Saturday, 16 March 2013

Lahad Datu Akhirnya Tian Chua Terpaksa Kaldaikan PAS Mencuci Najisnya

Bila sudah tersesak inilah manusia yang patut digelar bangsat sedang di selamatkan kaldai-kaldai ternakan Pakatan Haram.

Dah terang lagi bersuluh Tian Chua membangkitkan berlaku salah faham artikel yang diterbitkan lidah rasmi PKR itu,

Kalau tahu sudah berlaku salah faham jadi tentulah kesalahan antara Tian Chua dan Pengarang SuaraKeadilan sendiri. Tetapi dengan dibantu kaldai-kaldai ternakan Pakatan Haram, maka bermula operasi mengalih tuduhan kepada UMNO. Malah Tian Chua semakin bongkak sebab kaldai rela menurut apa sahaja arahan darinya termasuk berarak setiap ceramah untuk operasi salahkan UMNO demi selamat Tian Chua.

Dari itu mulalah babak lakonan arahan dan lakonan kaldai-kaldai untuk berjumpa dengan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam misi Ops Daulat dan sempat pula berkata “Mustahil saya akan menghina komando polis semasa pencerobohan di Lahad Datu. Saya sendiri sampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan.

Apa dia fikir semua rakyat Malaysia boleh jadi kaldainya!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Gempak Adengan Gay Aljuburi Merdeka Macam Ku Kenal Sangat


Bila aku renung!
Aku belek-belek!
Aku perhati dengan teliti!
Aku banding-bandingkan dengan berberapa gambar lain!
Kenapa ye! Macam pernah je aku jumpa manusia ni.

Inilah bahana Seksualiti Merdeka yang direlakan Pakatan Haram. Bila haram hendak dihalalkan dan bila terjadi bergini semua buat pekak buta!

PPM tidak tahulah bagaimana jika ditakdirkan PM Malaysia pencinta LGBT?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahad Datu Nurul Izzah Naik Panas Hati Apabila Kebodohannya Diselar Bertubi-tubi

Nama sahaja Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah tetapi malang tidak dapat membezakan antara Pasukan Polis Hutan (PPH) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Berdasarkan sedutan rakaman ceramah du YouTube, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memang mengalami sindrom keliru apabila bercakap tentang PPH dan PGA serta kaitannya dengan insiden Lahad Datu secara membabi-buta tersasar dari fakta dan kenyataan yang sebenarnya.

''Masalahnya ialah masalah struktur. Semua polis itu ramai, kebanyakan besar dihantar jadi polis hutan, 'General Operations Force' (PGA) untuk lawan komunis dulu.''You do not need 'General Operations Force' now (anda tidak perlukan PGA sekarang),'' kata Nurul Izzah seperti dipetik dan Rujuk Sini

Kegagalan Ratu Twit Nurul Izzah menjelaskan secara tepat latar belakang dan fungsi pasukan keselamatan tersebut dalam ceramahnya di Lucky Garden, Bangsar pada 16 Februari lalu. Terang-terang membuktikan Ratu Twit ini cap ayam yang penuh fantasi twit sampai terlupa untuk berlajar mengenali sebelum bercakap.

Sebab Ratu Twit terlampau bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan negara tidak buta mengenali fungsi setiap jabatan dalam PDRM.

Kebodohan dan keceluparan Ratu Twit terserlah yang amat! semasa video tersebut apabila mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai 'Polis Hutan' wahal dirinya tidak ubah macam manusia baru keluar dari hutan.

''Kata Nurul Izzah, 'Polis Hutan' tugasnya melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana tidak relevan sama sekali

Sayangnya PPH yang disebut dan dimaksudkan Ratu Twit Nurul Izzah tidak wujud lagi selepas ancaman komunis berakhir pada 1989 dan pasukan tersebut dikenali sebagai PGA sejak 1997. Emmm buta sejarah pun ada juga!

Fungsi pasukan tersebut yang pada asalnya menentang pengganas komunis juga telah dirombak berdasar keadaan dan situasi negara kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, antipengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat serta pencegahan jenayah. Sekurang-kurangnya peranan yang dimainkan memberi mamfaat yang besar kepada negara bukan?

