Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 7 November 2013

Panas Tun Dr Mahathir Tembak Lim Kit Siang & Apa Berlaku Di #PRKsgLimau

Saya tidak berniat untuk kempen dalam PRK Sungai Limau. Ini sebahagian dari kawasan saya pada tahun-tahun 1964 – 1969. Saya sukar berkempen di sini. Tetapi kerana sebab tertentu saya lapangkan masa pada 3hb November dan saya memutus untuk ke Sungai Limau. Sungai Limau tebal dengan PAS kerana terdapat guru agama yang terkenal di situ. Tetapi kali ini BN dapat masuk dan saya juga boleh berkempen. Sudah longgar agaknya.

Bendera PAS sama banyak dengan BN. Kit Siang turut berkempen tetapi DAP masih takut bayang-bayang saya. Tumpuan Kit Siang ialah mencaci saya, seolah-olah saya yang bertanding. Kit Siang tidak senang kenapa saya masih aktif selepas bersara.

Pada 1964 saya jadi Wakil Rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di Malaysia Kit Siang menubuh DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai mati kah? Jika sudah bersara nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP kah?

Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan Karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.

Ada Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.

Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam.

Mungkin saya salah (dan saya mengaku saya kerap salah) tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan. Ini jelas dari PRU 13. Yang tak sokong tak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, samada wang Kerajaan atau bukan Kerajaan.

Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka.

Di Sungai Limau ternampak banyak rumah batu bumbung genting. Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya.

Tetapi masih ramai yang miskin, amat miskin. Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah – Wallah wa’alam. Dan mungkin BN disanjung tinggi semula.

Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup.

Kenyataan Pembetulan Karpal Singh Bebaskan PAS Dari Pembatalan


Karpal Singh hari telah menjadi hero pujaan PAS kerana telah berjaya menyelamatkan PAS sebagai satu-satu parti tunggal yang tidak akan terbabit dengan pembatalan parti malah bebas dari syarat disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Semalam, setelah bangkitnya beberapa pimpinan Pas tampil membidas kenyataan Karpal yang mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Turut terbuka membidas termasuk, Pemuda Pas Selangor yang mendesak agar Karpal menarik balik kenyataan yang disifatkan biadab itu.

Mengulas perkara sama, Kit Siang menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan merosakkan kesepaduan PR.

“Semua orang mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan PR.

“Terbaru ialah dakwaan bahawa Karpal mahu pendaftaran Pas dibatalkan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Kit Siang mendakwa kritikan Karpal adalah terhadap Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

“Beliau (Karpal) mengkritik PPMM kerana mengugut Majlis Peguam lantaran sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, Herald.

“...sambil menekankan bahawa demi kepentingan perpaduan nasional, badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan,” dakwanya.

Oleh itu rakyat Malaysia diharap dapat terima kenyataan yang PAS sahaja di kecualikan dalam cadangan ini, kecuali pada mana-mana parti politik atau persatuan lain, adalah tertaluk dengan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Ini adalah hak yang telah ditentukan Karpal dengsn sokongan Lim Kit Siang tanpa dapat dinafikan oleh mana-mana pihak yang lain. 

Yang pasti dengan cadangan ini tiada lagi mana-mana parti politik atau persatuan boleh membuat sebarang keputusan sendiri terutama soal ABATA. 

Kerana keahlian bukan islam boleh mensejahteraan kehendak dan agenda DAP dalam misi menghadkan usaha-usaha memperkukuhkan pelembagaan atau ciri-ciri sebagai sebagai sebuah negara yang Islam berstatus agama resmi.

Pembaca The Herald Lebih Selesa Membaca Dengan Bahasa Melayu Tetapi Bertutur English Cina India & Lain-lain


Nah perangkap maut buat sesiapa yang memahami kata-kata tersirat disebalik maksud tajuk ini Pembaca The Herald Lebih Selesa Membaca Dengan Bahasa Melayu Tetapi Bertutur English Iban Bidayuh. Ini Malaysia dan bukannya Indonesia yang mewajipkan semua rakyatnya bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu Melayu.
Merujuk kepada soalan Mengapa menerbitkan akhbar mingguan The Herald dalam Bahasa Melayu?

Rev. Lawrence Andrew menjawap: Mengapa kami menerbitkan The Herald dalam Bahasa Melayu? Mengapa dalam Bahasa Tamil? Mengapa dalam Bahasa Cina? Mengapa dalam Bahasa Inggeris? Kami menerbitkannya dalam Bahasa yang difahami oleh pembaca-pembaca kami yang rata-ratanya lebih selesa membaca dalam Bahasa Melayu

Tetapi tahukah kita siapa dikalangan yang beragama Kristian yang membaca The Herald? Mereka terdiri dari bangsa Cina, India, Iban, Bidayuh dan banyak lain etnik yang selalunya bertutur dalam bahasa kaum mereka dan bahasa keduanya adalah Inggeris mengatasi bahasa Malaysia.

Ada rasa kaum Cina dan India semenanjung lebih kerap behasa Malaysia dari bahasa Inggeris, jangan harap kebanyakan gagal bertutur dengan fasih dalam bahasa Malaysia.

Bergitu juga kaum etnik di Sarawak dan Sabah anda rasa mereka semua cukup fasih dan selesa dengan Malaysia. Tidak ceramah dalam bahasa ibuda mereka lebih difahami berbanding Bahasa Malaysia. Jadi kenapa harus menggunakan cara susah dengan menyampai melalui bahasa Malaysia sedang bahasa ibuda mereka lebih cepat penyampaian dan lebih mudah difahami?

Jadi kenapa harus mereka berkeras menggunakan bahasa Malaysia?  walaupun Rev. Lawrence Andrew berjanji yang The Herald merupakan sebuah akhbar mingguan Katolik untuk masyarakat beragama Katolik. Maknanya, ia dijual khas untuk orang-orang Katolik sahaja dan bukan kepada orang lain. Setiap akhbar mingguan Herald akan dibungkuskan dan dihantar ke alamat gereja tertentu di seluruh Malaysia, kami tidak menjual dengan sesuka hati di luar kawasan gereja. 

Anda boleh percayakah sedangkan kita tahu apa yang berlaku dalam kes Linda Joy dan berberapa kes anak dari penceraian mualaf yang kembali kepada agama asalnya?

Percayakah sekali kita halalkan dan janjinya akan tinggal janji dan berperang dimasa itu tiada gunanya lagi.

33 Perkara Terpalit Dalam Wasiat Terakhir Nik Aziz

Sudah tiba masanya buat Nik Aziz mengumumkankan wasiat terakhir buat seluruh tatapan rakyat Malaysia khususnya umat islam. Memandangkan pengaruh Nik Aziz bukan alang-alang di Malaysia dan dari itulah adalah wajar Nik Aziz meneliti bentuk apakah wasiat yang akan dinyatakan nanti.

