Saturday, 14 February 2015

Video Terhenti Ucapan Najib Bila Terima Berita Permergian TG Nik Aziz

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berhenti berucap sebaik menerima berita kematian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi.

Beliau yang ketika itu menyampaikan ucapan bersempena dengan Program Kolej Teknologi YPC di Kuala Lumpur kelihatan sebak dan hiba.

Beliau seterusnya dilaporkan meminta hadirin bersama-sama membacakan surah al-Fatihah buat Allahyarham.

Terdahulu, Mursyidul Am Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 12/02/2015.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga








Wednesday, 11 February 2015

Siapa yang Sabotaj Anwar Sebenarnya Hingga Bersalah #Liwat2

Drama 7 tahun Liwat 2 telah capai kemuncak keputusannya hingga Anwar masuk sungai buluh.

Sebenarnya Anwar menunjukan dia sengaja mencari jalan maut yang boleh memenjaranya disebalik sangkar besi.

70 kali penangguhan dalam 7 tahun menunjukan Anwar diberi masa yang panjang untuk perbetulkan cara dia membela diri.

Apa kata apa sahaja telatah Anwar semua nya dituruti dengan sabar yang kadang-kadang tidak adil kepada yang menuduh

Tetapi kenapa Wan Azizah perlu menagis tanpa mempersoal kegagalan 15 pakar undang-undang Anwar yang sengaja sabotaj atau gagal menasihati Anwar dari memilih strategi yang salah. Baca di bawah:



Tuesday, 10 February 2015

Video- Panas Adun PKR Ditangkap & Penyokong Mengamuk #Liwat2 #LiwatTetapLiwat

Hari ini hari yang paling ceria di Malaysia tetapi hari kegelapan buat Anwar yang semakin hilang akal termasuk dengan pengikutnya



Itulah yang sedang dilakukan oleh berberapa penyokong hingga menyebabkan polis terpaksa bertindak.

Bergitu juga Tan Kar Hing (Simpang Pulai) ditahan di belakang kawasan mahkamah kira-kira 3.15.





Anwar semakin hilang akal dengan mula mecari 
pasal dengan menyalahkan kehakiman negara. Ini menunjukan Anwar cuba gunakan cara lama dengan harapan rakyat bangkit memberontak


"Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.



Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memeluk isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebaik sahaja beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Anwar juga kelihatan memeluk anggota keluarga yang lain selepas keputusan itu dibacakan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan Anwar dalam kes itu.

“Remember what I told you, you must go to school (Ingat apa yang Atuk bagi tau, kamu mesti pergi ke sekolah),” kedengaran Anwar berpesan kepada seorang cucunya.

Anwar dan Wan Azizah keluar dari ruang mahkamah pada 12.30 tengah hari sambil menundukkan kepala.

Pada jam 2, Mohd Saiful Bukhari Azlan melalui penuliasan blognya meluahkan perasaannya yang menerima baik keputusan mahkamah itu.





Berbeza dengan Anwar dan keluarganya cuba meraih simpati yang kononnya mereka teraniaya. Dengan harapan rakyat sekali lagi bangkit memberontak.


Umur ayah makin lanjut dan yang menyedihkan kalau dahulu, kami melihat individu yang memayung kami terpenjara, kini, ayah yang sepatutnya kami lindungi juga mungkin dizalimi sekali lagi.

“Tiada anak yang sanggup melalui detik itu,” katanya dipetik portal Malaysian Insider.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata, kesakitan yang dialaminya bersama keluarga tidak mampu diubati apabila teringatkan pesanan ayahnya untuk tidak mengaku kalah dan meneruskan usaha reformasi negara.
“Pesanan utamanya adalah supaya kami bersedia dengan sebarang kemungkinan. Pesanan jua buat kami meneruskan perjuangan, jangan pasrah tetapi terus dengan usaha menuntut reformasi di Malaysia.

“Sudah 16 tahun berlalu, maka anak-anak sudah patut lebih arif dengan perjuangan menuntut keadilan,” katanya.

Bagi Nurul Izzah, walaupun kesedihan pernah melanda keluarganya, namun detik terindah untuk bersama buat kali terakhir tidak akan dilepaskan.

“Sebenarnya, masa kami bersama ayah penuh dengan bibit-bibit gembira dan mesra. Kelucuan, karisma, ketabahan, sindiran manja ayah, sebenarnya menjadi sumber keceriaan bukan sahaja buat mama, anak-anak tetapi jua cucu-cucu yang bertandang di Bukit Segambut,” katanya, merujuk rumah keluarga di Kuala Lumpur.

“Justeru, pahit dan luka buat kali kedua ini menerusi fitnah lemparan tidak terubat; hanya kami mampu menyandarkan harapan kepada jati diri kebenaran dan peninggalan nilai keadilan oleh ayah.”
Nurul Izzah berkata walaupun berdepan dengan hukuman penjara, beliau yakin ayahnya akan dibebaskan hari ini berdasarkan hujah pihak pembelaan.