Malah peranan yang dimainkan dalam Ops Daulat di Lahad Datu benar-benar menepati semua fungsi PGA tetapi Nurul Izzah sengaja ingin meraih keuntungan politik untuk menyatakan penghantaran pasukan ini ke sana sebagai kesilapan besar yang tidak relevan. Matalamat sebenar yang tersirat disebalik ucapan fantasi Ratu Twit cuba mengalih perhatian pembongkaran Tun Dr Mahathir yang mengatakan Arab Spring berlaku sebelum musim bunga dan berberapa pendedahan berani dari pelbagai media antarabangsa yang menyentuh peranan bapanya seperti.

Oleh itu kenyataan Nurul Izzah yang memperlekehkan Cawangan Khas yang dikatakannya berfungsi untuk mencari 'budak hilang' selain mahu cawangan itu dimansuhkan dan anggota-anggotanya dijadikan pegawai penyiasat. Terbukti sengaja cuba mengambus semua pendedahan media luar dari Ratu Twit itu bangkit perjelas dan saman semua pendedahan ini termasuk menyaman Tun Dr Mahathir. Tetapi itu tidak berlaku dan seolah-olah Ratu Twit gagal mencari hujah dan bukti untuk mempertahankan bapanya.

Sekarang rata-rata, rakyat bangkit persoalkan layak ke orang macam Izzah diberi peluang memimpin negara kerana negara sedang menangani pengganas dengan menggunakan semua jentera dan kekuatan yang ada! Izzah pula sebok hendak buang sebahagian kekuatan anggota keselamatan yang kita ada. Bengap dan langsung tidak kena pada masanya untuk membuang kekuatan ketika kita memerlukan. PecahPalakMikir
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 15 March 2013

Terkini Bubar Parlimen Jam 5 Petang Hari Ini atau...

Jika kelmarin, jam 10.30 pagi, Khabarnya Yang DiPertuan Agung telah memperkenankan pembubaran parlimen. Dan Semalam pula kononnya pertemuan PM bersama MB/KM bagi memuktamatkan senarai calon telah diadakan. Malam semalam pula sehingga hari ini pertemuan dengan pimpinan parti2 komponen. Jadi.

Kebiasaannya situasi akan menjadi paling awal pembubaran diumumkan adalah pada jam 5 petang hari ni dan paling lewat adalah pada hari rabu selepas tamat mesyuarat kabinet.

Namun bergitu khabarnya besok Najib akan berada di Pekan. Jika benar berkemungkinankah besok Najib akan umumkan di Pekan.

Tidak kiralah bilapun Datuk Sri Najib ingin bubarkan, buat Pecah Palak Mikir IM4U BN sedia setiap masa untuk jatuhkan Pakatan Haram
Published with Blogger-droid v2.0.10

Penyasat persendirian BALA telah disahkan meninggal dunia

Penyasat persendirian BALA telah disahkan meninggal dunia kerana sakit jantung petang tadi 3pm semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buluh. Jika benarlah khabar ini diharap pemimpin PAKATAN jangan mempolitikan pula kematian BALA tetapi ramai penganalisa politik bebas menjangka PAKATAN bakal spin pelbagai teori konspirasi dan cerita dogeng berkenaan kematian PI BALA. itulah cerita yg sedang meletop di Fb untuk mengetahui sumber maklumat klik sini
Published with Blogger-droid v2.0.10

#LahadDatu Inikah Kekecewaan Anwar Tersirat Sebalik Kegagalan Arab Spring

SEBAHAGIAN BESAR rakyat Malaysia masih tidak begitu memahami insiden di Lahad Datu dalam konteks yang lebih luas. Ramai yang melihat dari sudut pencerobohan orang-orang Sulu yang bersenjata ke Lahad Datu dan Semporna dengan niat untuk menuntut negeri Sabah sebagai hak mereka.

Sebagai sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia, sejarah moden negeri Sabah adalah mudah difahami. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Suruhanjaya Cobbold telah memutuskan bahawa majoriti rakyat Sabah mahu merdeka di dalam Malaysia, bukan dengan negara lain. 

Keputusan Sejarah ini sudah cukup membuktikan bahawa waris-waris Kesultanan Sulu yang masih menerima wang saguhati dari Kerajaan Malaysia sebagai tanda muhibbah, memahami sejarah dan geo-politik di pantai timur Sabah perlu menggunakan saluran yang diplomatik yang tepat. Yakni berurusan antara kerajaan dengan kerajaan yang sah. Soalnya, adakah waris-waris kesulatanan Sulu yang ramai ini bersatu-padu?

