Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 7 July 2013

Video Dosa Mursi Hingga Memungkinkan Dihukuman Bunuh

Situasi di Mesir semakin meruncing, dikhuatiri merebak ke tahap Perang Saudara. Pelbagai spekulasi dibangkitkan demi menghalalkan pengulingan Mursi, dan ini antara pautan video menggambarkan Mursi ditaktor dan wajip ditumbangkan.

Mursi digambarkan sebagai menghasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan gagal tunaikan janji pilihan raya serta pilih kasih hingga melantik ahli Ikhwanul Muslimin menduduki jawatan kanan. Spekulasi biasa digunakan dimana-mana negara islam lain, nampak berjaya menghalalkan penggulingan Mursi tetapi adakah cukup mendapat restu rakyat Mesir? Lihat video ini yang menunjukan saat-saat getir Mursi ditahan tentera Mesir

Sehingga kini, dimana Muhammed Mursi dipenjarakan amat dirahsiakan malah apa nasib isteri dan anaknya juga tidak diketahui. Tetapi berdasar sejarah mesir, adakah Mursi bakal menerima nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Persoalan ini semakin menghantui penyokong kuat Mursi yang sehingga sekarang belum ada tanda-tanda untuk bersurai dari demostrasi melawan tentera di jalan raya. Malah kedengaran kumpulan bersenjata Ansar al-Shariah di Mesir hari ini menyifatkan tindakan tentera yang menggulingkan Mursi sebagai satu pengisytiharan perang dan mengancam menggunakan keganasan untuk melaksanakan undang-undang Islam. Malah mereka sedang memberi  latihan kepada kumpulan mereka, untuk mempertahankan Mursi. Jika laporan internet ini benar, boleh memungkinkan perang saudara berlaku di Mesir.

Siapakah dalang kejatuhan Mursi boleh dilihat bilamana Presiden sementara membuat keputusan melantik barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, iaitu dibarisi Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid dan selepas ini apa nasib Mesir?

Inilah akibat pergolakan dari individu sengaja membenarkan campurtangan kuasa asing. Kuasa asing cukup lama panas hati, apatah sikap Mursi bergitu tegas terhadap pembebasan Palestin.

Inilah nasib sebuah negara islam jika terdapat dalang yang tidak mampu terima hakikat Qada dan Qadar bila dikalahkan dalam Pilihanraya dan sanggup mencari bantuan kuasa asing demi membolehkan dirinya sebagai seorang berkuasa.

Pengkhianat sebergini terdapat diserata negara islam di dunia... Awas kita perlu  ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku di Mesir demi mempertahankan kedaulatan negara kita.



