Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 7 May 2014

Keceluparan Latheefa Koya Bermain Hujah Rasulullah SAW @AnwarIbrahim

Inikah tahap kesucian PKR yang tidak tahu batas dan adab bila bermain kata terutama membabitkan penggunaan nama Rasulullah SAW. Walaupun siapapun mush mereka termasuk Rosmah Mansur jangan bergitu biadap peralatkan kehebatan Rasulullah sebagai hujah balas ala kebudak-budakan.

Inikah status seorang Peguam Mewakili PKR ketua lagi tu.. Patutlah buadaya biadap samseng mekar bercambah dalam PKR. Kerana itulah peluang Anwar rasa dirinya selamat. Tetapi inikah parti yang sesuai kita amanatkan tanggungjawap untuk memerintah negara?


Macammanalah Wardina Pernah Terikut Ustazah Nur Yang Sekarang 11 Ustaz Popular Pulak Dah

Inilah Ustazah Nur Puteri Dayana yang pernah membuat Wardina terjebak terikut terbawa-bawa persoalan dari ajaran sesatnya. (rujuk pautan ini)

Sekarang Ustazah yang tidak tahu mana asal usulnya telah menyerang 11 ustaz popular:
Dengan ini saya NUR PUTERI DAYANA nak memohon maaf secara terbuka kepada saudara/tuan/encik/




AZHAR IDRUS
TM FOUZY
ABDULLAH KHAIRI
DON DANIYAL
SHARHAN SYAFIE
ZAINUL ASRI
ABU SYAFIQ
ZAMIHAN AL GHARI
HISHAM KABBANI
NAZRUL NASIR
SYAMSUL ZAMAN

Kerana saya tidak boleh menerima hujah2 antum yang tidak mempunyai nas dan dalil yang sekadar menyatakan kata para ULAMA,IJMAK ulama,Jumhur 
ULAMA,ada dalam kitab,tanpa menyebutkan kitab apa,ulama mana dan yang paling penting Quran dan Sunnah tidakpun disebutkan apabila berbicara hal melibatkan agama islam.Qala Allah wa Qala Rasul itu penting dan ulama sekalipun wajib datangkan firman Allah dan sabda nabi s.a.w... 
Saya juga MEMOHON maaf kerana sy secara PERIBADI tidak MELETAKKAN TITLE ULAMA & USTAZ pada antum.Ini peribadi saya...Yang lain silakan saja jika ingin memanggil demikian itu hak anda semua.Pada saya title ini tidak penting...Yang penting adalah hujah.Sy tidak melihat pun pada TITLE...Sekalipun Mohd Hairi NonchiHafiz Firdaus Abdullah itu tiada title ustaz sekalipun namun hujah2 mereka jauh meninggalkan golongan2 USTAZ yang tidak berhujahkan Al Quran & Sunnah... (petikan dari FB Nur Puteri Dayana)

Inilah yang buat PPM hairan camna wanita ini boleh pengaruh orang yang sehebat Wardina?


Video Amanat Allahyarham Datuk Aziz Sattar Dalam Kenangan Mengusik JIwa Upin Dan Ipin


Terasa sebak hati atas kehilangan 3 lagenda Bujang Lapuk tetapi itulah adat manusia dan kehendak Ilahi. Walaupun mereka telah tiada tetapi inilah lagenda yang mekar dihati. Pernahkah kita melihat mana-mana pelakon di malaysia berjaya menandingi mereka?

Di antara mereka bertiga hanya dua watak ini berjaya memerhatikan dengan mata sendiri bagaimana generasi baru menghargai hasil seni mereka.

"Aziz : Sudin, rumah yang kau cakap dulu tu dah ada orang tinggal belum?
Sudin : Rumah yang mana tu..Oooo.. rumah yang itu masih kosong lagi, kalau kita apply dapatlah
Aziz : Bagus juga ya, berapa bilik ada Din?
Sudin : Yang aku tengok ada tiga bilik masih kosong
Aziz : Bagus ya Din tiga bilik, boleh kita seorang satu. Berapa besar agak-agaknya bilik tu?
Sudin : Besar tak berapa besar. Kalau tak silap aku, tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, tujuh kaki dalam
Aziz : Besar juga ya tu tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, ada dalam lagi ya...... Eh itu kubur! Tempat kau nak mampus, bahalol!"

Dan ini dua video yang terkandung di antara salah satunya amanat Datuk Aziz Sattar.. Al Fatihah.




