga lupa tanggungjawap kepada negara. Inilah jadinya! Rakyat harus faham jika pada awal Pencerobohan Lahad Datu terus ditangani dengan ketenteraan menyebabkan Malaysia dengan sendirinya iktiraf Sulu sebuah kerajaan dan akhir isu ini akan menjadi lebih panjang dan sukar diselesaikan Kita sememangnya tidak berminat untuk mengorbankan anggota polis tetapi kerajaan terpaksa menyelesaikan isu berdasarkan undang dunia dan bukan undang rimba! Kita terikat dan perlu berhati-hati atau kehilangan Sabah. Macam Harakah mahu PAS mereka perduli apa asal ada kesempatan semua hendak dipolitikan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 4 March 2013

Tian Chua Mana Mahu Lari 1 Malaysia Cari Lu

Sekuruh Malaysia telah bangkit menuntut Tian Chua mohon maaf dan lebih menarik lagi UMNO bakal saman Tian Chua.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang perlu berhenti membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu dan membuat permohonan maaf atas tuduhan yang mengaitkannya dengan isu Lahad Datu, Sabah.

“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang telah mengaitkan Umno terhadap insiden di Lahad Datu.

“Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno," kata beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.Kata Tengku Adnan, tindakan Tian Chua juga bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang Umno terhadap Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com.

“Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac 2013 untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Umno," katanya.

Tengku Adnan berkata, Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan ganti rugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Umno.

“Umno tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklumbalas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.

“Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Chua Tian Chang tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Eksklusif Lahad Datu - Penasihat Sultan Sulu Membongkar Tohmahan Anwar Ibrahim

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei.

Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback.

Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company. Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.

Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka. Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta.

Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar.

Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru.

Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.

Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula.

Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.

Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Lokman Noor Bin Adam 4hb Mac, 2013
Sumber: http://section9inmy.blogspot.com/2013/03/eksklusif-lokman-adam-penasihat-sultan.html?m=1
Published with Blogger-droid v2.0.10

Pakatan Rakyat Terdesak Mengguna Gambar MILF Untuk Selamatkan Anwar

Isu pencerobohan di Lahad Datu, Sempurna Sabah benar-benar membuatkan Anwar tertekan hingga ada ura-ura Utusan Malaysia bakal disaman sekali lagi.

Malah cuba menipulasi isu yang kononnya Najib berjanji berbanding isu yang Anwar patut nafikan "dia telah beri berjanji" kepada Sultan Sulu untuk ambil Sabah kalau Pakatan Rakyat menang pru13.

Malah sukar untuk dinafikan kenapa Tian Chua dan Sivarasa perlu ke Manila? Seperti poster ini.

Apatah lagi media Filipina mendedahkan kaitan Pembangkang di Malaysia membawa masuk pengganas, jadi siapa pembangkang dimaksudkannya?

Isu-isu yang timbul melalui media, benar-benar membuatkan media Pakatan Rakyat kehilangan punca bagaimana untuk mengawal keadaan. Maka mulalah timbul isu hendak saman menyaman. Tetapi kenapa Anwar tidak berani saman media Filipina dan Reuters?

Malah kerana terdesak juga media Pakatan Rakyat sengaja membodohkan diri dengan cuba mengaitkan kehadiran Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu dengan insiden berdarah Lahad Datu. Ini semua kerana terdesak untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dari terus menerus hilang populariti sebagai Calon PM.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahad Datu Pendedahan 4 Kali Cubaan Menceroboh Sabah Sejak 2012

Seorang Paderi Filipina yang juga menyusun strategi politik, Pastor Boy Saycon, semalam tampil mengaku menjadi penasihat Sultan Jamalul Kiram III dalam tuntutan ke atas Sabah.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA) itu, tindakan berkenaan dibuat atas kapasiti peribadidan tiada kena-mengena dengan jawatannya.

Kata Saycon diamengetahui rancangan menceroboh Sabah itu sejak Ogos tahun lalu,tetapi dia membantah cadangan berkenaan.

"Ada empat cubaan menyeberang ke Sabah sebelum ini, tetapi saya menghalang semua cadangan itu," katanya

Saycon berkata cubaan pertama dibuat pada Ogos 2012 dan ia dimaklumkan jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani.

