Saturday, 15 November 2014

Video terkini #MH17 Ditembak Jet Perjuang MIG 29 UKRAINE



TERKINI: Amerika menggelupor dan Australia terpaku !!!

Panas isu MH 17 ditembak jatuh oleh Jet Pejuang MIG 29 UKRAINE

Semalam Persidangan G20 di Beijing, China sangat panas dan mengejutkan. Vladimir Putin mengejutkan persidangan dengan memberitahu kepada dunia mengapa kapal perang nuklear Russia ke Australia bukan untuk mengiringi beliau tetapi kerana mahu Tony Abbott mengaku pada umum tentang penipuan siasatan MH 370 & MH 17.

Akhirnya tadi Tv3 juga menyiarkan bahawa pesawat MH 17 bukan ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK dari darat sebaliknya ditembak oleh Jet Pejuang UKRAINE.

Di dalam sidang tersebut Vladimir Putin membawa rakaman live cctv satelite russia dan menunjukkan bagimana pesawat MH17 ditembak oleh Jet Pejuang Ukraine...Berita ini ditayangkan serentak di seluruh Russia dan kesatuan EU...Amerika dan sekutu-sekutunya paling malu pada persidangan tersebut.



Video Muslihat Sebalik Penubuhan PASUKAN PERONDA SUKARELA


Kenapa DAP bekeras dengan bersungguh untuk mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela, Apa muslihat yang terselindung di sebalik penubuhan ini? Video ini boleh menjawap kepada anda..

Wednesday, 12 November 2014

Video Puting Beliung di Kuala Sala Kedah 12/11/14

ALOR SETAR - [Dikemaskini] Sekurang-kurangnya 20 rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat sini rosak akibat dilanda puting beliung petang tadi.

Kejadian kira-kira 2.45 petang itu turut melibatkan sebuah kandang kambing.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira 3 petang dan menggerakkan anggota ke tempat kejadian.

"Kami dapati lima buah rumah rosak teruk. Tiada penduduk yang mengalami kecederaan. Cuma ada beberapa penduduk yang trauma dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Katanya akibat kejadian itu sebuah kereta jenis Proton Wira tersangkut pada sebatang pokok mangga pada ketinggian satu meter akibat diterbangkan pusaran angin itu.

Beliau berkata, 12 anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja memotong pokok yang tumbang dan membantu mangsa kejadian.

Pusaran angin yang dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit mengejutkan penduduk kampung yang ketika itu sedang beristirahat di rumah.

Difahamkan, mangsa-mangsa kejadian puting beliung itu ketika ini menumpang di rumah saudara mereka sementara menanti bantuan daripada pihak-pihak berkaitan.

Tinjauan Bernama mendapati selain Jabatan Bomba dan Penyelamat, anggota Jabatan Pertahanan Awam turut menjalankan kerja-kerja memotong pokok-pokok yang tumbang.

Kejadian hari ini merupakan kes keempat membabitkan puting beliung yang dilaporkan berlaku di Kedah dalam masa tidak sampai sebulan. - Bernama

Tuesday, 11 November 2014

Video @AnwarIbrahim Adakah Fahmi Zainol Bakal Muncul #LIwat3

Tentu ramai tertanya kenapa Fahmi Zainol bergitu teruja bekerja dengan Anwar Ibrahim walaupun terpaksa mengorbankan peluang di menara gading. Semuanya semata-mata kerana idolanya Anwar walaupun kadang kala dia sengaja mengalih cerita kononnya Tun Dr Mahathir adalah idolanya!

Jawapan yang palin tepat dia terkejarkan perkataan Public Figure seperti yang tertera di Fan Page nya. Dia percayakan Public Figure mamapu mengubah hidupnya lebih berjaya sehingga menjadi tokoh pemimpin tertinggi negara walaupun belajar sekerat jalan.



Ilmu yang paling penting dia sedaya upaya menimba ilmu meroboh pagar-pagar Universiti yang ada dan membuat spekulasi sebanyak mungkin tentang kerajaan yang sah. Inilah kisahnya sehingga dia disdiakan bantuan kewangan terbang ke Sabah untuk hasut pelajar di USM.

