Kalau kita melihat sinopsis krisis PAS sekarang, sudah cukup kuat untuk memberi gambaran apa yang bakal berlaku jika Pakatan Haram menawan Putrajaya.
Pada asalnya Krisis dalaman pentadbiran PAS di Kedah berpunca daripada usaha terdesak perasit PAS pro Anwar untuk membawa Mat Sabu bertanding di negeri ini pada PRU13, yang sebelum ini Mat Sabu boleh diketegorikan sebagai calon yang tidak layak. Huhh panaz betul hati Mat Sabu yang menyandar jawatan Timbalan Presiden di letak dalam senarai calon reject. Mana ada negeri lain mahukan Mat Sabu, sikitpun mereka tidak hairan.
Sikap keras kepala Azizan mungkin membuat dia terlupa untuk mengenal pasti pengaruh Mat Sabu yang dibantu sepenuhnya oleh Anwar untuk merampas Jawatan Timbalan Presiden dari Nasaruddin Mat Isa. Azizan juga terlupa yang tindakannya boleh buat Anwar panas hati satu badan. Jika Mat Sabu tidak senarai maka rosaklah perancangan utama Anwar untuk menjajah keseluruhan PAS. Lagipun Anwar jenis menunjuk alim dumata rakyat tapi anti dengan golongan ulama di dalam PAS. Walaupun bergitu, Azizan masih dikekalkan sebagai MB kerana PRU13 terlampau dekat, dengan bersyarat duduk diatas sofa MB Kedah dan dengar apa kata juru pandu memberi arahan. Inilah MB boneka pertama dalam sejarah Malaysia. Ada Nik Aziz kisah!!! Walauapapun ada Pemandu bermakna ada perluang membawa Mat Sabu lagipun Phahrolrazi pasti akan membantu punya.
Prestasi PKR memang penah melonjak sebagai parti pembankang yang paling tinggi pengaruh sebelum ini, tapi sejak keberlakangan ini, prestasi PKR jatuh teruk kerana Rakyat makin ramai menunjukan perasaan curiga dengan perangai buruk Anwar makin menjadi-jadi sejak terlampau kemaruk bercita-cita menjadi PM.
Melihat situasi prestasi PKR merudum jatuh, hanya satu sahaja yang dapat menyelamat PKR, iaitu bukan lagi berkawan dengan PAS, tapi jajah keseluruhan struktur PAS. Memandangkan Nik Aziz jenis mudah dibelit-belitkan Anwar, kerana keinginan Nik Aziz merasa duduk di Putrajaya. Ini memudahkan kerja Anwar menyusup masuk kedalam keseluruhan struktur PAS tampa ada sesiapa boleh menghalang. Nik Aziz sudah beri pas VVIP untuk Anwar acuan semula PAS mengikut citarasa Anwar sendiri.
Walaupun hari demi hari dalam kearkaban antara mereka, banyak ketentuan Allah, lebih berat menunjukan keburukan Anwar, satu persatu dari isu liwat, Chinadoll, khalimah Allah, Mendukung keselamatan Israel dan banyak lagi, masih belum boleh menyedarkan Nik Aziz dari lamunan keindahan Putrajaya.
Walaupun ada 63 orang ulama serata dunia mengeluarkan fatwa tindakan Anwar Mendukung Keselamatan Israel dianggap sebagai Pengkhianat kepada islam, Allah dan Rasulnya. Itupun ditepikan Nik Aziz untuk penilaian semula perwatakan Anwar. Mungkin tahap Ulama Nik Aziz lebih tinggi berbanding 63 orang Ulama dari serata dunia, siapa tahukan.
Wahal semasa Nik Aziz dimalukan Anwar, yang tindak ambil kisah atas amaran kata dua Nik Aziz bersama Majlis Syura PAS, iaitu mendesak Anwar menggugurkan text Mendukung Keselamatan Israel di Wall Street Journal atau saman WSJ. Dimalukanpun masih tidak berganjak kepercayaannya. Adakah Nik Aziz lebih tertarik dengan bayangan mentabir Putrajaya hinggakan kabur biji mata.
Bermula dari inilah, Anwar sebebas-bebasnya boleh masuk mencorak struktur PAS dengan bantuan penasihat DAP. Siapa berani meninggi suara mencegah atau menghalang. Kalau ada yang berani mencuba macam Hassan Ali, pasti akibatnya dipecat dengan sehina-hinanya. Malah puak-puak PAS buat 1001 cerita keburukan Hassan Ali untuk menyedapkan keadaan dan menunjukan kepada rakyat yang PAS masih suci walaupun peristiwa ini telah menggambarkan PAS hanyalah Parti Adat Sosial. Nik Aziz masih tak kisah mungkin suka sangat dengan gelaran tersebut.
Mengulung segala krisis yang berlaku di dalam PAS, tidak akan terhenti setakat itu sahaja, malah akan terus-menerus merebak sehingga seluruh keanggotaan pemimpin PAS. Mana-mana yang membankang tampa dapat dikawal, akan digugurkan atau dipecat jika terpaksa. Dan jika Pakatan Haram dapat menawan Putrajaya sudah pasti kehadiran PAS dalam kerajaan baru tidak lebih dari percacai. Kalau dah jadi percacai alamatnya jangan diharap langsung soal negara islam soal Hudud. kerana PKR dan DAP mempunyai agenda lain yang bersangkut rapat dengan pengaruh Yahudi.
Jadi apa gunanya mengharapkan PAS jika sekadar semangat sahaja kuat tapi pendirian mudah tergugat dengan habuan.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.