#PemilihanPKR "Lantak Kau Oranglah Berperang Rebut Kuasa" @AnwarIbrahim

'Ribut' yang melanda pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini jelas menunjukkan betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin hebat yang kononnya mampu 'menyelamatkan' Malaysia seperti dicanang penyokongnya selama ini.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon berkata, kelemahan Anwar terbukti setelah perkara itu masih gagal diatasi biarpun pergaduhan bukanlah sesuatu yang asing setiap kali berlangsungnya pemilihan parti berkenaan.

“Malah saya difahamkan tahun ini keadaannya lebih teruk. Kalau sudah setiap kali pemilihan mahu bertumbuk, di mana kemampuan serta kredibiliti Anwar untuk menyelesaikannya?

“Dahulu ketika PKR belum berkuasa, perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi apabila ada kuasa sedikit, masing-masing sudah hilang pertimbangan akal budi bagi merebut jawatan. Jadi, bagaimana mereka mahu diharapkan untuk menjaga negara?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Proses pemilihan PKR di seluruh negara baru-baru ini kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu mengadakan pengundian semula termasuk di Cabang Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Tenom, Sabah.

Kejadian itu memberi tamparan hebat kepada pemimpin parti berkenaan yang selama ini sering mempertikai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain kerap kali mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran kononnya PKR adalah parti yang bersih dan demokratik.

Abdul Ghani menambah, beliau juga pelik dengan sikap segelintir ahli PKR yang seakan-akan dicucuk hidung untuk terus menyokong PKR sekali pun menyedari segala kepincangan dan penipuan dilakukan pemimpin atasan dalam menempatkan ‘orang’ masing-masing di kedudukan tertentu.

“Sudah berapa kali pemilihan, anda dapat lihat Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kepincangan dan penipuan yang berlaku. Tetapi di mana kedudukannya sekarang?

“Tetapi mereka masih menyokong PKR. Tidakkah mereka nampak bahawa pemilihan ini membuktikan PKR hanya membentuk keadilan untuk Anwar dan bukannya keadilan umum seperti didakwa," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Antipenyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, jika diteliti setiap laporan penipuan yang dilaporkan dalam pemilihan kali ini, ternyata ada tangan ghaib yang jijik cuba untuk menipu bagi memastikan individu tertentu mendapat tempat di dalam parti.

“Anwar tidak perlulah lagi bercakap tentang prinsip demokrasi. Beliau ternyata gagal dalam ‘mendemokrasikan’ partinya sendiri sehingga menyebabkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal memberi alasan yang matang berhubung kekecohan tersebut.

“Ramai rakan yang masih di dalam PKR mendakwa pemilihan ini tidak sah kerana diselubungi penipuan. Soalnya, mahukah PKR mengadakan pengundian semula bagi membuktikan mereka benar-benar telus? Saya yakin tidak," katanya. Sumber Penulisan

**PPM ada tak Anwar tampil menjawap? Uhh ada Anwar ada kot, iaitu "Lantak kau orang lah" tetapi sekadar dalam hati je kot, sebab itu dia buat bodoh je pasal isu ini. Janji bila diarah turun demo perjatuhkan kerajaan semua pakat turun. Inilah cara Anwar membela pra samseng PKR..


Tuesday 6 May 2014

Senarai Barang Disahkan Tidak Halal Menjadi Pilihan Orang Islam




Kesemua barang makanan di dalam gambar di atas mengandungi lemak babi. Kenapa pakatan haram mendiamkan diri bila makanan dipenuhi dengan babi. Barangan ini juga yang terlaris dibeli oleh pengguna Islam.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.Terdapat peniaga cina dengan sengaja meletakkan tanda halal pada barangan yang disahkan mengandungi lemak babi.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
Di atas ini adalah barang-barang keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebarkan info ini kepada umat islam yg lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/ 

Di petik dari sumber penulis

**PPM Note: PPM mula2 terasa terkejut juga tetapi memandangkan laici tu selalu digunakan para peniaga kita menyebabkan ppm jadi was-was. Bila was-was kita patut hindarkan. Oleh kerana ini melibatkan boleh menjadi isi badan umat islam PPM bertindak menyebarkan demi kebaikan semua. Hindarkan sesuatu yang was-was demi kebaikan bersama.. terima kasih

Exco Selangor Bandingkan Projek Penstrukturan Air Kerajaan Selangor Lebih Baik Dari Langat 2

Ini adalah amalan biasa dalam Kerajaan Selangor kalau buat silap mana pernah hendak mengaku salah punya. Yang peliknya mereka duduk pelekehkan Projek Langat 2, adakah projek yang hebat sangat Kerajaan Selangor buat untuk menstrukturkan semula air Selangor? Adakah mereka berjaya menyelamatkan Selangaor dari krisis air?

