Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 7 August 2014

Nasrudin Hassan Bongkar Skandal Telur Berat Sebelah PKR #KajangMove

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap mengamalkan dasar berat sebelah apabila menjadikan isu pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) sebagai alasan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PKR dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) seharusnya turut mengecam tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Tambah beliau, lebih malang projek yang dibiayai sendiri kerajaan Pulau Pinang itu dianugerahkan kepada syarikat Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

“Saya pelik kenapa Tan Sri Khalid dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

“Kerajaan Pulau Pinang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun kenapa rundingan terus? Namun tindakan Guan Eng ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana Tan Sri Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu timbul sehari selepas PKR membentangkan ‘lima dalil’ bagi menyokong keputusan parti itu untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain isu Kidex, pendedahan utama berhubung dakwaan salah laku Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut serta menimbulkan ‘keraguan munasabah’.

Selain itu menerusi kenyataannya bagi mempertahankan Abdul Khalid, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh sekali lagi membandingkan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor.

“2014 adalah tahun ke enam kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 juta.

“Apakah agaknya yang difikirkan Guan Eng sehingga berani berbelanja besar (projek terowong) dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap Guan Eng ini?” katanya.

Wednesday 6 August 2014

#KajangMove Apahal @RafiziRamli Tiba-tiba diperbodohkan Mustafa Ali

Dalam kalang-kelibut Dr Xavier Jeyakumar menyelar usaha PAS yang antaranya melibatkan Nasruddin Hassan melancarkan gerakan mempertahankan Khalid. "Kenapa orang luar Selangor nak masuk campur hal Selangor baca sini dan Rafizi sedap-sedap mengwar-warkan DUN bakal terbubar jika Khalid gagal berundur. Datang pula suara Mustafa Ali memperbodohkan isu PRU13????
Anda faham tak maksudnya? Baca dibawah ini:

PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.

Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu.

"Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno.

"Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya.

Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan."

Pakatan berjaya mendapat sokongan undi popular dalam PRU13 tetapi gagal berkuasa di Putrajaya apabila BN melalui Umno menang banyak kerusi di luar bandar iaitu di kalangan undi Melayu. – 6 Ogos, 2014.

Sidang Media Sokong @DrWanAzizah Kecoh Haru Biru



Sidang media PKR Selangor yang sepatutnya dibuat untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menjadi kelam-kabut apabila kenyataan media bertulis dengan mesej lain, turut diedarkan di majlis itu.


Sidang yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin itu menyatakan semua ADUN, anggota Parlimen dan ketua cabang negeri, kecuali Pengerusinya Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyokong sepenuhnya keputusan parti itu.



Kenyataan media yang diedarkan semasa sidang media berlangsung pula menyatakan "Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Selangor", mencadangkan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Khalid.



"Itu bukan kenyataan kita. Kenyataan rasmi kita seperti yang saya katakan di sidang media tadi," kata Zuraida ketika dikerumuni wartawan yang mahukan penjelasan perkara itu.



Zuraida dan beberapa lagi pemimpin negeri berkata perkara itu mungkin perbuatan "sabotaj" oleh pihak tertentu.


Ketika sidang media hampir berakhir, media menerima kenyataan kedua yang didakwa palsu itu dari bahagian belakang dewan sidang media.

Selepas diberitahu media bahawa kenyataan media yang diterima berlainan, Zuraida menyatakan beliau tidak tahu menahu dan mendesak pihak yang bertanggungjawab until tampil memberi penjelasan.

"Siapa yang edarkan sila tampil beri penjelasan," tegas Zuraida apabila suasana memuncak.

Ketika kelam-kebut itu berlaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Yahya Saari mengeluarkan kenyataan mendakwa mungkin pihak "wartawan yang mengedarkan kenyataan media" kontroversi itu.

Bagaimanapun selepas dibantah keras oleh pihak media yang hadir beliau meminta maaf dan menarik kenyataan itu.

"Kita akan tengok CCTV selepas ini," kata beliau.

Azmin berkecuali

Sementara itu Zuraida menyatakan pihak beliau tidak memasukkan Azmin sebagai menyokong pencalonan Azizah kerana penyandang timbalan presiden parti itu mengambil sikap berkecuali.

"Dalam kenyataan media ini kita tidak meletakkan Cabang Gombak (Azmin) kerana kita percaya beliau sebagai timbalan presiden berhak membuat kenyataannya sendiri.

"Dalam masa sama, Azmin masih belum selesai menghadapi pemilihan jawatan dalam parti," kata beliau.

Kenyataan itu disokong 36 pimpinan parti iaitu 18 ketua cabang, enam ahli Parlimen dan 12 ADUN kecuali Khalid dan Azmin.

Xavier: Orang luar jangan campur

Sementara itu ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar menyelar usaha PAS yang antaranya melibatkan Nasruddin Hassan melancarkan gerakan mempertahankan Khalid.

"Kenapa orang luar Selangor nak masuk campur hal Selangor.