OPS Datuk Rohani Kena Serang Blogger Barisan Nasional Semenanjung

Ops isu yang semakin panas di semananjung. Datuk Hajah Rohani kena serang blogger BN Semenanjung. Bunyinya cukup mencemarkan integriti  Datuk Rohani sebagai Menteri Penuh, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Apakah sebenarnya yang tersirat disebalik kisah dibongkar oleh Sangkakalajari9 di bawah ini.
Sangkakala dapat tahu bahawa Datuk Rohani, Ahli Parlimen Batang Lupar membawa jentera mengundi beliau ke Kuala Lumpur bermula pada 1 hinggalah ke 6 haribulan Jun nanti. 
Bagus apa yang dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita ini kerana menghargai jentera jentera pilihanraya beliau.
Sangkakala dengar sampai 3 bas tu daripada Sarawak dan sudah pastilah mereka yang dibawa ke Kuala Lumpur itu berasa amat gembira. 
Tapi apa yang Sangkakala dengar lagi, ada kelainan pulak dalam trip rombongan kali ini, Datuk Rohani bukan membawa mereka melancong, tapi membawa mereka ke rumah tumpangan orang orang tua dan anak akan yatim. 
Kalau nak melawat setakat tempat tempat macam tu, tak payah lah bawa sampai ke Kuala Lumpur Datuk, di Sarawak pun banyak, silap silap boleh buat acara gotong royong lagi. 
Apa yang Sangkakala dengar lagi mereka ini ditempatkan di hotel bajet sekitar kawasan masjid India di ibu kota, dan Datuk Rohani sendiri menginap di hotel Legend. 
Bukanlah Sangkakala marah, tapi Sangkakala cuma menegur, kalau nak bawa rombongan jentera biarlah ikhlas, walaupun dekat tapi berbaloi dengan usaha mereka bagi memenangkan Datuk di kawasan.
Apa yang lebih mengecewakan lagi, Sangkakala dapat tahu juga bahawa makan para peserta rombongan hanya diberi pada waktu siang, dan waktu malam, mereka makan sendiri. 
Kesian le pada mereka tu Datuk, tak banyak mana pun kalau Datuk tanggung semua tu. 
Nak tau mana Sangkakala dapat cerita, pakcik Sangkakala pun ada sama dalam rombongan tersebut, dan beberapa malam lepas, Sangkakala telah berjumpa dengan beliau, dan oleh kerana kesian, Sangkakala belikan pula makanan untuk seorang lagi saudara Sangkakala yang turut sama dalam rombongan tersebut.
Macam Sangkakala katakan tadi, kalau tak mampu, bawa mereka ke kawasan berdekatan, tapi biarlah berbaloi, jangan bawa jauh jauh, tapi menyukarkan mereka.
PPM kenal dan pernah berberapa kali mengikuti Datuk Hajah semasa kempen PRU13. Dan PPM amat terasa perbezaan sifat Datuk Rohani dari segi peribadinya berbanding dengan apa digambarkan oleh Sangkakala. Setahu PPM  Datuk Rohani amat prihatin orangnya tetapi PPM tidaklah dapat menafikan apa yang digambarkan Sangkakala kerana PPM pun tidak tahu apa kisah sebenarnya. Cuma PPM ingin ambil kesempatan buat Datuk memyelidik dan bersihkan nama jika dirinya rasa ada keperluan.

Jika ini benar-benar berlaku, mungkin disebabkan oleh faktor diluar pemikiran kita yang boleh dikaitkan dari pelbagai sudut. Tetapi ini sesuatu yang patut Datuk Rohani selidik apakah ini benar berlaku dan apa jua tindakan Datuk Rohani adalah menyentuh kepentingan dan kebaikan namanya sendiri.

Nasib Ustaz Don Terperangkap Saman Dengan Fitnah TV3

Inilah dunia Facebook yang boleh mengheret sesiapa sahaja tanpa sebab ke makamah terutama kepada mereka yang punyai nama dan populariti. Buat atau tidak itu berlakang cerita. Tetapi kesempatan ini dipergunakan demi kepentingan politik dan agenda menghancurkan perpeduan antara sesama islam. Sebab itu ada pihak sanggup berbuat apa sahaja kerana nafsu hingga nama Ustaz Don dipergunakan demi tujuan politik untuk mengetahui bagaimana nasib Ustaz Don sila rujuk pautan yang terperinci di sini


Saturday 6 July 2013

Video Saat-saat Getir Mursi Ditahan Tentera Mesir

Kejatuhan Mursi yang dipercayai berkait-rapat dengan idea arahan Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! I i telah memberi satu lakaran sejarah baru buat Mesir. Namun bergitu  video ini cukup menggambarkan kekecohan yang sedang berlaku.


Tentera Mesir (3/7/2013) menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.

Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.

Namun, sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.

Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.

Menurut Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, Mursi dan penolong-penolong kanannya ditahan di kemudahan tentera.

Katanya, Mursi bagaimanapun dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dengan ayahnya, Essam El-Haddad adalah antara penolong kanan Mursi yang ditahan.

Sisi dalam ucapannya turut memperincikan tentang pelan tindakan bagi peralihan kuasa politik.


Pergerakan Ikhwan Muslimin berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.

"Perhimpunan besar-besaran secara aman akan berterusan sehinggalah tentera mengembalikan tampuk pemerintahan kepada Presiden Mursi," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelang tunjuk perasaan hari ini, tengah Kaherah telah pun tegang dengan penyokong anti-Mursi bermalam di Dataran Tahrir.