Kalau dah buat silap cuba akui sedikit...


Terkini 7 Gambar Serangan Bom Balai Polis Dan Perumahan Awam Menggegarkan Hat Yai Thailand



Dua letupan bom menggegarkan bandar Hat Yai, kira-kira 45 kilometer dari Bukit Kayu Hitam, dekat sini petang ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan cedera.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan membabitkan rakyat Malaysia setakat ini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.55 petang waktu Malaysia membabitkan dua lokasi iaitu di hadapan kedai 7Eleven, Polpichai Road dan kawasan perumahan polis bertentangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Hat Yai.

Jurucakap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.

Pada 22 Disember lalu, sebanyak 24 orang dilaporkan cedera dalam salah satu daripada empat kejadian letupan bom yang menggegarkan bandar sempadan Danok dan Padang Besar, dekat Bukit Kayu Hitam.

Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia cedera dalam insiden letupan di kedua-dua bandar kecil yang popular dengan pelancong itu. UtusanMalaysia








Monday 5 May 2014

Sudahlah #Hudud 2 Dekad PAS Dibutakan DAP Tetapi Masih Juga Mahu Pekak Tulikan



Sebaik selesai berbincang dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengenai hudud minggu lalu, pemimpin DAP yang hadir memberi amaran. Ada yang berkata isu itu boleh menggugat kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang, malah ada yang menyarankan PAS keluar. Yang lain terus menyerang.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menganggap PAS ‘bermimpi di siang hari,’ manakala Gobind Singh bertegas akan meneruskan legasi bapanya, Karpal Singh menentang hudud. Lim Guan Eng pula menempelak Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kepemimpinan pakatan sudah capai kesepakatan berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan. Tegasnya, Presiden PAS tidak bercakap benar.



DAP menganggap PAS bagai lalang – kejap mahu hudud, kejap ketepi, sekarang nak pula. Guan Eng menganggap isu hudud adalah ‘perangkap UMNO,’ justeru mahu PAS tumpu memperjuangkan ‘negara berkebajikan,’ bukan ‘negara Islam’ dengan hududnya. Dia tahu tindakan PAS itu menjejaskan sokongan pengundi kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, terutama di kawasan bukan Melayu. Bapanya, Lim Kit Siang meramalkan pakatan mungkin kehilangan 20 peratus undi bukan Melayu jika PAS meneruskan tindakannya.




PKR lebih berpihak kepada DAP. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan beliau dan pemimpin DAP. Katanya, hudud bukan agenda pembangkang.

Ahmad dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah nampak bertegas, tetapi ada pemimpin PAS yang masih mengharapkan sokongan DAP walaupun penentangannya cukup jelas, konsisten dan muktamad. Mereka bernostalgia mengharapkan DAP akan faham dan akhirnya yakin dengan keadilan dan kebaikan hudud.

Soalnya, berapa lama masa PAS perlu untuk memahamkan DAP? Dua puluh tahun tak cukup? Atau memang PAS gagal? Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui dua dekad berkawan dengan DAP tapi tidak sempat memberi penjelasan mengenai hudud kepada Karpal Singh. Nasi sudah jadi bubur, menyesal pun tidak berguna. Masa yang ada diguna untuk berpolitik semata-mata, manakala elemen dakwah sangat kurang. DAP tetap dengan sikap rasis-cauvinis, prinsip negara sekular dan konsep Malaysian Malaysia.

Hudud isu pilihan raya


Lagipun, sejarah menunjukkan PAS ungkit isu hudud hanya apabila menjelang pilihan raya atau apabila sokongan menurun. PAS tidak konsisten dalam soal ini. Pentadbiran dan pelaksanaan hukum Islam ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004) tidak sama dengan kerajaan PAS Kelantan.

Apabila memang di Kedah pada tahun 2008, kerajaan PAS tidak bersedia meluluskan enakmen untuk melaksanakan hudud di negeri itu, manakala PAS Selangor sudah buat ketetapan tidak mahu laksana hudud. Ramai pengundi Melayu-Islam kecewa PAS mengkhianati perjuangan sendiri ekoran tahaluf siyasi dengan DAP. Akibatnya, PAS kalah di banyak kawasan majoriti Melayu terutama di luar bandar pada pilihan raya lalu. Mutakhir tindakan PAS dilihat sebagai langkah terdesak untuk mengembalikan sokongan orang Melayu-Islam dalam pilihan raya akan datang.


