Friday, 2 August 2013

Sekali Ketua Pengarah Jasa Disentuh Soldadu Yang Kepanasan

Adalah satu lumrah biasa dalam Barisan Nasional kerana dalam berberapa situasi jika mana-mana individu yang berkedudukan tertinggi dan apatah lagi penasihat PM, jika disentuh atau ditegur bakal mengundang masalah buat yang membongkarkannya. Silap-silap ramai soldadu maya datang serang, jangan main-main.

Itu hakikat yang parah berlaku dalam Barisan Nasional. Wabak penyakit yang dari dulu sampai sekarang belum pernah pulih. Inikah pendekatan BN dari zaman berzaman?

Baru-baru ini PPM ada mendedahkan perihal kelibat Favcebook tertera nama Fuad Hassan mirip Ketua Pengarah Jasa, telah mengeluar kenyataan secara melulu tanpa menjalankan siasatan terlebih dahulu hingga akhirnya terang-terang menampakan dirinya tersalah langkah. Situasi ini adalah tidak wajar sama sekali buat seseorang bergelar, penasihat Perdana Menteri boleh bertindak mengelur kenyataan tanpa siasatan terlebih dahulu. Sedangkan jasa mempunyai kekuatan jentera yang mampu turun padang untuk siasat apa yang sedang berlaku.

Tetapi sentuhan PPM menjadi sesuatu yang sensetif, malah ramai soldadu maya bangkit menyerang, tanpa menilai ayat yang tertera "Bodoh dan Bebal" mampu menyentuh tahap integriti Jasa yang berperanan sebagai mata dan kakitangan kerajaan. Oleh itu jika Noh Omar mengeluarkan kenyataan ini dan bagaimana dengan situasi Ketua Pengarah Jasa sekarang? Anda fikir dan nilaikan apa yang sebenar kita mahu.





Kalaulah itu akaun palsu, sepatutnya KP Jasa nafikan tetapi bagaimana jika betul, tak akan lah buat senyap jak. Tetapi adakah patut kalau ada tindakan seseorang yang berkedudukan tinggi bercakap bergini, maka kita kenalah bodek bagi kuat lagi?

Adakah kita mahu mempunyai ketua-ketua sebarang jabatan penting dalam kerajaan bertindak mengikut perasaan dan adakah ini boleh memberi kelebihan kepada BN untuk berdiri di PRU14?