Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 7 March 2014

Rahmat Buat Anwar Merasa Juga Memerintah Selama 5 Tahun dalam Penjara Haaaa!!


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.

Dengan keputusan ini, mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Balia Yusof yang mengetuai panel berkenaan memberitahu panel integriti bahawa bahan bukti telah dikompromi.

Sebelum itu, mahkamah diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.
-AWANI

Hujah Terkuat Menyabitkan Anwar Bersalah Kes Liwat 2


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan itu, Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac. – 7 Mac, 2014.

Datuk Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan mengenai satu kes di Queensland, Australia melibatkan kes pembunuhan yang berlaku pada 1984 dengan mayat ditutup dengan tuala dan ditanam dalam satu kubur cetek.

Beliau berkata kubur tersebut digali semua dan dan ujian yang dijalankan ke atas tuala tersebut menemui kesan air mani dan penyerangnya ditemui selepas ujian DNA.

"Selepas tempoh 13 tahun, masih ada sampel DNA ditemui. Penyerang itu kemudian didapati bersalah pada 2001.”

National Economic Summit PM has indicated that the challenge is real

Prime Minister YAB Datuk Seri Najib Razak's speech at the National Economic Summit this morning is not only articulate but also frank and responsible. The economy is everyone's concern, not just the government's. PM has indicated that the challenge is real. And it is here and now.

The only way to solve the economic challenge is to deal with it head on. The PM is firm on this. And that's good.

PM is also willing to sacrifice his popularity to rectify fundamental distortions in the economy. That is a mark of a statesman!

What he has done today is presenting the state of the nation's economy, including the challenges and solutions. This should be done every year.


Adakah Kenyataan Shafee Ini Pertunjuk Penyebab Anwar kecut Telur Selama Ini



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ekoran bukti-bukti yang dikemukakan mencukupi malah terlebih cukup untuk mendapatinya bersalah.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes terbabit menyatakan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak pernah menyangkal bahawa beliau berada pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam tuduhan.

Selain itu, Muhammad Shafee menghujahkan, Anwar tidak pernah sekali pun memanggil saksi alibi bagi menyokong keterangannya di samping tidak berani untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Tidak cukup dengan itu, keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh lebih bersifat jahat kerana sebahagian besar kenyataannya hanyalah menyalahkan orang lain di samping menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik.

Beliau berkata demikian pada prosiding rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Prosiding hari ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Terdahulu, peguam terbabit menyatakan persoalan utama yang perlu diputuskan ialah sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh telah dikacau ganggu (tempered).

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah faham bahawa botol-botol berisi spesimen telah dikacau ganggu oleh pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira sedangkan saksi pendakwaan ke-25 itu hanya memotong beg plastik yang berisi 11 botol sampel.

Judy dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, dia berbuat demikian kerana mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus dan ditanda secara berasingan sebelum dimasukkan di dalam beg plastik besar.

Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa botol-botol sampel yang berisi calitan putik kapas yang diambil dari pelbagai bahagian tubuh Mohd. Saiful Bukhari termasuk dubur dan rektum tidak mempunyai sebarang tanda telah dikacau ganggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut menyatakan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan pertama.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Muhammad Shafee dalam hujahnya turut menyatakan, segala dakwaan konspirasi Anwar adalah tidak berasas.

"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Judy telah bersubahat dengan ahli-ahli kimia untuk mengganggu sampel DNA.

"Sekiranya adapun, dari mana pegawai penyiasat hendak mendapatkan sampel air mani Anwar yang berusia empat hari bagi menunjukkan adanya kesan degredasi.

"Manusia biasa pun akan melindungi atau menjaga air maninya, inikan pula seorang kenamaan yang mendakwa sentiasa terdapatnya konspirasi untuk menjatuhkannya, maka mestilah beliau lebih menjaga dan melindungi air maninya daripada disalahgunakan," katanya.

Tambahnya, kredibiliti saksi-saksi pakar yang dibawa dari luar negara oleh Anwar juga diragui kerana hanya bersandarkan kepada buku teks dan manual sedangkan saksi-saksi pakar pendakwaan terlibat sendiri dalam proses menganalisis DNA.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menghujahkan bahawa mahkamah hari ini perlu mengambil kira bukan sahaja bukti yang telah dikemukakan tetapi juga pemerhatian yang dibuat oleh hakim yang menjalankan perbicaraan.