Semakin aktif dia begerak semakin rapat mengantikan tempat Mahasewel yang dah ramai bakal masuk penjara. Semakin hampir dia berdiri disebelah Anwar. Saiful dulu setiausaha Anwar sekarang mangsa liwat2 dan masih menunggu keputusan mahkamah kes tersebut.



Kalau Anwar keluar penjara lagi adakah Fahmi Zainol bakal mangsa Liwat3? Tapi harus diingat bukan semua yang dibuang Universiti dapat jadi pembantu khas ketua pembangkang & diberi Brioni suit bernilai RM20k.




(Video) Pengarah JPJ Lepaskan Jawatan!

Susah hendak faham bila JPJ buat operasi ikut kehendak hati tanpa memikirkan baik buruk dengan pelaksanaan penguasaan yang remeh secara melampau. 

Hasilnya JPJ selama ini dikategorikan tidak mampu kurangkan kemalangan jalan raya dan sekarang hendak buat lawak kononnya no plate adalah kaedah mengurangkan kemalangan.

Sekarang apa hasilnya!! Ada jentera bersusah payah membersihkan imej kerajaan dan sekelip mata JPJ hancurkan.

Samada Pengarah rasa dia buat secara betul atau tidak tak kiralah dari sudut undang-undang atau sudut lain. Yang pasti tindakan JPJ mendatang masalah besar malah Pengarah JPJ sendiri terpaksa mengkaji semula operasi tersebut.

Adakah ini memulihkan keadaan dan termasuklah penjelasan dibawah!! Atau sebaiknya Pengarah JPJ berundur dari jawatan supaya ada yang lebih profesional merangka strategi JPJ..... 






___________(Tonton Video Bawah)___________
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.

Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?

Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.

Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.

Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.

KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?

JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?

Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:

-tali pinggang/topi keladar -telepon bimbit -potong garisan berkembar -langgar lampu isyarat -potong garisan -lorong kecemasan -had laju 

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?

Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?

Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.

Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia




Video @CmLimGuanEng Skandal Sulit Rumah Mampu Milik Pulau Pinang

Ramai tidak sedar bagaimana Lim Guan Eng manipulasi status rumah mampu milik di Pulau Pinang hinggakan ramai yang terpedaya dengan maha penipu ini.

Yang pasti yang miskin akan tersingkir dari Pulau Pinang dan yang kaya dari bangsa Ultra Kiasu akan memanopoli Penang seperti mana yang berlaku di Singapura.Ra

Merujuk kepada kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada Khamis 6 November 2014 dan Ucapan YB Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa di Sidang DUN Pulau Pinang pada 7 November 2014.

Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang telah mengakui bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membina rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah sejak 2008 semasa menjawab soalan YB Ketua Pembangkang di Sidang DUN pada 7 November lalu. YB Exco Perumahan hanya menjelaskan Kerajaan Negeri masih dalam proses memperincikan perancangan projek perumahan Kos Rendah.

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2008, Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menumpu kepada penjualan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri.

Pada 2011, Kerajaan Negeri melalui CMI dan PDC telah menjual 102 ekar tanah kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd pada harga RM1.07 billion di mana bayaran pembelian perlu dijelaskan oleh Ivory dalam tempoh 60 bulan.

Sehingga penghujung tahun 2014, Kerajaan Negeri telah menjual seluas 785 ekar tanah di Batu Kawan kepada beberapa pemaju swasta dengan harga jualan terkumpul berjumlah RM1.636 billion. Butiran penjualan adalah seperti berikut:

Pada 12 Oktober 2013, PDC menandatangani perjanjian PDA dengan PE Land Sdn Bhd untuk tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta (RM 37.94/kps) bagi tujuan pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.

Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM483,951,600 (RM 45.34/ kps) bagi tujuan pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri.

Pada 25 Mac 2014, PDC menandatangani perjanjian penjualan tanah seluas 30 ekar dengan Paramount Corp Berhad pada harga jualan berjumlah RM65.56 juta (RM40.50/ kps untuk pembinaan kolej swasta dan RM55.00/kps untuk pembangunan bercampur).

Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran PDC untuk membeli seluas 470 ekar tanah milik PDC di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion bagi tujuan pembinaan padang dan kelab golf (150 ekar) manakala selebihnya bagi tujuan pembangunan bercampur.

