Wednesday, 8 April 2015

Kekal Akta Hasutan Bendung Provokasi Melampau - Nancy Shukri

Kebimbangan pelbagai pihak terhadap perbuatan provokasi yang semakin melampau menjadi antara sebab kerajaan membuat 'pusingan u' terhadap Akta Hasutan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Nancy berkata dalam tempoh akta tersebut sepatutnya dimansuhkan sebelum ini, beliau didatangi pelbagai pihak termasuk intelektual dan profesional daripada pelbagai kaum yang mahu akta itu dikekalkan demi menjaga keharmonian negara.

"Mereka ini bimbang provokasi terhadap institusi raja, agama, bangsa dan bahasa menjadi sesuatu yang begitu biasa di negara ini apatah lagi melalui media sosial.

"Jadi mereka luahkan kebimbangan itu kerana amat risau akan terjadi pelbagai ketegangan apabila ada pihak yang menghina agama atau bangsa mereka, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Namun, kata Nancy, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memastikan akta tersebut dikekalkan, tetapi kemudian lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mengambil keputusan mengekalkannya dengan beberapa pindaan.

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 dibentangkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini walaupun sebelum ini bercadang untuk memansuhkan akta berkenaan.

Menurut kertas rang undang-undang itu, keputusan meminda akta berkenaan didorong perkembangan politik semasa, termasuk lontaran komen, penyebaran maklumat dan penerbitan yang dikhuatiri memudaratkan keharmonian negara.

Pindaan mengandungi penambahan -langkah dan hukuman yang diperkukuh bagi menangani ancaman terhadap keamanan, ketenteraman dan keselamatan di negara.

Bagaimanapun, Nancy yang juga anggota Parlimen Batang Sadong, berharap pihak yang mempunyai kuasa supaya seboleh mungkin mengelak menggunakan akta itu.

"Saya yakin kerajaan juga tidak mahu sewenang-wenangnya menggunakan akta ini, tetapi saya berpendapat ia patut 'disimpan' kerana supaya jika terjadi hal-hal membabitkan provokasi tidak terkawal, kita ada tempat untuk merujuknya," katanya.

Tuesday, 7 April 2015

Ada Pengganas! DAP Ketakutan Akta Pengganas #POTA

Pengganas boleh berada dimana-mana sahaja malah boleh bersembunyi dalam mana-mana parti politik tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Malah aktiviti pengganas tidaklah boleh dipandang sambil lewa kerana ini boleh memudaratkan ketenteraman dan sosial ekonomi negara.

Yang mengjadi persoalan kenapa DAP PKR PAS bergitu ketakutan dengan akta yang memerangi pengganas sedangkan tidak satupun tertera klausa dalam rang undang-undang berkenaan mengizinkan digunakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politik.

POTA akan dilaksanakan dengan penuh berhati-hati dan mengikut lunas undang-undang bagi mengelakkan sebarang penganiayaan. POTA bertujuan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sambil melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan yang mana kedua-duanya hanya boleh digunakan oleh kerajaan selepas jenayah dilakukan.

Dalam situasi semasa pengganas Malaysia, penguatkuasaan POTA akan memberi kuasa yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk menghalang pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini. Kenapa kita tidak boleh ada akta yang boleh membenteras kegiatan keganasan yang menjadi ancaman di dunia ini.
Adakah DAP ada menyembunyi pengganas sampai ketakutan sedemikian. Jika tidak ada mengapa harus dipolitikan sesuatu yang berujuan melindungi perpaduan, keselamatan, kenteraman dan sosial ekonomi negara. Adakah kerana pembangkang kerja bangkang sahajalah apapun. Itulah menunjukan PR sekarang berpolitik mengikut agenda peribadi bukan agenda kepada rakyat.


Teragedi helikopter Terhempas, Misteri Aidana Baizieva Akhirnya Terbongkar

Trajedi helikopter AS365 N2 Dauphin menjadi isu panas apabila ada pihak mendedahkan bertapa anehnya kewujudan penumpang Aidana Baizieva

Helikopter yang membawa enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih pada pukul 4.55 petang Sabtu lalu.
Berdasar laporan meida utama keculai media-media propaganda pro pembangkang, telah mendedahkan status penumpang ynag terdiri daripada

Juruterbang Kapten Clifford William Fournier
Pekerja syarikat penerbangan, Aidana Baizieva
Ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang dan 
seorang anggota polis yang juga pengawal peribadi Jamaludin, Koperal Razkan Seran.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan wanita bernama Aidena Braizieva, 25, yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih, Sabtu lepas, merupakan kenalan kepada Kapten Clifford William Fournier.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihak polis, tiada bukti lain yang menunjukkan mangsa wanita dalam nahas itu mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain yang turut terkorban dalam tragedi itu

Tetapi kalau jenis manusia jenis suka mengadap fitnah sebagai makanan harian sengaja mensensasikan teragedi ini dengan skandal sulit penumpang Aidana Baizieva. Walhal apa yang menghairankan kalau juruterbang sendiri berbangsa asing tak mustahil pembantunya juga terdiri warga negara asing. Kenapa mereka hendak kecoh sangat