Tambahnya, Mahkamah Rayuan tidak seharusnya mendengar hujah pihak pendakwaan yang hanya bertujuan meracuni pemikiran mahkamah.

Seorang lagi peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula ketika berhujah menyatakan, mahkamah seharusnya menolak rayuan ini atas alasan saksi pakar dalam keterangannya menyatakan telah berlaku pencemaran dalam sampel-sampel DNA yang diambil.

Pendengaran rayuan bersambung esok dengan Muhammad Shafee akan membalas hujah peguam-peguam Anwar.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140307/ma_03/Bukti-terlebih-cukup-sabitkan-Anwar#ixzz2vJPuoPKb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Video SEMUT Sengat Telur Busuk Teresa kok

Aduhai Teresa Kok ada-ada jer cara dia nak mengelentong rakyat. Yang terbaru datang pula kes terbaru iaitu: Ceramah isu semasa di Taman Cermai, Permatang Pauh kecoh seketika apabila sebutir telur pecah di tangan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas beliau bersalam dengan seorang lelaki tidak dikenali.



Persoalannya bergini:



Poster ini akan lebih jelas jika anda tonton video ini..

Thursday 6 March 2014

Pertanda Awal Khalid Ibrahim Tidak Diperlukan Dan Dipulaukan Anwar Ibrahim



Kelibat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang langsung tidak kelihatan pada majlis pelancaran jentera Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Taman Jenaris dekat sini malam tadi, menimbulkan pelbagai persoalan.

Ini kerana sebagai Pengarah PRK DUN Kajang bagi pakatan pembangkang, beliau sepatutnya hadir untuk memberi sokongan moral kepada jentera Pas.

Ketidakhadiran Abdul Khalid mungkin ada kaitan dengan spekulasi berhubung konflik dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) melibatkan beliau, Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar kini terancam selepas Anwar menyuarakan hasrat untuk mengambil alih jawatan itu sekiranya menang dalam PRK DUN Kajang.

Krisis antara Abdul Khalid dan Azmin pula telah lama berpanjangan sejak 2010 dan memuncak apabila Timbalan Presiden PKR itu digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuat kuasa 10 Januari lalu.

Pergeseran antara kedua-dua pemimpin PKR terbabit semakin terserlah setelah Abdul Khalid mengesahkan akan bertanding untuk merebut jawatan yang disandang Azmin pada pemilihan parti itu, Mei ini.

Anwar ketika berucap pada majlis berkenaan mengambil kesempatan di atas ketidakhadiran Abdul Khalid dengan mengkritik Menteri Besar itu yang dikatakan tunduk kepada kehendak Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu bekalan air.

Anwar menegaskan, memorandum persefahaman (MoU) berhubungan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri ini yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan PKR Selangor pada 26 Februari lalu boleh dibatalkan.

"MoU itu bukan perjanjian. MoU itu persefahaman, persefahaman itu boleh lagi dirungkai kalau kita anggap beberapa kepentingan negeri tidak dapat dipertahankan," ujarnya.

Anwar turut mengakui telah memberi restu kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mempersoalkan kebijaksanaan Abdul Khalid menandatangani MoU itu dengan mengatakan perjanjian tersebut adalah berat sebelah dan lebih menyebelahi Kerajaan Persekutuan dalam beberapa aspek.

Beliau juga kelihatan berdolak-dalik apabila menjelaskan pendiriannya berhubung hasrat Abdul Khalid mencabar Azmin pada pemilihan PKR nanti.

"Sekarang Timbalan Presiden, Azmin. Ada orang menawarkan diri nak bertanding. Dalam pemilihan parti, biasalah.

"Dalam Pas ada pertandingan, dalam UMNO ada pertandingan, dalam PKR mengapa tak boleh nak bertanding?

"Bukan maknanya itu saya suruh bertanding lawan Azmin, tidak. Tetapi, saya apabila ditanya, itu jawapan saya," katanya.

Persoalan juga timbul tentang komitmen golongan ulama dalam Pas untuk membantu kempen Anwar pada PRK DUN Kajang memandangkan tiada pemimpin yang mewakili kumpulan tersebut hadir pada majlis berkenaan.