Tanah-tanah milik PDC adalah tanah-tanah yang diperolehi kerajaan melalui proses pengambilan balik tanah atau tebus guna laut; kedua-duanya turut melibatkan penggunaan dana awam.

Pada 8 Februari 1991, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa itu telah mewartakan Batu Kawan Estate di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Keseluruhan tanah estet Batu Kawan seluas 5,260 ekar telah diambil balik oleh kerajaan Negeri melalui Pentadbir Tanah Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan dengan bayaran pampasan berjumlah RM53,197,974 atau bersamaan RM 8,167 seekar.

Batu Kawan Estate telah membawa kes hingga ke Mahkamah Persekutan kerana tidak bersetuju dengan bayaran pampasan yang diberikan. Namun begitu pada 2001, Batu Kawan Estate telah bersetuju untuk menerima pampasan berjumlah RM15,000 seekar (34 sen sekaki persegi) setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan bayaran pada kadar tersebut adalah berpatutan.

Adalah jelas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keuntungan besar dalam penjualan tanah yang diperoleh melalui pengambilan balik tanah kepada syarikat-syarikat pemaju swasta. Oleh kerana harga pemerolehan tanah yang tinggi, pemaju-pemaju swasta akan membina dan menawarkan rumah-rumah pada harga yang lebih tinggi untuk memastikan keuntungan operasi syarikat. Mengikut maklumat diperolehi, pemaju di Bayan Mutiara menawarkan unit apartment dengan keluasan 455 kaki persegi pada harga RM 200,000 seunit.

Kerajaan Negeri seringkali bermegah dengan peruntukan RM500 juta kepada PDC hasil penjualan tanah milik kerajaan negeri untuk Projek Rumah Mampu Milik yang sedang dirancang untuk dibina. PERDA dan JKP Sdn Bhd juga menggunakan laba dari jualan rumah untuk tujuan pemajuan rumah Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah pada masa hadapan. Sebagai agensi Persekutuan atau GLC yang terlibat dalam penyediaan perumahan untuk Bumiputera, PERDA dan JKP Sdn Bhd juga perlu memastikan kedua-dua agensi berkenaan terus berdaya maju dan berdaya saing dan mencegah dari menanggung kerugian dalam operasi.

Keuntungan RM149 juta yang sering di bangkitkan oleh YAB Ketua Menteri adalah anggaran keuntungan untuk 15 projek terkumpul. Keuntungan sebenar akan lebih kecil dari anggaran keuntungan sekarang bilamana berlaku kenaikan kos pembinaan pada masa hadapan dan pemberian diskaun kepada pembeli-pembeli. 
Adalah tidak wajar untuk membuat kesimpulan PERDA dan JKP Sdn membuat keuntungan besar melalui projek-projek yang dicadangkan berdasarkan anggaran keuntungan dan menjadikannya sebahagian alasan untuk tidak meluluskan pelan pembangunan yang di pohon. 
Jangkaan keuntungan 15 projek sebanyak RM149 juta adalah kecil dan munasabah berbanding dengan keuntungan berbilion billion ringgit melalui penjualan tanah-tanah oleh kerajaan negeri yang diperolehi dengan harga 34 sen sekaki persegi.

PERDA bersedia merombak komposisi komponen perumahan yang dicadangkan dalam permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang terdahulu untuk memenuhi kehendak Pihak Berkuasa sekiranya tidak menyebabkan kerugian kepada PERDA. Namun begitu Pihak Berkuasa negeri perlu berlaku adil kepada PERDA dengan memberi layanan yang sama dinikmati oleh pemaju-pemaju perumahan lain yang membangunkan tanah-tanah yang dibeli daripada Kerajaan Negeri.

Beberapa hari lalu, YAB Ketua Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengalami kerugian berjumlah RM800 juta dalam membina rumah-rumah Mampu Milik. 
Adalah tidak jelas bagaimana dengan membina 22,545 unit rumah Mampu Milik untuk dijual kepada rakyat Pulau Pinang kerajaan negeri akan mengalami kerugian besar tersebut. Oleh itu, YAB Ketua Menteri perlu menjelaskan dengan terperinci kerugian ini kerana ia melibatkan dana awam.