MALAYSIA SPRING sila klik Rentetan Fakta Arab Spring Tak Menjadi
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 14 March 2013

Awas Tian Chua Belum Puas Hati Dengan Keupayaan Dan Keselamatan Lahad Datu

Keadaan di Sabah beransur baik. Operasi sweeping & mopping akan diteruskan sehingga saki baki pengganas tumpas. KDN bersama KM Sabah dan semua agensi bekerjasama membentuk ESSC demi menjamin keselamatan Sabah pada masa hadapan. Kerajaan akan menghulurkan bantuan kepada rakyat di kawasan yang terlibat dengan pencerobohan pengganas Sulu.

Itu satu kejayaan besar yang juga dari sokongan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan dalam menagani krisis Lahad Datu. Walaupun 9 pejuang kita terkorban tetapi pengorbanan mereka bukanlah sesuatu yang sia-sia kepada Agama Bangsa dan Negara.

Juga tidak dilupakan ATM, PDRM dan pelbagai ajensi lain yang menjadi barisan hadapan keatas kejayaan ini. Malah untuk mengukuhkan kejayaan berterusan KDN, KM Sabah & semua agensi yang terlibat membentuk East Sabah Security Command (ESSC) demi menjamin keselamatan Sabah pada masa hadapan.

Cuba kita ada satu masalah dengan seorang ini dari kelompok yang menjadi bangsat dan pengkhianat negara kita.

Puak-puak bangsat ini bukan saja bercita-cita untuk mengurangkan sebahagian anggota keselamatan iaitu Nurul Izzah diketika krisis Lahad Datu! Malah tidak pernah putus asa mencari jalan untuk membawa rakyat membenci anggota keselamatan yang terbukti bersabung nyawa mempertahankan keamanan seluruh rakyat meliputi penyokong setia sibangsat ini.

Bersatulah kita menggagalkan usaha-usaha menggadaikan negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kelakar Terdesak Pakatan Rakyat Kurangkan Gaji Minimum RM4000

Dalam Manifesto PRU13 Pakatan Rakyat, mereka akan memperkenalkan struktur gaji minima di mana setiap pekerja akan mendapat gaji minima berjumlah RM1,100 tetapi menurut Buku Jingga asalnya gaji minima adalah RM4000. Akibat sambutan rakyat yang mempertikaikan secara lantang menyebabkan Pakatan sendiri terasa mereka terlampau kuat kencing dan mengubah di manifesto PRU 13.

Pada 30 April 2012, PM @NajibRazak dah umumkan undang-undang gaji minima yang pertama di Malaysia Gaji minimum RM900 yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah 49% dari purata gaji kebangsaan pada tahun 2010.

Majikan telah diberi tempoh yang sesuai untuk menstrukturkan skim gaji pekerja-pekerja mereka. Itu bukannya seperti angan Anwar In The Wonderland. Kerana terbukti menjelang 2013 semua terlaksana dengan baik sekali dan menyebabkan Pakatan Tertekan.

Pakatan bukanlah memikirkan apa dan kenapa dah lima tahun tak dilaksanakan di Selangor atau Pulau Pinang? Ramai tak tahu DAP laksanakan gaji minima RM770 di Pulau Pinang. Pakatan hanya tiru dasar BN. Nak nampak bagus, diorang top up sikit je.

Sebaliknya menjelang pelaksanaan gaji minima kerajaan pada 2013 menjadi bahan momokan cai-cai Pakatan walaupun dalam hati mereka melonjak gembira jerana gaji naik.


Hakikatnya semua yang Pakatan ucapkan atau janjikan hanyalah omong kosong tanpa sebarang perancangan yang terliti. Betullah apa yang diceritakan di video iniWatch "MB Gagap Berjanji" on YouTube Tetapi lihat bagaimana Tranformasi Kerajaan benar-benar terlaksana mengikut perancangan yang teratur



Berbanding dengan apa yang Pakatan lakukan hampas sehampas MB Khalib berkata Manifesto Bukan Janji Yang Perlu Ditunaikan.

