Wednesday, 6 May 2015

Husam Yakin Menghamba Diri Kepada Sekutu DAP Jalan Selamat PAS

Inilah Husam Musa cepat menafsirkan masa depan PAS hanya bergantung kepada penghambaan terhadap sekutu DAP. Itulah cara Husam terjemahkan kekalahan PAS di PRK Rompin.

1- Husam secara tidak langsung telah mengalih isu pemulauan DAP PKR terhadap kempen PRK Rompin

2- Husam mahu PAS ambil pengajaran inilah akibat bermusuh dengan Pakatan kerana Hudud dan bekerjasama dengan UMNO kerana hudud. sebab isu Husam katakan:

“Pada masa yang sama, pengundi bukan Melayu pula menghantarkan isyarat berbeza kepada PAS dengan berlaku pengurangan yang ketara. 
“PAS perlu menggariskan pilihan strategi yang bijak dari indikator Rompin di semua sudut,” katanya lagi. 
Peringatannya itu secara tidak langsung merujuk kepada isu hudud yang membelenggu kini Pakatan Rakyat.
3- Husam meberi gambaran bertapa ruginya PAS bersusah payah mendakati UMNO dan bekerja keras memperjuangkan Hudud sehingga sanggup bermusuhan dengan DAP PKR.

4- Yang paling menarik Husam mendesak PAS utamakan peluang politik PAS menjadi kerajaan berbanding memikirkan matlamat dan cita-cita PAS membawa Hudud. Walaupun Husam sendiri sedar yang PAS adalah darjat hamba dalam Pakatan tentu ada sedikit persoalan kenapa Husam bergitu beria-ia mendesak PAS melutut kepada arahan DAP berbanding tanggungjawap dan amanah dari agama anutannya sendiri?

ini boleh dilihat dari petikan ucapan Husam di bawah:

Seterusnya, Husam berkata PAS perlu mempertimbangkan bahawa sikap pengundi yang menolak Najib adalah cukup besar.
Malah, PAS perlu mempertimbangkan bahawa faktor tersebut cukup besar daripada keuntungan yang diperolehi daripada kerjasama dengan Umno, katanya.
Sepatutnya Husam patut bersama DAP sebagai calon DAP bukan berlakon sebagai calon PAS menjadi barua DAP. Yang paling sedih setakat mana sumbangan Husam kepada kempen PRK Rompin berbanding bersusah payah Husam membodek di kempen PRK Permatang Pauh.

Walaupun wajah Husam paling sukar ditemui di PRK Rompin tetapi dia paling berasa layak menghenyak PAS kerana terlampau pentingkan Hudud berbading menjadi hamba sskutu DAP.



#PrkPermatangPauh Nurul Izzah Cuba Tutup Bangkai Ciptaan Mamanya #PrkRompinNurul Izzah sedang giat mencuci bangkai...
Posted by Pecah Palak Mikir on Wednesday, 6 May 2015

#PrkPermatangPauh Nurul Izzah Cuba Tutup Bangkai Ciptaan Mamanya #PrkRompin

Nurul Izzah sedang giat mencuci bangkai peninggalan mamanya Wan Azizah di PRK Rompin yang berkesudahan PAS kalah kerana dipulau Pakatan Rakyat.

Hakikatnya PAS telah mempunyai peluang yang besar dengan pelbagai kelebihan berdasarkan kehangatan isu GST dan TDN vs DSN. Sepatutnya PAS boleh mengubah saingan yang sengit tetapi akibat dari perpecahan dan peperangan PAS vs PKR DAP.

PAS beria-ia mahu perjuangan Hudud tetapi tingkah laku tolak ansur PAS terhadap PKR DAP membuatkan rakyat Tahu siapa sebenar anti Hudud. jawapannya PAS sendiri sebab terpaksa menghambakan kepada DAP PKR. Itu punca PAS makin hilang keyakinan.

Berbalik kepada 2 beranak Wan Azizah dan Nurul Izzah sekarang ketakutan kelalahan bakal menyebabkan legasi Anwar hancur lebur malah Anwar jauh terpenjara tanpa diperdulikan. Kesilapan PKR terlampau percayakan kafir dari sedara seislam sendiri. Sebab apa jua aktiviti mereka ada melangkau batas agama.


Sekarang akibat terlampau percayakan DAP Wan Azizah telah mencipta dua musuh melayu iaitu BN dan PAS. Sebab itu Nurul Izzah cuba alihkan isu kononnya kekalahan PAS PRK Rompin kerena SPR adakan di hari bekerja. Tetapi mana PRK yang mereka menang dihari bekerja tak pernah jadi isupun?

Sebenarnya Nurul Izzah mahukan PAS membantu mereka kerena peratus pengundi yang bakal keluar di Permatang Pauh dijangkakan tiada beza dengan Rompin. Akibatnya Jijah sesak nafas memikirkan resiko bakal dihadapinya nanti.



Kalau berginilah cara Wan Azizah memberi kebebasan anaknya menentukan agama pilihannya, memang susah hendak faham bagaimana orang PAS boleh berharap Wan Azizah menerima Hudud?
Posted by Pecah Palak Mikir on Monday, 4 May 2015
>

Rafizi Ramli marah SPR gagal siasat keterdesakan UMNO hingga mengubah strategi berceramah kpd kempen rumah ke rumah hingga menyebabkan sesi kempen ceramah PKR kurang sambutan...
Posted by Pecah Palak Mikir on Monday, 4 May 2015


Bukti PAS cipta Spekulasi BN Kalah Dalam Menang Di #PRKRompin #PrkPermatangPauh

Bila BN memenangi kerusi MP Rompin buatkan PAS mencari alasan kononnya mereka menang tetapi ada banyak yang sebenarnya PAS sembunyikan dari pengetahuan umum.

1. Walaupun ketika isu Tun Dr Mahathir menyerang Datuk Sri Najib PAS tetap gagal mamfaatkan kerana PAS parti pembononh dalam perjuangkan Hudud. Hudud terselah gimik sahaja kerana PAS sendiri penakut kepada PKR dan DAP tidak berani menegak kebenaran.


2. PAS hanya memenangi undi yang  hampir sama jumlah berbanding PRU 13 iaitu 14,901. Ini boleh diandaikan mungkin pengundi PAS sememangnya penduduk yang menyara hidup dengan hasil tempatan bukan berhijrah.

Walhal jumlah keluar mengundi adalah merosot 73% berbanding 85.9% PRU13, menyebabkan BN mendapat undi 23,796 merosot berbanding dengan PRU13. Menyebabkan BN mendapat majoriti 14,901 berbanding 15,114 pada PRU13.


Kenapa tidak boleh diandaikan ramai pengundi tidak pulang?

3. PAS sebenarnya hilang arah dalam kempen PRK Rompin PAS tidak boleh hidup tanpa Pakatan dan itulah punca kenapa PAS tetap gagal memenangi PRK Rompin walaupun ketika mempunyai peluang besar di bantu tekanan isu GST dan Tun Dr Mahathir.

4. Yang paling menarik PAS tetap kena memperhambakan diri di Permatang Pauh walaupun disabotaj Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim Guan Eng di PRK Rompin.