Antara pemimpin Pas yang hadir ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.

Selain Azmin, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang hadir termasuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140306/po_05/Mengapa-Khalid-tidak-hadir-pelancaran-jentera-Pas#ixzz2vEj8CfUG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday 5 March 2014

Kalau Anwar Kecewa Makamah Zalim Tapi Anwar Gembira Makamah Adil


Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat membabitkan beliau dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi mencabar kredibiliti saksi pendakwaan itu terhenti hari ini.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan bantahan pihak pendakwaan untuk membatalkan notis rayuan oleh Anwar.

Rentetan itu, rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan permohonannya untuk memanggil semula Supritendan Judy Blacious Pereira ditolak.

Pada 12 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Aziah Ali menolak permohonan Anwar yang dibuat bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan petisyen penerimaan masuk Judy sebagai peguam bela dan peguam cara.

Judy tidak diterima masuk sebagai peguam kerana disifatkan sebagai ‘tidak layak dan sesuai’ berdasarkan laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Inkuiri berkaitan kes penahanan lima peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kerana terlibat dalam perhimpunan haram mendapati Judy merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai kerana ‘secara sedar atau tidak telah tidak bercakap benar atau menghidap penyakit hilang ingatan yang serius’.

Terdahulu, ketika membaca penghakiman ringkas, panel lima hakim yang diketuai oleh Tan Sri Suriyadi Abdul Halim menyatakan, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bukan satu perintah yang boleh dirayu kerana ia bukan keputusan yang muktamad.

Ujarnya, isu utama dalam prosiding hari ini ialah mengenai tafsiran Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman (COJA) 1964 dan panel terbabit sebulat suara berpendapat bahawa notis rayuan oleh Anwar itu tidak mencukupi.

Hakim terbabit turut menyatakan, keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak menyekat atau memprejudiskan hak Anwar dalam rayuan oleh pihak pendakwaan yang akan didengar pada Khamis dan Jumaat ini.

Yang turut bersidang ialah Hakim-Hakim, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah, Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.

Terdahulu, peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah ketika berhujah menyatakan, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tidak terkandung di bawah tafsiran ‘keputusan’ seperti yang dinyatakan oleh Seksyen 3 COJA yang telah dipinda sekali gus menjadikan keputusan tersebut tidak boleh dirayu.

Peguam yang dilantik untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat itu juga menyatakan, tindakan Anwar untuk memanggil semula bekas pengawai penyiasat itu adalah satu usaha untuk memasukkan bahan bukti yang telah ditolak penerimaannya oleh mahkamah yang mendengar perbicaraan kes itu.

Peguam, Karpal Singh yang mewakili Anwar pula menghujahkan bahawa Seksyen 87 akta tersebut boleh diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana prosiding jenayah oleh Mahkamah Tinggi.

Menurut beliau, Seksyen 3 itu hanya boleh diguna pakai bagi isu-isu yang ditimbulkan sewaktu perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun permohonan Anwar berpunca daripada Mahkamah Rayuan.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140305/ma_01/Keputusan-Mahkamah-Rayuan-kekal#ixzz2v7rJoCwy
© Utusan Melayu (M) Bhd

wanita Islam Menyangkal tindakan 3,000 berkumpul mempertahankan Khalimah Allah di hadapan Istana Kehakiman


Lebih 3, 000 umat Islam yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di sini hari ini bagi mendengar permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai penerbitan mingguan The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu.

Kumpulan tersebut yang berkumpul sejak pukul 7 pagi tadi turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin di hadapan pekarangan mahkamah.

Dalam pada itu, keadaan tiba-tiba bertukar menjadi kecoh seketika apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya pengganut agama Islam cuba membuat provokasi dengan mempersoalkan kewajaran NGO tersebut mempertahankan kalimah Allah.

Tindakan wanita itu ditempelak oleh salah seorang peserta himpunan tersebut sehingga menyebabkan polis terpaksa menyuraikan mereka.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika berucap berkata, tujuan mereka berkumpul bukan untuk membuat kekecohan tetapi bagi memberi sokongan supaya kalimah Allah tidak digunakan agama lain.

