Saturday, 18 May 2013

BN Kena Berhati-hati Dengan Penyebaran Surat Obama Kepada Anwar Ibrahim

** Emmm Banyak implikasinya...... Kalau isu ini dibenarkan dan dimainkan oleh cytro BN. Tetapi sebab ramai dengan cara permikiran tersendiri...

Friday, 17 May 2013

ADAKAH CYBERTROOPER BN TERKUBUR?

Salam perjuangan buat semua teman-teman cybertrooper BN dan setiap individu yang berkerja keras samada di alam maya atau di alam nyata. PPM percaya kaitan kedua-dua jentera alam maya dan alam nyata berkait rapat dalam perperangan PRU13 yang baru tamat. Sumbangan mereka samada yang dilantik atau yang sukarela tidak ternafi kesungguhan melawan kesukaran.

Pengalaman PRU13 cukup membuka idea pandangan setiap individu level bawah hingga atas, yang sesungguhnya perperangan Alam Maya banyak mempengaruhi gerakan alam nyata dan bergitu sebaliknya. 

PPM sedar dan ada bukti terdapat setengah menteri di Malaysia masih beranggapan yang pendekatan lama lebih berkesan hingga sanggup menafikan perjuangan cybertrooper di negerinya. Malah pendekatannya lebih kepada media utama hingga terdapat rungutan cyber trooper dibawah tidak diberi perhatian semasa kempen selepas pembubaran. PPM tidak mahu menyatakan negeri mana dan siapa kerana bukan hajat PPM untuk mendedahkan kesilapan individu tetapi untuk membuka mata dimana kita sekarang ke arah hadapi PRN Sarawak dan PRU14.

BN tentu sedar peranan media sosial dalam PRU-13. Sebenarnya BN sudah bersedia dengan perwira mayanya (cyber troopers). Cuma, tidak mencukupi. Tidak cukup agresif. Tidak cukup perkasa. Tetapi tidak adil jika kita nafikan peranan UMB pusat membantu setiap UMB negeri hingga peningkatan jumlah kerusi di Kelantan dan kemenangan Kedah. Itu kayu ukur utama UMB pusat. Malah di Sarawak UMB pusat banyak memberi bantuan info dan maklumat sebagai bahan perperangan.

Sementara itu sanggupkah BN kali ini akui ditewaskan oleh media sosial yang ganas dan tanpa belas kasihan. Pembangkang menggunakannya dengan secara berkesan. Perwira maya BN bukan tidak melawan, tetapi asakan dari pihak sebelah terlalu hebat dan dahsyat? Itu amat pahit untuk semua pihak akui sedangkan UNDI MELAYU BUMIPUTRA meningkat naik kepada BN. Kecuali undi cina. Inilah cabaran BN buat PRN dan PRU akan datang.

Di Sarawak pula, fenomena PRU13 telah membuka kesedaran level atas, bertapa pentingnya peranan cybertrooper dan PPM pasti ramai cybertrooper Sarawak bekerja keras untuk mempertahankan Sarawak. Apatah jentera Pakatan Rakyat terutama Reb Bean DAP bergitu agrasif menyampai dakyah tanpa mempedulikan batas-batasnya.

Sekarang PRU13 telahpun tamat tetapi cyber trooper PR belum pun berhenti. Malah jentera PR telah bersiap-sedia untuk menggempur PRN Sarawak dalam tempoh 2 tahun ini. Sebaliknya jentera cybertrooper BN makin ramai undur diri atau berehat sementara. Mungkin ada yang penat berjuang selama 3, 4, 5 tahun hingga abaikan tanggungjawap kepada keluarga atau peribadi. Tidak kurang yang kecewa kerana diabai masa PRU13 dan selepas PRU13? Itu perlu BN fikirkan adakah setengah atau sememangnya mereka tidak diperlukan lagi?

Sementara itu, DAP meramal PRN Sarawak bakal ada kemulutan perpecahan ketika perpindahan kerusi CM di Sarawak. Ini dapat kita andaikan DAP telah mula merangka blueprint bagaimana menawan Sarawak.

Kemenangan BN PRN Sarawak nanti adalah penting demi memastikan momentum BN PRU14 adalah kukuh. Sebab itu Pakatan telah mula menconggak bagaimana untuk tawan Sarawak. Sedangkan serangan Red Bean DAP semasa PRU13 cukup terasa bahangnya dan ada isu diluar jangkaan cyber trooper BN. 

Walaupun bergitu alhamdulillah kita berjaya menjadi Sarawak kubu kuat BN ,tetapi haruskah kita berpuas hati dengan keputusan PRU13 dan haruskah kita bersantai sekarang sedangkan jentera PR telah mula menyelusup masuk? Menyiapkan tapak-tapak baru untuk mereka serang BN. Disini kita akan nampak kerjasama alam nyata dan alam maya perlu sebagai persiapan awal.

Apa yang ingin PPM ajukan bukanlah untuk menunding siapa salah dan siapa betul. PPM berpendapat amat sesuai memperkasakan jentera Cyber trooper diawal masa ini. Kerana masalah utama semasa PRU13 soal bank data adalah lebih bagus dapat dikemaskini lebih awal dan semasa PRN atau PRU dapat diguna dengan serta merta.