"Saya nak beritahu PAS apabila menteri besar Kedah dipilih ia di bawah kuasa PAS. Di Pulau Pinang itu kuasa DAP, begitu juga Kelantan milik PAS. Di Selangor kita dah ada persetujuan di peringkat pakatan bahawa jawatan MB milik PKR.

"Jadi biar PKR yang buat keputusan siapa yang jadi MB Selangor. Saya harap ia akan terus diikuti pada masa akan datang juga," kata beliau.

#PPM Note nampaknya dah makin hampir tarikh luput Anwar dan PKR.

Gobind Singh Deo Sibuk Pejuang #Justice4TeohBengHock Tetapi Abaikan #Justice4CSelvam Sebelum Pembicaraan

Tidak henti-henti Gobind Singh memperhidupkan semangat pejuangkan kematian Teoh Beng Hock

Menurut Ketua Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo berkata, tindakan itu menggambarkan kecacatan demokrasi di negara ini apabila cuba menyekat dan membungkam kritikan awam.

“Kita sepatutnya menerima hakikat bahawa negara ini sedang bergerak ke hadapan dari sudut perbincangan awam. Tidak ada yang salah dalam perbezaan pandangan dan pendapat.
Tetapi perhatikanlah bagaimana keluarganya menghukum C Selvam sebelum hari pembicaraan.

Salah siapakah sebenarnya?

Cuba kita fikirkan kenapa seorang MAID boleh diarah memandu kereta tersebut hingga menyebabkan kemalangan? 
Sedangkan pemandu pribadi Mendiang Karpal turut ada dimasa itu. Ini semua perlu dibicarakan dengan sebaik-baiknya tetapi apa yang kita nampak keluarga Mendiang Karpal seluruhnya menghukum C Selvam sebelum tiba hari pembicaraan.

Apa mahal sangatkah untuk memberlanjakan RM5000 untuk menjamin C Selvam keluar dari lokap sebagai menghormati jasanya sebagai MAID yang setia bersama karpal walaupun apa jua cuaca dan tekanan yang mendatang.

Ini cara Gobind hendak berhujah soal kemanusiaan atau soal keadilan Teoh beng hock sedangkan mereka dan sekeluarganya sehingga seluruh penyagak DAP tidak dapat memahami erti keadilan kepada C Selvam.

Yang paling pelik mana hilangnya pejuang tegar penjenayah tu? kenapa N Surendran tidak tampil membantu C Selvam yang terainaya ini?

Nampak sangat DAP penyangak je lebih....

Akhirnya Datuk Huan juga datang tampil membantu C Selvam dari jamin keluar lokap, beri belanja dan sediakan peguam untuk menghadapi pembicaraan. Ini soal kemanusiaan yang tidak wujud dalam DAP


Dasar Keturunan Penipu Laki-bini @AnwarIbrahim @DrWanAzizah makin ketara menonjol #KajangMove



Tidakkah kita nampak permainan kotor keluarga anak beranak Anwar Ibrahim ini?

Krisis dalaman PKR dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya semakin parah, serius dan tidak akan ada jalan penyelesaian.

Beberapa pemerhati politik berpendapat kemelut itu akan terus berpanjangan walaupun menteri besar negeri itu ditukar dengan calon kegemaran parti itu.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana kemelut yang melanda adalah berpunca kerakusan pemimpin parti itu melunaskan kepentingan politik peribadi.

"Sebelum ini krisis sudah berlaku di mana Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali selaku timbalan presiden parti kuat melobi untuk menjadi menteri besar, konflik yang tercetus bukan sahaja melibatkan Abdul Khalid dan Mohamed Azmin tetapi melibatkan dua kem yang menyokong kedua-dua mereka.

"Mohamed Azmin dilihat lebih berpihak kepada ketua pembangkang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Abdul Khalid ketika itu rapat dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicanang bakal menggantikan Abdul Khalid.

"Dr Wan Azizah dilihat berusaha untuk berkompromi dengan Abdul Khalid, tetapi apakah kem Mohamed Azmin akan berdiam diri apabila nama Dr Wan Azizah dicadangkan sebagai menteri besar yang baharu? Saya rasa tidak kerana Mohamed Azmin ada misi dan akan guna pelbagai strategi untuk menjadi menteri besar,"

Dalam mesyuarat khas pada 21 Julai lalu pula, MPP sebulat suara memutuskan Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

"Bagaimanapun, Abdul Khalid pada 22 Julai lalu secara terang-terangan mengingkari keputusan ini dengan membuat kenyataan media bahawa beliau enggan meletak jawatan.

Lebih haru-biru lagi ulama PAS dan akar umbi PAS telah mengadakan solat hajat untuk mendoakan kejayaan Khalid Ibrahim tetapi sedar tidak Anwar Ibrahim yang mereka telah di tolak oleh orang-orang PAS sendiri? Bila agak-agaknya Anwar mahu bertaubat dan sedar Allah tidak mengizinkan langkahnya?