Nik Aziz mempunyai pilhan sendiri samada menyampai dalam bentuk memperkukuhkan perpaduan ummah seperti yang diamanahkan Allah atau memberi kekuatan terakhir kepada DAP? Harus diingat Karpal Singh dan  kawan-kawannya dalam DAP semakin menggila menyerang Islam.

Mungkin fakta dibawah amat berguna buat Nik Aziz atau terus menerus menafikan demi keegoan yang hanya dirinya dan Allah yang maha berkuasa yang paling mengetahui.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM.

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUANDENGAN PAS.

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM.

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA.

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR.

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM.

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN. KELANTAN MENJADI MUNDUR.

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU.

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA.

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN.

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH.

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM.

31. MENYOKONG DAN BERDIAM DIRI DENGAN APA JUA TINDAKAN KARPAL SINGH YANG CUBA MELEMAHKAN BENTENG KEKUATAN ISLAM DINEGARA INI.

32. MENGHALALKAN PEDANGANGAN KHALIMAH ALLAH UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DAP DAN KRISTIAN

33. DARI MASA KE SEMASA BERTAMBAH-TAMBAH BANYAK LAGI KESILAPAN NIK AZIZ YANG MEMUDAHKAN KEPENTINGAN ABATA DIHAPUSKAN.

Persoalannya diketika usia Nik Aziz sekarang, apakah wasiat yang bakal ditinggalkan untuk rakyat Malaysia. Adakah menyebelahi Pakatan Rakyat dibawah penguasaan DAP dengan agenda melumpuhkan kepentingan ABATA atau memperbetulkan semula demi kepentingan ABATA?

Video Apa Bezanya Dr Zakir Dengan Anwar

Dr Zakir Naik dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dua tokoh yang terkenal di persada dunia terutamanya berkaitan dengan dialog antara agama (Interfaith dialogue).
Namun kedua-dua tokoh itu mempunyai perbezaan dari segi pendekatan hujah.
Zakir menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain termasuk Bible untuk membuktikan Islam adalah agama agama yang benar.
Sebaliknya, Anwar menggunakan hujah Al Quran, Bible dan kitab-kitab agama lain untuk menunjukkan persamaan antara agama yang akhirnya menjurus kepada pluralisme agama.
Dalam dialog antara agama yang dihadiri Anwar khususnya Kristian, beliau berusaha menyediakan hujah-hujah yang hampir sama dengan penganut agama itu.
Malah, Anwar merupakan tokoh yang bermati-matian mahukan kalimah Allah digunakan penganut Kristian.
Manakala, Zakir tidak pernah menjadikan isu kalimah Allah sebagai topik utama hujahannya. Beliau berusaha mengemukakan dalil untuk membuktikan Islam adalah agama yang benar dan sebab itu beliau sering digelar sebagai pengganti Sheikh Ahmad Deedat.
Zakir lebih berpihak kepada Islam berbanding dengan Anwar.
Dalam isu pengganas Islam, Anwar bersetuju dengan pandangan Barat yang melabel Osama Bin Ladin sebagai pengganas dan penyelesaian kepada permasalahan itu menurut Anwar adalah penerimaan demokrasi dalam dunia Islam.
Sebaliknya, Zakir mempertikai sejauh manakah kebenaran Osama Bin Laden sebagai pengganas kerana beliau tidak pernah mengenalinya.
Lagipun, kata Zakir, beliau tidak boleh melabel Osama sebagai pengganas berdasarkan laporan media massa Barat kerana media itu mempunyai agendanya yang tersendiri.

Sumber AIDC

Wednesday 6 November 2013

Kaitan Karpal Singh Dengan Gerakan Menghapuskan Status Islam Agama Resmi Malaysia

Tindakan Karpal Singh sebenarnya lebih mendedahkan pekung yang sering dinafikan oleh DAP selama ini. 

Helah dan permainan mereka adalah jelas dan mirip sekali iaitu ingin mengubah undang-undang yang mengjaga kepentingan Islam berstatus agama resmi.

Sekarang tindakan Karpal seakan mendedahkan hubungkait antara NGO COMANGO yang sedang berusaha keras untuk menjayakan agenda:


SIAPA NGO COMANGO?

Coalition of Malaysian NGOs atau singkatannya COMANGO adalah pakatan pertubuhan-pertubuhan pro-kebebasan mutlak dan hak asasi tanpa batas di Malaysia didalam persidangan semakan Universal Periodic Review oleh United Nations Human Rights Council di Geneva, Switzerland. Mereka adalah NGO dari Malaysia yang menuntut perkara-perkara di poster atas.

Tuntutan NGO COMANGO yang menyuarakan tuntutan di Switzerland pada 24 October 2013, telah mendapat tentangan dengan rombongan dari Malaysia iaitu MuslimUPRo yang dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama 

APA KAITAN DENGAN KARPAL SINGH?

Karpal Singh secara tiba-tiba menyuarakan tindakan untuk:
Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama. 
Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini. 
“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu. 
“Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya,” katanya dalam sidang media di sini Selasa. 
Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald. 
Secara khususnya Karpal ingin mengurangkan kemampuan PPMM bertindak menghalang keinginan DAP menghalalkan Khalimah Allah digunakan oleh The Horald. Iaitu dengan sesebuah parti atau persatuan diwajipkan diserta bukan islam akan membatas keputusan dan pergerakan mana-mana Parti atau persatuan yang berasaskan islam dan punyai agenda ABATA.

Dalam masa yang sama, bukankah ini juga merupakan serampang dua mata selain mengjaga dan mengawal pergerakan PPMM, PAS dan lain-lain, DAP juga boleh mengawal MuslimUPRo yang terdiri daripada




  1. Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), 
  2. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), 
  3. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), 
  4. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), 
  5. JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, 
  6. IKATAN, 
  7. PERKIM, 
  8. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), 
  9. PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 
  10. PERMIM, 
  11. JATI, 
  12. PERKID, 
  13. PERKASA, 
  14. PROMUSLIM, 
  15. JAM”IYYAH, 
  16. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), 
  17. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), 
  18. ISSI Malaysia, 
  19. GABUNGAN Pulau Pinang, 
  20. PINTA, 
  21. Majlis Ittihad Ummah, 
  22. Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, 
  23. Khalifah Institute, 
  24. Persatuan Nur Alamiyyah, 
  25. Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).
Bukankah semua ini adalah Pertubuhan-pertubuhan Islam yang termasuk dalam gabaran Karpal Singh iaitu mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Jangan lupa MuslimUPRo sedang aktif menentang NGO COMANGO. Manakala NGO COMANGO adalah mempunyai agenda yang sama dengan DAP. Malah sebelum ini pekung-pekung DAP sebelum ini, terang-terang mempunyai agenda yang sama.

