Saturday, 10 May 2014
Besediakah Kita Untuk Melihat Hujan Meteor Pada 23 - 24 Mei 2014 Di Malaysia
Kuala Lumpur, 9 Ogos – Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini. Titik meteor Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan. Walau bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut.
Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Portal Pendidikan Sains Angkasa di rujuk Astronomi.Angkasa.Gov.My atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301.
MCA Berundur Dari #BukitGelugur Mari Kita Lihat Biografi & Sokong Datuk Huan PCM
Oleh MCA telah menggambil keputusan enggan bertanding di Bukit Gelugur, mungkin kerana mereka tidak yakin atau mereka ingin memberi tumpuan kepada Teluk Intan.
Atau mungkin ini satu protes kerana hudud? Hanya mereka yang tahu.
Diketika ini kelihatan DAP telah mengesahkan Ram Karpal Singh bertanding dan sudah pasti calon Parti Cinta Malaysia iaitu Datuk Huan Cheng Guan juga bersungguh-sungguh untuk bertanding. Beliau adalah bekas naib Presiden Gerakan dan bekas MP Gerakan.
Yang mana Datuk Huan adalah seorang yang disenangi rakyat Penang. Walaupun bukan bergelar sebagai MP beliau masih aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Mari kita lihat biografi beliau.
Patutlah Nurul Izzah @N_Izzah Cepat Menjanda Punca Ada Di KLIA 2
Bergini rupanya potensi-potensi yang menterjebakkan Nurul Izzah ke alam Menjanda. Sebabnya perangainya terbawa-bawa dari cara berpolitik dan tidak mustahil amalan-amalan menuduh dahulu, siasat kemudia ini berjangkit ke rumah tangganya.
Buktinya acap kali dipertontonkan oleh Nurul Izzah sendiri dan kali ini di KLIA 2. Entah dari mana dikutip atau sememangnya dia arah sendiri. Sendiri tanpa kertas di dinding, kononnya KLIA 2 pakai singbord guna ketas A4.
Entah apa bala, mencari penyakit tanpa usul periksa dah dimalukan Malaysian Airport dengan posting yang mudah sangat. Ini dia merata ceruk ada singbord. Bukankah memperdohkan diri namanya. Tetapi ialah sudah menjadi tabiat sekeluarganya dari bapak ibu hingga berjangkit kepada anak. Inilah jadinya. Dan tidak mustahil isu rumah tangganya hingga menjadi janda lawa ada sangkut paut dengan perangai tak berubah-ubah ini.
Bilalah hendak boleh berpolitik cara ilmiah sikit cik Izzah oooi...
Chong Chieng Jen DAP Sarawak Malukan Diri Dalam Sidang DUN Sarawak
Bila jenis DAP memang tidak bijak atau tergopoh-gapah bila membuat kerja. Ini semua kerana terlampau hendak cari isu menyalahkan orang sampai tidak pernah memandang sebarang kebaikan langsung tentang pengorbanan BN Sarawak terhadap warga cina. Walaupun BN Sarawak sering dipertikai dan kurang mendapat sokongan kaum tersebut.
Isunya menyentuh Chong Chieng Jen dari DAP-Kota Sentosa yang cuba membangkitkan isu mendesak kerajaan negeri tunaikan geran tahunan antara RM20 juta dan RM30 juta diberikan kepada sekolah-sekolah Cina.
Tetapi Yb Abdullah Saidol menghentam DAP, yang kerajaan sejak tiga tahun lepas telah menyalurkan geran sebanyak RM133 juta dan bermakna RM44 juta setiap tahun dan sudah lebih daripada apa yang diminta pembangkang.
Disini kita boleh nampak bertapa lembabnya cara DAP Sarawak bekerja atau sememangnya tidak pernah berbuat kerja langsung?
Hakikatnya inilah pembangkang seluruh Malaysia yang hanya mencari jalan bagaimana hendak jatuh kerajaan sedia ada tanpa memikirkan bagaimana memanafaatkan kelebihan dan kemudahan yang ada untuk rakyat. Maksud PPM DAP tidak pernah bekerjasama membangunkan memenuhi kehendak rakyat.
Friday, 9 May 2014
Video Datuk Huan Cheng Guan Umumkan Bertanding di PRK Bukit Gelugur
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei. Huan, 53, berkata keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.
"Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas naib presiden Gerakan dan ahli Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor. "Malah ketika bukan lagi bergelar ahli Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini. Katanya manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan.
"Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiatkan kempen selepas penamaan calon Isnin ini," katanya.