PPM minta maaf jika penulisan ini menyingung mana-mana pihak tetapi PPM hanya mampu luahkan pendapat di blog kerana PPM bukan siapa-siapa dalam perjuangan ini melainkan perjuang maya biasa.




Thursday, 16 May 2013

PAN BORNEO HIGHWAY SUDAH DI DEPAN MATA


Tahniah buat Datuk Fadilah Yusof kerana berjaya diangkat sebagai Menteri Penuh dan lebih bermakna di dalam Menteri Kerja Raya. Sesungguhnya ini adalah kesungguhan Datuk Seri Najib untuk merialisasikan Pan Borneo Highway dengan melantik Datuk Fadilah. Seorang anak watan Sarawak yang sudah pasti mengenali dalam mendalami selok-belok Borneo.

Ini penting kerana banyak hal belum diduga oleh orang ouar boleh diatasi dengan sebaik mungkin.

Kegigihan Datuk Fadilah Yusof  membolehkan beliau meningkat 'rising star' ketahap paling tinggi naik dalam tempoh yang singkat.  Beliau menjadi ahli parlimen pada tahun 2004.  4 tahun kemudian beliau diangkat menjadi Timbalan Menteri.  2010 mendapat 'Datukship' dari kerajaan negri Sarawak.  5 tahun kemudian iaitu sekarang beliau telah diangkat lagi sekali menjadi Menteri penuh Kementerian yang besar iaitu Menteri Kerja Raya TAHNIAH.

Pada 16 Oktober 2010,beliau telah dikurniakan 'Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (PGBK) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak,Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, bersempena dengan Hari Ulang Tahun Kelahiran TYT Negeri Sarawak.

Sesuatu yang perlu rakyat Malaysia. PPM baru 2 kali bersemuka dengan beliau pertama kali ketika hari pencalonan PRU13 dan PPM berasa kerjasama dalam kempen PRU13 adalah mudah ketika berurusan dan sekali lagi ketika hari keputusan PRU13 dimana beliau amat berendah hati mengucap ribuan terima kasih kepada semua jentera termasuk PPM dengan penuh rendah diri. Malah cara beliau mendampingi anak muda serta masyarakat sekitar Petrajaya adalah amat mesra rakyat tanpa memikirkan dirinya sebagai YB. Anda pernah lihat YB turun kereta semata-mata untuk bersalam dengan rakyat yang sapa dikereta sebelah? Itulah Datuk Fadilah Yusof. Sebab itu semasa PRU13 beliau menang dengan majoriti besar mengalahkan calon PKR.

Mungkin kerana doa PKR yang sering memainkan isu jalan raya di Petrajaya dari PRN hingga PRU13, walhal hakikat sebenar jalan raya Petrajaya setiap tahun dipertingkatkan akan kelebaran hingga sekarang hampir separuh Petrajaya mempunyai jalan raya dua laluan. Akhirnya beliau dilantik menjadi Menteri Kerja Raya. Jadi agaknya PRN nanti PKR isu apa lagi yeee.

PPM ucapkan tahniah Datuk Fadilah dan Terima Kasih Datuk Seri Najib kerana jelas bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Pan Borneo Highway. 


Kabinet Bayangan Dan Teori Angka Anwar Lagi Hebat Dari BN

Kabinet Bayangan Anwar lagilah hebat berbanding Kabinet yang diumumkan Najib Razak kerana sudah pasti ada dua jabatan Khas untuk selesaikan kemelut dan memenuhi agenda Pakatan Rakyat.

Mungkin antara jabatan baru ini sesuai untuk Pakatan Telitikan

1- Jabatan Pembangunan LGBT
2- Jabatan Himpunan Reformasin

Ini akan melengkapkan tranformasam buku jingga bukan.

Namun bergitu adalah amat malang cita-cita itu hanyalah ditepi jalan. Ketika Anwar beria-ia menjalankan operasi blackout minda cai-cai dengan pelbagai teori undi popular mengatasi undi berdasar jumlah kerusi MP dan ADUN. Entahlah semakin bijak pula berseloroh walaupun hakikatnya Anwar sedar satu yang memperbodohkan diri.

Tetapi kerana ini operasi Blakout minda cai-cai kira oklah walaupun rakyat tertanya-tanya sampai sekarang mana dia lokasi dan masa blackout? Sampai sekarang tidak adapun bunyinya.

Melihat barisan kabinet dibawah ini Anwar boleh menyebabkan tekanan jiwa Anwar ketahap tinggi dan apatah nasibnya jika dibiarkan Wan Azizah berlarutan tanpa kawalan dan rawatan.


Barisan Nasional sudah perkukuhkan barisan Kabinet tetapi Anwar masih lagi gila Angka. Bahaya betul bila orang dah mula gila-gila angka ini!!!