Pergerakan Tamarod yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan, sekali gus menyebabkan Presiden Mursi digulingkan, turut menggesa pengikutnya turut ke jalan raya esok untuk berhimpun. - AFP

Berita terbaru: 9pm waktu Mesir ( 3 am waktu Malaysia)

1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

6) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.





Friday 5 July 2013

Video Undi Popular Noh Omar Bongkar Anwar Terbukti Kantoi Kes Liwat Di Parlimen

Hah sekali Noh Omar buka hujah soal undi popular habis pakat-pakat panas punggung Pakatan Rakyat paling menarik, teori itu Anwar berjaya dikaitkan bersalah dalam kes liwat. Hahah jauh tu tapi kasi layan sejauh mana relevennya. PR Sampai tidak menyempat hendak jawap tapi tak terjawap-jawap YANG PALING DIM. Iyalah kalau hendak tegak benang basah tapi kekuatan hujah Mat Noh buat Pakatan hilang punca mencari mana satu hendak mulakan. Kasi layan pautan video ini.


Thursday 4 July 2013

Video Membuktikan Kenapa DAP Sokong Khalid Ibrahim MB Selangor

Kenapa DAP bergitu beria-ia bermatian-matian menyokong Khalib Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor? Jawapan adalah teletak dalam video di pautan ini. Anda akan lihat bagaimana DAP berjaya mempergunakan Khalid Ibrahim untuk satu agenda jangka panjang yang paling licik. Ini kangkah awal memastikan Selangor satu empayar kuat buat DAP. Bagaimana anda tonton sendiri.


Wednesday 3 July 2013

Video Akaun Sulit Luar Negara Anwar Bikin Gamat Parlimen

Isu anwar Ibrahim punyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlahnya mencecah AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD49 juta (RM123 juta). Benar-benar bikin gamat di parlimen. Namun bergitu persoalan ini berpunca dari pendedahan wikileak dengan info akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.


Itu yang hebatnya tetapi biasalah kalau wikileaks dedah rahsia BN mesti Pakatan Pembangkang akan gunakan sebaik mungkin mempolitikannya tetapi bila Wikileaks dedah soal Anwar, bukan Wikileaks hendak disaman tetapi UMNO dan BN juga sasaran segala salahnya. Inilah fenomena yang sering berlaku bila rahsia Pakatan Rakyat didedahkan oleh Wikileaks. Mari kita lihat apa yang berlaku di parlimen melalui Pautan Video ini






Tuesday 2 July 2013

Video Temubual Panas Tun Faisal Soal Video Sex Anwar Nurul Izzah

Perh tidak sangka Tun Faisal bergitu berani sebagai ketua UMB tampil dalam temubual panas ini, yang menyentuh soal video China Doll dan Nurul Izzah. Sesungguhnya pendebatan  sebergini boleh memakan diri. Tetapi keberani Tun Faisal untuk menjawap dan membersih penglibatan UMNO dalam skandal ini boleh dianggap amat berani sekali. Jadi anda saksi dan nilaikan sendiri bagaimana Tun Faisal tangani semua ini di pautan video ini


Video Azmin Ali Kena Templak Maut Dalam Parlimen

Sekali tonton video rasa kesian pun ada juga dengan Azmin bila kena templak sampai tidak terjawap hendaknya? Tetapi kalau difikirkan balik Azmin jugalah punca yang bangkit isu ini semasa perang besar mencari siapa calon Menteri Besar Selangor. Mungkin dari situ ramai beranggapan Azmin sebenarnya bercita-cita hendak jadi MB tapi sayang mimpi tak kesampaian hingga menjadi bahan gurauan atau mungkin sindiran pedas dalam Parlimen. Cuba tengok video inidengan klik pautan ini

Tetapi jika kita fikir balik sejarah lampau ketika Azmin bangkit mempertikai kewibawaan seorang MB Selangor tapi akhir hanyalah satu perbuatan sia-sia semata-mata. Kecuali tindakan itu berjaya menghalang PAS bersuara kenapa mereka tidak dapat jadi MB. Tetapi jangan lupa senatornya DAP. akhirnya masih juga MB menjadi boneka mainan DAP.Namun bergitu apa yang berlaku dalam Parlimen ini pandai-pandailah anda nilaikan sendiri. Selamat menonton.