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama
Thursday, 8 May 2014
Sampai Bila Haji Hadi Merelakan Dirinya Ditipu @AnwarIbrahim @CMLimGuanEng
Berdasar kenyataan Haji Hadi, PAS akan tetap melaksanakan hudud. Alhamdulillah, apatah gelombang rakyat islam di Malaysia mula menarik jumlah perminat yang tinggi. Malah isu hudud menjadi impian yang lebih besar setelah Brunei telah benar-benar melaksanakannya.
Tetapi PAS tidak boleh berpura-pura dengan soal Hudud Brunei adalah menyeluruh kepada semua rakyatnya. Manakala PAS bakal melaksanakan Hudud masih berkisar hanya untuk orang islam. Ini akan merumitkan keadaan apabila bukan islam mempertikaikan dengan persoalan, bagaimana jika orang islam merogol bukan islam?
Walaupun ada penjelasan tetapi bukan mudah untuk disampaikan secara konsisten. Oleh itu adalah lebih wajar berterus-terang sahaja dengan menyeluruh dan jangan sekerat-keratkan hukum hudud bukan hanya sekadar untuk orang islam tetapi ianya lebih baik dari mana-mana undang-undang ciptaan dunia. Jika tidak, secara tidak langsung akan memperlekehkan integriti Hudud sendiri dimata bukan islam.
Haji Hadi juga tidak perlu berasa takut, kalau berkeyakinan dengan Hudud. Walaupun diugut bakal disingkir dari Pakatan mahupun ada ADUN MP PAS bakal berhijrah ke PKR dan DAP semata-mata untuk habuan dunia.
Sekarang sama ada Haji Hadi separuh-separuh hajat atau tidak terkawal menahan dugaan ditentang DAP dan PKR. Antara alasan ini mungkin membantutkan usaha-usaha PAS. Akhirnya PAS terpaksa berdusta sepenggal lagi demi undi. Sampai bila PAS yang Presidennya Haji Hadi terpaksa terus-menerus membenarkan diri mereka ditipu dan menipu?
Kalau hendak buat! buatlah walaupun terpaksa bergabung dengan UMNO dan perdulikanlah anasir yang menidakkannya asalkan islam bersatu tiada yang mustahil di bumi yang majoritinya orang islam.
Penipuan Fakta #Pendidikan Oleh @TeresaKok Jadi Perintis Berhijrah Keluar Malaysia
“Bukan lagi satu rahsia bahawa faktor utama yang menyebabkan aliran keluar begitu ramai masyarakat Cina ke luar negara adalah berpunca dari kebimbangan mereka tentang kekurangan peluang pendidikan adil di institusi pengajian tinggi. Bolehkah Najib menafikan hal ini?Teresa merujuk kepada pendidikan yang berat sebelah kononnya bangsa Cina diabaikan. Walhal kalau diselidik kembali fakta ini menunjuk berapa ramai bangsa cina memperolehi bantuan PTTN tanpa berbayar ekoran cemerlang dalam pendidikan berbanding bangsa lain?
RM409,079.323 berbanding bangsa melayu hanya RM104,742.900. Itu membuktikan pelajar cemerlang cina yang kebanyakan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC yang hanya ada di Malaysia. Jadi apa lagi yang teresa mahukan sebenarnya.
Adalah lebih bagus Teresa Kok sendiri berhijrah keluar dari Malaysia sebagai printis jika dia berani bermain isu hijrah ini sebelum dituruti mana-mana rakyat Malaysia yang lain. Ada Teresa Berani Buat?
Menteri Joseph Mangsa Dibalun Bertubi-tubi Akibat Syok Sendiri Mendahului Kelulusan PM
Angkara memandai buat kenyataan mendahului kelulusan Perdana Menteri abibatnya Joseph dibalun bertubi-tubi oleh pro BN dan apatah lagi isu ini menjadi beban buat PRO BN diserang PRO PR.
Sesungguhnya kelalaian ini sukar dapat diterima kerana ini akan menjadi bahan berpanjangan. Zaman sekarang salah cakap, silap-silap bertahun hendak perbetulkan. Jadi bagaimana sikap ambil lewa dengan syok sendiri menjadi pilihan Joseph?
Hakikatnya isu sensitif ini, iaitu menggugurkan bangsa dari borang resmi kerajaan adalah sesuatu yang sensetif bukan boleh dibuat keputusan sebarangan. Tetapi Joseph sebenarnya bertindak dengan tujuan apa? Sehingga memaksa Perdana Menteri pula buat permohonan maaf. Jadi sebagai Menteri yang wajip bertanggungjawap apakah tindakan anda selepas ini?