Kisah Siapa Yang Blackout Ustaz Kazim


Assalamualaikum w.b.t..
Dua tiga menjak ni menangis hati aku membaca hinaan dan makian penyokong pakatan rakyat ke atas Icon aku USTAZ KAZIM ELIAS AL HAFIZ...

bersabarlah duhai hati... Ustaz di cop sebagai, "ustaz palsu", "ulamak haram jadah", "ustaz celaka ", "ustaz akhir zaman", ustaz neraka", "ustaz giler glamor", ade yg suruh ustaz cop lambang UMNO di dahi, sedangkan anak murid ustaz yg merupakan penyokong pakatan juga kata "aku dulu berguru dgn ustaz,

berkatalah benar walau pahit..aku malu", mcm2 lagi ayat berbentuk hinaan. Semua nya kerana video yg bertajuk "WAJAH SEBENAR USTAZ KAZIM"...Aku tau aku pun x berapa nk bijak pasal agama ni, tp aku tau Ustaz x penah tolak hukum hudud, cuma dia kata blum dilaksanakan....

Ade dlm satu siri ceramah beliau, beliau juga menggesa kerajaan membuat draf hudud, kte perlu ade usaha utk melaksanakannya, satukan umat islam di negara ini kemudian kte laksanakan.. itu sedikit sbyk kata2 nya...

berlapang dadalah mendgr hujah beliau, kte perlu bersyukur dgn islam di negara kita..x sperti negara lain..islam sgt bebas diamalkan. itu nikmat yg allah beri...Ustaz pun manusia biasa ade juga kesilapan nya.

Dia baru wat salah ckit mcm ni korang dh melalak2 mcm org tak sedar diri... FAHAM x knp aku ckp korang x sedar diri?

Kau hina ustaz kazim ni byk mane pun, kau kne sedar ilmu dia lagi tinggi dari kau.. Dalam dada dia tersemat 30 juzuk al-quran...KAU ADA?

Kalau ade alhamdulillah, sape yg xde tu, buat2 scan diri sendiri... sibuk isu BLACKOUT la.. hati kau sendiri MALAP2 ALA BLACKOUT kau perasan x?

Korang ske perkataan blackout kan? Org yg hati dia x BLACKOUT (maksud aku terang la), dia xkan maki2, tegurlah secara berhikmah, hormat la ckit Ustaz kazim tu ustaz kot...

Hormat la dia mcm kau hormat Ustaz Azhar Idrus dan Tok Guru Nik Aziz tu... Kau kalau ustaz sebelah kau salah ckp, korang buat2 mata mcm BLACKOUT kan.. telinga sekali SHUTDOWN.. btul ke salah ke kau angguk je.. xde plak kau nk menegur dgn ayat mcm bgus korang....ni antara ayat famous korang guna "ini soal akidah","hukum allah jgn main2", "jangan persendakan islam"....mcm2 lg la... bwak2 la bersabar ckit...jgn disebabkan satu perkara yg ni korang hentam ICON kesayangan aku mcm tu.

Masa tok guru putar belit pasal Nabi Muhammad...ustaz kazim tegur perbetulkan supaya kita x keliru... tp kte fhm la tok guru tu manusia biasa..ade wat salah... korang x melenting kan? yg xtahan korang angguk plak tu... Bila tok guru ckp, al-quran tu pasal politik dr ayat satu smpai habis...

ustaz azhar yg menegur n perbetulkan supaya kte x keliru... korang melalak x? masa tu korang x pertahankan islam plak...apsal? BLACKOUT mata n telinga jugak masa tu? Masa mashitah tersalah ulas dlm metro, ustaz azhar perjelaskan... masa si ustaz scooby doo permainkan Nabi Muhammad, ustaz kazim btulkan....

ULAMA DAN PARA ILMUWAN ADE CARA SENDIRI UTK TEGUR MENGUR DAN TERIMA... kita plak nk gaduh2 n ckp mcm bgus tu nape??

Bab memaki2 ulama, tok guru n ustaz.... x kira la parti mne2 pun..sila hentikan ok semua2 ni...x kesahla UMNO ke..PAS ke...

DAP ke (ade ustaz ke kat DAP, ignore je), dalam pada mereka tersasul ckp dan sebagainya, ade juga kebaikan yg mereka beri jika kte cari...

jangan asyik carik salah org je, scan diri sendiri dulu. Jom kita semaikan kecintaan dan kasih sayang, bukan kebencian dan kemarahan...ok saudara n saudari, sy x niat nk marah just menyatakan isi hati sy..

saya mohon maaf sgt2 jika sebelum ni atau dlm catatan sy ni ade meggu mne2 pihak...utk last ni sy letakkan komen ustaz kazim utk membela dirinya dpd fitnah dan sebagainya..sy copy kat page dia k..bukan reka2.. :"Saya sgt konsisten menyokong pelaksanaan hukum hudud dan tak pernah menukar kpd apa bentuk lain pendirian saya..

knp hanya tgok sekerat ucapan saya tanpa melihat kseluruhan ceramah saya sejak belasan tahun dulu saya penyokong tegar hukum hudud..adakah dgn sy menegur dan menasihati organisasi sudah dianggap salah..ingatlah yg tak boleh ditegur dan sentiasa betul ialah Allah,Nabi dan Agama..selain itu samada parti,pemimpin,ulama,ustaz dll adalah makhluk yg ada melakukan khilaf dan salah" UKESekian terima kasih.

Wasalam. Nurul Nabila

**PecahPalakMikir bersetuju dengan pendapat penulis. Untuk pengetahuan anda tahap pendidikan penulis bukan alang2 tetapi pada usia yang masih muda tahap kritisnya buat PPM tabik!!!

