Itu dia apabila keadaan terdesak, PAS tahu mengguna cara menuntut orang bersumpah. Wahal sebelum ini macam-macam alasan diberi untuk menghalang Anwar bersumpah atas setiap perangai rosak akhlak Anwar. Kenapa semasa Pakatan Haram terdesak sahaja wajib digunakan kaedah bersumpah laknat. Kenapa Saiful bersumpah laknat dihina dan dicaci?
Ini merujuk kepada Pimpinan Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik tidak menolak kemungkinan mendesak Menteri Besar , sumpah laknat dalam bentuk ‘mubahalah’ itu perlu dilakukan jika benar semua pihak mahu memastikan kebenaran berhubung melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat.
Bukankah dulu?
Intan Abdullah & Mohd Nor Yahya – Sat | Aug 16, 08 | 12:39:28 pm MYT-IPOH, 16 Ogos (Hrkh) -Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan. |
Memandangkan sekarang PAS sudah membolehkan bersumpah, jadi eloklah dijemput Anwar turun bersumpah untuk menidakan semua persoalan was-was yang melibatkan aktiviti-aktiviti rosak akhlak. Sebelum Anwar berhajat menduduki tahta PM. Boleh ke Anwar?
PAS boleh pusing sekejap boleh dan sekejap tidak, sesuka hati mereka. Asalkan kena kepada keadaan memenangkan mereka. Itulah kalau boleh jangan menuduh sejauh melebelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat cukuplah kita melebel PE_RA_SIT Islam Semelaysia. Kerana tindakan mereka lebih mengelirukan kerana fahaman politik yang berat kepada mencapai cita-cita Pakatan Haram ke Putrajaya. Biasalah dalam politik boleh menghalalkan cara bagaimana PAS hendak putarkan, supaya sentiasa mencerminkan parti itu dalam keadaan bersih, walaupun banyak daki-daki tebal yang melekat.
Lagipun dalam PAS bukankah banyak perasit yang bertuankan Anwar. Bermakna setakat Nik Aziz dan Haji Hadi termasuk Majlis Ulama hanyalah perhiasan semata-mata. Asalkan Boleh! PE_RA_SIT Islam Semalaysia.
Lagipun dalam PAS bukankah banyak perasit yang bertuankan Anwar. Bermakna setakat Nik Aziz dan Haji Hadi termasuk Majlis Ulama hanyalah perhiasan semata-mata. Asalkan Boleh! PE_RA_SIT Islam Semalaysia.
HARI DEMI HARI KEBODOHAN PAS TERSERLAH. KENAPA YA...?? MUNGKIN ALLAH SUDAH MEMPERKENANKAN SOLAT HAJAT YANG DIBUAT OLEH AHLI-AHLI PAS DIHADAPAN PEJABAT DAP SEMASA NIZAR MEYEMBAH SEMBAH DERHAKA KEPADA BAGINDA SULTAN PERAK.
ReplyDeletekenapa pulak...kebodohan pas terserlah...Bodoh PBB lah yg teserlah...dgn ketua menteri yg tak letak2 jawatan tu...
ReplyDelete