Video Anwar Sanggah Kenyataan Azmin Dalam Parlimen

Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim yang amat dibangga-banggakan Pakatan Rakyat sebagai penasihat ekonomi Selangor, walaupun kayu ukur kemampuannya terlalu jauh untuk dilebel sebagai berjaya. Tetapi apabila Azmin memuji-muji kewibawaan Sanator Datuk Seri Abdul Wahid dari bekas seorang Ketua Pergawai Eksekutif Maybank sebagai Jabatan Perdana Menteri. Berjaya memberi jawapan yang tepat menyentuh kadar 3 peratus pengangguran negara.

Azmin menifatkan jawapan diberi lebih tepat dan baik berbanding Menteri yang berpengalaman lain. Tetapi mungkin kerana Anwar terasa dirinya jaguh pakar ekonomi, menyebabkan dia bangkit menunjukan kehebatanya dan secara tidak langsung menyanggah pujian Azmin. Kononnya Abdul Wahid hanya berpandu kepada teks tetapi anda tonton sendiri apa jawapan balas yang akhirnya menyebabkan Anwar boleh berfikir siapa lebih layak berbicara soal ekonomi negara. untuk pengguna hanphone klik disini


Monday 1 July 2013

PRK Kuala Besut Barisan Nasional Bakal Menang Tanpa Dicabar

Desas-desus belum sampai hari pengumuman tarikh PRK, Pakatan Rakyat sudah sudah berperangsangka sesama diri, kerisauan tanpa keputusan yang pasti. Lim Guan Eng seolah-olah takut sangat jika PAS berjaya hingga berlaku situasi kerajaan campuran. Sebab itulah Lim Guan Eng mula memikir bagaimana cara menghalang PAS untuk bertanding. Malah ada ura-ura sebahagian dari kalangan akan taat setia kepada arahan Lim Guan Eng mengalah presiden yang sebenar PAS. Persoalan samada ini benar berlaku pemboikotan hingga BN menang tanpa dicabar. Kita tengok jelah sebab PAS ini mudah lembut hati kalau dengar suara Lim Guan Eng.


KUALA LUMPUR 30 Jun - Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.

Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.

“Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

“Bagi Pas, kita akan tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, itu tanggungjawab kita dengan dibantu rakan-rakan parti pakatan," katanya. Sumber laporan





Terkini KM Taib Mahmud Disiasat SPRM

KM Abdul Taib yang didakwa terbabit dengan rasuah, siasatan telah dilakukan membabit 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan pelbagai ajensi yang lain. Semua berkisar dengan video NGO yang berpangkalan di London, Global Witness (GW)

Siasatan kes rasuah ke atas KM Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuktikan undang-undang terpakai kepada pemimpin dan rakyat negara ini.


Dakwaan tak berasas
Sehubungan itu, tohmahan pihak tertentu undang-undang di Malaysia direka cipta bagi melindungi kepentingan individu betpengaruh adalah tidak berasas.

Inilah yang diperkatakan oleh Naib President Transparency International (TI), Tungku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang mana SPRM telah membuktikan sistem perundangan negara tidak dilaksanakan hanya dengan perinsip pilih kasih tetapi lebih menyeluruh tanpa melindungi sesiapapun..

"Hanya ada satu undang-undang untuk semua orang dan tiada siapa yang boleh terlepas dari muka pengeadilan sekiranya disabit kesalahan," itulah katanya ketika dihubungi wartawan Berita Harian.