Malah ketika Barisan Nasional hendak tambah peluang pekerjaan, Pakatan nak pecat orang. Lihat Tian Chua bercita-cita kurangkan kakitangan awam malah Nurul Izzah pula bercita hendak kurang anggota keselamatan diketika krisis Lahad Datu pulak tu...

Manakala punyalah tinggi cita-cita PAS Terangganu hendak tambah 17000 peluang pekerjaan tetapi dekat Kelantan selama 23 tahun memerintah, 400'000 rakyat Kelantan merantau mencari kerja kat negeri lain.

Yang PAS sedang buat! macam mana nak jadi PM kalau asyik tiru semua idea PM Najib? Nampak sangat Buku Jingga Pakatan ni buku haprak yang takde isi! PAS, copy paste tu tak cool ye? Tetapi dalam masa mereka copy jangan lupa mereka juga sedang sabotaj apa sahaja sumber ekonomi yang menjaminkan peluang pekerjaan yang besar jumlahnya seperti Lynas, Bakun dan banyak lagi.

Yang mana satu Pakatan hendak buat
a- Kurangkan kakitangan?
b- Naikan Gaji?
C- Sabotaj sumber penjana peluang pekerjaan?

Apa yang sebenarnya Pakatan ingin lakukan?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tian Chua Masih Degil Di Makamah

Walaupun Tian Chua dibawa ke Mahkamah malah telah mendapat ratusan report polis dari serata Malaysia, kerana kemarahan rakyat yang meluap-luap akan biadap tahap bangsat Tian Chua celupar menghina polis. Namun bergitu Tian Chua tetap menunjukkan keras kepalanya menafikan yang dirinya bersalah...

Biasalah kalau anak didik Pakatan Rakyat memang ramai biadap!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Rundingan Sulit Pengganas Sultan Sulu Palsu

Video ini telah memaparkan rundingan sulit antara sekumpulan pengganas dengan talibarut sebagai perisik yang perbualan mereka menyentuh maklumat situasi Lahad Datu sebelum keganasan berlaku? Perbualan didalam bahasa filipina ada menyebut Lahad Datu dipercayai telah diambil semasa pendaratan pengganas Sultan Sulu sampai di Lahad Datu sebelum 12 Febuari 2013. Watch "Tali Barut Bersama Pengganas Sulu" on YouTube

Antara mereka salah seorangnya dipercayai Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, mengikut laporan TDM dan PDRM telah terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada hj.musa merupakan "Tali Barut" pengganas.. Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh.
Klik sini untuk sumber maklumat
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 13 March 2013

Video Wajip Tonton Hina Sangatkah Bumiputra

Ini adalah satu persoalan yang ramai malas untuk difikirkan! kerana kebanyakan terlampau ego dan suka menunding jari! Akibat dari kebiasaan hidup dengan jalan pintas dan mengharap bulan jatuh keriba. "Bumiputera Mesti Tonton Video Ini dan nilailah ditahap manakah diri anda?" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah Timbul Isu Video K-Pop Khalib Ibrahim Pulak Dah

Ini patut kena perati betul-betul apa dah jadi dengan Khalib Ibrahim main K-Pop pulak dahWatch "K-Pop Khalib Ibrahim" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Ops Daulat Kesultanan Sulu Palsu Mula Gementar Dengan Keupayaan ATM Dan PDRM Malaysia

Penceroboh Sulu pertimbang 'pengunduran'Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, telah menghantar wakil untuk bertemu kerajaan Filipina bagi membincangkan "pengunduran" pengikutnya daripada pertempuran bersenjata di Sabah.

Menurut Interaksyon yang berpangkalan di Manila, pertemuan dua jam antara saudara lelaki Jamalul Kiram -- Sultan Bantilan Esmail Kiram II - dengan Menteri Dalam Negeri Manuel Roxas II itu berlangsung di ibu pejabat polis kebangsaan di bandar Quezon hari ini.

Roxas berkata, isu "pengunduran" antara yang dibincangkan dan kemungkinan besar hasilnya akan menyaksikan pengikut Jamalul Kiram meletakkan senjata.

"Antara yang dibincangkan, contohnya, ekoran pemimpin Malaysia secara terbuka menyatakan meletakkan senjata satu-satunya cara untuk menamatkan pertempuran, jadi, salah satu persoalan mereka tentang cara dan mekanismenya," Roxas dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Roxas berkata, Bantilan Esmail Kiram II juga dimaklumkan berhubung hasrat Manila bagi memastikan keselamatan rakyatnya di Sabah.