Cuba pengaruhi ahli BN bukan Islam

Ahli Parlimen DAP, (38 orang) sedang mempengaruhi 46 Ahli Parlimen BN bukan Islam untuk menyekat hasrat PAS. Namun, berdasarkan bilangan Ahli Parlimen Islam di Dewan Rakyat (PAS 21, PKR 16, BN 97), rang undang-undang hudud boleh diluluskan dengan majoriti mudah.

Pun begitu, matlamat melaksanakan hudud di Kelantan pada Januari tahun 2015 berdepan jalan sukar. Kemungkinan besar PAS diseret ke mahkamah dan boleh memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. Ia dijangka membawa impak besar terhadap pakatan dan BN.

Jika PAS tidak tertekan keluar pakatan, mungkin DAP dan PKR yang akan keluar tinggalkan PAS. UMNO pula terpaksa berdepan dengan parti komponen yang menentang pelaksanaan hudud yang menganggap melanggar Perlembagaan Persekutuan dan boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Penubuhan jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan juga bermakna masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum hudud menjadi realiti di Kelantan. Banyak persoalan dibangkitkan orang ramai perlukan penjelasan.

Misalnya, bagi orang Islam dan bukan Islam yang bersabit kesalahan yang sama, undang-undang mana dipakai - sivil atau hudud? Adakah gadis bukan Islam dirogol lelaki Muslim perlu sediakan empat saksi juga? Jika tiada saksi, adakah perogol itu terlepas?

Bolehkah hudud dikenakan ke atas Muslimin dari negeri lain yang melakukan jenayah di Kelantan tapi lari ke negeri lain? Jika mencuri 20 tin sardin bolehkan dihukum potong tangan? Bagaimana dengan pencuri jutaan ringgit menggunakan internet? Apakah hukum hudud juga dikenakan kepada penjenayah kolar putih?

Pendek kata, PAS kena buat sesi penerangan secara meluas, intensif dan berterusan. Bukan kepada pemimpin politik sahaja, lebih penting kepada rakyat jelata – yang beragama Islam dan bukan Islam – sehingga rakyat puas hati dan boleh menerima.

Jika Dewan Himpunan Penyokong PAS tolak hudud, apa lagi pihak di luar PAS. Ini agenda PAS, jadi ia tidak boleh lepaskan tanggungjawab kepada pihak lain. Kalau boleh, buat ceramah merata tempat di seluruh negara setiap malam pada musim pilihan raya, takkan tak boleh untuk menjelaskan hudud. Ini lebih mendesak dan penting daripada ceramah pasal GST atau ceramah kutuk orang lain tidak tentu pasal.




Kredit to BritaHarian - Tajuk & Sumber Asal
Dua dekad belum cukup yakinkan DAP sokong hudud

Video @AnwarIbrahim Seluruh Negara Cawangan PKR Berperang Ketika Pemilihan @Ambiga_S

Ambiga bakal ambi tidakan untuk mendesak membersihkan keseluruhan cawangan PKR yang dipenuhi dengan noda-noda rahsuah, penipuan, pengundi hantu.

Inilah silapnya Anwar, gagal hendak pekenalkan dakwat kekal untuk pemilihan PKR.

Buktinya ada cawangan di Sabah pengundi ramai pengundi lebih ketas undi daripada pengundi berdaftar.

Di Nibung Tebal, Bukit Raja dan Sungai Petani boleh tonton video ini.



Sebab apa sebab semuanya hasil didikan Penyangak Macam Anwar Ibrahim... Apa hendak dihairankan..

167 Pengundi Hantu Ditangkap Di Sungai Nibung Dalam Pemilihanan PKR

Yang ini memang kes naya betul. Sebetulnya memang dah dapat tangkap 167 pengundi hantu, terang-terang bukti menjelma depan mata. Kisahnya



Pemilihan cabang PKR Nibong Tebal - Bila kira undi ada 838 berbanding 671 undi perwakilan berdaftar.

Persoalannya mana datangnya -lebihlebihan ini? 

Pengundi hantu? 

Banglasia? 