RAHSIA DISEBALIK OPERASI BLACKOUT 505


Assalamualaikum.Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad diatas komentar sebagai seorang Counting Agent(CA).Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia.Ya,mmg pnjg tulisan sy.Tetapi kalau nak tahu,sila baca.

Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini.Untuk pengetahuan semua,setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan didalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis.Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi.Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi(TM).Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP).Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi.Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.

Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi.Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsia :D

Setiap jam saya merekodkan bilangan pengundi dan diminta melaporkan bilangan supaya ia sama dengan jumlah kertas undi didalam Peti Undi.Sehingga jam 5 petang semasa Pusat Pengundian ditutup, Ejen yang sama telah melihat keadaan dimana mulut Tong Undi tersebut ditutup dan dimeterai.Bayangkan Peti Undi tersebut tidak SATU SAAT pun ditinggalkan oleh mana-mana Ejen Parti hingga saat SOLAT pun mereka sanggup korbankan (Wallahua’lam,jama’ mungkin?) kerana menjulang tinggi kelangit hal duniawi ini. Kemudian Borang 13 (Final) disediakan sebagai bukti bilangan jumlah kertas undi yang dikeluarkan dan bilangan yang sepatutnya berada didalam Peti Undi.Seterusnya diserahkan kepada Ejen. Baki kertas undi/tidak digunakan sekali lagi dimeterai oleh Ejen dan diletakkan didalam Sampul 1.so, dah meterai oleh ejen,kami nak buka balik?

Isu pengiraan undi/blackout? Kemudian, tepat jam 5pm Ejen Mengundi (Polling agent) bertukar tangan kepada Ejen Mengira (Counting Agent).Untuk makluman, pengiraan undi dilakukan di TEMPAT MENGUNDI tanpa dibenarkan Peti Undi dibawa ketempat lain melainkan kes-kes tertentu (luar Bandar/hutan) tetapi masih ejen akan ikut sama dan Borang 13 yg tercatat No Siri kekal ditangan Ejen.

Prosedur pertama ialah setiap kertas undi dituang dan dikira satu-persatu dihadapan ejen supaya bilangan sama dengan Borang 13. Jika ada Kertas undi terlebih, Jadual 3 boleh digunakan oleh Ejen Pengundian untuk bantahan.Undi dikira dan sudah pasti terdapat pertikaian antara Ejen-Ejen sehingga melewatkan pengiraan undi.Korang nak gaduh-gaduh la,bertumbuk caci mencaci biasala tuh.Tetapi disini kuasa KTM diperlukan dan ia muktamad untuk menentukan undi ragu.Ya.Saya kurang bersetuju dengan arahan oleh SPR bahawa calitan dilakukan sebelum pengundi menandakan kertas undi.Di saluran saya sendiri terdapatnya situasi calitan terkena kertas undi. Tetapi saya membuat keputusan,selagi kesan dakwat tidak mencacatkan Kertas Undi dengan kuasa yang diberikan, saya menerima kertas undi tersebut.Ini soal teknikal.

Selesai pengiraan undi BORANG 14 disediakan dengan jumlah bilangan undi/keputusan.Ejen akan mendapat sesalinan dan juga disahkan.Sesalinan dimasukkan kedalam Sampul 7 dan sekali lagi dimeterai oleh Ejen untuk diberikan kepada Pusat Penjumlahan Undi.Tidak mungkin keputusan dapat diubah sedangkan Ejen mempunyai salinan pendua. Kertas Undi dimasukkan kedalam Sampul 6 dan dimeterai Ejen lagi. Sampul 1(baki kertas undi) dan Sampul 6(kertas undi yg dikira) di masukkan kedalam Peti Undi dan dimeterai untuk kali terakhir untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan.Bagaimana kesemua PEMETERAIAN DIBUAT? Tanya Ejen sendiri.kan korg kononnye nak tau sgt kan.bukan mudah,kena ikat itu ini,tampal pelekat security,ikat seal SPR lagi.Ingat senang?

Isu Peti Undi Tambahan? Untuk ke Pusat Penjumlahan undi,kami diescort sekali lagi oleh Polis dan tidak diberi peluang untuk mengisi minyak/dipintas oleh mana-mana kereta sehinggalah sampai ke Pusat Penjumlahan. Sepanjang jalan dikiri kanan para penyokong fanatik tegar menendang2 kereta,mengetuk cermin,melontar botol air,menjerit SPR barua,macai,penipu besar,pembohong dan lain-lain lagi.Ikutkan hati nak dilanggar je.nasib anggota polis menenangkan saya.

Selepas selesai penyerahan Peti Undi dan BORANG 14 jumlah akan dipaparkan di layar projector dan para Ejen boleh melihat jumlah sama atau tidak sepertimana keputusan pengiraan di Tempat Pengundian. So, di mana berlaku Peti undi yg tiba2 datang sedangkan jumlah pada Borang 14 telah dipaparkan?masa bila saya nak kira kertas undi baru sedangkan semua Kerani Pengundian dah balik?