Justeru kata Saycon dia berbincang dengan Jamalul Kiram dan menyakinkan Sultan Sulu itu supaya menasihati adiknya, Agbinuddin tidak meneruskan cadangan itu.

Kali kedua cubaan itu dibuat pada September 2012 dan Saycon menghantar Abraham ke Sulu untuk berbincang dengan Agbimuddin.

"Tujuannya supaya mereka membatalkan niat itu," katanya.

Sebelum dia bercakap dengan Agbimuddin, Saycon berkata, dia dapat tahu raja muda itu mempertikaikan tindakan Jamalul menghalang rancangan berkenaan ketika pengikut Sultan Sulu itu di Sabah ditindas.

Katanya, pengikut Sultan Sulu di Sabah malu kerana tidak berbuat apa-apa.

"Agbimuddin mengadu pengikut mereka menghadapi tidakan pihak berkuasa di Sabah", katanya.

Saycon berkata penduduk keturunan sulu disebat polis sebelum diusir keluar ke Sulu dan Tawi-tawi

Selepas kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro Oktober tahun lalu, wujud ketegangan dalam pentabiran Sultan Sulu, tetapi tiada rancangan memasuki Sabah disebut ketika itu.

Cubaan kali ketiga, Saycon, berlaku pada November tahun lalu.

"Keluarga Sultan Sulu khuatir dan kecewa kerana permintaan mereka kepada kerajaan untuk memasukan isu Sabah dalam rundingan damai dengan Bangsamoro tidak dipertimbangkan," katanya. Inquirer Globalnation.

PecahPalakMikir: Adakah apa yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang kerana Anwar telah beri janji" kpd sultan sulu untuk ambil Sabah kalau Pakatan Rakyat menang pru13?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa lagi Misi Yang Anwar Ada Untuk Tawan Putrajaya

Alhamdulillah situasi sekarang di Lahad Datu semakin terkawal seperti yang didedahkan dalam sidang Media KPN.


Tindakan Filipina mendedahkan siapa dalang sebenar membawa dan berjanji kepada pengganas di Lahad Datu telah banyak memberi impak kepada Anwar yang dikaitkan terlibat secara langsung. Apatah pertemuannya Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari -Rujuk Sini- yang pernah memimpin MLNF. Cukup menguatkan lagi tanggapan yang Anwar dilihat terlibat.

Disamping itu terdapat bukti bagaimana Tian Chua dan Sivarasa telah pergi ke Manila untuk Misi Penting yang digelar oleh Tian Chua sendiri. Rujuk sini. Yang paling sukar dinafikan Anwar Ibrahim apabila kenyataan Reuters dan pihak perisikan Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung.

Jika ini terbukti adalah semakin tidak layak Anwar Ibrahim dan semakin terdesak akan situasinya untuk mengejar cita-cita ke Putrajaya. Setelah kegagalan Manifesto Pakatan yang dibentang sebelum ini. Terlampau banyak dipersoalkan rakyat terutama kegagalan negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah menunaikan janji di PRU12. 

Juga ceramah Anwar Ibrahim semakin surut dari dikunjungi penyokong mahupun atas pagar. Dan Anwar semakin dipinggirkan dari ceramah PAS atas sikapnya yang menyokong DAP untuk pertahankan Khalimah Allah digunakan sebagai terjemahan Lord atau God bagi bible versi melayu.

Sekarang Anwar bukan setakat menyokong keselamatan Israel, dia Pluralisme, dia Sosialisme, dia menyokong LGBT, dia mendapat dana luar dan sekarang Anwar dikaitkan dengan golongan lanun yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya. Persoalannya layakkah individu bergini yang sangggup buat apa saja menjadi Perdana Menteri?

Sunday 3 March 2013

Tian Chua Yang Amat Berhormat Atau Bangsat?