Jadi betulkah Karpal ada hubungkait dengan COMANGO dengan tuntutan-tuntutannya?



Percayakah 7 Level Terbabit Superimposed Poster Arwah Azizan Dilebelkan Sebagai Tidak Disengajakan

Bila timbul sesuatu kesalahan hingga menjejaskan perasaan keluarga Arwah Azizan boleh hanya dianggap sebagai tidak disengajakan. Bergitu mudah pendekatan PAS untuk menghormati pemergian arwah, sedang dalam kempen PRK Sungai Limau, peribadi arwah dipergunakan sebaik mungkin untuk memenangkan calon PAS yang bertanding. 

Akhirnya setelah berjaya memperolehi kemenangan, tanggungjawap untuk mengambil tindakan kepada individu yang tidak bertanggungjawap hanya dilebel sebagai kes tidak disengajakan.

Walhal kerja-kerja superimposed memerlukan ketekunan dan ketelitian untuk memaparkan grafik yang sama dengan original. Bayangkan berapa lama pereka grafik menggambil masa untuk sesuaian warna, memotong gambar malah mencari bahan. Dalam tempoh melakukan kerja, pereka grafik langsung tidak sedar apa yang diperlakukannya dan akhirnya dilebelkan sebagai tidak sengaja.

Kemudian individu yang meluluskan untuk cetakan dianggap tidak sengaja?

Kemudian individu yang meluluskan bajet juga dianggap tidak sengaja?

Kemudian tugasan individu yang mencetak juga dianggap tidak sengaja?

Kemudian jentera yang bertugas menyebar risalah juga dianggap tidak sengaja?

Kemudian individu yang menatap dan membaca juga dianggap tidak sengaja?

SELAMA PROSES TURUTAN LEVEL INI BERLAKU SI PEREKA GRAFIK DAN EMPUNYA POSTER LANGSUNG TIDAK SEDAR PERBUATAN MEREKA. BERGITU PANJANG MASA BERLALU LANGSUNG TIDAK TERLINTAS DAN YANG PALING MENARIK MOHD AZAM SENDIRI TIDAK TERFIKIR SAMADA PERISTIWA DARI GAMBAR INI PERNAH BERLAKU ATAUPUN TIDAK.

Kesimpulannya tiada apa-apa kesalahan dalam isu ini dan keluarga arwah hanya berputih mata melihat tanpa terkata apa-apa. Ohhh ini satu sinar kemuliaan PAS yang sebenar semenjak berjinak-jinak dengan DAP.

Yang menyedihkan kesilapan yang diakui oleh ahli PAS ini diterjemahkan sebagai perbuatan khianat ahli UMNO oleh pecacai-pecacai PAS. MUDAH BUKAN......



YAN - “Saya tidak terlibat dalam urusan penggunaan gambar superimposed dalam risalah kempen Pas,” kata Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat.

Beliau berkata, pereka grafik mungkin terlepas pandang ketika menyediakan risalah berkenaan.

“Sebenarnya, saya hanya memberi maklumat berkaitan biodata peribadi untuk dibuat profil secara lengkap pada risalah kempen itu. Tetapi pemilihan gambar diuruskan oleh jawatankuasa lain.

“Saya hanya menyemak maklumat peribadi saya dan yang lain diputuskan oleh jawatankuasa berkenaan. Kemungkinan kesilapan itu adalah tidak disengajakan oleh pereka grafik,” katanya pada sidang media di Maahad Tahfiz Al-Fityan, di sini, hari ini.

Mohd Azam bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara berkaitan penggunaan gambar superimposed itu sudah dijawab oleh jawatankuasa induk PRK, baru-baru ini.

“Gambar saya dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak memang banyak, tapi pereka grafik itu mungkin terlepas pandang dan tidak perasan itu adalah gambar yang diedit,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penemuan risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang diubahsuai dianggap sebagai taktik ‘desperado’ untuk mengelirukan pengundi.

Sehubungan itu, Sinar Harian menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.

Sinar Harian pada 29 Oktober lalu melaporkan, Pas mengakui terlepas pandang sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah calon Pas untuk kempen PRK Dun Sungai Limau.

Pengarah Operasi PRK, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, semua urusan mereka bentuk, pengumpulan maklumat dan pemilihan gambar diserahkan kepada kumpulan pereka itu yang sudah biasa melakukan kerja percetakan parti untuk sebelum ini.

Beliau berkata, Pas memberi kepercayaan kepada mereka untuk melakukan semua kerja dan hanya menyerahkan hasil kerja akhir untuk semakan.

Tuesday 5 November 2013

PAS Rela Hati Tuntutan Karpal Singh Semua Parti Diubah Suai Keahlian Penuh Bukan Islam

Tahniah kepada PAS memenangi PRK Sungai Limau dari bantuan DAP. Sekarang sudah tibalah masa PAS membalas jasa baik DAP dengan memberi sokongan kepada tuntutan Karpal Singh yang mahukan parti politik PAS turut dikuasi bukan Islam. 

Tidak mustahil nanti parti PAS yang sekarang dimonopoli yang beragama islam perlu membenarkan bukan islam sebagai penyandang jawatan Murshidul Am atau timbalan Murshidul Am. Sebelum inipun PAS telah menerima keahlian bukan islam dan apa salahnya buka sekali jawatan tertinggi kepada mereka. Senario ini adalah merujuk kepada:

GEORGE TOWN – Pengerusi DAP Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama. 
Beliau berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini. 
“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu. 
“Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya,” katanya dalam sidang media di sini Selasa. 
Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald. 
Karpal berkata pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama. 
“Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini,” katanya – Bernama

Setakat ini hanya Harun Taib menyatakan bantahan:

Menurut Harun, asas penubuhan PAS bertunjangkan kepada kesucian agama Islam di mana nilai-nilai murni dalam ajaran tersebut mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Malah, beliau turut mengajak rakyat mengambil iktibar daripada perpecahan dan peperangan yang sehingga kini masih berlaku di negara-negara luar akibat salah faham dan ketidakserasian di antara pelbagai pihak. 
"Islam memang diturunkan oleh Allah SWT untuk menyatukan manusia dari pelbagai agama, kabilah dan kaum. Sebab itu PAS berasaskan kepada Islam, maka Islam itu yang akan dijadikan asas dan panduan semua kaum dan agama di negara kita khususnya. 
"Ia (Islam) mampu menyatu kembali perpecahan dunia hari ini. Dunia hari ini pecah kerana Amerika dan masalah agama. Amerika mengamalkan kapitalisme, China dan Rusia mengamalkan komunis. Begitu juga negara-negara lain.