@AnwarIbrahim Buat Kerja Menirupun Gagal Jugak Ke Ada Hati Hendak Tegur BN
Adih-adih apalah malang sangat dengan Anwar Ibrahim ini. Dengan menggunakan pendekatan pemilihan parti diperingkat cawangan, asalnya Anwar cuba adaptasikan dari cara yang diamalkan dalam Pemilihan di peringkat cawangan dalam UMNO.
Itupun boleh melingkup siap berperang terbang baling kerusi lagi. Malah pucuk pimpinan tertinggi seperti Rafizi Ramli siap koyak kertas undi lagitu. Apa nak jadi?
Itupun ada hati hendak pertikaikan integriti SPR yang cemerlang dalam PRU13 sehingga mereka Pakatan Rakyat mendabik dada dapat undi popular 51%. Hah mahu apa lagi? Ohhh lupa lak Anwar hendak jadi PM patutlah dibelanya pra samseng dalam PKR. Asal dia jadi PM yang apa dia perduli kau orang nak bertumbuk ke baling kerusi ke, lantaklah janji sokong liwat2...
Itupun boleh melingkup siap berperang terbang baling kerusi lagi. Malah pucuk pimpinan tertinggi seperti Rafizi Ramli siap koyak kertas undi lagitu. Apa nak jadi?
Itupun ada hati hendak pertikaikan integriti SPR yang cemerlang dalam PRU13 sehingga mereka Pakatan Rakyat mendabik dada dapat undi popular 51%. Hah mahu apa lagi? Ohhh lupa lak Anwar hendak jadi PM patutlah dibelanya pra samseng dalam PKR. Asal dia jadi PM yang apa dia perduli kau orang nak bertumbuk ke baling kerusi ke, lantaklah janji sokong liwat2...
Wednesday, 7 May 2014
Keceluparan Latheefa Koya Bermain Hujah Rasulullah SAW @AnwarIbrahim
Inikah tahap kesucian PKR yang tidak tahu batas dan adab bila bermain kata terutama membabitkan penggunaan nama Rasulullah SAW. Walaupun siapapun mush mereka termasuk Rosmah Mansur jangan bergitu biadap peralatkan kehebatan Rasulullah sebagai hujah balas ala kebudak-budakan.
Inikah status seorang Peguam Mewakili PKR ketua lagi tu.. Patutlah buadaya biadap samseng mekar bercambah dalam PKR. Kerana itulah peluang Anwar rasa dirinya selamat. Tetapi inikah parti yang sesuai kita amanatkan tanggungjawap untuk memerintah negara?
Inikah status seorang Peguam Mewakili PKR ketua lagi tu.. Patutlah buadaya biadap samseng mekar bercambah dalam PKR. Kerana itulah peluang Anwar rasa dirinya selamat. Tetapi inikah parti yang sesuai kita amanatkan tanggungjawap untuk memerintah negara?
Macammanalah Wardina Pernah Terikut Ustazah Nur Yang Sekarang 11 Ustaz Popular Pulak Dah
Inilah Ustazah Nur Puteri Dayana yang pernah membuat Wardina terjebak terikut terbawa-bawa persoalan dari ajaran sesatnya. (rujuk pautan ini)
Sekarang Ustazah yang tidak tahu mana asal usulnya telah menyerang 11 ustaz popular:
Dengan ini saya NUR PUTERI DAYANA nak memohon maaf secara terbuka kepada saudara/tuan/encik/
AZHAR IDRUS
TM FOUZY
ABDULLAH KHAIRI
DON DANIYAL
SHARHAN SYAFIE
ZAINUL ASRI
ABU SYAFIQ
ZAMIHAN AL GHARI
HISHAM KABBANI
NAZRUL NASIR
SYAMSUL ZAMAN
TM FOUZY
ABDULLAH KHAIRI
DON DANIYAL
SHARHAN SYAFIE
ZAINUL ASRI
ABU SYAFIQ
ZAMIHAN AL GHARI
HISHAM KABBANI
NAZRUL NASIR
SYAMSUL ZAMAN
Kerana saya tidak boleh menerima hujah2 antum yang tidak mempunyai nas dan dalil yang sekadar menyatakan kata para ULAMA,IJMAK ulama,Jumhur
ULAMA,ada dalam kitab,tanpa menyebutkan kitab apa,ulama mana dan yang paling penting Quran dan Sunnah tidakpun disebutkan apabila berbicara hal melibatkan agama islam.Qala Allah wa Qala Rasul itu penting dan ulama sekalipun wajib datangkan firman Allah dan sabda nabi s.a.w...
