Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.
Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.
Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.
Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. BENAMA
Friday, 27 December 2013
Lim Kit Siang Bongkar Skandal Lebuhraya Utara Selatan Zaman Kawalan Anwar Ibrahim
Hah kali ini Anwar terkena teruk dibelasah Lim Kit Siang. Apa nak kata, sekali dah kerana politik, Anwar pun dibantai kaw-kaw oleh Lim Kit Siang melalui risalah bertajuk ‘Skandal Lebuhraya Utara Selatan’ terbitan 1987.
Entahlah.. Kalau jenis Anwar Ibrahim ini, semua benda dia boleh buat kering walaupun tindakan Anwar sebenar yang paling kerap meninggalkan najis kering semasa zaman dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jika kini mereka menjadikan senjata untuk menyelar kerajaan melalui risalah Skandal Lebuhraya Utara Selatan.
Yang peliknya kenapa Lim Kit Siang boleh pejam mata dengan apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Anwar, jika dialah menteri yang paling banyak meluluskan konsesi Lebuh Raya?
Merujuk kenyataan Lim Kit Siang
UEM merupakan syarikat utama mendapat kontrak pembinaan PLUS dengan tempoh konsesi daripada 1987-2017 yang akan mengutip tol berjumlah RM54 bilion dalam tempoh 30 tahun.
“PLUS adalah projek yang menelan belanja RM3.4 bilion. Pemberikan kontrak kepada UEM menjadi satu persoalan yang tidak terjawab.
Sepatutnya persoalan ini wajip dijawap oleh Anwar sendiri, kerana dialah Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, malah dialah menteri yang paling banyak meluluskan pembinaan konsesi lebuhraya yang masih lagi mengutip tol pada hari ini.
Lebuhraya yang diluluskan ketika tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan ialah Lebuhraya SKVE (1998), Lebuhraya Baru Pantai (1997), Lebuhraya Baru Shahpadu (1996), Lebuhraya Grand Saga (1996), Lebuhraya Besraya (1996), Lebuhraya LDP (1996) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (1994).
Baki lebuhraya ialah Lebuhraya Link Kedua (1994), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (1994), Lebuhraya KESAS (1994), Lebuhraya Elite (1994), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (1994) dan Lebuhraya Metramac (1991).
Jadi kenapa Anwar sendiri tidak menjawap yang syarikat United Engineers Malaysia (UEM) Bhd paling layak mendapat tender diketika berada dalam kawalan kuasa Anwar?
Adakah kerana Anwar sekarang menjadi sekutu peliharaan Lim KIt Siang maka segala dosa-dosa lalu Anwar terkambus bergitu sahaja? INI LAH DUNIA PAKATAN RAKYAT
Tuesday, 24 December 2013
Video Ikan Dan Kerang Naik Ke Pantai Pertanda Berjaga-jaga
Jika kita ambil kira kisah yang pernah berlaku dalam sejarah tsunami di Indonesia pada december 2004. Ada kisah yang sama pernah berlaku seminggu sebelum berlakunya tsunami di Banda Aceh
Jadi kejadian sebergini di Lahad Datu bukanlah untuk kita bersuka-suka tetapi berjaga-jagalah dengan sebaik-baiknya.
Namun bergitu ada cerita dari penduduk tempatan
Sekadar Perkongsian!
Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.
Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 .. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.
Nota Kaki : Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.
Hanya Allah yang maha mengetahui
Ketika Pakatan Rancak Atur Bersih 4 Najib Ambil Peluang Dekati Allah
Ketika ini Para Pakatan terlampau kesebukan mencanangkan pelbagai urusan yang berkait menjayakan rampasan kuasa pada 31 Disember ini. Dengan rangkaian pelbagai hebahan untuk mendesak membawa pelbagai bahan letupan dan senjata demi menjadikan himpunan kali ini lebih dahsyat.
Untuk apa lagi.. Ianya untuk menyakinkan PRU13 lalu semuanya satu pernipuan. Itupun setelah 40k bangla di war-warkan ketua Pakatan kantoi kerana tak ada bukti malah tidak mahu mengaku terlepas cakap dalam ceramah.
Sekarang menafikan dirinya lah pernah berkata-kata sedemikian walaupun ada bukti video.
Apa jua mereka lakukan, negara luar tidak putus-putus memertabatkan Malaysia sebagai negara yang terbaik malah menjadikan negara islam contoh secara resmi berbanding parti bertopeng islam dulunya menafikan BN memperjuangkan negara islam. Sekarang mereka tidak berani mendabik dada sedemikian di deoan sekutunya sendiri.
Ketika ini juga kelihatan yang pro BN pun juga rancak menyerang kem sendiri, masing-masing tertekan dengan alasan sendiri dan lebih-lebih lagi kenaikan harga barang.
Emm memang payah buat seorang PM untuk memenuhi semua kehendak rakyat. Ini adalah masa sukar. Dan lebih sukar untuk rakyat fahami terutama bagi mereka yang cenderung antara berfikiran jangka sekarang, atau jangka pendek atau jangka panjang, atau merangkumi semuanya? ini membedakan apa andaian mereka tentang situasi dan kedudukan ekonomi negara ini.
Ketika kesibukan bersih 4 dan serangan-serangan kem sendiri, pada Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah telah mengambil pendekatan mengdekati Allah.
Sesungguhnya mereka nampak sungguh Tawadhuk dan punya fikrah Islam yg hebat. Hanya Allah yang maha mengetahui dimana nasib negara ini...
Sesungguhnya mereka nampak sungguh Tawadhuk dan punya fikrah Islam yg hebat. Hanya Allah yang maha mengetahui dimana nasib negara ini...
Sunday, 22 December 2013
Punca Gobind Terpaksa Saman Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Patutlah sangat, Gobind Singh Deo risaukan akan kewibawaan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Gobind sebenarnya bernasib baik menduduki tempat kedua pada pemilihan DAP Selangor hanya kerana terdapat 522 perwakilan tidak hadir.
Jika daripada 1,221 perwakilan DAP Selangor yang layak mengundi, hanya 699 sahaja hadir dan jumlah tidak hadir itu hakikatnya mengatasi undi diterima Gobind iaitu hanya 491.
Sepatutnya Gobind wajib berani mencabar sekretariat DAP Selangor dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang ke mana hilangnya 522 perwakilan ini?
Siapakah dalang yang menyebabkan hampir 43 peratus perwakilan tidak hadir dan mengundi? Kalau bukan kerana ada dalang kenapa 43% ini tidak dibenarkan bersuara untuk menjelaskan situasinya yang sebenar?
Sikap dwistandard juga pernah berlaku ketika Gorbind dan bapanya, Karpal Singh bekerja keras manipulasikan kes liwat Anwar Ibrahim walaupun dulunya mereka antara yang yakin Anwar cenderung ke arah itu.
Jangan kita lupa, Karpal pada 22 Oktober 1997 pernah membuat kenyataan di Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kes liwat dan mengaku ada bukti.
Tetapi bila timbul kes liwat terbaharu pada 2008 membabitkan Anwar dan Saiful Bukhari Azlan, Karpal membuat pusingan 'U' dengan menjadi peguam bela kepada Anwar. Emm agak-agak tawar menawar yang boleh melembutkan Karpal Gorbind sehingga sanggup buat pusingan U?
Bukankah sikap hipokrit Gobind persoal pendirian ROS yang tidak mengiktiraf pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat), sama dengan kerisauan Guan Eng yang juga terdesak memikirkan kedudukan legasinya?