"Tapi ia menyebabkan dunia berpecah hari ini. Mari kita bersatu di bawah payung Islam yang diturunkan oleh Allah, Allah mencipta pelbagai kaum untuk bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya. rujuk lebih dari sumber
Tetapi dimana suara ahli PAS yang lain, kenapa mendiamkan diri. Adakah mereka berdiam diri tanda terpaksa setuju kerana terhutang budi? rujukcerita ini

Mudah-mudahan hajat akar umbi tercapai menjadikan Lim Guan Eng sebagai perganti Nik Aziz secara langsung dan bukan sebagai kuasa bayangan lagi...

Remaja Semakin Aktif Desak Hak Kebebasan Melakukan Sex Ditempat Awam

Anak-anak muda zaman sekarang semakin berani membuktikan trend "bertamadun" tidak bersesuaian lagi di zaman ini.

kebelakangan ini terdapat banyak cerita-cerita lucu tentang Pasangan Gersang di tempat-tempat awam yang mendapat siaran meluas di alam maya.

Walau bagaimanapun, kekerapan berlakunya cerita "tidak munasabah" telah mendapat kecaman masyarakat dunia pada kadar semakin tinggi, kehendak nafsu yang tidak boleh diterima akal waras terhadap kelakuan anak-anak muda hari ini.


Anak-anak muda semakin lebih suka untuk berpesta "seks" di khalayak ramai.

Ramai pasangan anak muda  ingin mencari kaedah baru tentang melakukan "seks" di tempat-tempat awam dan dijadikan satu trend keseronokan dalam kehidupan. Tanpa sedar situasi ini akan mempunyai kesan yang besar kepada orang ramai yang menyaksikan.

Baru-baru ini, beratus-ratus pelajar Universiti Jiangnan, Provinsi Jiangsu, China telah menjadi penonton adengan remaja melempiaskan nafsu di tempat letak kereta.


Seperti mana-mana universiti lain di China, Jiangnan juga menetapkan sistem kamera di seluruh penjuru sekolah yang disambung pada skrin besar kafeteria.

Oleh itu, jika seseorang memilih mana-mana sudut di tempat letak kereta menyebabkan adengan pelajar terus memasuki lensa kamera. Dan sudah tentu, imej-imej secara automatik akan disiarkan secara langsung di skrin besar di ruang makan

Yang pasti tindakan sekolah telah menimbulkan kemarahan dikalangan pelajar hinggakan tiada satu tempatpun di medan letak kereta membolehkan mereka untuk memilih bagi memenuhi naluri seksual, 

Pada satu kisah lain, pasangan muda yang lain telah memilih tempat kereta kabel sebagai tempat melempiaskan nafsu sex.



Menurut maklumat yang disiarkan di Agensi Berita Xinhua, pada 17/9 gambar sangat mengairahkan, adengan sepasang kekasih dalam kereta kabel itu telah disiarkan secara langsung di internet.

Menurut pemilik gambar, gambar itu diambil di taman hiburan Wilayah Zhejiang dan watak utama adalah pasangan yang agak muda.

Tidak lama selepas gambar-gambar disiarkan telah menimbulkan kemarahan  masyarakat awam dan mengutuk tindakan remaja tersebut. Lokasi taman hiburan di China acap kali menjadi lokasi pilihan anak muda melempiaskan nafsu.

Baru-baru ini, pasangan Amerika yang juga membuktikan "impulsif" apabila waktu rehat mereka ke gerai Hom Depot, digunakan untuk melepaskan hawa nafsu dan secara tidak sengaja telah mendapat siaran live didepan  kakitangan Hom Depot.

Perbuatan mereka telah menyebabkan mereka diusir dari pasar raya, tetapi pasangan itu kekal teguh sebagai "seks adalah hak kebebasan mutlak mereka". Hinggalah kes ini menjadi kes polis.

Menurut laporan, pasangan itu adalah Emily Craig (20 tahun) dan Shaun Bowden (31 tahun). Kedua-dua telah disabitkan kesalahan dengan berkelakuan tidak senonoh di depan khalayak ramai, malah lebih mengejutkan mereka cuba mempengaruhi orang-orang di sekeliling memahami tentang hak kebebasan sex.



Situasi ini juga berlaku dikalangan anak-anak muda di Singapura.

Sepasang remaja Singapura yang telah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang di kawasan letak kereta bangunan di sebuah pusat bandar. Seorang wanita yang tinggal di rumah seberang bangunan, telah menjadi penonton dan bertindak  merakamkan adengan ranjang ini.

Dia telah mengambil gambar-gambar disiarkan di Internet dan berkata. : "Saya pasti saya bukan satu-satunya penonton. Saya berharap tiada kanak-kanak harus melihat senario ini. Kami berharap bahawa imej-imej ini akan menyedarkan kesedaran ramai orang muda.

Yang pasti gejala ini juga telah menular di Malaysia dan sering mendapat siaran di alam maya. Remaja Malaysia kerap memilih lokasi semak, dalam kereta, bangunan lama malah ada yang berani memasuki rumah keluarga perempuan secara senyap demi memuaskan nafsu.

Lebih menyedihkan lagi dizaman kemudahan gajet yang pelbagai, digunakan mereka untuk merakam dan menyebarkan di alam maya sebagai sesuatu yang membanggakan.

Yang paling menyedihkan situasi di Malaysia telah mendapat sokongan NGO yang memperjuangkan Seksualiti Merdeka. Apakah yang dimaksudkan Seksualiti Merdeka jika mahu membenteras gejala ini? Adakah sebahagian kita halal dan sebahagian kita haramkan? Dan apakah hasilnya? membantu atau merosak?

Bergitu jugalah NGO COMANGO yang telah berusaha keras menuntut hak kebebasan LGBT.

Yang paling menarik akbar the star telah mempromosi aktiviti LGBT secara langsung di akbar.



Ketika kita melihat dunia asia lain mengecam perbuatan sumbang remaja tetapi di Malaysia ahli politik sedang berusaha keras untuk menghidupkan gejala ini demi meraih undi. Malah jika lihat Video China Doll dan Stopa dihalalkan tanpa tindakan sebagai pengajaran membendung remaja terbabit dengan isu ini.

Persoalanya gerakan pembangkang Malaysia bukan sahaja cuba menghalalkan LGBT tetapi menuntut status Islam Agama negara digugurkan. Dan bagaimanakah keadaan Malaysia pada suatu masa nanti?