Bayangkan sehari sebelum pengundian kami diminta mengira peralatan,menyusun atur meja,memastikan aliran keluar masuk pengundi sehingga bekerja lewat malam dan kemudiaannya dihari pengundian bangun seawal 4.30 pagi sehingga proses pengundian selesai dan berada di Pusat Penjumlahan sekiranya ada bantahan dari Ejen sehingga jam 2-3 pagi esoknya.Itu belum dikira taklimat/kursus/seminar yang kami terPAKSA hadiri.Sudahlah penat dari awal pagi ke tengah malam, balik rumah buka fb kena provok pula kata kami kerja tak bersih..fahamilah perasaan kami…bayaran kami TIDAK LANGSUNG setimpal dengan apa yang kami lakukan.Saya sendiri kakitangan swasta dengan jawatan Profesional dengan gaji berkali2 ganda. Namun, saya ikhlas melakukan demi memastikan prinsip Demokrasi sentiasa menjadi tunjang Negara.

Ini kali kedua saya menjadi Petugas SPR dan memang banyak penambahbaikan telah dan boleh dilakukan(terutama masa calitan dakwat)Kalau ada isu Blackout, buat laporan polis,selidik betul2 kebenarannya.Jangan percaya bulat2.Jangan hanya berani bercakap dilaman sosial tanpa memahami SOP gerak kerja kami. Lihat dan rasai bagaimana tugasan kami.Kami petugas SPR bukanlah macai/barua/anjing/kuda/lembu mana2 parti. Kalau anda yang menyatakan SPR tidak telus, saya CABAR anda jadi petugas SPR untuk PRU akan datang! Wallahualam
 Aizat Rahim
SUMBER BLOG

Wednesday, 15 May 2013

TERIMA KASIH NAJIB BERI KELEBIHAN SABAH DAN SARAWAK DALAM KABINET BARU


Sabah dan Sarawak memberi jumlah kerusi yang besar kepada keputusan PRU13 buat Barisan Nasional dan akhirnya sumbangan ini dihargai dengan penyenaraian barisan kabinet yang ramai terdiri dari wakil Sabah dan Sarawak.

Pwndwkatan ini membuktikan langkah pertama Najib Razak sebagai bersedia memberi tumpuan penuh kepada pembangunan Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU13.

Sesungguhnya rakyat Sabah dan Sarawak harus mengucap ribuan terima kasih atas keperihatinan Datuk Sri Najib Razak. Semoga pendekatan ini banyak memberi kesimbangan pembangunan Malaysia. Berikut senarai barisan kabinet baru.

SENARAI KABINET KERAJAAN MALAYSIA!
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan menteri:muhyiddin yassin

Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan 2: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
DATO JAMIL KHIR
DATO SRI ABDUL WAHID OMAR
IDRIS JALA
JUSUF KURUP
SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan
HISHAMUDDIN TUN HUSIN
Menteri Kewangan II
AHMAD HUSNI HANADZLAH
MAT MASLAN

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi
MUHYIDIN YASIN
IDRIS JUSUH

Menteri Dalam Negeri
ZAHID AHMAD HAMIDI

Menteri Pengangkutan
HISHAMUDDIN

Menteri Pelancongan
NAZRI AZIZ

Menteri Luar
ANIFAH AMAN

Menteri Kerja Raya
FADILAH YUSUF

Menteri Kesihatan
SUBRAMANIAM

Menteri Belia Dan Sukan
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sumber Manusia
RICHARD

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
HASSAN MALIK

Menteri Perdagangan Dan Industri
MUSTAPA MOHD

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
ISMAIL SABRI YAAKUB

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
IVON IBIN

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
G PALANIVEL

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
MAXSIMUS ONGKILI

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
SHAFIE AFDAL

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
DOUGLAS UNGGAH

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
ROHANI AB KARIM

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
AHMAD SHABERY CHEEK

Menteri Wilayah Persekutuan
TG ADNAN TENGKU MANSOOR

ANWAR TERDESAK MENCARI HELAH BILA 80% MAHU DIA BERSARA

Tiba-tiba undi popular menjadi bahan kempen untuk tutup tuntutan berundur. Itu sedang berlaku kepada Anwar Ibrahim.


Kajiselidik majalah The Edge mendapati 76.29% rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim menepati janji dan berundur dari politik setelah gagal ke Putrajaya.
Majoriti rakyat Malaysia sudah mula bosan dengan politik jalanan Anwar Ibrahim. Tetapi Anwar tidak perduli walaupun dia pernah berjanji untuk berundur jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

Bukan setakat Pakatan gagal, malah PKR sendiri merudum jumlah kerusi yang dimenangi.


Rakyat Malaysia harus kembali bersatu dan bersama memajukan negara, bukannya menurut mainan karut yang sampai tahap cubaan memperdohkan diri.

APAKAH DOSA KHALIB DIPULAUKAN ADUN MP PAKATAN RAKYAT



Apalah dosa Khalib Ibrahim sehingga marah sangat ADUN MP Pakatan Rakyat enggan hadir atau Anwar dan Wan Azizah tidak mahu mereka datang. Kalau diimbas Anwar bukannya mesra sangat dengan Khalib tetapi Wan Azizah kebih suka Khalib berbanding Azmin Ali.

Itu belum dikirakan kekecewaan PAS yang ada lebih banyak kerusi tetapi tidak mempunyai hak sebagai MB Selangor?