SEDIA TAMAT KRISIS
Esmail pula berkata, pertemuan dengan Roxas menunjukan kesediaan mereka menamatkan krisis Lahad Datu secara aman, lapor akhbar Philippine Inquirer, semalam.

Esmail mendakwa Kerajaan Malaysia juga menjemputnya ke Sabah supaya memujuknya ketua penceroboh, Agbimuddin meletak senjata.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahad Datu Etnik Suluk Rasa Terhina Pakatan Propagandakan Projek IC

Dikalangan Pakatan Rakyat tidak henti-henti cuba mengambil kesempatan dari krisis Lahad Datu dengan meniup api kebencian rakyat melalui propaganda Projek IC. Semuanya demi membangkit kesalahan kerajaan untuk keuntungan dan kepentingan politik Pakatan Rakyat.

Hakikatnya tindakan yang tidak bertanggungjawap dari Pakatan Rakyat telah menghina etnik Suluk yang merupakan sebahagian dari warga negara Malaysia.

Rakyat tidak sepatutnya terhasut dengan politik kotor ini kerana projek IC sebenarnya satu inisiatif terbaik kerajaan untuk menagani isu keselamatan selain mengimbangi kependudukan masyarakat islam dan bukan islam di Sabah.

Mengikut sejarah pada 1972, projek IC bertujuan meneuteralkan orang Sulu yang bersenjata pada perang 1972 dan ketika itu orang Sulu Sabah membawa masuk senjata dengan sewenang-wenangnya terutama di kawasan Sandakan.

Kerajaan bukannya suka-suka membuat keputusan untuk melaksanakan projek IC tetapi dibuat berdasarkan undang-undang sedia seperti perkara 9 dalam undang-undang pendaftaran negara.


Jika kita meneliti perkara 19, Tun Dr Mahathir telah menggambil tindakan tepat demi memastikan keamanan negara terutama di Sabah.

Jika Etnik Suluk tidak diberi IC hingga sekarang akan mengakibatkan krisis yang sedang berlaku di Lahad Datu menjadi 30 kali ganda lebih sukar kerana Etnik Suluk sedia ada agak mustahil akan ada rasa setia kepada negara dan mungkin berpaling tadah menyebelahi pengganas. Alasannya mudah mereka bukan warga di Iktiraf Malaysia.

Bukankah tindakan Tun Dr Mahathir terbukti kena pada ketika krisis sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini? Ini jelas membukti Tun Dr Mahathir seorang yang amat berpandangan jauh melebihi Anwar yang sekadar kepala perosak negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 12 March 2013

Video Fakta Anwar Dan Misuari Punyai Sejarah Dendam Yang Sama

Semalam Anwar mengakui pernah bertemu bekas Gabenor Islam Mindanao (ARMM) Nur Misuari.

Tetapi Anwar menafikan pertemuan itu ada kaitan dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu. Tetapi sebelum menjawap persoalan tersebut, perlu kita nilaikan faktor ini.

Bagaimana sejarah yang boleh menjadikan mereka berdendam? Kerana kemungkinan ini perlu dijawap diantara mereka berdua.

Mungkin kita patut menilai fakta dari video ini Apa Disebalik Lahad Datu?" supaya kita semakin jelas dan apa yang pasti individu yang menghujahkan ini tidak berani pula Anwar katakan "You Ulang I Saman You" kenapa? Adakah tidak ada lawyer yang boleh dipakat untuk perkena individu ini? Sebab ada kemuskilan kenapa Anwar menang saman Utusan Malaysia?

Berbalik pada isu asal lagi, kenapa Tian Chua dan Sivarasa perlu ke Manila sebelum pencerobohan Lahad Datu pada 12/2/2013?


Wahal tahukah anda siapakah mereka semua ini? Jika Suaram didedahkan memberi dana USD 2JUTA kepada pengganas dan tahukah anda apa jawatan Tian Chua di dalam Suaram. Malah mengikut senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat Tian Chua bakal menjadi Menteri Kewangan!! Perh akan jadi nanti?