Video Mewah Bertapa Bangganya Lim Guan Eng Terima Camry Baru

Tiada ucapan sesuai yang harus diucapkan, melainkan tahniah Lim Guan Eng inilah hasil kemenangan DAP dalam menganaktirikan perusahan tempatan.

Ini satu contoh terbaik bagaimana untuk menjatuhkan perusahaan seperti Proton.


Hakikatnya inilah dilema yang dialami oleh syarikat tempatan, kurang diberi perhatian malah lebih dianaktirikan. Memang benarlah sesebuah syarikat yang baru perlu berlaku revolusi perubahan dari satu peringkat ke satu peringkat.

Tetapi perbezaan Proton dari dulu dan sekarang adalah berbeza, kualitinya semakin bagus dan sentiasa dikemaskinikan. Malah keadaan spesifikasi Proton lebih bagus berbanding Toyota Asia. dan hampir menyaingi BMW, AUDI dan pelbagai jenama import temasuk Toyota Japan.

Proton dijangka bakal mengeluarkan model baru mengganti Perdana tetapi buat seseorang seperti LGE, tidak pernah perduli menyokong industri tempatan apatah dari golongan bumiputera. Walhal jika LGE prihatin sebenar dia menyokong peluang pekerjaan dari sektor tersebut yang anggaran 70% bumiputera.

Kalau dinamakan DAP ada dia perduli.........?

9 Senario Kekalahan UMNO #PRKsgLimau Yang Perlu Diperhatikan

Yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah, tidak ada erti menang moral atau apa-apapun kerana itu ukuran sementara yang jauh untuk dibawa ke PRU14.

Senario 1. Pola Pengundian

pola pengundian di DUN Sungai Limau, betul BN berjaya mengurangkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu. Tetapi dapatkah ini dipertahankan hingga PRU14?

Senario 2. Pendekatan BN Memancing Orang Cina

Keputusan peti undi PDM Bukit Besar yang dikatakan memberi keputusan PAS 1557.. BN 443..majoriti 1114. Merupakan kawasan cina dan sedangkan sebelum hari mengundi BN menjanjikan dana sekolah cina mendapat peruntukan sebanyak RM2.3 juta walhal hakikat sebenar mereka hanya memerlukan RM350,000.

Bukankah cina masih juga protest senyap dan untuk apa kita berjanji lagi dimasa hadapan?

Senario 3.  Campurtangan DAP dalam parti PAS


Faktor ini merupakan penyebab utama BN berjaya meraih undi dari ahli PAS memandangkan hasil dari tinjauan awal mendapati ramai ahli PAS marah dan tidak gemar dengan kerjasama pucuk pimpinan parti yang begitu taksub bersama DAP.


Senario 4. Isu kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina dan melayu kekal mengundi PAS.

Isu ini pada PPM, DSN terpaksa ambil resiko demi masa depan negara berdasarkan perkembangan ekonomi semasa dunia. Memang ini penyebab besar kekalahan BN dan modal besar untuk Pakatan perjatuhkan BN.

Tetapi isu ini bukan dibuat dengan mudah dan telah diambil kira termasuk menghadapi PRK Sungai Limau yang secara tiba-tiba perlu diadakan. Makna kata samada menang atau kalah PKR Sungai Limau kerajaan harus mengenepikan semua itu demi kepentingan utama kepada negara secara keseluruhan.




Senario 5. Pengaruh Datuk Paduka Mukhriz. 

Benarkah kekalahan Sungai Limau menggambarkan kelemahan Mukhriz, ianya perlu dikaji tetapi jangan lupa yang BN telah menang 10 PDM dari 6 PDM pada pasca PRU13. Menjadikan BN menambah kubu kepada 10 PDM berbanding 9 yang kalah. Cuma sekarang bagaimana hendak pertahankan 10 kubu dan merampas bakinya terutama yang majoriti lebih besar orang melayu.


Senario 6. BN Berjaya Mendekati Dan Mendapat Undi Golongan Sekolah Pondok 

Datuk Paduka Mukhriz juga berjaya mendekati dirinya dengan golongan sekolah pondok malah sekolah pondok milik peribadi, sekolah kebangsaan dan sekolah agama berasrama kebangsaan (SABK) mendapat lebih RM5 juta.

Secara tidak langsung Mukhriz berjaya membina satu lanskap politik peribadinya di Kedah yang terkenal dan teramai golongan seperti ini dan sebelum ini mereka lebih kepada PAS.

Senario 7. Kenapa PDM Bukit Besar secara tiba-tiba mempunyai pengundi yang ramai? Ikuti kisah ini:

PADA awalnya saya menerima mesej daripada rakan-rakan bahawa Barisan Nasional (BN) telah menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Sungai Limau.

Keyakinan itu semakin meningkat, apabila satu-satu demi pengumuman dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan BN menang dikebanyakkan kerusi.
Majoriti mencecah sehingga lebih 1,000 undi menunjukkan kedudukan BN semakin teguh berbanding Pas yang kalah di kebanyakan kawasan pengundian.

Ketika hanya tinggal sembilan peti undi untuk dibuka dikira, jumlah undi BN masih mengatasi Pas.
Selepas itu majoriti BN semakin menurun dan apabila peti undi Bukit Choras dan Bukit Besar dibuka Pas terus menjarakkan diri dengan majoriti 1,084 undi.

Calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperolehi 10,985 undi, manakala calon Pas, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi.
Turut berkongsi rasa musykil itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

"Di sini timbul persoalan bagaimana satu PDM seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai, sedangkan yang banyak di situ cuma sekolah pondok sahaja dan jumlah penduduk sekitar ratusan orang.''

Ini bermakna terdapat kegiatan mendaftarkan pengundi luar di Bukit Besar kerana ia telah dianggap sebagai kubu kuat. 

Perbuatan sedemikian memang tidak melanggar peraturan SPR, tetapi timbul persoalan apakah perbuatan tersebut boleh diterima sebagai amalan demokrasi. Itulah kelebihan yang ada pada pembangkang kerana pengikut mereka tidak pernah membantah jika dipindahkan ke kawasan mengundi lain.

Senario 8. Mengundi dihari bekerja? 

Besar atau kecil faktor ini tetap tidak boleh diketepikan sebagai faktor mempengaruhi keputusan undi.


Senario 9.   perbalahan dalaman pas kedah antara Fakhrulrazi dan Mahfuz


Faktor ini merupakan penyebab utama BN berjaya meraih undi dari ahli PAS dan yang paling menarik bakal meresap ke Mutamar PAS.

