Tuesday, 27 March 2012

Pratonton Wajah-wajah Syaitan Bisu

Semenjak Hasan Ali dipecat, semakin banyak cerita-cerita kemungkaran Pakatan Haram terdedah satu demi satu. Bukan suka sangat untuk mencerita hal-hal orang bergelar Ulama! tetapi setelah memperhalusi tabiat Ulama PAS lebih menurut nafsu dari menegakan kebenaran. Adalah wajib bagi kita bongkarkan demi kepentingan bersama. Apa yang diluahkan nanti bukan sekadar celoteh tertapi realiti yang tidak dapat di terima kebanyakan puak-puak Pakatan Haram yang semakin bendul tidak bertempat.
Gambar Hiasan

Dimana kedudukan Ulama dalam PAS sekarang yang kononnya mempunyai Majlis Syura mampu mengawal tindak-tanduk perjalanan Parti. Kenapa masih ramai rakyat belum sedar kehadiran Majlis Syura Ulama sekarang lebih dilihat untuk mempolitikan apa sahaja kemungkaran Pakatan Haram supaya dihalalkan. Adakah rakyat tidak nampak bagaimana PAS mempolitikan islam hingga habis melanggar akidah, syariat dan rukun, semuanya dibungkus seperti sampah sarap, demi teruja dengan janji-janji Anwar, PKR dan DAP dengan bayangan kegairahan menduduki tahta Putrajaya.

PAS sengaja putarkan pengertian Islam membenarkan politik kepada mempolitikan islam. Jika manusia mempolitikan Islam demi kepentingan nafsu serakah, bukankah wajib kita peranggi habis-habisan. Apatah sikap PAS sekarang mendabik dada membuktikan mereka lebih islam dari mana-mana islam yang tidak menyokong mereka. Adakah itu amalan mulia menjadi tuntutan Islam.

Pelik bukan bagaimana mereka boleh mengangap lebih islam sedangkan sifat mereka menyamai syaitan bisu seperti tersebut dalam surah Al Baqarah 6-18. Adakah yang pautan dibawah boleh dipangil jihad kearah kemasyuran islam atau bisikan syaitan mewarnai Pakatan Haram. Rujuk Majlis Suram PAS dan PAS Berlajar Dari Survival Anwar 

Bagaiamana semua bisikan-bisikan halus ini bermafaat buat Pakatan Haram. Kita renungkan jika ketiga-tiga kumpulan parti yang berbeza agenda,  menjalankan serang saraf kepada kelompok tertentu, yang mereka mampu menjajahi minda, impaknya akan menjadi satu pakej lengkap buat Pakatan Haram memegang semua kelompok disatukan dibawah satu perjuangan bertopeng bisikan kemusnahan Negara Islam.

Lihat rentetan peristiwa pratonton PAS sanggup berdrama menentang Ambiga dalam isu Seksualiti Merdeka mewakili kaum menuntut kebebasan sex. Bertapa tergang dan garangnya puak-puak PAS berjuang, tertapi setakat mana?

Ambiga masih berupaya meraih undi kepada golongan yang besar jumlahnya tampa merencatkan kepercayaan pengikut PAS kepada pemimpin PAS. Bukan apa!! Kalau ikut kebiasaan PAS, semangat hendak memperotes sesuatu yang bercanggah dengan perinsip perjuangan mereka, maka penuhlah atas jalan raya siap dengan sepanduk dibawa dari si bapa, ibu malah anak-anak kecil pun ada sanggup berpanas berhujan dan kalau perlu mengorbankan nyawapun bukan suatu yang sukar buat meraka. Lagi ramai cedera lagi bagus senang buat isu, kalau matipun ada harapan mati syahid, itulah kebanyakan kepercayaan yang bermain diminda pengikut-pengikut tabsud PAS.

Wahal dalam kes Ambiga PAS tidak berlaku sedemikian rupa, PAS hanya melakonkan drama mempertahankan kepercayaan pengikutnya. Itulah agenda Pakatan Haram  mempengaruhi semua sumber yang ada walaupun terpaksa melanggar akidah, syariat dan rukun. Jadi salahkah saya menganggap mereka ini golongan yang hilang pedoman hidup Islam sejati!! Bergitu juga dengan rentetan peristiwa dibawah, dibuat dalam kaedah yang sama
  • PAS rela dengan tindak tanduk Anwar meliputi nafsu yang tidak penah terbatas.
  • Menyokong Linda Joy Murtad
  • Meyokong seks bebas LGBT
  • Menggadaikan Khalimah Allah
  • Menyokong kenyataan Anwar yang undang-undang Liwat sudah lapuk 
  • Menyokong buku Jingay yang menghalang Hudud dilaksanakan
  • Menyokong ucapan-ucapan pluralisma Anwar, yang Nik Aziz sedia maklum dan berdiam diri walaupun itu ucapan yang sesat.
Bila kita perjuangkan dan mempersoalkan kesesatan PAS mesti mereka akan persoalkan UMNO boleh berkawan dengan MCA dan MIC. Cuba kita bertanya kepada PAS adakah UMNO penah menyokong dan membela Perliwat, Membela Penzina, membela hubungan sumbang antara ketua dan isteri timbalan hingga melahirkan seorang anak, membela Ambiga yang menuntut 14 perkara yang bertentangan dengan islam dan banyak lagi kalau saya luahkan semua panjang berjela. Sampai bila kita hendak bersubahat dengan kerja berunsurkan kemusnahan syiar islam.

Adakah jika Pakatan Haram menang besar nanti. PAS benar-benar akan mampu mengawal dan memperbetulkan semua semula? 

Itulah ucapan paling bodoh dan pembohong terbesar oleh PAS. Adalah mustahil buat PAS memperbetulkan semula mengikut acuan tuntutan Islam. Habis!! PAS ingat Ambiga itu tunggul kayu ke hendak biar PAS layan semua kehendak senang lenang, atau Anwar tidak perlu membuat lapuran prestasi kepada puak-puak Yahudi yang bersusah payah melabur dan menyalurkan bertapa banyaknya dana ke dalam kantung Anwar. PAS berdusta sepanjang hayat mereka kerana nafsu sehingga sanggup mengkhianati Agama Raja Bangsa Negara. Kalau hendak mengaku melayu pun dah malu!! Entahlah apa kejenis bangsa asal mereka dipungutpun tak tahulah.

Syukur Allhamdulillah Hasan Ali dipertunjukan hidayah dengan cahaya kebenaran hingga kita dapat tumpang menyaksikan siapa yang semakin sesat dalam mabuk nafsunya, kalau bukan PAS. Kita sesama islam bukan hendak menghina dan mencerca sesama kita, tapi kalau dah sampai tahap melanggar  akidah, syariat dan rukun. Salahkah saya menuduh PAS penegak kemungkaran dan wajib diperangi habis-habisan.

1 comment:

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.