Monday, 2 April 2012

Anwar Pakatan Haram Kepanasan


Apa lagi yang boleh dibuat oleh Pakatan Haram dalam tempoh yang serba singkat ini. Semuanya bagaikan serba tidak kena apabila Tranformasi Kerajaan di bawah pentabiran Datuk Sri Najib yang genap 3 tahun, benar-benar membuktikan kemampuan DS Najib mentabir negara dengan memenuhi bidang penghasilan negara yang menyeluruh bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang menuju Wawasan 2020.

Inilah yang menghantui Pakatan Haram, gagal dalam segala aspek pentabiran negeri jajahan mereka. Mereka bermain mitos janji-janji auta, mereka boleh bercakap apa sahaja tapi pelaksanaan entah kemana, mereka tiada jawapan jelas selain "Kami Berjaya". Cuba tanya apa yang mereka berjaya, maka terdiam tidak terjawap.

Akhirnya Pakatan haram yang makin sedar tarikh luput mereka sudah semakin hampir, mula memikir kaedah bagaimana untuk sabotaj segala usaha kerajaan pimpinan DS Najib! Pakatan Haram akan sabotaj apa sahaja usaha Tranformasi Kerajaan, antaranya laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya. Sepatutnya perkara ini di bentangkan esok (selasa) tapi macam biasa penyagak bangsa ini mana mahu duduk diam dari semangat untuk sebotaj. Ke laut sangat  cerita pengundi hantu mereka. Agak-agaknya yang masa menang hingga tawan lima negeri itu pengundi apa pula? Kalau jenis keturunan penyamun penyagak mana penah ada yang betul dalam dunia ini selagi bukan menjadi hak mereka atau menunjuk kebaikan dan kemampuan mereka.

Bergitu juga dengan penyenaraian Felda FGVH, merangkumi semua syarikat yang bernaung bawah KPF dan anak anak syarikat FELDA dibawah struktur FELDA Global Ventures Holdings sepenuhnya. FGVH kemudian akan tertaluk kepada syarat-syarat dan peraturan sebagai syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Ini perluang besar untuk generasi warga Felda bagi jangka masa yang panjang. Kalau dilihat ini satu usaha berpanjangan kerajaan membantu rakyat terutama bumiputra. Itupun ada juga berberapa orang warga Felda yang tidak tahu untung terjebak dalam gerakan sabotaj Pakatan Haram untuk menghalang usaha kerajaan melalui proses makamah. Bukan setakat itu apa sahaja projek dan usaha kerajaan semuanya hendak disabotaj puak Pakatan Haram.

Semuanya berpunca konsep negara kebajikan Pakatan Haram hanyalah mitos berbentuk kenyataan bersifat umum dan abstra yang tidak mampu menyaingi prestasi DS Najib. Dalam masa tiga tahun sahaja DS Najib mampu membuktikan kerajaan dalam tranformasi terperinci perancangan, teratur, tersusun dan jelas kesan pelaksanaan.

Apatah lagi DS Najib bergitu berjaya mengemudi ekonomi negara. Kini prestasi ekonomi negara bagi tahun 2010 yang menggunakan ukuran pertumbuhan KDNK (GDP) sebagai proksinya telah diumumkan pada 18 Februari 2011. Kadarnya ialah 7.2%; jauh lebih tinggi dari 2% – 3% yang diunjurkan semasa DSN membentangkan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009. Juga melebihi unjuran yang disemak semula semasa membentangkan Bajet 2012 – diunjurkan 7%. Sekaligus membuktikan kerajaan berjaya mendapat dana yang cukup untuk meneruskan tempoh 8 tahun menuju wawasan 2020. Tampa meminggirkan pembangunan insan dan kebajikan rakyat dalam persiapan terperinci menjadi sebuah negara maju.

Dimana kedudukan Anwar sekarang? 

Apa kehebatannya berbanding sejarah silam Anwar yang mentabir penuh penipuan dan ketamakan!. 

Lihat Selangor apa yang dia mampu lakukan untuk penambahbaikan Selangor?

Hendak cari dana untuk beri air percuma Selangor pun tidak cukup. Apa cerita? 

Jadi yang tinggal usaha akhir Pakatan Haram sabotaj selagi yang boleh!!! 

Kita ada Perdana Menteri yang baik sebagai pemamdu negara menuju wawasan negara dan kenapa hendak dipilih Anwar yang penuh misteri kerakusan nafsu dalam perancangan dunia khayalan yang penuh mitos tampa penjelasan yang kukuh dan terperinci. Sebaliknya isi kandung buku Jingga lebih banyak mengutuk kerajaan dari menyatakan langkah-langkah terperinci pelaksanaan. Pecah Kepala kalau dilayan sangat denga puak-puak Pakatan Haram. BUANG MASA kalau undi Pakatan Haram.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.