Monday 16 April 2012

DR Asri Menegur SMM Bertakbir ALLAH AKBAR



Hal ini memang sudah lama berlanjutan. Semenjak PAS seringkali menggunakan takbir Allah Akbar dan diselang-selikan dengan kutuk dan menghina pihak lain. Mungkin pada PAS itu bagus tetapi hakikatnya perbuatan itu menceming keburukan keseluruhan umat islam dimata agama-agama lain hingga hilang rasa hormat kepada islam. Inilah masalah orang-orang kita sering menyalah gunakan takbir Allah Akbar sesuka hati tidak mengira tempat.


Sekarang penyakit ini makin merebak hingga semua pihak menggunakan takbir tidak mengira tempat, hingga ketahap mempersenda! bergitu juga dengan SMM atau Mahasewel mempergunakan takbir Allah Akbar ditempat-tempat tidak sepatutnya hingga Dr Asri menegur:


Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk ALLAH tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.

Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat ALLAH itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan. 
Sinar Harian.


Teringat bagaimana Tuan ibrahim menggalakan sangat pengikut-pengikutnya mempergunakan takbir sesuka hati walaupun ditegur berdepan oleh Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria (Mufti Perak) Semasa dalam Wancana Perdana Sinar Harian. Susah kalau orang-orang kita sendiri tidak meletak takbir Allah Akhbar ditempat yang dihormati dan diperlihara dengan sebaik-baiknya. 

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.