"Kita hormati orang Kristian dan kitab Bible tetapi kita tolak Bible dalam bahasa Melayu tetapi kalau mereka hendak pakai bahasa Inggeris, Tamil atau Kadazan tiada masalah," katanya.


Tuesday 4 March 2014

Adenan opts for continuity



New Chief Minister Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem has taken over the Ministry of Finance and Ministry of Resource Planning and Environment.

Both portfolios were previously held by his predecessor Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, who is now Yang di-Pertua Negeri.

However, Adenan left the state cabinet he inherited from Taib intact aside from relinquishing the Special Functions portfolio he held before he was sworn-in as Sarawak’s fifth Chief Minister on Feb 28.

At a press conference after the swearing-in of the state cabinet, Adenan said he was no longer Minister for Special Functions and Minister in the Chief Minister’s office effective March 1.

The Special Functions portfolio, he said, would be left vacant “until such time when the position is required to be filled, if that ever happens”.

On keeping the cabinet line-up at status quo, Adenan said: “When you’re on to something good, you stick to it. We’re heading in the right direction, why change horses midstream?”

Asked if there was any plan to appoint another deputy chief minister, Adenan said the matter was being contemplated, and he would announce it at an appropriate time and place.

To another question whether the state would have three deputy chief ministers, he replied: “I’ll announce it at a proper time and proper place. There is no rush over the matter.”

Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang led the state cabinet line-up comprising eight ministers and 19 assistant ministers in taking their oaths of office in front of the Taib and his wife Puan Sri Ragad Kurdi Taib at the Dewan Lapau.

Also present to witness the swearing-in ceremony were Adenan’s wife Puan Sri Dato Jamilah Anu, State Secretary Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani and State Legislative Assembly Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.


Kalau Papagomo Jahat!! Haji Hadi Apa Pulak? Anwar Kes Liwat Makin Takut?

Bukan main seronok para cai-cai terlonjak-lonjak gembira sekitar seminggu ini. Iayalah Papagomo kalah katakan dan Anwar menang walaupun seciput dari 100 juta tetapi seronok bukan main gila.

Pada masa yang sama Harakah pun kena saman dan Haji Hadi pun kena saman, jadi kalau papagomo di katakan penyebar fitnah dan apa pula perlu dilebelkan kepada Harakah dan Haji Hadi.

Pada masa yang sama sekurang-kurang Papagomo tidaklah mengelat sedangkan Anwar walaupun pernah menang kes liwat dengan Saiful tetapi sekarang kenapa dia takut sampai Anwar takut kepada peguam Muhammad Shafee yang mahu membantu kes liwat saiful sebagai pendakwaraya?

Kalau Anwar kata berani kerana benar kenapa tidak dalam kes Saiful? Persoalan yang PPM nak bangkitkan, Anwar sampai bila hendak bersendiwara macam ni?


Kau tengok Sendirilah Betulkah inikah Video Skandal Mat Sabu Pembekal Pemuas Nafsu di Muktamar


Panas-panas memang panas pendedahan video ini.. Kau orang dengar sendiri betul ke tidak apa dia cakap?

Monday 3 March 2014

Inikah Dosa Rosmah Mansur Buat Hew Kuan Yew


Inikah dosa Rosmah mansur jika dia berkeinginan membantu rakyat sehingga Hew Kuan Yew rasa tidak sedap duduk?

Inikah cara DAP bertindak dalam kempen Perpaduan Kaum sampai boleh membenarkan kempen menyumpah orang mati?

Hakikatnya mereka-mereka ini biadap tidak bertempat. Demi merosakan negara ini menyumpah orang matipun mereka sanggup?

berikut kenyataan Datin Sri Romah cukup bersedehana tetapi sinis..

Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya mendengar dan mengetahui bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mendoakan agar saya diserang sakit jantung dan segera menemui ajal. Saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan hidup agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia. Salam - Rosmah Mansor

Yang patut kecewakan masih ada bangsa melayu kita terlonjak-lonjak gembira kerana dalam PAS boleh doakan sesama islam KO jadi apa salahnya kalau mereka  merelakan tindakan Hew Kuan Yew.. Syukur tidak semua bangsa lain seperti puak biadap DAP seperti kenyataan Datuk Huan di bawah cukup menggambarkan kita perlu hidup saling menghormati bukan salin mencerca sesama sendiri walaupun berbeza agama dan adat tetapi sudah kita lupa era 90an dan sebelum-sebelumnya keadaan adalah terkawal.

