Tertarik tajuk rencana Wan Azizah "Dunia Sekarang Sudah Terbalik". Tertawa melihat tajuknya, dan tertanya-tanya dunia siapa yang terbalik sekarang, rasanya Azizah patut berfikir kepada pengertian tajuk yang ditulisnya. Tidak terlintaskah yang dunia Wan azizah bukan setakat terbalik tapi tungang terbalik terjatuh dalam lembah yang paling hina.
Suami Sendiri Tak Terjaga Dah Pandai Menunding Orang
Wan Azizah, adakah anda masih mahu hidup dalam berpura-pura menyembunyikan dimana hilangnya jam Omega. Adakah anda masih mahu berpura-pura tidak percaya sifat nafsu serakah suami awak yang bermacam cara, bermacam-macam jenis aktiviti kegemaran melempiaskan nafsu. Adakah semua video dari masuk hotel sampai adengan menyakit mata anda itu anda diamkan sahaja. Apakah sifat ini daya sifat seorang wanita sanggup menyembunyi patah hatinya terhadap perangai suaminya, semata-mata hendak memastikan Izzah tidak jatuh dalam arena politiknya. Adakah anda tidak mampu berfikir akhirnya nanti Izzah akan jatuh jua ke dalam lembah yang paling sakit dan hina, jika keluarga anda tidak lagi mampu mengawal atau membendung bau busuk bangkai yang anda selindungkan dengan naskah Keadilan Rakyat selama ini.
Fikir-fikirkanlah, Azizah! bukankah suami anda bergitu giat menghabiskan berjuta ringgit semata-mata untuk melobi yahudi bagi menaikan kembali pengaruhnya yang jatuh akibat dipecat. Siapa yang memecatnya! Siapa lagi kalau bukan orang yang ambil dan memberi didikan mendalami ilmu politik negara ini tapi akhirnya ini ucapan guru terakhir Anwar. Tun Dr. Mahathir menegaskan: ''Saya menganggap Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah. ''Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.''
Wan Izzah tentu lebih masak dengan perangai suaminya. Apa yang dituturkan TDM bukan setakat membuktikan zaman pemercatan Anwar, tertapi sampai sekarang isu itu berlanjutan dan terus berlanjutan. Bukan setakat itu tapi sifat suami Wan Azizah lebih buruk perangainya yang penuh dengan demdam kesumat semata marah kepada orang yang tidak merestui nafsu serakahnya. Ini sifat Anwar yang diperturunkan kepada Nurul Izzah.
Adakah wajar rakyat Malaysia menghalalkan apa sahaja Anwar lakukan!!
Apa yang hendak dihairankan sangat dengan Wan Azizah yang rela menutup bangkai pembuatan Anwar kerana asal cerita meraka dari kisah-kisah yang rosak moral.
Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh. Mokhtar adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu, menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan. Anwar telah melarikan anak dara orang untuk bernikah di Siam. Anwar tidak mendapat restu daripada Wan Ismail bapa Azizah sehingga Wan Ismail terpaksa mengeluarkan pistolnya untuk mengusir Anwar daripada memasuki rumahnya. Akhirnya ibu Anwar mengambil inisiatif menikahkan Anwar dan Azizah dirumahnya, di Bukit Mertajam. Sikap Anwar ini memperlihatkan betapa undang-undang, peraturan tata susila dan budaya Melayu dan Islam boleh diketepikan asal ia boleh memenuhi hawa nafsunya. (YG INI PARA PEMBACA SEKALIAN BOLEH LIHAT DGN JELAS DAN NYATA SEKARANG ANWAR TAK PEDULI APA SEKALIPUN JANJI DIA BOLEH JADI PM, TERMASUK HAPUS DEB, HENTAM MELAYU DLL)
Sekarang dunia siapa yang terbalik Wan Azizah. Dunia siapa? Tunggu sambungan ke siri 2.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.