Tuesday 5 August 2014

#KajangMove Ulama PAS Sembahyang Hajat Doakan @Khalid_Ibrahim tolak @DrWanAzizah Abislah @AnwarIbrahim

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ulama PAS akan mengadakan solat hajat perdana pada Khamis agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan walaupun PKR menghantar surat tunjuk sebab kepadanya kerana enggan berundur sebagai menteri besar Selangor.

Solat hajat perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Ustaz dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor akan diadakan pada 7 Ogos di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam memohon supaya Khalid terus dikekalkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri.

"Kita akan berdoa supaya tidak berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memohon supaya keputusan PAS (Pusat) berpihak kepada (ketetapan) tuan guru Presiden," kata Presiden Geng Ustaz Norazli Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Norazli berkata, antara pemimpin yang akan hadir adalah Khalid, Pengarah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, dan beberapa pemimpin lain.

"Kita sekarang tengah menunggu pengesahan daripada (Timbalan Mursyidul Am PAS) Ustaz (Datuk Dr) Haron Din untuk mengimamkan solat hajat," katanya.

Katanya, program bermula pada pukul 6.30 petang berbuka puasa dan solat maghrib, kemudiannya bacaan surah Yasin, solat Isyak, solat hajat dan diakhiri dengan ucapan pemimpin.

"Program ini terbuka dan orang ramai boleh datang seramai mungkin memenuhi ruang dewan untuk sembahyang bersama," katanya.

Selain itu, katanya program solat hajat juga dibuat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak bulan lalu dan mengorbankan lebih 1,000 nyawa.

Hadi pada 25 Julai lalu tidak bersetuju dengan alasan PKR dan DAP yang mahu menyingkirkan Khalid kerana tokoh korporat itu tidak pernah dibuktikan berlaku khianat dalam menjalankan amanah rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza," katanya.

Pendirian Hadi itu menyebbakan beliau 'diserang' pemimpin Pakatan Rakyat dan parti itu sendiri sehingga mendorong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan balas.

Nik Aziz dua hari kemudiannya mempertahankan Hadi yang mahu isu kelemahan pentadbiran Khalid diselesaikan dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat sebelum membincangkan isu calon pengganti.

"Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Khalid ingin digugurkan dari jawatan menteri besar," katanya.

Beliau turut menegur ahli PAS supaya meletakkan keutamaan ketaatan kepada pendirian presiden mereka.

Krisis isu menteri besar semakin parah apabila perbualan mesej WhatsApp AJK PAS Pusat didedahkan kepada umum, fokus kepada rancangan Zuhdi yang mencadangkan PAS keluar Pakatan Rakyat.

Pada masa sama bergabung dengan kerusi DUN Umno membentuk kerajaan perpaduan demi mengekalkan kedudukan Khalid dan mengembalikan semula kuasa politik Melayu-Islam melalui persempadanan semula.

Rancangan Zuhdi itu turut mendapat kecaman hebat apabila menyentuh isu sensitiviti agama bukan Islam di Selangor termasuk isu gereja dan penggunaan kalimah Allah.

Namun, Zuhdi mempertahankan kenyataannya sebagai satu analisis senario dan menganggap pihak yang membocorkan mesej itu sengaja “membangkitkan fitnah yang sedang tidur”.

PAS Pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini untuk memutuskan pendiriannya sama ada mahu menghormati hak PKR dalam isu kerusi menteri besar Selangor atau kekal dengan pendirian Hadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menghalang usaha Pemuda PAS Se‎langor walaupun tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin parti yang setuju Khalid digugurkan.

"Itu inisiatif Pemuda PAS Selaangor. Kita cuma meraikan sahaja dan akan datang solat bersama jika diizinkan," katanya‎.

Difahamkan, Dewan Pemuda Pusat juga akan mengadakan program sama di setiap kawasan masing-masing mensasarkan empat tujuan.

Antaranya “Selamatkan keadaan yaang tegang, Bersihkan parti dari anasir perosak‎, dan Perkukuhkan negeri Pakatan Rakyat'.

Selain itu, 'Teguhkan perjuangan suci dan matlamat yang murni' juga turut disasarkan melalui solat hajat perdana anjuran Lajnah Penerangan.

#Skandal sulit @Khalid_Ibrahim penyelamat nafsu serakah @AnwarIbrahim #kajangMove


Memang sudah menjadi tabiat buruk PKR dengan amalan PKR mencipta spekulasi skandal untuk menjatuhkan musuhnya dan termasuk kepada mana-mana ahli PKR yang gagal menurut kemahuan nafsu AnwarIbrahim. Cubalah Khalid Ibrahim menurut kehendak nafsu keluarga Anwar gerenti tidak timbul skandal 66juta!!

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat penerangan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).

Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar.

"Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat.

"Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah pangsa di Sungai Sering, Ukay Perdana," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Isu Terkini

get this widget here