Ish mustahil betul... Tapi bukti dah ada yang extra 167 undi siapa yang duduk buat khianat dalam diam ini. Tetapi apalah hendak dihairankan kerana ini asam garam dalam PKR sentiasa menghalalkan cerita-cerita camni sebab Big Boss dia dulu boleh naik cepat dalam UMNO sebab cekap pijak tendang kepala orang lain.. bukan?

Cerita menjadi perang besar antara dua puak masing-masing pertahankan mereka yang paling betul. Puak Mansor Othman mengamuk tak puas hati. Paling sempoi mula adengan baling meja kerusi. Lebih dramatik bila berlaku blackout pulak dah. Akhirnya semuanya batal. 

Skrip drama dari anaka buah raja drama Pakatan Rakyat. Termasuklah DAP yang CEC samapai sekarang tidak di iktiraf.. Itu belum campu apa yang berlaku di dalam video ini


Sunday 4 May 2014

Dahsyat 2,100 penduduk 'ditelan' bumi

Satu kejadian yang menggemparkan kita, apabila 2100 penduduk dalam sekelip mata ditelan bumi!  Kita mungkin bernasib baik tetapi apa yang berlaku ini, boleh berlaku dimana-mana sahaja atas kehendaknya apatah dunia sekarang paling sukar diramalkan.

sumber BH 4/5/2014- Polis Afghanistan dan penduduk kampung memulakan usaha bahaya mencari sekurang- kurangnya 2,100 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di wilayah pergunungan terpencil di timur laut negara itu, ketika kebimbangan kaki bukit yang tidak stabil mungkin runtuh lagi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurangkurangnya 350 maut tetapi pegawai bimbang angka mungkin meningkat mendadak kerana kampung di wilayah Badakhshan, bersempadan dengan Tajikistan, ditimbus lumpur sehingga setinggi 100 meter.

Mula pencarian

Penduduk kampung dan berpuluhpuluh anggota polis, dilengkapi dengan cuma peralatan menggali asas, memulakan pencarian sebaik hari cerah semalam.

“Penduduk dari daerah sekitar Badakhshan dan Takhar bergegas ke kawasan berkenaan untuk membantu usaha pencarian.

Setakat hari ini, tiada mayat ditemui,” kata timbalan ketua polis Badakshan, Kolonel Abdul Qadeer Sayad.

Beratus-ratus pondok musnah kelmarin apabila dua kejadian tanah runtuh, berpunca daripada hujan lebat, melanda kampung Argo.
Ada juga kebimbangan sebahagian lagi kawasan kaki gunung akan runtuh ketika penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus.

@CmLimGuanEng Tuduh Haji Abdul Hadi Menipu #Hudud

Siapa sebenarnya yang betul antara mereka berdua ini? Cuba Lihat kenyataan Lim Guan Eng

DAP tidak pernah bersetuju dengan langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan, sebelum atau selepas Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada tahun 2008.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

"Ini adalah pertama kali saya dengar DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan oleh PAS.

Pimpinan tertinggi DAP, sama ada Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh tidak akan bersetuju kerana ia bertentangan dengan perlembangan," katanya.

"Abdul Hadi telah melakukan kesilapan dan mengeluarkan kenyataan yang salah," katanya dalam satu kenyataan di George Town, Ahad.

Abdul Hadi dilaporkan berkata Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan niat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Lim berkata PR terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Kadilan Rakyat dan ia beroperasi berdasarkan konsep kesepakatan daripada ketiga-tiga parti itu.
--BERNAMA

Jadi siapa yang sebenarnya betul dalam isu ini?

Adakah Haji Hadi seorang yang bijak berpura-pura? 



Saturday 3 May 2014

Kakak Mangsa Dibelasah Dalam Himpunan #MansuhGSt Saman Haji Hadi & Unit Amal & Bancuh Kaw-kaw

Semalam jam 1 pagi di Dataran Merdeka, adik saya dan seorang lagi lelaki dibelasah oleh Unit Amal PAS diketuai oleh Anuar. Rakan-rakan dari DAP dan Anti-Lynas terpaksa hubungi polis. Bila polis sampai, dengan angkuhnya si bangang bernama Anuar dan belasan orang kawan-kawannya tunjukkan kad anggota Unit Amal.

Adik saya cedera teruk dibelasah. Muka dan badan lebam teruk. Seorang lagi lelaki dicampak dalam longkang. Mereka berdua diserang oleh belasan orang Unit Amal PAS dengan kayu dan helmet, ditendang dan ditumbuk.