Misi Berani Hijrah Berjaya

Ini adalah antara 9 senario dari pelbagai senario yang lain yang PPM rasa menarik sebagai kayu pengukur kerjayaan atau kekalahan BN di PKR Dun Sungai Limau. Namun bergitu Misi Berani Hijrah sebenarnya telah berjaya.

Momentum ini boleh dikekalkan dan yang paling penting UMNO tidak perlu rasa bersalah atau melutut kepada kaum Cina kerana sesungguhnya kaum cina hanya tahu mengugut untuk mendapat dana. Dan kesombongan mereka masih tinggi.


Juga harus di ingat tumpuan utama DAP adalah memenangi PRN Sarawak sebab itu hari demi hari mereka update serang saraf twit dan facebook, melagakan perbezaan Islam dan Kristian di Sarawak melalui isu khalimah Allah. 

BN agak terjerat dengan situasi mainan DAP dan wajarlah kita meminggirkan sementara memujuk orang cina tetapi sebaliknya lebih peka kepada kepentingan Melayu dan Bumiputera untuk strategi seterusnya demi mempertahankan kedudukan Barisan Nasional.

Monday 4 November 2013

Tahniah PAS Menang Walaupun Majoriti Tipis #PRKsgLimau

Hasil kesungguhan jentera-jentera PAS bekerja dengan pelbagai cara tanpa batas ini jawapanya. Terutama Pak Cik ini berjaya memapar kelucahan sumber inspirasi pejuangan PAS. Atau bawalah sedikit perubahan dari pelaku-pelaku dibawah memberi imej yang buruk kepada PAS.


Dimana punca kekalahan PAS di banyak PDM dan undi susut daripada 2774 kepada 1084 berbanding PRU13 banyak disebabkan oleh ahli PAS sendiri yang telah melakukan Sabotaj:

1) Tidak keluar mengundi
2) Undi Rosak
3) Mengundi Barisan Nasional

Faktornya pula

1) Campurtangan DAP dalam parti PAS
2) menolak calon PAS yang bukan dikalangan ulamak
2) perbalahan dalaman pas kedah antara Fakhrulrazi dan Mahfuz

Faktor ini merupakan penyebab utama BN berjaya meraih undi dari ahli PAS memandangkan hasil dari tinjauan awal mendapati ramai ahli PAS marah dan tidak gemar dengan kerjasama pucuk pimpinan parti yang begitu taksub bersama DAP.

Ahli PAS mahu pucuk pimpinan memberhentikan kerjasama dengan DAP yang terang terangan anti Islam dan tidak menyokong Islam. Ini jauh dari perjuangan PAS yang sebenar dalam matlamat parti mereka sehingga menyebabkan ada pucuk pimpinan PAS yang menerima dana keewangan dari parti DAP.

Kemarahan ahli PAS ke atas pucuk pimpinan PAS telah dipamerkan pada Prk Sg Limau ini dengan memberikan isyarat jelas jika pucuk pimpinan terus bekerjasama dengan DAP maka gelombang kekalahan akan berlaku di mana mana PRK yang akan diadakan sehingga PRU14.

PAS seharusnya kembali kepada perjuangan mereka yang sebenar dan adalah lebih baik untuk menjalinkan kerjasama dengan parti UMNO berbanding DAP.

Walaupun UMNO tewas kita menang moral di PRK Sg Limau ini.


PAS Panas Keputusan Awal Barisan Nasional Menang #PRKsgLimau


Ini adalah laporan awal dari sumber pada jam 0515 hrs, 041113

1)PDM Batu 16,, Sek Keb Padang Lumat
Jum pengundi  - 1149 org
BN - 522  / PAS - 627
BN kalah 105 undi.

2)PDM Sungei Limau, Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi - 1,305 org
BN - 700 / PAS - 605
BN menang 105 undi.

3)PDM Sungei Kering, Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi  - 358 org.
BN - 272 / PAS - 86
BN menang 202 undi.

4) PDM Simpang 3, SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597
BN menang 48 undi.

5)PDM Selengkoh, Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi  - 1006 org. BN - 601 / PAS - 405
BN menang 195 undi.

6) PDM Kabu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi  - 1950 org.
BN - 1030 / PAS - 920
BN menang 55 undi.

7)PDM Matang Buloh, Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi - 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
PAS menang 10%( 194) undi.
                               
8)PDM Sungei Dedap, Sek. Keb. Sg. Dedap.
Jum pengundi  : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)
PAS menang 16%(320) undi.

9)PDM Gelam 3/Bukit Choras,  Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi  : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)
PAS menang 40%(833) undi.

10)PDM Bukit Besar, Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).
PAS menang 20%(472) undi.

11)PDM Simpang Tiga Luar, , Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi  : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)
PAS menang 5%(61) undi.

12)PDM Sungei Daun, Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi  : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)
BN menang 16%(293) undi.

13)PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka, Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi - 1546 org
BN 689 /PAS 702
Mati - 6 org.
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 149 org.
PAS menang 13 undi.

14)PDM Dulang Kecil, SMK  Dulang Kechil
Jum Pengundi - 1814 org
BN 1337 / PAS 398 org.
Mati - 0
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 79 org.
BN menang 939 undi

15)PDM Padang Lumat,  SMK Bt 17.
Jum pengundi - 849 org
BN 413 / PAS - 363
Mati - 1
Undi Kelabu/Atas pagar/ Tak dapat dikesan 55
BN menang 50 undi

16)PDM Dulang Besar, SMK Dulang Besar
Jum pengundi - 989 org
BN 759 / PAS - 226
Mati - 4
Undi Kelabu/Atas pagar tak dapat dikesan 0 org.
BN menang 533 undi

17)PDM Kg Titi Batu, SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi - 1596 org
BN 661 / PAS 735
Mati - 2
Undi Kelabu/Atas pagar / pengundi luar 198 org.
PAS menang 74 undi.
JUMLAH KESELURUHAN.
BN 11876
PAS 10925
Majoriti 951

Faktor faktor yg mempengaruhi peratusan pengundi:-

1.Pengundi luar
2.Pengundi Cina
3.Sabotaj
4.Undi protes
5.Jentera pilihanraya, jalan sesak serta cuaca.

Sumber... Wallahualam... Laporan tidak resmi ini diharapkan benar tetapi jangan bingung kalau BN kalahpun Shafie Afdal dah berjanji pembangunan Sg Limau tidak akan diabaikan.

#PRKsgLimau Gambar & Video Lucah & Ganas Jentera PAS #BeraniHijrah

Bila sudah ramai orang luar datang masuk kampung, maka macam-macamlah terjadi sehingga melanggar batas tatasusila. Walhal semua sudah besar panjang tetapi akal masih tak matang.