Semua orang saling menghormati kecuali bila DAP dah naik tochang bersama sebantal PAS dan PKR biadap 13 Mei seakan tidak lama lagi akan meletus. Sepatutnya kita duduk perkukuhkan kembali perpaduan tetapi bukan perpaduan ala DAP pujuk bersatu tetapi maki hamun anggota keselamatan, menyelar hak agama lain.

Tetapi perpaduan yang saling menghormati sesama 1 Malaysia.



Apa yang Anwar sudah buat untuk atasi Krisis Air Selangor

SEJAK lebih sebulan lalu, penduduk Selangor dihantui masalah kekurangan bekalan air ekoran musim panas dan kering yang melanda negara.

Sebagai langkah memastikan bekalan air mencukupi untuk penduduk Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengumumkan pengagihan air berjadual peringkat kedua yang bermula semalam.

Bukan sedikit penduduk yang terjejas kerana hampir 2.2 juta pengguna atau 431,617 isi rumah di Lembah Klang dan sekitarnya terlibat dengan pelan catuan bekalan air sehingga 31 Mac ini.

Tetapi tahukah kita dimana Anwar Ibrahim jika tidak dari satu surau ke satu kedai kopi ke satu pentas ceramah ke satu kampung, untuk menyampai dakyah membenci kerajaan pusat yang semua dia pandang tidak kena.

Tetapi adakah apa yang dia buat itu betul dan paling penting mampu selesaikan krisis air Selangor.


Bagaimana RED BEAN ARMY Boleh Dikaitkan Dengan DAP

Kita sering melihat bagaimana sifat DAP dengan penuh rasis menyerang dan memecah belahkan  perpaduan kaum di Malaysia ini sambul bertopengkan kononya merekalah perjuang perpaaduan kaum. 

Antara agenda jahat DAP sengaja mencetuskan isu tuntutan khalimah "Allah" agar tidak mati bergitu sahaja. klip video Tahun Baru Cina Teresa Kok yang sengaja mencerca anggota keselamatan dan kerajaan. Bahasa kesat dan biadap seperti "kucing kurap" gelaran yang diucapkan oleh Jeff Ooi kepada pekerja majlis Pulau Pinang, Lim Kit Siang mempertikaikan khutbah Jumaat Islam dan soalan Tony Pua menyangkal larangan Majlis Fatwa terhadap Valentine day.

Yang terbaru sampai sanggup sumpah Rosmah mati cepat baca di sini

Sebenarnya modus operandi RBA amat sama sangat dengan cara DAP mencari kuasa. Malah sehaluan bila sesuatu isu timbul. Malah jika kita imbas kembali apa yang berlaku semasa PRU13. RBA antara dalang yang serentak memainkan isu  Balackout selepas tamatnya pengundian mereka terus lancarkan video palsu balckout yang sampai sekarang tidak dijadikan bukti untuk mendakwa SPR bersalah.

Apa tujuan mereka berbebuat demikian kalau bukan kerana untuk mencetuskan pergolakan di negara ini. Yang membimbangkan di kalangan RBA sedang menyamar sebagai orang muslim di Facebook dengan agenda mencetuskan perbalahan sesama islam.

Kalau diperhatikan cara RBA berhujah pula langsung tidak fikirkan logik dan kalau mereka mahu orang percayakan merah mereka akan terus katakan merah walaupun hakikatnya putih. Inilah cara DAP berkempen jadi adakah logik kita lihat RBA dan DAP salaing berkait?


Sunday 2 March 2014

Datuk Huan Selar Kebiadapan HEW KUAN YEW Doakan Rosmah Mati

Terbaik kenyataan dari Datuk Huan yang menyelar kebidapan puak DAP yang semakin ganas tanpa bertamadun langsung. Asalkan puak DAP memang biadap yang mana mereka tidak akan perdulikan apa jua yang mereka lakukan hanya memenuhi nafsu jahat.

Ketua Penerangan dan Publisity DAP Nasional HEW KUAN YEW berkata dalam facebook, orang yang saiz besar berisiko kena serangan jantung bila main badminton. Dia berharap isteri PM , Datin Rosmah akan terus main badminton dan diserang Sakit Jantung dan mati.