Keluarga kami akan failkan saman terhadap PAS!!! Biar mahkamah haramkan Unit Amal PAS yang berlagak macam diorang anggota keselamatan beruniform. Sila sebarkan. PAS mesti bertanggungjawab terhadap perangai anjing anggota Unit Amal nya.


Presiden PAS kena saman sebab tuduh orang edar pil kuda.

Unit Amal PAS bakal disaman sebab jadi gengster belasah orang.

Semoga Unit Amal PAS diharamkan selepas ini. Diorang tu berdaftar bawah undang-undang tak? Ke syok sendiri aje macam JMF tu?



Unit Amal PAS, diketuai oleh Anuar, sebelum belasah adik saya awal pagi semalam, diorang tuduh adik saya mabuk dan ambil ganja.

Oh, baguslah! Ikut perangai Presiden kamu yang pandai-pandai tuduh orang edar pil kuda.

Nanti kalau disaman, bolehlah buat solat hajat perdana dan kutip derma.


Jihad cara Unit Amal : Serang orang secara mengejut pukul 1 pagi. Belas-belasan orang belasah dua orang. Guna kayu dan helmet hentam orang tanpa senjata.

PONDAN! Seriously PONDAN!


Ada anggota Unit Amal hantar ugutan pada saya. Mungkin jalan pintas untuknya ke syurga dengan menyerang saya.

PAS dah rosak!


Nama mamat tu ialah Anuar, bekas bodyguard ayah Adam Adli. Sekarang dia anggota Unit Amal Pandan. 

Saya dalam perjalanan ke Gombak untuk buat police report dan failkan aduan jenayah. Juga akan berbincang dengan peguam untuk saman sivil.

Anuar juga pernah ditugaskan jadi bodyguard pimpinan PAS dalam program-program PAS. Kami akan minta polis buat kawad cam.

Ahli-ahli PAS sekelian yang rasa dah confirmed masuk syurga, tak payah jadi juara hudud kalau kes macam ni pun korang tak mampu handle.


Selagi Unit Amal tidak ditubuhkan mengikut undang-undang, jangan pandai-pandai kasi kuasa pada mereka. Mereka bukan pengganti polis atau Rela.

Huru-hara tau bila jadi apa-apa, diorang simply boleh cakap kad kuasa memang takde, baju merah siapa-siapa pun boleh cop sendiri, itu ini takde pun dalam buku manual, ahli kami tidak dilatih secara formal, etc.

In the mean time, suruh diorang jadi sukarelawan banjir aje...


Adik saya dah buat police report, baru korang nak cakap, benda boleh settle, tak payah kecoh-kecoh, jangan malukan Islam, jangan malukan bangsa Melayu, Cina tepuk tangan, tahapahapatah lagi.

Pagi tadi kami contact pimpinan PAS, korang buat bodo (pimpinan yang terlibat, cuba check log telefon korang). Geng PAS kata, diorang tau insiden tu, padan muka, memang adik saya bersalah, bla bla bla. Korang tak mau tolong siasat sedangkan maklumat dah diberi. Lepas tu cabar adik saya suruh buktikan itu ini.

Now dah buat police report, korang kata kami Yahudi pulak sebab nak malukan Islam (wei... Islam dengan PAS tolong bezakan la wei...). Dah kasi chance tadi nak selesai diam-diam, korang buat kurang asam kan. Korang boleh blah!


Kalau polis bantai orang, maki polis dapat pahala, pejuang hak asasi manusia dia jadi.

Kalau Unit Amal PAS bantai orang, siapa bising buat kecoh, dah sah dia masuk perangkap Yahudi.

Kalau polis tak bagi berhimpun, ianya tak ikut perlembagaan, mesti lawan.

Kalau Unit Amal PAS tak bagi berhimpun, ianya ikut arahan pimpinan, jangan persoalkan.


Mukadimah : Assalamualaikum warahmatullah! Saya anggota Unit Amal kawasan sekian-sekian.
Isi : Jangan nak tuduh Unit Amal. Jangan nak burukkan PAS. Babi, puki, celaka, laknat, sial dan sebagainya.
Penutup : Semoga awak dan keluarga awak masuk neraka jahannam.

Hmm... Marilah husnuzzhon. Tu bukan anggota Unit Amal PAS tu. Diorang kan dah ditarbiyah, dah gi tamrin, jambori segala.