Saya juga MEMOHON maaf kerana sy secara PERIBADI tidak MELETAKKAN TITLE ULAMA & USTAZ pada antum.Ini peribadi saya...Yang lain silakan saja jika ingin memanggil demikian itu hak anda semua.Pada saya title ini tidak penting...Yang penting adalah hujah.Sy tidak melihat pun pada TITLE...Sekalipun Mohd Hairi NonchiHafiz Firdaus Abdullah itu tiada title ustaz sekalipun namun hujah2 mereka jauh meninggalkan golongan2 USTAZ yang tidak berhujahkan Al Quran & Sunnah... (petikan dari FB Nur Puteri Dayana)
Inilah yang buat PPM hairan camna wanita ini boleh pengaruh orang yang sehebat Wardina?
Video Amanat Allahyarham Datuk Aziz Sattar Dalam Kenangan Mengusik JIwa Upin Dan Ipin
Terasa sebak hati atas kehilangan 3 lagenda Bujang Lapuk tetapi itulah adat manusia dan kehendak Ilahi. Walaupun mereka telah tiada tetapi inilah lagenda yang mekar dihati. Pernahkah kita melihat mana-mana pelakon di malaysia berjaya menandingi mereka?
Di antara mereka bertiga hanya dua watak ini berjaya memerhatikan dengan mata sendiri bagaimana generasi baru menghargai hasil seni mereka.
"Aziz : Sudin, rumah yang kau cakap dulu tu dah ada orang tinggal belum?
Sudin : Rumah yang mana tu..Oooo.. rumah yang itu masih kosong lagi, kalau kita apply dapatlah
Aziz : Bagus juga ya, berapa bilik ada Din?
Sudin : Yang aku tengok ada tiga bilik masih kosong
Aziz : Bagus ya Din tiga bilik, boleh kita seorang satu. Berapa besar agak-agaknya bilik tu?
Sudin : Besar tak berapa besar. Kalau tak silap aku, tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, tujuh kaki dalam
Aziz : Besar juga ya tu tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, ada dalam lagi ya...... Eh itu kubur! Tempat kau nak mampus, bahalol!"
Dan ini dua video yang terkandung di antara salah satunya amanat Datuk Aziz Sattar.. Al Fatihah.
#PemilihanPKR "Lantak Kau Oranglah Berperang Rebut Kuasa" @AnwarIbrahim
'Ribut' yang melanda pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini jelas menunjukkan betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin hebat yang kononnya mampu 'menyelamatkan' Malaysia seperti dicanang penyokongnya selama ini.
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon berkata, kelemahan Anwar terbukti setelah perkara itu masih gagal diatasi biarpun pergaduhan bukanlah sesuatu yang asing setiap kali berlangsungnya pemilihan parti berkenaan.
Malah saya difahamkan tahun ini keadaannya lebih teruk. Kalau sudah setiap kali pemilihan mahu bertumbuk, di mana kemampuan serta kredibiliti Anwar untuk menyelesaikannya?
Dahulu ketika PKR belum berkuasa, perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi apabila ada kuasa sedikit, masing-masing sudah hilang pertimbangan akal budi bagi merebut jawatan. Jadi, bagaimana mereka mahu diharapkan untuk menjaga negara?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Proses pemilihan PKR di seluruh negara baru-baru ini kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu mengadakan pengundian semula termasuk di Cabang Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Tenom, Sabah.
Kejadian itu memberi tamparan hebat kepada pemimpin parti berkenaan yang selama ini sering mempertikai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain kerap kali mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran kononnya PKR adalah parti yang bersih dan demokratik.
Abdul Ghani menambah, beliau juga pelik dengan sikap segelintir ahli PKR yang seakan-akan dicucuk hidung untuk terus menyokong PKR sekali pun menyedari segala kepincangan dan penipuan dilakukan pemimpin atasan dalam menempatkan orang masing-masing di kedudukan tertentu.
Sudah berapa kali pemilihan, anda dapat lihat Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kepincangan dan penipuan yang berlaku. Tetapi di mana kedudukannya sekarang?
Tetapi mereka masih menyokong PKR. Tidakkah mereka nampak bahawa pemilihan ini membuktikan PKR hanya membentuk keadilan untuk Anwar dan bukannya keadilan umum seperti didakwa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Antipenyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, jika diteliti setiap laporan penipuan yang dilaporkan dalam pemilihan kali ini, ternyata ada tangan ghaib yang jijik cuba untuk menipu bagi memastikan individu tertentu mendapat tempat di dalam parti.
Anwar tidak perlulah lagi bercakap tentang prinsip demokrasi. Beliau ternyata gagal dalam mendemokrasikan partinya sendiri sehingga menyebabkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal memberi alasan yang matang berhubung kekecohan tersebut.