1:PRK Sungai Limau : Penyokong PAS Ingkar Arahan Polis






2: Hari Mengundi PRK Sungai Limau Kecoh




Fikir-fikirkan. 

#PRKsgLimau Jawapan Kenapa Terlahirnya Ramai Bangang Dalam PAS

Inilah modus operandi yang dinamakan perjuang islam PAS. Mereka tidak pernah memikir atau menerima sebarangnteguran ke atas mempergunakan kanak-kanak sebagai benteng dan jentera memuaskan nafsu.

Akibatnya generasi yang sepatutnya mendapat bimbingan untuk berdikari keatas kemampuan sendiri, bertukar kepada bendul atau bangang tanpa mampu disedari.

Jika kegiatan ini berluasa tidak mustahil suatu masa nanti ada pula jentera berani mati kerana ajaran songsang. Kita sepatutnya mendidik mereka kepada generasi yang boleh membangunkan negara ini dan bukan sebagai jentera pemusnah demi kepentingan ketagihan kuasa individu.

Apa yang pasti, inilah punca perpecahan yang boleh melupuskan empayar melayu islam yang satu-satunya masih berkuasa di dunia ini. Kita harus berani hijrah dari mendidik yang songsang kepada ke jalan yang benar. Kita harus percaya kebaikan mendidik ke jalan yang betul adalah senjata terakhir untuk mengukuhkan empayar melayu islam di dunia. 

Kadang-kadang memanglah kita kecewa kerana gagal mengharapkan sesuatu. Tetapi percayalah apa yang lepas adalah sebahagian ketentuan yang ditakdirkan berdasarkan usaha kita sendiri. Kita kena terima hakikat dengan pandangan positif dan bukan dengan pandangan dendam. Ini semua untuk ABATA yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah demi anak-anak generasi kita mewarisi perjuangan ini.

APAKAH MAMFAATNYA KITA TANAMKAN SIFAT MENCACI MAKI SEPERTI AMALAN PAS

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.

Firman Allah s.w.t:
وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا (٥٨)

Ertinya:
"Orang-oran yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya,maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)

Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk(sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya.Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji,maka dianggap berlaku jahat sesama muslim.

Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
(HR.Abu Daud)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti(."
(HR.Muslim) 

Angkara Keputusan Piala Malaysia Anwar Ibrahim & 18k Pecacainya Menjadi Bahan Ketawa Rakyat Malaysia

Patutla Tun Dr Mahathir pernah menempelak Anwar Ibrahim "kena selalu mencermin diri sendiri" Apa tidaknya hendak buat kira-kira 2013 -1992 pun boleh terjawap 16. Mungkin sebab Azmin pernah berkata Anwar baru keluar Universiti Sungai Buluh patutlaaa macam tu tahap pengetahuan matematiknya.

Yang menariknya 18k cai-cai pengikut setia, tolong sebar kebodohan ini, apa lagi!! rancaklah diketawakan oleh satu Malaysia, itupun admin masih buat pekak badak, tukarlah tapi tak hendak cari publisiti murah ataupun Anwar jenis buat kerja arah orang sehingga tidak pernah selidik orang bawah buat betul ke salah ke.

Tabiat Anwar macam inilah yang merosakan negara, benda remeh macam inipun tak mampu diselesaikan dan apatahlah hal-hal negara.

Apapun bukan Anwar Ibrahim yang salah tetapi UMNO BN juga yang salah. Kalau tidakpun Khalid Ibrahim juga yang kena nanti tak caya tengok angin Anwar lagi-lagilah, meletup-letup dekat pautan ini.


Sunday 3 November 2013

Gempar 2800 Undi Cina Milik PAS Atas Bantuan DAP PRK Sungai Limau

Satu maklumat sulit telah terkeluar yang perlu di siasat akan kebenarannya. Menurut laporan Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP dah sahkan sg Limau PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. 

Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukkan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. 

Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan. 

4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menutup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi.

"DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun ditempat Melayu"

Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding.

Menurut laporan ini, merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang mudah dan SPRM harus siasat akan kebenaranya.

Video Rancangan Sulit Mahfuz Perjatuhkan Azizan

Satu lagi video yang mendedahkan perbuatan khianat Mahfuz memperjatuhkan kerajaan Kedah semasa dibawah Mantan Arwahyarham Azizan. Kini adalah langkah mula bagi memenangi PRK Sungai Limau demi memperkukuhkan rejim Anwarinas sebelum menjelang PRU14. Kenapa..


Dahsyat Dulunya Tun Mahathir Tidak Boleh Masuk DUN Sungai Limau

Menjelang hari terakhir tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) turun ke Sungai Limau untuk memberikan sokongan moral kepada Barisan Nasional (BN) dalam misi merampas kubu kuat PAS tersebut. 

Tun Dr Mahathir menceritakan perubahan DUN Sungai Limau adalah memberangsangkan diketika ini, bermulanya ketebukaan hati warga DUN Sungai Limau untuk menerima dengan baik akan kemasukan jentera BN dari luar untuk berkempen dan memberi penerangan kepada mereka.

Ini berbeza pada pilhanraya-pilahanraya terdahulu yang mana jentera BN sering dihalang masuk malah sering berlaku ugutan dan pergaduhan.

Namun bergitu situasi PRK Sungai Limau masih ada juga berlaku berberapa insiden kecil seperti kes kaki palsu menghina Arwah Azizan dan kes pukul seperti Kejadian Kakitangan JASA kena pukul:
FAKTA KES.
Tarikh/masa : 2/11/13 jam l/krg 2030, tempat Kg Tualang Bukit Besar. Ketika kejadian ZAHIROL -
Petugas JASA dari SIK sedang membuat lawatan/tinjauan penugasan seperti biasa. Ketika melalui jalan Kg Tualang dibawah PDM Bukit Besar dengan motosikal seorang diri, beliau telah diserang oleh dua orang yang menunggang motosikal yang datang dari arah belakang. 
Pembonceng motosikal itu telah memukul mangsa dibahagian belakang dipercayai mengunakan rotan. Akibat dari pukulan itu mangsa hampir terjatuh dari motosikal.Mangsa mengalami kesakitan dan kesan jalur akibat dipukul dibahagian belakang badan. Mangsa telah mendapat rawatan dihospital dan satu laporan polis akan dibuat.
Ini menunjukan situasi DUN Sungai Limau masih belum berubah sepenuhnya dan apatah akan kehadiran orang luar yang bergitu ramai, khusus hanya datang berkempen untuk DUN Sungai Limau.

