Sunday, 4 March 2012

Secupak cukup untuk Negara Kebajikan

Kehadiran Najib di Kelantan, menyebabkan PAS Kelantan semakin terdesak dengan pengharapan yang dijanjikan Najib kepada Rakyat kelantan. 

Bila bercakap soal kemiskinan, pemimpin PAS bukannya hendak berfikir bagaimana hendak menunaikan masalah ekonomi Kelantan yang makin tersasar, malah hendak membuat janji baru kepada rakyat Kelantan pun tak berani sebab mereka tahu janji-janji mereka dahulu belum tertunai sampai sekarang.

Jadi bermulalah kempen konsep Negara Kebajikan baru PAS, iaitu Kempen bersyukur dengan kemiskinan dan kedaifan yang ada atau bersyukur asal ada melayu kaya senang lenang biar kita miskin melarat. Rancangan mereka untuk memujuk rakyat dengan cara bertentangan dari Najib, sebab mereka sendiri pun tahu yang mereka tak mungkin dapat menyaingi tranformasi BN yang dibawa oleh Najib. Inilah agenda yang cuba diserapkan kepada rakyat Kelantan supaya tetap setia menjadi mangsa PAS. Sejak bila Islam mengajar kita mencari pemimpin yang pandai mengajar rakyat percaya kepada rezeki secupak tak akan menjadi segantang, Antara isu diketengahkan mereka.
  1. Negeri Kelantan miskin tapi tiket bola termahal di Malaysia dan stadium sentiasa penuh- Agak-agaknya ticket bola itu boleh selesaikan masalah jurang kemiskinan di Kelantan ke!!
  2. Keuntungan TESKO di Kelantan tertinggi di Malaysia- Pemilik TESKO tu siapa, sejak bila orang PAS pandai sokong syarikat berasal dari Yahudi dan apa kena mengena dengan mengurangkan jurang kemiskinan Kelantan
  3. Setiap 10 biji rumah banglo di Kelantan, hanya satu milik orang cina, yang lain semua melayu. Persoalannya sekarang berapa ratus ribu jumlah rumah banglo yang terdapat di Kelantan dan berani ke mereka dedahkan berapa banyak rumah yang dah macam reban ayam tidak dibela PAS, Berapa ramai rakyat yang sukar mendapat rumah kos rendah di Kelantan. Yang paling pasti orang cina lah paling kaya dalam setiap kampung di Kelantan
  4. Membezakan harga nasi ayam antara tiga kedai di tiga lokasi yang berbeza status. Kononnya nasi ayam di Kota Baharu harga RM4.50 berbanding di Bangi RM5.50. Alahai seringgit saja ke yang murahnya, Ingatkan nasi ayam kat Kelantan RM2.50. Tapi kalau nak bandingkan harga dekat Airport  apa mewah sangat ke kedai kat Kelantan sampai nak bandingkan dengan Airport.
  5. Rakyat kelantan miskin tapi rakyat mampu pakai emas sampai ke siku, Berapa orang sangat yang pakai emas ke siku, boleh ke orang PAS beri jumlahnya. PAS tidak mahu menjawap ke berapa ramai terpaksa merantau meninggal anak-bini kerana Kelantan tak ada sumber yang dapat memberi pendapatan. Bila dah terlampau ramai yang merantau meninggalkan anak-bini, dan kebetulan pula kes ibu tunggal paling banyak di Malaysia pula tu. Apa PAS tak buat kajian ke kenapa ramai ibu terpaksa menjadi tunggal.
  6. Orang kelantan berbangga rakyatnya orang bijak. Kalau ada sejuta orang bijak di Kelantan tapi dapat pemimpin dalam ketegori bijak-bijak bodoh atau ada jenis bodoh sombongpun tak berguna juga.
  7. Pasal Ladang Rakyat yang hasilnya dimakan sedap-sedap tokey cina tak pula berani kecoh-kecoh.
  8. Pasal air dah nak sama dengan tanah merah tu, rahmat kerana bodoh sombong PAS yang mengaku bijak mengatur tapi bila nak kerjakan masih hilang arah punca dekat mana hendak dimulakan.
  9. Masalah kemudahan asas jangan ditanya langsung sebab semuanya makin tak terjaga.
Itulah yang PAS cuba-cuba pujuk rakyat Kelantan bersyukur hidup dalam kedaifan, yelah hidup di duniakan sementara. Jadi biarlah rakyat kelantan hanya berbangga dengan kroni terpilih PAS sahaja yang kaya-raya. . Rakyat Kelantan kalau dah penat dapat pemimpin yang pandai buat kelentong selama 22 tahun, elok-eloklah beri perluang buat Najib sepengal kerana  "Di bawah kerajaan BN, InsyaAllah jika diberi mandat nanti, kita jamin maslah air selesai, kita jamin masalah Ladang Rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan" kata Najib. Nik Aziz hanyalah seorang yang pandai bercakap tapi tak tahu bagaimana hendak bertanggungjawap menjalankan amanah rakyat. 
ACU TEST SEPENGGAL

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.