Ramai rakan yang masih di dalam PKR mendakwa pemilihan ini tidak sah kerana diselubungi penipuan. Soalnya, mahukah PKR mengadakan pengundian semula bagi membuktikan mereka benar-benar telus? Saya yakin tidak," katanya. Sumber Penulisan
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon berkata, kelemahan Anwar terbukti setelah perkara itu masih gagal diatasi biarpun pergaduhan bukanlah sesuatu yang asing setiap kali berlangsungnya pemilihan parti berkenaan.
Malah saya difahamkan tahun ini keadaannya lebih teruk. Kalau sudah setiap kali pemilihan mahu bertumbuk, di mana kemampuan serta kredibiliti Anwar untuk menyelesaikannya?
Dahulu ketika PKR belum berkuasa, perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi apabila ada kuasa sedikit, masing-masing sudah hilang pertimbangan akal budi bagi merebut jawatan. Jadi, bagaimana mereka mahu diharapkan untuk menjaga negara?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Proses pemilihan PKR di seluruh negara baru-baru ini kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu mengadakan pengundian semula termasuk di Cabang Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Tenom, Sabah.
Kejadian itu memberi tamparan hebat kepada pemimpin parti berkenaan yang selama ini sering mempertikai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain kerap kali mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran kononnya PKR adalah parti yang bersih dan demokratik.
Abdul Ghani menambah, beliau juga pelik dengan sikap segelintir ahli PKR yang seakan-akan dicucuk hidung untuk terus menyokong PKR sekali pun menyedari segala kepincangan dan penipuan dilakukan pemimpin atasan dalam menempatkan orang masing-masing di kedudukan tertentu.
Sudah berapa kali pemilihan, anda dapat lihat Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kepincangan dan penipuan yang berlaku. Tetapi di mana kedudukannya sekarang?
Tetapi mereka masih menyokong PKR. Tidakkah mereka nampak bahawa pemilihan ini membuktikan PKR hanya membentuk keadilan untuk Anwar dan bukannya keadilan umum seperti didakwa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Antipenyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, jika diteliti setiap laporan penipuan yang dilaporkan dalam pemilihan kali ini, ternyata ada tangan ghaib yang jijik cuba untuk menipu bagi memastikan individu tertentu mendapat tempat di dalam parti.
Anwar tidak perlulah lagi bercakap tentang prinsip demokrasi. Beliau ternyata gagal dalam mendemokrasikan partinya sendiri sehingga menyebabkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal memberi alasan yang matang berhubung kekecohan tersebut.
Ramai rakan yang masih di dalam PKR mendakwa pemilihan ini tidak sah kerana diselubungi penipuan. Soalnya, mahukah PKR mengadakan pengundian semula bagi membuktikan mereka benar-benar telus? Saya yakin tidak," katanya. Sumber Penulisan
**PPM ada tak Anwar tampil menjawap? Uhh ada Anwar ada kot, iaitu "Lantak kau orang lah" tetapi sekadar dalam hati je kot, sebab itu dia buat bodoh je pasal isu ini. Janji bila diarah turun demo perjatuhkan kerajaan semua pakat turun. Inilah cara Anwar membela pra samseng PKR..
Tuesday, 6 May 2014
Senarai Barang Disahkan Tidak Halal Menjadi Pilihan Orang Islam
Kesemua barang makanan di dalam gambar di atas mengandungi lemak babi. Kenapa pakatan haram mendiamkan diri bila makanan dipenuhi dengan babi. Barangan ini juga yang terlaris dibeli oleh pengguna Islam.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.Terdapat peniaga cina dengan sengaja meletakkan tanda halal pada barangan yang disahkan mengandungi lemak babi.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
Di atas ini adalah barang-barang keluaran narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebarkan info ini kepada umat islam yg lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/
Di petik dari sumber penulis
**PPM Note: PPM mula2 terasa terkejut juga tetapi memandangkan laici tu selalu digunakan para peniaga kita menyebabkan ppm jadi was-was. Bila was-was kita patut hindarkan. Oleh kerana ini melibatkan boleh menjadi isi badan umat islam PPM bertindak menyebarkan demi kebaikan semua. Hindarkan sesuatu yang was-was demi kebaikan bersama.. terima kasih
Exco Selangor Bandingkan Projek Penstrukturan Air Kerajaan Selangor Lebih Baik Dari Langat 2
Ini adalah amalan biasa dalam Kerajaan Selangor kalau buat silap mana pernah hendak mengaku salah punya. Yang peliknya mereka duduk pelekehkan Projek Langat 2, adakah projek yang hebat sangat Kerajaan Selangor buat untuk menstrukturkan semula air Selangor? Adakah mereka berjaya menyelamatkan Selangaor dari krisis air?