Sedarkah kita apa kaitan Anwar, Sivarasa dan Tian Chua dengan IMF yang pasti boleh mencorakan ekonomi dalam falsafah "Menang sorak kampung tergadai" Malah jangan lupa juga Tian Chua dan Sivarasa? Mungkin ada yang sudah lupa, inilah dua karektor antara mereka yang yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990an.

Jika mereka boleh mendapat dana dari Soros dan menyalur kemana yang mereka suka kerana dendam individu kemaruk jawatan Perdana Menteri! jadi kenapa harus kita mendukung biawak hidup?

Akhirnya antara Nur Misuari dan Anwar apakah yang membezakan sangat akan niat dan harapan? Pecah Palak Mikir?
Published with Blogger-droid v2.0.10

#OpsDaulat Video Misteri Jelmaan Manusia Pelbagai Wajah

Ini Misteri yang membutakan ramai disekeliling kita! Dia akan menghampiri kita dengan sejuta hasutan naluri nafsunya. Ramai terpukau dengan bayangan awang-awanga hingga mampu membawa anda tenggelam dengan harapan fantasi minda anda.

Kehebatan manusia ini bukan sekadar dikalangan tidak sekolah malah yang keluar U sampai PHD pun terkena. Bapa sasterawan pun terbuta dikerjanya malah ulama lebih mengagungkannya berbanding yang sepatutnya (fikir sendiri). Inilah jelmaan yang hidupnya pembawa segala permasalahan kepada kita Watch "Manusia pelbagai wajah " on YouTube Jika anda sudah menonton cerita youtube ini bertanyalah sebentar pada diri anda sendiri: Adakah anda benar-benar mengenalinya?
Adakah anda benar-benar yakin siapakah dirinya yang sebenar?
Adakah tidak sedikitpun tiada perasaan was-was dihati anda?
Jika ada perasaan was-was yang bagaimana?
Bagaimanakah anda terjemahkan perasaan was-was dengan harapan dan masa depan anda?


note: Gambar diatas sekadar hiasan imaginasi...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 11 March 2013

Berani Mati Zahid Mat Arip Bongkar Dalang Sebenar Lahad Datu

Terbaik hujah yang paling berani yang beranikah Anwar guna formula You Ulang I Saman Yau? Panas beb! Watch "PERSPEKTIF POLITIK - Zahid Mat Arip_ Apa Disebalik Lahad Datu?" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Adengan Guan Eng Melopong Akar Umbi Lari Tinggalkan Majlis Pakatan Rakyat

Mak aiii sedih betul menengok muka Lim Guan Eng yang macam tidak percaya dengan hakisan keyakinan akar umbi terhadap Pakatan Rakyat. Percayalah PR diambang kehancuran. Kalau nak tahu cerita klik sini  kecoh beb!!  Nak Tahu Lagi ikut sini dan kalau nak senang cerita tengok bawah ini...

Apa lagi berbahang menyirap beb!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Pujian Al-Qaradawi Menyebabkan PAS Menyesal Pecat Nasharuddin Kerana Sertai Rombongan Ke Gaza

Ulama terkemuka dunia Yusuf Al-Qaradawi memuji dan mengiktiraf sokongan Malaysia, kerajaan dan rakyat yang diterajui Datuk Sri Najib Razak terhadap usaha yang ikhlas membantu jutaan mangsa perang Palestin.

Pujian ini telah disampaikan Pengerusi Al-Quds International Institution QII berbentuk surat kepada Perdana Menteri.

Tetapi kenyataan Al-Qaradawi adalah agak terlewat untuk membantu dan membuktikan tindakan Nasharuddin itu tepat pada masanya walaupun mengikuti rombongan Najib.

Surat ini juga membuktikan terlampau banyak pencangahan dasar PAS dalam erti kata memperjuangkan islam. Kerana menghadiri sidang Majlis Syura yang dibawah pengaruh Anwarinas lebih besar dari rombongan ke gaza yang nendapat pujian dan pengiktirafan Yusuf Al-Qaradawi.

Adakah pernah sesali perbuatan yang zalim ini?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Kantoi Azmin Ali Mencuri ...?