"Beliau hanya disiasat , proses itu masih berlangsung dan sesorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan"

Sebelum ini bukan tidak ada mana-mana pemimpin BN mahupun Ketua Menteri yang didakwa di Makamah kerana rasuah malah pemimpin dari PR pun ramai. Tetapi ini adalah kesalahan individu bukannya kesalahan BN. Malah BN tidak pernah melindungi sesiapa yang didakwa atau disabit kesalahan kerana rasuah atau apa jua kesalahan meoanggar undang-undang negara yang lain. Salah tetap salah tiada pengecualian.

Oleh itu jangan ada sesiapa yang memandai bercakap sesuka-hati dan jika anda bukti yang kuat yang kukuh untuk menyabit KM Taib Mahmud boleh salurkan kepada SPRM tetapi jika tidak ada jangan melalak tak tentu pasal.



Gempar Luahan DAP Lebih Memahami Islam Berbanding Ustaz Kazim

Tidak sukar untuk mencari jawapan kenapa Ustaz Kazim gagal memenuhi syarat-syarat sah memberi ceramah di Pulau Pinang, Syaratnya adalah lebih mudah berbanding syarat-syarat dikenakan oleh media TV. Anda boleh rujuk 7 syaratnya dipautan ini. Namun bergitu mari kita nilai apa yang diperkatakan oleh email dibawah.

Regim komunis khalifah LGE makin menunjukkan belang..kali ni ulama UKE pulak menjadi mangsa.apa rasionalnya forum perdana ehwal islam dilarang ke udara dr tanah pulau pinang??

Atas alasan yg tidak konkrit iaitu  'ustaz kazim bakal menggugat kerajaan negeri pulau pinang' melalui ceramah yg telah dirancang, tiba-tiba  terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Kalau begitulah, kita boleh beri tabik hormat pada UKE kerana berjaya buat LGE ter"KENCING" dalam seluar. BETAPA HEBATNYA pendakwah bebas ini? LUARBIASA nya islam..SUBHANALLAH.

Tetapi apakah makna ISLAM dibumi pulau pinang ini.? Sedangkn exco hal ehwal islam pun terpaksa mengadah sahaja menerima arahan kafir laknatullah ini. Ceramah agama dibatalkan, tetapi ceramah politik yang penuh fitnah dibuat besar-besaran. Si kafir boleh beri ucapan di majlis-majlis agama di penang, tetapi seorg pendakwah hebat akhlaknya tidak diiktiraf. Atas alasan apakah?

Dimanakah pula PAS memainkn peranan dalam menyelesaikan kemelut agama islam di penang? Adakah kerana tidak mendapat tempat dlm exco kerajaan negeri, PAS hanya berpeluk tubuh menyaksikan episod demi episod yang dilukis oleh si KAFIR ini. Syabas kepada PAS kerana berjaya buktikan ISLAM anda hanya pada slogan bukan pada perjuangan.

PAS kata UMNO zalim. Tahukah bahwa maksud zalim adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya? Jadi sila pakai fikiran kurniaan ALLAH untuk merenung adakah kerajaan negeri pulau pinang tidak menzalimi pendakwah yang dihormati ramai ini? Pembatalan pada saat akhir adalah perkara yg menyusahkn semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak. Persoalannye ZALIM atau TIDAK ZALIM??

Sudah terang lagi bersuluh mereka suka cmpur adukkan agama dan politik sedangkn agama tidak boleh dipolitikkan. Bukan kah lebih elok si bijaksana ulama-ulama PAS menasihati kawan-kawan anda di DAPig untuk menyokong islam dlm konteks sebenar? Bukan setakat utk raih undi semata. Jangan jadi dungu hanya kerana mengejar dunia. Di sebabkn kaum bangsat ini perkembangan dakwah islamiah tersekat. Adakah ini kejayaan yg diimpikan oleh PAS?? Tepuk dada tanya lah iman.

Kami  mendoakan agar syiar islam di bumi pulau pinang akan berkembang tanpa halangan dari puak kafir ini. Kepada UKE, kami berharap ustaz bersabar atas ujian ini. Kami amat berbesar hati menyokong ustaz dari belakang walau apa jua fitnah yang melanda.

Sekian, salam alaik.
NurulBELLA

Isu Terkini

get this widget here