Kalau dah buat silap cuba akui sedikit...
Kalau dah buat silap cuba akui sedikit...
Terkini 7 Gambar Serangan Bom Balai Polis Dan Perumahan Awam Menggegarkan Hat Yai Thailand
Dua letupan bom menggegarkan bandar Hat Yai, kira-kira 45 kilometer dari Bukit Kayu Hitam, dekat sini petang ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan cedera.
Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan membabitkan rakyat Malaysia setakat ini.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.55 petang waktu Malaysia membabitkan dua lokasi iaitu di hadapan kedai 7Eleven, Polpichai Road dan kawasan perumahan polis bertentangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Hat Yai.
Jurucakap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.
Pada 22 Disember lalu, sebanyak 24 orang dilaporkan cedera dalam salah satu daripada empat kejadian letupan bom yang menggegarkan bandar sempadan Danok dan Padang Besar, dekat Bukit Kayu Hitam.
Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia cedera dalam insiden letupan di kedua-dua bandar kecil yang popular dengan pelancong itu. UtusanMalaysia
Monday, 5 May 2014
Sudahlah #Hudud 2 Dekad PAS Dibutakan DAP Tetapi Masih Juga Mahu Pekak Tulikan
Sebaik selesai berbincang dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengenai hudud minggu lalu, pemimpin DAP yang hadir memberi amaran. Ada yang berkata isu itu boleh menggugat kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang, malah ada yang menyarankan PAS keluar. Yang lain terus menyerang.
Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menganggap PAS ‘bermimpi di siang hari,’ manakala Gobind Singh bertegas akan meneruskan legasi bapanya, Karpal Singh menentang hudud. Lim Guan Eng pula menempelak Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kepemimpinan pakatan sudah capai kesepakatan berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan. Tegasnya, Presiden PAS tidak bercakap benar.
DAP menganggap PAS bagai lalang – kejap mahu hudud, kejap ketepi, sekarang nak pula. Guan Eng menganggap isu hudud adalah ‘perangkap UMNO,’ justeru mahu PAS tumpu memperjuangkan ‘negara berkebajikan,’ bukan ‘negara Islam’ dengan hududnya. Dia tahu tindakan PAS itu menjejaskan sokongan pengundi kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, terutama di kawasan bukan Melayu. Bapanya, Lim Kit Siang meramalkan pakatan mungkin kehilangan 20 peratus undi bukan Melayu jika PAS meneruskan tindakannya.
PKR lebih berpihak kepada DAP. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan beliau dan pemimpin DAP. Katanya, hudud bukan agenda pembangkang.
Ahmad dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah nampak bertegas, tetapi ada pemimpin PAS yang masih mengharapkan sokongan DAP walaupun penentangannya cukup jelas, konsisten dan muktamad. Mereka bernostalgia mengharapkan DAP akan faham dan akhirnya yakin dengan keadilan dan kebaikan hudud.
Soalnya, berapa lama masa PAS perlu untuk memahamkan DAP? Dua puluh tahun tak cukup? Atau memang PAS gagal? Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui dua dekad berkawan dengan DAP tapi tidak sempat memberi penjelasan mengenai hudud kepada Karpal Singh. Nasi sudah jadi bubur, menyesal pun tidak berguna. Masa yang ada diguna untuk berpolitik semata-mata, manakala elemen dakwah sangat kurang. DAP tetap dengan sikap rasis-cauvinis, prinsip negara sekular dan konsep Malaysian Malaysia.
Hudud isu pilihan raya
Lagipun, sejarah menunjukkan PAS ungkit isu hudud hanya apabila menjelang pilihan raya atau apabila sokongan menurun. PAS tidak konsisten dalam soal ini. Pentadbiran dan pelaksanaan hukum Islam ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004) tidak sama dengan kerajaan PAS Kelantan.
Apabila memang di Kedah pada tahun 2008, kerajaan PAS tidak bersedia meluluskan enakmen untuk melaksanakan hudud di negeri itu, manakala PAS Selangor sudah buat ketetapan tidak mahu laksana hudud. Ramai pengundi Melayu-Islam kecewa PAS mengkhianati perjuangan sendiri ekoran tahaluf siyasi dengan DAP. Akibatnya, PAS kalah di banyak kawasan majoriti Melayu terutama di luar bandar pada pilihan raya lalu. Mutakhir tindakan PAS dilihat sebagai langkah terdesak untuk mengembalikan sokongan orang Melayu-Islam dalam pilihan raya akan datang.
