Wednesday, 11 April 2012

100'000 Lagi Calon Pengundi Hantu BN

Ada 100'000 Lagi Calon Pengundi Hantu BN. Kenapa mereka bakal digelar pengundi hantu. Sebab mereka-mereka ini berasa amat yakin dengan penampilan DS Najib yang bergitu bersunguh-sungguh membantu rakyat di zaman serba mahal ini. Anwar boleh buat ke!! Tolong! Tolong! Jangan harap pakar auta nanti habis dibelit-belit gadai dekat IMF. Kalau di ikut dengan apa yang dibuat di Selangor semuanya tak jadi! Malah tidak tertunai janji je dah berbakul-bakul.

Rakyat sudah semakin sedar dengan kemampuan dan pengalaman DS Najib Razak yang semakin cekap bekerja hingga mampu mengendali Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berkesan sekali. Tampa memudaratkan kewangan negara, pembangunan negara, pendidikan negara dan meminggirkan kebajikan rakyat. Tidak lupa juga untuk memberi semangat kepada rakyat berpendapatan rendah, supaya berpeluang mempunyai dana untuk simpanan masa depan. Lihat semuanya disusun dengan cantik dan tersusun sekali. Malah telah terbukti berkesan dalam mengatasi masalah jangka pendek, sederhana dan panjang. Terbuktilah DS Najib satu-satunya calon terbaik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Permohonan terhadap program SARA 1Malaysia melebihi sasaran

KUALA LUMPUR: Sambutan terhadap Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) begitu memberangsangkan dengan lebih 100,000 permohonan diterima sehingga 21 Mac untuk menyertai skim tersebut sejak dilancarkan Januari lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) status terkini skim tersebut memaklumkan bahawa 62,427 permohonan SARA 1Malaysia sudah diluluskan. 

Kepada cadangan Mohamed supaya skim itu diperluaskan bagi meliputi sehingga satu juta isi rumah memandangkan ia membawa manfaat besar kepada rakyat, Lim berkata beliau akan memanjangkan cadangan itu kepada Menteri Kewangan untuk pertimbangan.

SARA 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantu   100,000 isi rumah berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan di negara ini terbabit dalam pelaburan untuk menjana pendapatan tambahan. 

Program yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) itu memberi jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun. 

BERNAMA





No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.