Rakyat Malaysia sendiri telah menonton bagaiman Tian Chua cuba mengalih isu Lahad Datu sebagai sendiwara UMNO. Cuba perhatikan kenapa Twiter Tian Chua menggambarkan ada misi penting bersama Sivarasa Rasiah ke Manila. Apa yang penting sangat untuk seorang pembakang untuk segera ke Manila? Mengapa mereka harus berjumpa dengan Nur Misuari? Bagaimana dengan kerajaan Filipina mendedahkah penglibatan Pembankang dalam membawa pengganas ke Sabah? sila rujuk sini dan apa kaitan dengan MNLF

Seperkara lagi kenapa Perikan Filipina mendakwa Anwar sebagai dalang kematian 13 orang?



Jangan kita lupa yang Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang. Jadi adakah tujuan Tian Chua dan Sivarasa ke Manila untuk misi yang sama dan dianggap penting sangat? Jika benar Tian Chua tidak layak digelar Yang Amat Berhormat tetapi Yang Amat bangsat. Bersambung...



Video Siap Siaga Barisan Kita Demi Negara Tercinta


Ayuh kawan-kawan bersama kita berdiri teguh menyokong kekuatan sistem pertahanan negara kita. Jangan kita mempamerkan rasa tidak bertangungjawap seperti manusia ini yang terlampau gilakan politik hingga menghina dan menghedik perwira kita yang terkorban dibatas peperangan demi mempertahankan negara.
Ikuti kisah ini....

Komen from my LD friend : Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sbhns, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town. They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived for 6 mths b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village. Trust me they have been there at least 2-3 mths b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemah, ada hati nak banding dgn bersih. Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and financial resources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers yg pandai ckp je kt media. Skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh tau swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah settle. Kene suntik kat hspital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak gi perang. Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar drp sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhsa biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.

Apa Kaitan Anwar & MNLF di Lahad Datu ?

Dikhabarkan Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu. Untuk isu sebelum rujuk sini : Flipina Mendedahkan Dalang Pembankang Malaysia Membawa Masuk Pengganas http://bitly.com/YIU3W3

Kononnya pentempuran pada Jumaat lepas membolehkan penyulusupan masuk askar tambahan melalui Kalimantan. Jika datang dari Kalimantan adakah tidak membabitkan MNLF?

Masalah besar yang dialami dalam isu Lahad Datu kerajaan menghadapi serangan pengganas yang berpengalaman berperang secara gerila yang hampir sama dengan zaman Komunis. Mereka mungkin telah lama datang untuk membuat penelitian dan perancangan, sebagai pendatang tampa izin dengan bantuan penduduk kampung yang kebanyakan mempunyai talian persaudaraan dengan Filipina.

Situasi ini menyebabkan ada cerita mengatakan, ada orang kampung yang memberi bantuan secara langsung. Lebih membimbangkan kekuatan pengganas ini mempunyai jaringan sulit di berberapa negara disekitar Asia dan terkenal dengan aktiviti Lanun di kawasan perairan negara.

Persoalanya Anwar dikaitkan dengan isu ini menimbulkan berberapa persoalan yang lain? Adakah ini kesempatan Anwar untuk memastikan aset tetap kekuatan Barisan Nasional terjejas demi membolehkan Anwar menawan Putrajaya. Pendedahan Reuters: Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

Ini menyebabkan kita bertanya adakah Anwar bergitu terdesak menggunakan pengganas semata-mata mengejar jawatan Perdana Menteri? Jika benar bermakna Anwar tidak langsung mempunyai semangat cintai Agama Bangsa dan Negara. Pecah Palak Mikir. bersambung....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday 2 March 2013

Flipina Mendedahkan Dalang Pembankang Malaysia Membawa Masuk Pengganas

Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menuduh UMNO yang mereka-reka cerita kononnya pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah adalah atas jemputan pihak pembangkang. Sekarang isu ini telah menyebabkan kan berlakunya pemtempuran antara Polis Diraja Malaysia dengan Pengganas Mindanao. Akibatnya dua anggota kita telah terkorban. bukankah Anwar suka sangat adengan sebergini rupa?

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues. Reuters

Tetapi apa kata Anwar Ibrahim "Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Subang Jaya.