“Sebenarnya harapan kami agak menggunung memandangkan dari segi undang-undang, khususnya penghujahan peguambela Ramkarpal Singh, Gobind Singh Deo, Sangeet dan tentunya Datuk Gopal Sri Ram.

“Tentu pembebasan ayah itu pasti,” katanya Peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu pemberita bahawa Mohd Saiful yang tidak hadir di mahkamah, telah memaklumkan perkara itu kepadanya melalui perbualan telefon.

Anwar juga telah bertindak mempergunakan media antara bangsa untuk menyebarkan dakyah kononnya dirinya teraniaya.




Dalam masa yang sama banyak ahli Pakatan Rakyat telah mula mengeluarkan pelbagai ucapan berbaur hasutan yang sedang diperhatikan oleh PDRM dibawah akta hasutan
















#LiwattetapLiwat Laporan Penuh Keputusan Rayuan Anwar Ibrahim Ditolak

12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.
Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.
Hakim juga berkata "tiada merit" bagi dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya. 11.52am: Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas. 11.50am: Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain. Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang. 

11.45am: Ketika penghakiman dibacakan, di ruang maya ramai mula berspekulasi bahawa Anwar mungkin bersalah.

“Menuju ke arah pensabitan kes,” tulis ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya di Twitter. 11.43am: Hakim menyentuh soal alibi Anwar.
“Anwar mendakwa sampel itu diganggu dan menyalahkan media kerana membuat kenyataan prejudis.
“Dia juga mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Saiful seorang saksi boleh dipercayai,” katanya.
Hakim ulang dakwaan konspirasi yang dibuat Anwar.

11.40am: Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia. 11.31am: Lebih sejam Hakim Arifin membacakan penghakiman kes liwat Anwar. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.

11.27am: Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk. 11.25am: Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya. Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar.

11.08am: Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”.

“Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya.

11.05am: Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong. 11.03am: Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.
“Saiful tidak bersekongkol dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.

11am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan. 10.50am: Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting. 10.46am: Berkaitan keterangan terperinci Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima. 

10.45am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY Jelly dan dakwaan doktor Pusrawi bahawa objek plastik menembusi duburnya.
Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku hubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.

10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut. 10.39am: Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful. 10.33am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.

Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

10.27am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur bahagian tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.

10.24am: Keadaan di luar Istana Kehakiman ketika ini terkawal. Penyokong Anwar rata-rata duduk di kaki lima dan turut mendengar ceramah yang disampaikan oleh beberapa pemimpin PKR.
Pentas ceramah itu dibuat di atas kereta pacuan 4 roda Hilux yang dibawa ke perkarangan mahkamah.

Selain itu, penyokong juga diberi makanan percuma seperti buah oren dan karipap serta air minuman.
Terdapat juga peniaga yang tidak melepaskan peluang menjual baju T kepada orang ramai.
Sementara itu, seorang orang kelainan upaya (OKU) Md Arof Majid, yang hadir ditemani isterinya berkata, beliau berharap supaya Anwar dibebaskan.

"Saya harap Anwar dibebaskan. Kerana dia membantu rakyat," katanya.

10.20am: Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium, cara pelincir digunakan dan duburnya ditembusi. Hakim berkata Saiful meletakkan jawatan selepas itu dan ditemani bapa saudaranya ke Hospital Pusrawi. 10.17am: Hakim Ariffin berkata, persetujuan tidak semestinya perlu untuk mensabitkan kesalahan.

Ariffin berkata Saiful berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar. Saiful juga membantu Ibrahim Yaacob, ketua kakitangan pejabat Anwar, untuk menyusun jadual Anwar.

10.12am: Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mula membacakan penghakimannya. 10.08am: Mahkamah mula bersidang seperti diumumkan pendaftar. 9.56am: Seorang penyokong Saiful, yang mahu dikenali sebagai Syafiq pula berkata, kehadirannya pada hari ini sekadar "ikut orang".

Selain itu, Syafiq juga berkata, dia juga tidak tahu tujuannya hadir ke Istana Kehakiman pada hari ini.
Katanya lagi, dia bersama rakan-rakannya yang lain datang dari Puchong dengan menaiki motosikal.
"Saya ikut orang saja. Tak tahu sebab apa. Kami naik motor ramai-ramai," katanya.

Ketika ditanya sama ada dibayar, dia hanya ketawa dan berkata: "Adalah sikit. Duit minyak."