Kenapalah cai-cai Pakatan tidak pernah pandai menilai apa yang sedang berlaku di Selangor? Hakikatnya walaupun Khalib menang dalam kes saman dari warga ibu tunggal tetapi tidak juga cai-cai Pakatan menilai sesungguhnya kegagalan saman tersebut kerana manifesto 2008 bukanlah satu janji yang boleh dinilai sebagai perjanjian resmi tau bertulis. Sebaliknya hanya janji mulut yang sukar dibuktikan walaupunserata cerok ceramah Pakatan dendangkan.

Kesimpulannya apa jua janji Pakatan adalah suka hatinyalah hendak laksana atau tidak. Oklah kalau cai-cai fikirkan itu berbaloi untuk hidupnya.

Kesimpulannya untuk Barisan Nasional cukup-cukuplah ambil tahu kebajikan Selangor. Lantak dia oranglah hendak sebang atau merempat. Berikan keutamaan kepada negeri-negeri yang dimenanginya terutama Kedah, Perlis Sarawak dan Sabah.

Tidak perlulah tumpu kawasan yang kita tahu majoriti sokong DAP. Bukankah kita tahu mereka suka DAP tolobg nereka berbanding Barisan Nasional.

Tuesday, 14 May 2013

Bahaya Dokumen Sulit SPR Bocor Ke Tangan Pakatan Rakyat

Adus rosak segala plan kerajaan apabila satu dokumen sulit SPR telah terbocor kepada tangan Pakatan Rakyat. Akibatnya Anwar bakal gunakan maklumat ini untuk dibawa ke makamah. Modal ini digunakan Rafizi untuk membongkarkan penipuan SPR pasca PRU13. 

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengetuai jawatankuasa itu berkata, siasatan akan mula dijalankan minggu ini berdasarkan 237 aduan dan laporan daripada orang ramai berhubung dakwaan itu.

Persoalanya sejauh mana Pakatan Rakyat menggunakan modal dokumen yang telepas ini untuk tujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?

Persoalanya sampai bila Pakatan Rakyat hanya berdiam tanpa menampil bukti secara jelas dengan membawa semua bukti berdasarkan soalan diatas?

Monday, 13 May 2013

Gempar ADUN MP Dipertanggungjawap Kawasan Dimenangi Berdasarkan Dana Parti Diwakili

Ini satu percubaan terbaik buat semua wakil MP dan ADUN berdasarkan parti mereka wakili bertanggungjawap kepada kawasan mereka tandingi. Rakyat telah melantik mereka untuk berkhidmat kepada kawasan mereka menangi. Bermakna wajiblah mereka yang dibayar gaji menjalankan tangungjawap memikul segala permasalahan yang berlaku dikawasannya dengan sendiri dan bergantung kepada peruntukan yang parti mereka wakili.

Dengan ini situasi akan menjadi lebih adil dan tidaklah ada diantara ADUN dan MP boleh bergoyang kaki malah mana Parti yang menang kawasan MP dan adun HARUS MENUNAIKAN MANIFESTO yang mereka janjikan berdasarkan kawasan mereka menangi.

Jika ini tidak diamalkan atau dijadikan amalan akan menimbulkan budaya dikalangan ADUN dan MP yang fikir mereka pembankang di kawasan atau negeri tersebut boleh lepas tangan keatastangungjawap mereka pikul dan bergitu juga kepada setiap parti yang memenangi kawasan atau negeri dalam PRU13.

Kenapa jharus ini dianggap pilih kasih sedangkan mereka dipilih haruslah bertanggungjawap sebagai yang dipilih.

Lim Guan Eng Mengeletar Dengan Kehadiran Mukhriz Angkara Lim Kit Siang

Selepas tamatnya PRU13 tiada yang lebih menarik kecuali ketegangan Kedah dan Pulau Pinang. Yang kini Menteri Besar Kedah adalah Mukhriz manakala Penang Lim Guan Eng.

Mari kita imbas kegairahan Lim Kit Siang berkempen di Gelang Patah pada pasca PRU13 lepas. Kegairahan Lim Kit Siang untuk memancing undi sehingga Kit Siang membuat cerita palsu menipu orang Cina seolah-olah dr Mahathir menguasai Najib dan Muhiyddin. Sibuk dia pasal hal ehwal urusan dalaman UMNO dan BN jika Dr Mahathir banyak memberi nasihat kepada kerajaan yang ada sebagai seorang yang nasihatnya amat dihormati seluruh dunia. 

Sambil berteriak tidak tidak tidak kepada Najib, dia memanggil Tun Mahathir sebagai syaitan. walaupun umum semua rakyat Malaysia tahu Lim Kit Siang pencetus 13 Mei hingga Melayu dan Cina berparang berdarah.

Itulah sampai tahap bergitu sekali Lim Kit Siang berkhutubah di depan pengikutnya, hingga mendapat sambutan hangat terutama kaum cina DAP. Kenapa Lim Kit Siang bergitu marah sangat dengan Tun Dr Mahathir? Adakah kerana zaman Tun Dr Mahathir tidak pernah memberi ruang dan peluang untuk DAP naik?

selepas itu siapa tidak kenal keberanian Tun Dr Mahathir sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan: Lim Kit Siang seorang yang 'buta' kerana terus melakukan fitnah mengatakan kononnya Malaysia hanya untuk orang Melayu sahaja.