Alahai anak didik kesayangan Anwar ini telah kantoi. Ini video pendedahannya yang menggambarkan Azmin amat terdesak hingga terpaksa mencuri masuk! memaksa ibunya Mak Tom yang terlantar sakit bergambar secara paksa demi membolehkan dia menggunakan gambar tersebut untuk publisiti politiknya yang semakin suram! Alahai hendak bergambar dengan ibupun kena buat curi-curi ke? Watch "20130309 Azmin curi bergambar dengan Mak Tom" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

Ops Daulat Jacel Bimbang Situasi Kebuluran Abraham Idjirani bersama Pengganas Sultan Sulu Palsu

Situasi di Lahad Datu masih dikuasai Tentera dan Polis Malaysia yang melancar serangan besar-besaran terhadap pengganas Sultan Sulu Palsu.

Menurut laporan  Philippine Daily Inquirer. Jurucakap di sidang media Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani mengakui Agbimuddin Kiram yang kononnya Raja Muda Sulu, masih selamat dalam perlarian secara berkumpulan dari satu tempat ke satu tempat untuk mengelak dari serangan agrasif Tentera dan Polis Malaysia.

Mereka sekarang berada dalam keadaan kelaparan dan tidak mempunyai sebarang pengangkutan lain seperti bot dan apa jua yang lain kerana bot yang mereka guna untuk menyeberang menceroboh Lahad Datu telah dimusnahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Keadaan ini membimbangkan anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel hingga mendesak Kerajaan Filipina yang enggan untuk campur tangan untuk menyelamatkan bapa saudaranya dari di zalimi Kerajaan Malaysia. Sebelum ini dia menganggap Kerajaan Malaysia adalah pengganas sebenar kerana menyerang Pengganas Sultan Sulu Palsu walaupun mereka terlebih dahulu menolak sebarang rundingan sehingga membunuh 8 anggota Polis Malaysia. Malah kerajaan Pilipina membantu Malaysia dengan mengarahkan tentera laut Pilipina mengawal setiap pesisiran pantai Pilipina bagi mengekang dan menghalang ada lagi pengganas yang ingin cuba menyeberang ke Sabah.


Peluang rundingan pernah diberikan, sehingga kerajaan Malaysia menangguh sebanyak 4 kali operasi demi membolehkan rundingan diadakan tetapi gagal dimamfaatkan pengganas, sebaliknya mereka memilih berperang sehingga membunuh polis Malaysia. Menyebabkan kerajaan Malaysia tidak mahu bertolak ansur lagi seperti mana ucapan Perdana Menteri Malaysia mengatakan "Masa berunding telah tamat dan sekarang masa mempertahankan kedaulatan Malaysia. dan saya tidak akan membenarkan setiap incipun Malaysia ditawan musuh" Ucapan ini telah mendapat tepukan ribuan rakyat yang hadir sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Sementara itu dalam keadaan terdesak Jacel berkata "Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden (Aquino Filipina) tetapi hampa.

Malah Jamalul Kiram telah mengulangi 2 kali pendirian untuk meletak senjata. Masalahnya hati rakyat Malaysia telah terguris dan marah dengan keganasan melampau pengganas yang tidak mempunyai sifat perikemanusian hingga sanggup memenggal polis Malaysia secara kejam. Telah memberi isyarat kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk tembak pengganas sampai mati atau tangkap hidup-hidup untuk dibicarakan di Malaysia.

Sekarang kerajaan Malaysia menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghapuskan saki baki pengganas yang ada, hasilnya operasi agresif pasukan keselamatan juga membawa kepada 53 pengganas ditembak mati dan penahanan 96 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, 10 March 2013

Video Nurul Izzah Hina Polis Dengan Penuh Kebutaan Sejarah

Inilah sebab kenapa Tian Chua dalam ketika ditentang rakyat kerana keceluran menuduh apa yang berlaku di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dibela dan di selamatkan Pakatan Rakyat sebagai wira rakyat. Sebabnya video ini membuktikan kebanyakan dalam Pakatan Rakyat hanyalah bangsat... Watch "Nurul Izzah Hina Pasukan Polis Yang Berjuang di Lahad Datu" on YouTube .....Bangsat pengkhianatan negara kerana misi Arab Spring memelukan rakyat membenci polis ketahap maksimum dan berani merusuh dengan pertaruhkan nyawa seperti apa yang sedang berlaku di negara luar. Mereka lupa jasa polis Bukit Kepung... Dibuat lupa.... memang bangsat!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Video Animasi Anwar Yang Paling Dibenci Oleh Cai-cai Pakatan