Cuba pengaruhi ahli BN bukan Islam
Ahli Parlimen DAP, (38 orang) sedang mempengaruhi 46 Ahli Parlimen BN bukan Islam untuk menyekat hasrat PAS. Namun, berdasarkan bilangan Ahli Parlimen Islam di Dewan Rakyat (PAS 21, PKR 16, BN 97), rang undang-undang hudud boleh diluluskan dengan majoriti mudah.
Pun begitu, matlamat melaksanakan hudud di Kelantan pada Januari tahun 2015 berdepan jalan sukar. Kemungkinan besar PAS diseret ke mahkamah dan boleh memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. Ia dijangka membawa impak besar terhadap pakatan dan BN.
Jika PAS tidak tertekan keluar pakatan, mungkin DAP dan PKR yang akan keluar tinggalkan PAS. UMNO pula terpaksa berdepan dengan parti komponen yang menentang pelaksanaan hudud yang menganggap melanggar Perlembagaan Persekutuan dan boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Penubuhan jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan juga bermakna masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum hudud menjadi realiti di Kelantan. Banyak persoalan dibangkitkan orang ramai perlukan penjelasan.
Misalnya, bagi orang Islam dan bukan Islam yang bersabit kesalahan yang sama, undang-undang mana dipakai - sivil atau hudud? Adakah gadis bukan Islam dirogol lelaki Muslim perlu sediakan empat saksi juga? Jika tiada saksi, adakah perogol itu terlepas?
Bolehkah hudud dikenakan ke atas Muslimin dari negeri lain yang melakukan jenayah di Kelantan tapi lari ke negeri lain? Jika mencuri 20 tin sardin bolehkan dihukum potong tangan? Bagaimana dengan pencuri jutaan ringgit menggunakan internet? Apakah hukum hudud juga dikenakan kepada penjenayah kolar putih?
Pendek kata, PAS kena buat sesi penerangan secara meluas, intensif dan berterusan. Bukan kepada pemimpin politik sahaja, lebih penting kepada rakyat jelata – yang beragama Islam dan bukan Islam – sehingga rakyat puas hati dan boleh menerima.
Jika Dewan Himpunan Penyokong PAS tolak hudud, apa lagi pihak di luar PAS. Ini agenda PAS, jadi ia tidak boleh lepaskan tanggungjawab kepada pihak lain. Kalau boleh, buat ceramah merata tempat di seluruh negara setiap malam pada musim pilihan raya, takkan tak boleh untuk menjelaskan hudud. Ini lebih mendesak dan penting daripada ceramah pasal GST atau ceramah kutuk orang lain tidak tentu pasal.
Kredit to BritaHarian - Tajuk & Sumber Asal
Dua dekad belum cukup yakinkan DAP sokong hudud
Video @AnwarIbrahim Seluruh Negara Cawangan PKR Berperang Ketika Pemilihan @Ambiga_S
Ambiga bakal ambi tidakan untuk mendesak membersihkan keseluruhan cawangan PKR yang dipenuhi dengan noda-noda rahsuah, penipuan, pengundi hantu.
Inilah silapnya Anwar, gagal hendak pekenalkan dakwat kekal untuk pemilihan PKR.
Buktinya ada cawangan di Sabah pengundi ramai pengundi lebih ketas undi daripada pengundi berdaftar.
Sebab apa sebab semuanya hasil didikan Penyangak Macam Anwar Ibrahim... Apa hendak dihairankan..
Inilah silapnya Anwar, gagal hendak pekenalkan dakwat kekal untuk pemilihan PKR.
Buktinya ada cawangan di Sabah pengundi ramai pengundi lebih ketas undi daripada pengundi berdaftar.
Di Nibung Tebal, Bukit Raja dan Sungai Petani boleh tonton video ini.
167 Pengundi Hantu Ditangkap Di Sungai Nibung Dalam Pemilihanan PKR
Yang ini memang kes naya betul. Sebetulnya memang dah dapat tangkap 167 pengundi hantu, terang-terang bukti menjelma depan mata. Kisahnya
Pemilihan cabang PKR Nibong Tebal - Bila kira undi ada 838 berbanding 671 undi perwakilan berdaftar.
Pemilihan cabang PKR Nibong Tebal - Bila kira undi ada 838 berbanding 671 undi perwakilan berdaftar.
Persoalannya mana datangnya -lebihlebihan ini?
Pengundi hantu?
Banglasia?
Ish mustahil betul... Tapi bukti dah ada yang extra 167 undi siapa yang duduk buat khianat dalam diam ini. Tetapi apalah hendak dihairankan kerana ini asam garam dalam PKR sentiasa menghalalkan cerita-cerita camni sebab Big Boss dia dulu boleh naik cepat dalam UMNO sebab cekap pijak tendang kepala orang lain.. bukan?