Tetapi Karpal Singh tidak berdiam sehari selepas itu dengan mengeluarkan kenyataan: pembangkang akan menangkap dan mendakwa beliau di mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)

Namun tetap juga Tun Dr Mahathir tidak berdiam diri lalu berkata: beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak sekali-kali akan menutup mulutnya.
"Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.

"Dah 87 tahun saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut, nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di Shah Alam (1/5/2013).

Ini imbasan yang menggambarkan bertapa panasnya PRU13 apabila 3 otai politik berentap menguji keberanian masing-masing. hakikatnya politik DAP bermegah-megah hanya untuk tangkap Mahathir tetapi langit tidaklah selalu cerah bukan!

Sekarang selepas pasca PRU13 apa yang berlaku? Mukhriz MB Kedah vs Lim Guan Eng MB Penang. Hah bagai buku bertemu ruas. Lim Guan Eng sekarang panas hati kerana PAS kalah di Kedah dan terus menyalahkan PAS sering bertelagah hingga Kedah tumbang ke tangan Barisan Nasional. Tetapi hakikatnya apa hal DAP juga bertelagah sebelum PRU13 bukan.

Hakikatnya Lim Guan Eng semakin gementar kerana belum mengetahui apakah tindak tanduk Mukhriz menjalankan tanggungjawap Menteri Besar Kedah. Kedah mengalami masalah keewangan yang runcing melibatkan air (Rujuk Sini) dan KUIN. Jadi apa salahnya keistimewaan air kepada Pulau Pinang ditarik balik dan Kedah mendapat faedah menyusun semula keewangan negeri Kedah. Bukan setakat itu Mukhriz juga berkemampuan mengawal industri berat dan ringan dari bercambah di Kedah dengan hanya menggunakan kuasa tarif air berbanding Penang. Ini saingan ekonomi yang baik demi rakyat Kedah.

Lagipun Penang kan sebuah negeri kaya semenjak dibawah Lim Guan Eng, jadi apa salahnya kalau Mukhriz ambil kesempatan atas kekayaan Pulau Pinang untuk kesejahteraan rakyat Kedah? Ini peluang memajukan Kedah.

Pada orang ramai PPM adalah rasis. suka hatilah asal demi Agama Bangsa dan Negara. tetapi apa guna menyusu kera sampai anak sendiri kelaparan. Bagus kita utamakan anak-anak kita sendiri dan selama ini Lim Guan Eng bermegah-megah mendabik dada mampu menyediakan tarif air 13 sen kepada rakyat Pulau Pinang. Sekarang kita lihat bagaimana Lim Guan Eng hendak buat. Rasanya Tun Dr Mahathir lebih faham pencaturan ini. 

Jangan beri muka! Apatah lupakah kita kata-kata Lim Guan Eng Kalau pemimpin PAS bergaduh pasal isu Khalimah Allah itu bukan masalah saya atau DAP. Itu juga bukan masalah agama kristian. Jadi wajarkan kita berimuka kepada orang ini?

Sudah Tiba Masanya MB Mukhriz Mengkaji Pembekalan Air Kepada Pulau Pinang

Tahniah buat rakyat Kedah kerana memilih Mukhriz yang mewakili Barisan Nasional sebagai Menteri Besar Kedah. Yang pasti rakyat Kedah amat bertuah kerana memiliki Mukhriz yang banyak berpengalaman dalam MITI yang berjaya membawa masuk banyak pelaburan baru ke Malaysia termasuk pelabur ke Pulau Pinang.

Dulunya Lim Guan Eng amat tidak suka dan ambil kesempatan keatas segala kerja  keras Mukhriz yang banyak menyumbang pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang . Yang Lim Guan Eng tahu dengan tumpang ambil nama sahaja, kononya dia paling berjaya bangunkan Pulau Pinang, tetapi dalam sedar tidak sedar Lim Guan Eng bakal menghadapi satu fenomena pecah palak mikir, yang mana dulunya Azizan boleh dikaldai dan sekarang bak buku bertemu ruas.

Jika kita imbaskan kembali. Dalam sidang DUN Kedah, exco Kerajaan Negeri, Datuk Amiruddin Hamzah membangkitkan isu kadar pajakan Pulau Pinang, dengan menuntut dinaikkan daripada RM10 ribu kepada RM10 juta setahun. Malah pernah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) bangkitkan isu dengan menganggap tuntutan menaikkan kadar pajakan dari RM10 ribu bukan isu pokok. Yang Dipertua PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof menegaskan bahawa tuntutan yang sewajarnya dibuat adalah terhadap tanah Pulau Pinang dan Seberang Perai (Province Wellesley) itu sendiri. Ianya milik mutlak Kedah.

Pulau Pinang juga mendapat manfaat besar secara percuma dari Kedah iaitu sumber air. Kedah berkorban untuk tidak menebang hutan tadahan demi untuk menjaga sumber air yang sungainya mengalir ke sempadan kedua negeri. Pulau Pinang menyedut air mentah tanpa menghulur satu sen pun kepada Kedah, sehingga mereka mampu mengenakan caj air yang paling rendah di negara ini.