Terbaik maha terbaik Mr Masuh beri segalanya percuma dengan faedah yang amat besar bebannya. Watch "Anwar Ibrahim sebagai Mr. Mansuh" on YouTube
Published with Blogger-droid v2.0.10

[Video] Sebak Zulkifli Nordin Mohon Ribuan Ampun Kepada Tun Dr Mahathir

Tebaik dan sebak rasa hati melihat kerendahan hati Zulkifli Nordin menginsafi kesilapan lalu demi Agama Bangsa Negara. Dengan itu YB Zul seikhlas hati melafaz mohon maaf kepada Ayahda Tun Dr Mahathir, keatas segala kesilapan lalu dengan hamun Tun tampa menyedari jasa Tun adalah terlalu luas pengorbanannya berbanding perasit mata satu Anwar Ibrahim. Ini dibuat didepan 15000 saksi.

PecahPalakMikir amat yakin keinsafan Zulkifli Nordin bukan kerana tawaran ganjaran jika kita berdasarkan vedio iniTonton "Zulkifli Noordin dakwa PAS telah Kafir pada Allah " di YouTube ini bukti Zul ikhlas dengan apa yang dilafazkan dirinya sendiri dibawah ini.

PASIR MAS - Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.   

Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali.   

Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.   

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.   Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.

"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.   

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.   

Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.   

Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa. - Bernama

Tahniah YB Zul.....
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sijambu Yang Amat Dicurigai Wan Azizah Dan Nurul Mendekati Anwar

Wah semakin panas bila masalah parti jadi masalah anak-beranak dan kalau perintah negara boleh digunakan selogan "Keluarga Didahulukan Pencapaian Lantak Kaulah"

Al-kisah timbul cerita seorang jambu yang pernah menjadi setiausaha Zuraida mak lampir telah menjadi buruan taiko-taiko diberlakang Wan Azizah.

Wah boleh tahan juga yee dalam diam-diam bertaring. Diceritakan juga pergolakan ini berpunca dari Wan Azizah yang selama sifat dan berkemampuan sebagai proksi di kerusi Peresiden PKR. Bab ini memang betul sebab selama ini Wan Izzah langsung tidak mempunyai kelayakan Meminpin dan malah untuk dipimpinpun sudah tidak berasa sesuai lagi dah.

Sikap tiada kepimpinan dan cemburu Wan Azizah bersama Nurul Izzah yang akan perjatuhkan sesiapa sahaja cuba untuk membodek atau nyelit-nyelit manja dengan Anwar.

Perh... Hal ini boleh dianggap cemburu buta tuli atau tidak bertempat, yang boleh menjadi punca perosak dalam PKR. Sebab itu kes ini telah dirujuk secara bertulis kepada Haji Hadi dan Nik Aziz malah kepada Karpal juga. Oleh Mohd Fareez Kamal yang mungkin sayangkan parti atau sayang sangat dengan Anwar. Tetapi semalam diri dan keluarganya pula ketakutan hingga terpaksa membuat lapuran polis, dan semalam membongkar kenapa dan mengapa Wan Azizah tidak layak.

Memang sebab Wan Azizah tidak layak! Tetapi hal yang paling besar adalah Anwar adalah maha tidak layak. Semua ini menjadi PKR parti cerca-merba dan sekarang segala virus dan penyakit sedang berlaku PKR

Bukan setakay PKR sahaja hal ini juga berlaku dalam PAS dan DAP. Sebab itu bahanya pemerintahan negara dikuasai legasi Keluarga Anwar, Karpal, Lim Guan Eng dan Nik Aziz.

Sebab apa bakal terjadi sekarang dan dimasa depan, slogan parti akan berkonsepkan " Keluarga Diutamakan Pencapaian Kroni yang punya" itu memang sudah berlaku di Selangor, Kelantan, Kedah dan Penang.

Percayalah jika semua jawatan teringgi dimonopoli keluarga Pakatan Rakyat alamat nanti hal lampin anak sendiripun menjadi isu nasional dan masalah besar negara. Sampai terlupa tanggungjawap dan keutamaan untuk rakyat.

Sebenarnya keadilan siapakah yang sedang diperjuangkan Pakatan?
Published with Blogger-droid v2.0.10