Apakah oleh kerana Kerajaan Negeri tidak mahu mengalami kerugian besar maka Kerajaan Negeri tidak membina satu unit pun Rumah Kos Rendah sejak 2008? 
Apakah kerana PERDA dan JKP Sdn Bhd berjaya merancang dan memohon kelulusan untuk membina 2447 unit rumah Kos Rendah dan hampir 3500 unit rumah Mampu Milik menyebabkan pihak Kerajaan Negeri tidak mahu melihat projek-projek agensi-agensi Kerajaan Persekutuan berjaya?

Sehingga kini PERDA, JKP, UDA dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang lain telah membina lebih 35 ribu unit rumah kos rendah,sederhana rendah,kos sederhana,mampu milik dan lain-lain. 
Untuk 5 tahun akan datang agensi-agensi Kerajaan Pusat akan membina 32 ribu unit rumah lagi, termasuk lebih 9000 unit rumah yang sedang menunggu kelulusan kerajaan negeri untuk membina sejak tahun 2012.

Terima kasih.



Kenyataan Media 

Dato' Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang 
Ahad, 9 November 2014


Sunday, 9 November 2014

Fahmi PMUM Gagal Hasut UM! Gagal USM! Gagal K.K Akhir berjaya ke Lokap #RakyatHakimNegara

Penyagak Fahmi Presiden Pelajar UM yang tak berapa bijak, pernah menjadi bendul ketum mengetuai rempuhan pagar di UM baru baru ini. Telah menempah bahqral ditahan  sejali lagidi Sabah jam 11.30 pagi tadi kerana berceramah disebuah Pasar tanpa permit.

Apa yang pasti ini semua pasal Anwar Ibrahim hingga ke tahap tunjuk hebat melampau berani mencabar kedaulatan negeri dibawah bayu sehinggalah ditahan di Balai Polis Kota Kinabalu. Baru lu tahu

Yang menariknya hajatnya untuk mempengaruhi pelajar pelajar UMS agar menyertai mereka menentang kerajaan menemui kegagalan apabila pelajar universiti tersebut langsung tidak berminat dengan aktiviti mereka sama sekali. Apa dia orang ingat orang hendak terjebak dengan kebendulan mereka.

Bila pelajar USM tak layan meraka cuba berceramah di pasar berdekatan sahaja sebelum polis tiba dan membawanya kebalai....

Paling menarik apabila kehadiran Fahmi dan rakan rakannya tidak sedikitpun dihiraukan oleh pengunjung pasar tersebut. Apa dah jadi dengan Anwar kali ini semua minyak uratnya dah tak laku?

Awas Kebangkitan Gerakan Black Bean Army lebih ganas dari Red Bean Army

Kalau Cina DAP ada Red Bean Army... ni pulak Black Bean Army.. 

Mereka lebih ganas dengan menggunakan modus oprandi yang berbentuk menghina islam.

Cara pendekatan mereka lebih dahsyat dari Red Bean Army yang selalunya berkisar sual perbezaan kaum dengan melebihi konumiti komunis. 

Tetapi Black Bean Army menyasarkan serangan kepada agama islam. Meraka melaga-lagakan agama lain untuk membenci islam di Malaysia.

Walaupun ini hanya berkisar tentang agama islam. Para sahabat BN lain tidak boleh turut terbabit dengan kejahatan Black Bean Army yang cuba memecah belah perpaduan di Malaysia selama ini.

Yang pasti gerakan ini dikaitkan dengan kaum india dan amat jelas ada pihak cuba melaga-laga antara melayu dengan india setelah Red Bean Army cuba melaga-lagakan cina dengan melayu.

Dengan itu cukup lengkaplah gerakan biaDap yang cuba melaga-lagakan melayu dengan cina, india dan borneo. Maka jelaslah modus operandi hasil tunjuk ajar pakar Israel ini cukup hebat untuk menjatuhkan Malaysia di bawah tangan komunis seperti Singapura. Iayalah apa tidaknya Israel dijanjikan Port Dickson sebagai kem tentera Israel di Asia. Kalau puak komunis ini menjadi Perdana Menteri.

Ayuh kawan-kawan tolong pastikan kebiadapan ini dilenyapkan.