Saturday 1 March 2014

#Prkkajang Apa Sudah jadi Lim Kit Siang Kata Anwar Kalah



Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang (gambar).

Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.

"Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.


"Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

"Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.

Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.

"Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima," katanya.

#PrkKajang Projek Terbengkalai Terbaru Dalam Dunia Diktator Lim Guan Eng


Jambatan Kedua PP (BN) VS Prangin Canal PP (PR) Jambatan kedua dari perlancaran pecah tanah 2006 dan sekarang pada Mac 2014 bakal di buka untuk awam dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak. Jambatan ini yang terpanjang di asia tenggara dan ketiga terpanjang di dunia berkepanjangan 24 kilometer menghubungkan Batu Maung di pulau dangan Batu Kawan di Seberang Perai.  

Bandingkan pula dengan Prangin Canal adalah satu laluan air penting suatu ketika dahulu di Georgtown, akan tetapi ia telah menjadi longkang terbuka. Pada 2010, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah melancarkan inisiatif “Cleaner Greener Penang” di Prangin Canal dan akan tetapi sehingga kini Prangin Canal masih dalam keadaan menjijikan dan meloyakan dipenuhi sampah serta bangunan lama dibiarkan dengan semak samun. 

Dikatakan dari 2009 satu cadangan telah dikemukakan untuk memajukan Prangin Canal dan pada 2012 baru wujud satu pelan oleh Penang Development Corporation untuk menjadikan ia sebagai “Herittage Enclave”. Bayangkan 2009 sehingga 2012 tiga tahun belalu baru nak keluarkan cadangan. 

Berapa tahun pula diperlukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mula? Prangin Canal ianya satu projek 4.5 ekar sahaja di Georgtown bersebelahan Komtar tetapi memerlukan lebih 5 tahun belum apa pun dibuat...  

Kalau ini pun susah nak dilaksana tak boleh dibayangkan apa akan jadi dengan terowong bawah tanah kerajaan negeri nanti..

Rafizi Dedahkan Tokoh Dalam PKR Kaki Kapur


Rafizi gopoh nak memburukkan imej Zaid Ibrahim secara tak sengaja membuka pekung didada kronisma dalam PR di negeri Selangor. Rafizi Ramli yang baru-baru ini membuat pendedahan terhadap 2 email dari calon bebas Zaid Ibrahim tanpa disedari telah membuka pekung didada pentabiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. 

Kandungan email pada tahun 2010 tersebut dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai permintaan untuk memajukan kepada MB Abdul Khalid agar mempertimbangkan permohonan dua syarikat untuk mendapatkan kelulusan memajukan tanah dan mengadakan usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. 

Dari pendedahan tersebut ternyata wujud kecenderungan ahli perniagaan dan ahli parti melobi kerja dan tender kerja ‘direct nego’. Seharusnya jika Rafizi Ramli seorang yang jujur dan amanah seharusnya melaporkan insiden tersebut pada 2010 dahulu tetapi kenapa mendiamkan sahaja perkara sedimikian yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat untuk anti kronisma dan anti korupsi. 

Pelbagai persoalan kini wujud dan dibuah mulut rakyat Selangor dan Malaysia amnya.  

 Adakah permintaan itu telah diajukan oleh Rafizi Ramli kepada MB Khalid? Dan adakah ia di luluskan ? 

Berapa banyak lagi permintaan oleh pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat sebegini telah di luluskan? 

Hairan beginikah yang dimaksudkan Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat “reformasi”, anti kronisma dan “bersih” korupsi?

Nilai Pelaburan Negara Luar Biasa



Malaysia mencatatkan nilai pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM216.5 bilion pada 2013 iaitu memecah rekod tertinggi pada tahun sebelum itu yang berjumlah RM167.8 bilion.

Daripada jumlah itu, 72.5 peratus merupakan pelaburan langsung domestik manakala 27.5 peratus pelaburan langsung asing.

Kesemua pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 5,669 projek dengan 14 daripadanya berstatus mega yang nilainya melebihi RM1 bilion.

Kesemua projek yang diluluskan itu berupaya mewujudkan kira-kira 192,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

Isu Terkini

get this widget here