9.33am: Sekumpulan 200 penyokong Saiful turut kelihatan berkumpul. Mereka memakai baju bertulis "Liwat tetap liwat". Mereka berkumpul berdekatan Wisma Tani, kira-kira 150 meter daripada penyokong Anwar yang berkumpul di bangunan Auditorium Perbadanan Putrajaya. Mereka juga melaungkan ungkapan "tangkap Anwar” dan :hukum peliwat". Ketua penyelaras penyokong Saiful, Suhaimi Adnan atau dikenali sebagai Suhaimi Taliban, berkata lambat berkumpul kerana melakukanya dengan sukarela dan bukan dibayar. "Mereka (penyokong Anwar) muncul awal pagi 

7.00 pagi sebab mereka dibayar, makan gaji, datang dengan bas dan kena duduk sana. "Kita sukarelawan, tak dibayar!" katanya.

9.15am: Sekumpulan penyokong Anwar selesai mengadakan solat hajat dan berdoa di luar mahkamah. Kini kira-kira 1,000 penyokong kini berkumpul sekitar kawasan itu. 9.02am: Anwar sudah tiba di mahkamah. 8.57am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah masuk ke mahkamah dengan pasukannya. 8.40am: Peguam utama Anwar yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram kini berada di dalam mahkamah. Beliau tampil bertongkat. Gopal ditemani peguam Sangeet Kaur dan Eric Paulsen. Pasukan pendakwaan termasuk timbalan pendakwaraya (DPP) Mohd Hanafiah Zakaria, yang juga timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara juga sudah masuk ke mahkamah. Begitu juga peguam Saiful, Zamri Idrus. Timbalan pengarah bahagian Asia Human Rights Watch Phil Robertson juga kelihatan. 8.30am: Seorang penyokong Anwar jatuh kerana sawan. Kawan-kawannya tampil menolong dengan mengipas dan menteramkannya.

"Tenang, kami tunggu kamu,” kata salah seorang daripada mereka.

Lelaki itu kembali OK selepas 15 minit.

8.20am: Pemberita, pemerhati, anggota parlimen dan sebahagian orang awam dibenarkan memasuki mahkamah.
Pemberita duduk di sebelah kiri mahkamah manakala pihak lain di kawasan tengah dan kanan mahkamah.

Anggota keluarga Anwar belum kelihatan dalam mahkamah.

8.15am: kira-kira 200 penyokong Anwar berarak ke Istana Kehakiman sambil melaungkan "reformasi" , "lawan tetap lawan" dan "bebas Anwar".

Mereka turut membawa sepanduk yang bertulis "rakyat hakim negara".
Selepas itu, Dr Badrul Amin kini berselawat dan penyokong yang beragama Islam sedang bersiap sedia untuk solat hajat.

Setakat ini, kira-kira seribu penyokong Anwar kini telah berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan.

7.55am: kira-kira 200 orang penyokong Anwar berkumpul di depan Masjid Besi berhampiran Istana Kehakiman untuk memberi sokongan.

Mereka melaungkan "lawan tetap lawan” dan “hidup Anwar".
Naib presiden PKR Tian Chua memberi ucapan kepada penyokong.

"Kita berkumpul di sini bukan saja untuk Anwar tetapi untuk menyaksikan sama ada hari ini sistem kehakiman bebas atau tidak," katanya.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut berucap.
Penyokong Anwar kemudian berarak ke Istana Kehakiman dengan laungan "Reformasi".

7.50am: Ramai anggota parlimen Pakatan sudah tiba, termasuk Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Pasukan peguam dilihat memasuki mahkamah melalui pintu depan dan helikopter polis juga sedang berlegar-legar di angkasa memantau perkembangan. 

7.20am : Sebanyak 30 pas masuk dikatakan disediakan kepada anggota keluarga Anwar, 38 pas untuk media dan 20 pemerhati antarabangsa dan 10 lagi untuk pemerhati tempatan. Kawalan keselamatan di mahkamah ketat. 6.10am: Kira-kira 20 bas penyokong Anwar berkumpul di Masjid Sultan Zainal Abidin untuk memulakan solat Subuh




Monday, 9 February 2015

Video Dedahkan PASMA dibiayai DAP kos RM1.5juta guling presiden Haji Hadi

Pemuda PAS dalam youtube mengatakan bahawa Lim Guan Eng memberikan RM1.5juta kepada PASMA. 

Raja Petra mendakwa wang tersebut diberikan untuk menjatuhkan Presiden PAS dalam pemilihan yang dijangka berlaku pada tahun ini. 

What was not reported was that Lim Guan Eng gave PasMa RM1.5 million, which is supposed to be for flood relief work. However, so far none of that RM1.5 million has been used for the purpose it was alleged. Talk amongst PasMa circles is that the RM1.5 million is for the purpose of campaigning against Hadi to ensure he is kicked out before the next general election.

It is no secret that Hadi is lukewarm, or maybe even cold, towards DAP and PKR. That is already a well-known fact and Hadi has, in fact, not been attending any of the Pakatan Rakyat council meetings since the last year or so. And the Kajang Move plus the move to oust Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim is not the only reason for this. (sambung baca sini)
 @CmLimGuanEng patut jawap benarkah derma perjatuhkan Haji Hadi lebih penting dari membantu mangsa banjir Kelantan.