Cerita menjadi perang besar antara dua puak masing-masing pertahankan mereka yang paling betul. Puak Mansor Othman mengamuk tak puas hati. Paling sempoi mula adengan baling meja kerusi. Lebih dramatik bila berlaku blackout pulak dah. Akhirnya semuanya batal.
Skrip drama dari anaka buah raja drama Pakatan Rakyat. Termasuklah DAP yang CEC samapai sekarang tidak di iktiraf.. Itu belum campu apa yang berlaku di dalam video ini
Sunday, 4 May 2014
Dahsyat 2,100 penduduk 'ditelan' bumi
Satu kejadian yang menggemparkan kita, apabila 2100 penduduk dalam sekelip mata ditelan bumi! Kita mungkin bernasib baik tetapi apa yang berlaku ini, boleh berlaku dimana-mana sahaja atas kehendaknya apatah dunia sekarang paling sukar diramalkan.
sumber BH 4/5/2014- Polis Afghanistan dan penduduk kampung memulakan usaha bahaya mencari sekurang- kurangnya 2,100 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di wilayah pergunungan terpencil di timur laut negara itu, ketika kebimbangan kaki bukit yang tidak stabil mungkin runtuh lagi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurangkurangnya 350 maut tetapi pegawai bimbang angka mungkin meningkat mendadak kerana kampung di wilayah Badakhshan, bersempadan dengan Tajikistan, ditimbus lumpur sehingga setinggi 100 meter.
Mula pencarian
Penduduk kampung dan berpuluhpuluh anggota polis, dilengkapi dengan cuma peralatan menggali asas, memulakan pencarian sebaik hari cerah semalam.
“Penduduk dari daerah sekitar Badakhshan dan Takhar bergegas ke kawasan berkenaan untuk membantu usaha pencarian.
Setakat hari ini, tiada mayat ditemui,” kata timbalan ketua polis Badakshan, Kolonel Abdul Qadeer Sayad.
Beratus-ratus pondok musnah kelmarin apabila dua kejadian tanah runtuh, berpunca daripada hujan lebat, melanda kampung Argo.
Ada juga kebimbangan sebahagian lagi kawasan kaki gunung akan runtuh ketika penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus.
sumber BH 4/5/2014- Polis Afghanistan dan penduduk kampung memulakan usaha bahaya mencari sekurang- kurangnya 2,100 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di wilayah pergunungan terpencil di timur laut negara itu, ketika kebimbangan kaki bukit yang tidak stabil mungkin runtuh lagi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurangkurangnya 350 maut tetapi pegawai bimbang angka mungkin meningkat mendadak kerana kampung di wilayah Badakhshan, bersempadan dengan Tajikistan, ditimbus lumpur sehingga setinggi 100 meter.
Mula pencarian
Penduduk kampung dan berpuluhpuluh anggota polis, dilengkapi dengan cuma peralatan menggali asas, memulakan pencarian sebaik hari cerah semalam.
“Penduduk dari daerah sekitar Badakhshan dan Takhar bergegas ke kawasan berkenaan untuk membantu usaha pencarian.
Setakat hari ini, tiada mayat ditemui,” kata timbalan ketua polis Badakshan, Kolonel Abdul Qadeer Sayad.
Beratus-ratus pondok musnah kelmarin apabila dua kejadian tanah runtuh, berpunca daripada hujan lebat, melanda kampung Argo.
Ada juga kebimbangan sebahagian lagi kawasan kaki gunung akan runtuh ketika penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus.
@CmLimGuanEng Tuduh Haji Abdul Hadi Menipu #Hudud
Siapa sebenarnya yang betul antara mereka berdua ini? Cuba Lihat kenyataan Lim Guan Eng
Jadi siapa yang sebenarnya betul dalam isu ini?
Adakah Haji Hadi seorang yang bijak berpura-pura?
DAP tidak pernah bersetuju dengan langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan, sebelum atau selepas Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada tahun 2008.
Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.
"Ini adalah pertama kali saya dengar DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan oleh PAS.
Pimpinan tertinggi DAP, sama ada Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh tidak akan bersetuju kerana ia bertentangan dengan perlembangan," katanya.
"Abdul Hadi telah melakukan kesilapan dan mengeluarkan kenyataan yang salah," katanya dalam satu kenyataan di George Town, Ahad.
Abdul Hadi dilaporkan berkata Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan niat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Lim berkata PR terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Kadilan Rakyat dan ia beroperasi berdasarkan konsep kesepakatan daripada ketiga-tiga parti itu.
--BERNAMA
Adakah Haji Hadi seorang yang bijak berpura-pura?