#Semua penulisan diatas dipetik dari FB kakak tersebut dan persoalan yang PPM ingin tanyakan Sejak Bila Unit Amal PAS layak bergelar Jabatan Amal dan ambil alih kerja polis?

Video Pemilihan PKR Sungai Petani Kecoh Dengan Lawan Maki Hamun @AnwarIbrahim


Adus asal nama pelimilihan PKR Mesti ada gaduh ada maki hamun paling henat kerus terbang, Almaklumlah dah sebati dengan budaya PKR kaki buat rusuh, maki hamun serang tumbuk terajang semua ada. Kalau tak ada benda ini tak tak hidup PKR apatah Anwar Lagi pakar merata katil dia bergusti tak kira laki ke pompuan sama je...




4 Perkara Pelik Semasa Himpunan #TolakGST @AzminAli & @AnwarIbrahim

Dimana stategi Rafizi Ramli yang hebat sangat sampaikan Himpuan Mansuh GST Gagal? Ada cukup banyak persoalan yang dibangkitkan peserta yang semakin celaru dengan tujuan sebenar himpunan dari tema sebenar Mansuh GST.

Tetapi apa yang hendak dihairankan jika level peserta adalah golongan 90% melayu yang langsung tidak memahami GST dan terlampau sedikit pro peniaga DAP dari golongan yang takut kehilangan simpanan wang gelap.

Himpunan yang semakin susut jumlahnya berbanding bersih dikatakan 100'000-200'000 yang datang mengikut perjumlahan rambang Malaysiakini, Harakahdaily, Roketkini dan Keadilandaily tetapi untuk Himpunan Mansuh GST hanya jumlahkan sekitar 15'000 hingga 50'000. Satu jurang besar yang cukup merisaukan Anwar Ibrahim.




Yang paling menarik tiada satupun ceramah menyentuh sebab apa mereka mendesak GST dimansuhkan kecuali, Azmin tidak habis-habis mendesakan Anwar diselamatkan dari penjara.

Mahfuz kata kita berhimpun sambil melancong tanpa sepatahpun penghujahan GST.

Anwar pula asyik bercakap masalah peribadinya, antaltuya, kapal selam dan MH370 tetapi GST entah mana hala dia terlupa.

Kena pula 90% melayu yang datang memang buta tuli langsung bab GST. Dah kena dah bapa penyanyak anak DAP penyamun dan manakala anak melayu bodoh bendul. Apa nak cakap lagi kalau dah jenis cukup sifat tidak mahu mengkaji.



Lawak @AnwarIbrahim Mohon Sampaikan Kuliah Universiti menggunakan Pengalaman Sebagai Mantan PM Malaysia

Adus apa punya penipu si Anwar Ibrahim. tak cukup dekat Malaysia dekat luar negara lagi hebat dia punya menipu sampaikan Anwar sanggup memohon ruang bersyarah dengan menggunakan pengalaman palsu yang kononnya dia Mantan Perdana Menteri Malaysia.



Inipun jalan juga ke? Tidak percaya lihatlah Universiti cap ayam mana dekat indon boleh terpedaya Anwar Mantan Perdana Menteri Malaysia.


Video Hussam Musa Marah Nik Abduh Tududuhnya Seleweng Derma Lebuhraya



Sebuah video yang dikatakan Hussam Musa sedang panas hati dengan Nik Abduh anda dengar sendiri suara siapa dan kepada siapa yang bersangkutan bab wang derma lebuh raya.


Video #MansuhGST Melayu Sanggup Pertahankan Peniaga DAP Amalkan Aktiviti Wang Gelap

Adakah orang melayu kita cukup bodoh atau tidak sedar diperbodohkan? Ini berikutan rakyat Malaysia digemparkan dengan Himpunan Mansuh GST dengan kehadiran 90% adalah orang-orang melayu yang tidak tahu apa itu GST. Paling menyedihkan rata-ratanya percaya bulat penipuan Pakatan Rakyat tanpa mahu belajar memahami apa fungsi GST.



Tetapi tahukah mereka bahawasanya peranan utama kerajaan wujudkan GST adalah untuk mengekang aktiviti 'wang gelap' pada kadar peratusan tertentu?

Mengikut stastitik negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus. Bayangkan 30% apa yang kerajaan mampu lakukan?

Dan tahukah kita bangsa apa yang paling banyak memegang kek peratusan peniaga paling berjaya di Malaysia?