Persoalan 1... Kenapa Tian Chua dan Anwar Ibrahim menjadi semakin biadap dan gelabah menuduh semua ini rekaan UMNO BN? Malahan lebih menarik lagi ialah apabila mereka cuba mengenepikan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Perisikan Manila dan media Filipina sebagai dalangnya dengan menuduh orang dalam UMNO yang menjemput lanun-lanun Sulu tersebut ke Sabah.


Kita jangan lupa Manila sendiri telah mengesahkan bahawa daripada tiga pihak yang mendalangi pencerobohan lanun-lanun Sulu itu, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang terlibat secara langsung.

Jadi kenapa sekarang Tian Chua menjadi gelabah apabila tercetusnya tembak-menembak dengan cuba manipulasi isu dikalihkan kepada UMNO BN dari melindungi Anwar Ibrahim. Sedangkan  Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Nur Misuari iaitu seorang pemimpin Mindanao yang telah terpinggir kerana sikapnya dan modus operandinya yang lebih menyerupai lanun apabila mencari sumber kewangan dengan cara menculik, melanun dan menjarah.

Perjanjian damai antara Mindanao dengan Manila telah mengenepikan Nur Misuari sebaliknya menaikkan Haji Murat, menyebabkan Nur Misuari terdesak untuk kembali menjadi Gabenor Mindanao.  ikuti kisah lanjut sini. Bukankah tindakan Anwar ini cuba mencari jalan menaikan imej dan krediblitinya sebagai pemimpin tersohor? 


Apatah dunia sekarang lebih mengenali Najib Razak sebagai pemimpin tersohor dipentas dunia kerana berjaya menagani dua sejarah besar iaitu 

–Selatan Filipina 
–Semenanjung Gaza 
–Rohingya di Burma 
–Kini di Thailand, PULO.

Anwar menjadi bertambah kecewa dengan peribadi Najib Razak diangkat sebagai Hero Dunia Islam/Kesederhanaan/Wasatiyyah. Bersambung......


Ayuh Sumbangkan Terima Kasih Kita Kepada 2 Wira Yang Terkorban Di Lahad Datu

Al Fatihah dan ucapan takziah buat kedua keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud kerana mereka berkorban demi agama bangsa dan negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bukti Abby Abadi Semakin Melampau

Tahap meroyan yang melampau Abby Abadi semakin menjadi-jadi dan seolah-olah sudah cekap/bijak mencampuri urusan pentas politik dunia.

Khabarnya sekadar lulusan SPM je? Emm layaklaa sangat untuk tunjuk bijak bermain politik atau hehe... sekadar jadi bahan bendul mengikut telunjuk kerana upah?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 1 March 2013

Manifesto Bukan Janji Anwar Kantoi Takrif Elektrik Makan Diri


Haha PecahPalakMikir bila manifesto main tangkap muat akhirnya terjerat makan diri.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Tembak-menembak Insiden Lahad Datu

Gempar insiden tembak menembak di Lahad Datu




Sejauh mana kebernaran PPM tidak pasti tetapi boleh rujuk sumber idan detail dari sini

Pakatan Berlumba-lumba Monopoli Sebelum Hapuskan Monopoli

Hah inilah realiti Pakatan Rakyat yang berlumba-lumba manopoli jawatan untuk dinasti anak-beranak sebelum mereka berkeras menghapuskan manopoli.

Ehh betulke hendak hapuskan manopoli? Sebab semasa isu sampah sarap meletup-letup di Selangor. Kroni mana yang monopoli industri sampah selepas Alam Flora ditarik kontrak mengutip sampah? Kroni mana yang kawal pasir Selangor... Adus macam bakal lebih teruk je bunyinya.

Malah semakin hebat kalau diikut logiknya. Bayangkan Anwar 3 atau tidak mustahil 4 beranak bakal pegang jawatan tinggi! Huh berapa kali boleh monopoli tu? Malah lebih berkesan dan hebat lagi apa? Kena pulak Dinasti Guan Eng, Dinasti Karpal, Dinasti Ngeh, Nik Aziz dan Anwar... Perhhh banyak faktor manopoli tu! Betul ke dan boleh harap ke monopoli dihapuskan. Silap DAP makin buncit peruk ape?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Isu Terkini

get this widget here