Namun bergitu kehadiran Tun Dr Mahathir di pusat operasi induk BN di Batas Lintang, Sungai Limau telah memberinsatu impak yang baik dan sudah pasti menyuntik semangat kepada jentera BN untuk terus berjuang dan hasilnya cukuo memperngaruhi peluang undi rakyat DUN Sungai Limau.
Sebelum itu, beberapa pemimpin utama Umno lain, antaranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir; dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Insyallah DUN Sungai Limau akan kembali kepada BN setelah 5 penggal di tawan PAS. #BeraniHijrah

PAS Arahkan Risalah Sebaran Jentera PAS PRK Sungai Limau Dikutip Balik

PAS makin gabra bila arahkan jenteranya kutip sendiri risalah yang Pas sendiri sebarkan- punca jentera luar dan jentera kedah tak puas hati sama sendiri- isu 1 undi Pas sama 1 undi Dap berkesan sampaikan jentera pas di kedah tidak tahan dengan desakan ahlu pas kedah dalam hal ini.

Prk Sg Limau - lokasi Kg Pulau Emas Sungai Daun. Jentera pas kedah dilaporkan bergaduh dengan jentera pas luar. Maklumat diperolehi ketua pemuda pas cawangan di kampung Pulau Emas dimarah dan dicerca oleh jentera Pas luar dalam isu kempen tolak DAP. PAS sama PAS kini di Sg Limau bergaduh akibat jentera pas dari luar yang cuba mengawal anak tempatan.

Kejadian tersebut juga menyebabkan jentera Pas dari luar telah mengarahkan jentera Pas Kedah mengutip semula risalah yang diedarkan oleh Pas sendiri berkaitan dengan DAP.

Untuk makluman rata rata ahli Pas di Sg limau menolak DAP.

Apa Sudah Jadi Anwar Semakin Hilang Taring #PRKsgLimau

PRK Sg Limau: Apa Barang Anwar Cerita Pasal Zakat?.. DIHADAPAN lebih kurang 150 orang jemaah Masjid Padang Lumat Batu 16, Sungai Limau sebentar tadi, Anwar yang kononnya terer taraf dewa ini memberikan tazkirah Maghrib kepada semua yang hadir.

Malangnya, tazkirah Anwar bukan seperti kebiasaan, dia tidak cakap soal-soal global dan internasional seperti mana biasa, sebaliknya Anwar bercakap tentang ZAKAT kemudian diselitkan kutukan kepada kerajaan atas beberapa isu dalam pembentangan bajet tempoh hari.

Selain puji-pujian untuk dirinya sendiri semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan BN dulu. Tak malu.

Tidak lupa, nak tunjuk ada agama sikit, dipermulaan tazkirah itu Anwar bacalah sepotong ayat Al-Quran mengenai zakat ini, itu entah berapa bulanlah dia berlatih menghafal.

Apapun penulis nak tunjuk bahawa Anwar semakin hilang taring. Kalau dah merapu pasal zakat tu apa maksudnya, dah mati akallah. Gula naik, minyak naik, tak pulak Anwar berjaya tunjuk siapa yang jatuh miskin dan papa kedana kerana kenaikan tersebut. Macam biasa saja rakyat Malaysia ini.

Rakyat di Sungai Limau ini, penulis yakin nak dengar dari mulut Anwar bagaimana dia nak bagi seluruh negara ini murah dan percuma dari segi harga barang, dan seumpama dengannya. Banyak dah orang dengar Anwar kondem kerajaan persekutuan pasal penghapusan dan pengurangan subsidi (termasuk pengenalan GST).

Tapi dalam masa yang sama, mana dia penjelasan Anwar akan langkah-langkah yang dia akan ambil untuk pastikan kalau Pakatan ini memerintah, segalanya di Malaysia akan jadi percuma dan murah?

Kita perlu ingat, banyak yang Anwar sebut tentang negara ini mempunyai hutang yang tinggi, tidak menguruskan kewangan yang baik dan sebagainya, tapi dalam masa yang sama Anwar kata kalau dia jadi Perdana Menteri, segala subsidi akan naik, segala cukai akan hapus, segala saman akan mansuh dan segala pinjaman akan dibatalkan di Malaysia ini.

Duit keluar, duit keluar, duit keluar, duit masuknya mana? Kalau negara ini buruk sangat rekod kewangannya, apakah bila Anwar ambil alih nanti segala duit yang hilang itu akan datang balik? Macam mana, ceritalah!!

Ini tidak, balik-balik yang dia sebut ialah mengurangkan ketirisan, menghapuskan rasuah dan segala macam perkara subjektif yang tidak terbukti dimana-mana Mahkamah.

Apakah berbilion penjimatan yang dibayangkan Anwar dari penghapusan rasuah dan ketirisan dalam kewangan negara itu (kalau ada), mampu menampung kenaikan subsidi dan kehilangan hasil dari pemansuhan pinjaman pendidikan yang dijanjikan pembangkang?

Ini yang Anwar perlu jelaskan kepada penduduk Sungai Limau, bukan merapu cerita pasal zakat. Nak bangga apa pasal kutipan zakat? Zakat ini adalah tentang kesedaran dan tanggungjawab, bukan macam cukai pendapatan yang diwajibkan undang-undang untuk rakyat membayar.

Kesimpulannya disini, pembangkang hanya tahu kondem sebab nak dapat milleage politik. Dalam masa yang sama, pembangkang sendiri tidak ada perancangan bagaimana nak memastikan mereka mampu berbuat lebih baik dan melaksanakan apa yang mereka sering gebang dan janji.

Agaknya sebab itulah di negeri-negeri yang pembangkang perintah, tidak ada apa yang murah dan percuma. Kalau ada pun satu dua janji 2008 yang dilaksanakan, tidak semua merasa, tidak seragam antara 3 negeri yang mereka perintah. 3 negeri pun tak boleh nak buat koordinasi, tak payah cerita pasal satu negaralah. Kak Yong

Saturday 2 November 2013

Video Ustaz Kazim Ajar Abby Cara Bertaubat Bukan Mai-mai Tau Buat


Ini mahu berapi-rapi telinga Abby Abadi dibancuh secukup rasa oleh Ustaz Kazim, patutlah ramai puak-puak tergila-gila Abby sanggup mengugut pakai SMS.

Kerja gila betul, tapi kalau benar Abby hendak bertaubat, jadi ikutlah cara betul berdasar hujah Ustaz Kazim.

Bukan apapun kalau hendak berdakwah bukannya yang diajar dalam cerita gerak khas tapi pandai-pandai laa pergi berguru sebelum hendak tunjuk pandai ajar orang.

Ini datang-datang macam bawa kunci syurga dari PAS. Siap tentukan siapa masuk syurga sapa pula ke neraka.


Isu Terkini

get this widget here