Dan fikirkan semula pada PRU13 Barisan Nasional kehilangan undi kerana kaum mana? Oleh itu berdasar poster di bawah agak-agak:

1- Benarkah mereka ini tidak yakin dengan fungsi GST?
2- Atau mereka tidak memahami fungsi GST kepada negara?
3- Atau mereka berpura-pura tidak memahami demi mengambil kesempatan tersirat?


Kerajaan boleh berjaya membendung aktiviti ini, kerana GST akan mendesak semua peniaga untuk mengumumkan setiap pendapatan sebelum mendapat perolehan rebet cukai dan kaedah ini akan meningkatkan pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016.

Hasil perolehan ini lebih banyak membantu orang-oran bumiputera yang dalam kelompok kek peratusan kesusahan paling besar di negara ini. Adakah orang-orang bumiputera terutama melayu di semenanjung sanggup berkorban demi wang gelap peniaga DAP?

Friday 2 May 2014

Iktibar Dari Malaysia, Brunei Haramkan Bukan Islam Guna Khalimah Allah dan 18 Perkataan Lain

Nampaknya  Sultan Brunei cukup peka dengan apa yang berlaku kepada Malaysia dan menggambil tindakan tepat sebelum menjadi isu besar berlaku di Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN 1 Mei - Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.
Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. 
Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali. 
Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam. 
“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya. 
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.  
“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya. sumber

#MissingMh370 5 set Video Rakaman perbualan antara kokpit MH370 dan menara KLIA #RIPMH370


Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dan menara kawalan udara Kuala Lumpur didedahkan kerajaan sebentar tadi kepada orang ramai. Berikut adalah rakaman tersebut:



Berikut pula adalah tindakan yang diambil ketika perbualan terputus antara MH370 dan Menara Kawalan.









Sumber

Thursday 1 May 2014

Himpunan Tolak GST Video dan Gambar-gambar Persoalan Luar Tabie @AnwarIbrahim

Apa yang telah terjadi hari ini? Himpunan GST terang-terang semakin susut dari angka 100k kepada 30k. Apa yang telah berlaku sebenarnya

Pertama kali setelah gagal mencari pasal dengan Polis sesama sendiri mereka lepaskan geram bergaduh..


Keduanya adakah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri besok hari?




Ketiganya dalam banyak-banyak pecacai PAS melaung GST dan ambil kesempatan promosi Hukum Hudud.. Adakah esok harinya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mewakili DAP termasuk Anwar Ibrahim mewakili PKR akan menyokong pelaksanaan Hukum Hudud?




keempat.. Hebat betul sokongan diberi Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang sanggup turun padang turut serta memberi sokongan ahli PAS yang sanggup menjadi hamba PKR dan DAP. tetapi beranikah PAS anjur Demo Tegakan Hudud dan mampukah mereka membawa PKR dan DAP turut serta bersama?




Yang kelima... kenapa masih wujud kisah ini...



Post by Pecah Palak Mikir.


Yang terakhir dan yang pasti kanak-kanak tetap menjadi perisai menyelamatkan nafsu Anwar Ibrahim.. Tak kiralah berapa banyak demo mereka lakukan kanak-kanak barisan hadapan.. Inikah calon PM Malaysia?



Video #HimpunanBantahGST Bila Tak Jumpa Polis Bergaduh Sesama Sendiri Unit Amal & SAMM / ANARKI Pun Jadilah


Kalau sudah jenis kaki buat onar, kaki liwat, kaki gaduh. Hajat turun Himpunan GST hendak serang polis tetapi tidak jumpa polis bergaduh sesama sendiri.





@NikAbdulAziz Bagaimana Hendak Laksana Hudud Jika Ahli PAS Talibarut DAP PKR



"Bagaimana Hendak Laksana Hudud Jika Ahli PAS Talibarut DAP PKR" Ini adalah persoalan tepat yang patut Nik Aziz utarakan. Ini masalah dalaman yang paling kritikal yang boleh menggambarkan usaha PAS hanyalah sia-sia ataau dianggap sebagai mainan politik semata-mata.

Atau mungkin benarlah kata Teresa Kok yang agenda Hudud PAS hanya agenda meraih undi orang islam untuk PAS. Nik Aziz mungkin tidak mahu dipertikaikan sedemikian rupa! jadi kenapa harus bersiam diri demi Allah sementara masih diberi keizinan untuk berbuat sedemikian di dunia ini.

Akhir nanti niat kata-kata Nik Aziz akan dipersoalkan di Makamah yang lebih hebat di dunia ini..



Isu Terkini

get this widget here