Mummy Rokiah memberitahu bahawa Pulau Pinang banyak membazirkan air. Purata penggunaan sehari adalah sebanyak 285 liter sehari bagi setiap penduduk. Pulau yang tidak ada sumber air mengalahkan Johor pada 207 liter sehari bagi setiap penduduk, Selangor (234 liter), Kedah (236 liter), Negeri Sembilan (239 liter) dan Melaka (268 liter).

Zaman Kedah dibawah PAS bolehlah Lim Guan Eng jadi penipu besar dengan kata pasal tarif mereka terendah pada 31 sen semeter padu. Dia saja buat lupa bahawa air Pulau Pinang dibekalkan oleh Kedah dengan bayaran honararium RM10,000 setahun.

Oleh itu akan menjadi tanggungjawap besar buat Menteri Besar baru Kedah untuk membongkar segala penipuan terbesar Lim Guan Eng hingga rakyat salah anggap kepada Kerajaan Barisan Nasional. Cukuplah  kita mendukung biawak hidup ini dan kali ini tolonglah pastikan Lim Guan Eng mempunyai tanggungjawap sama, dengan bertanggungjawap membiayai berkalan air secara adil seperti negeri-negeri yang lain.



Sunday, 12 May 2013

Inikah Fakta Kemenangan Pakatan Yang Nik Aziz Ketahap Meludah Orang

Inikah yang menjadi kebanggaan melayu Pakatan Rakyat?
Inikah yang membuatkan melayu Pakatan Rakyat bongkak dan sombong dengan agenda perpaduan?
Ohhh rupa-rupa yang mendapat majoriti undi melayu yang tidak segan tidak malu merayu kepada manoriti melayu Pakatan yang sombong?

Iyalah orang macam kami memang tidak tahu malu sampai ada yang mahu meludah kemuka lagi dan suara itu datang dari suara ulama kebanggaan melayu manoriti yang menang dengan menjadi kaldai perhambaan kepada DAP.

Percayakan kepada yang mencetus 13 mei lebih bermakna buat mereka. Walhal mereka sendiripun sedar harga barang naik sejak pasca PRU13 dari tokey bangsa apa?

Jangan lupa diri kelak merempat di negeri sendiri.


PUNCA NIK AZIZ TIDAK PERKENANKAN NASHARUDDIN MAT ISA

Seingat PMM telah perjuangkan perpaduan ummah sejak 2008 lagi. Sejak itu golongan seperti kami seting dihina dicaci dengan ungkapan penakut dan dayus kerana UMNO BN bakal tumbang di PRU13.

Tetapi golongan sepertinmkami tidak pernah putus asa walaupun pelbagai peristiwa mengkafirkan kerja-kerja orang seperti ini. Ramai dari bangsa melayu kita pandang serong dengan usaha ini tanpa memahami apa matlamat sebenar memperkuatkan perpaduan berasaskan Agama Bangsa dan Negara.

Apa jua dugaan kami redha dan tidak pernah malu menebalkan muka untuk perpaduan. Akhirnya dengan takdir Allah PRU13 sokongan UMNO PBB BARISAN NASIONAL SEMAKIN KUKUH BERDIRI DENGAN SOKONGAN YANG SEMAKIN KUAT DARI BANGSA MELAYU.

ALhamdulillah tetapi kita masih nampak bunga ketosakan dan perpecahan kepada bangsa melayu masih kritikal dan dengan perjuangan menyatukan islam melayu tidak harus diketepikan sama sekali walaupun kita tahu pandangan serong akan menjadi lebih hebat. Asalkan kita berusaha dengan ikhlas dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah. Insya-allah.



Jika kita lihat diposter ini kita boleh renungkan tentang prinsip hidup kita dan arah mana harus kita tujui. Bersatulah.

Video Anwar Gembira Dengan Sokongan DAP Melayan Panas Hatinya



Penurunan sokongan pengundi Cina yang mendadak merupakan faktor utama Barisan Nasional (BN) gagal menawan semula Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin berkata, jentera siber pihak pembangkang telah melancarkan serangan besar-besaran bagi menyebarkan dakyah berbentuk fitnah terhadap BN secara keterlaluan.

"BN Selangor menerima keputusan PRU13 di mana menyaksikan BN Selangor tewas kepada pakatan rakyat selaras dengan demokrasi yang diamalkan di Negara ini.

"Kita mengakui keputusan PRU13 berada di luar jangkaan dimana menyaksikan sokongan dari pengundi kaum cina yang menurun dengan amat ketara," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini.

Katanya, pengundi Melayu telah kembali menyatakan sokongan terhadap BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tetapi sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi kaum india meningkat dengan menggalakkan atas kejayaan program-program mesra rakyat yang telah diadakan oleh BN Selangor.

"Sokongan pengundi Melayu kelihatan telah kembali bersama kita (BN)," katanya.

Zin Mohamed juga menggesa pihak polis melakukan siasatan terhadap penyebaran dakyah-dakyah palsu tersebut yang didakwa mempengaruhi pengundi Cina terutamanya dari kalangan golongan muda.

Pada PRU13 lalu, PR telah berjaya mengekalkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan memperolehi 44 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya menguasai 12 kerusi DUN.

** Dengan ini Anwarlah paling gembira bukan!!