Sunday, 15 April 2012

Mat Sabu Mencari Kambing Hitam Sebagai Korban Mencuci Dosa

Apa sudah terjadi dengan Mat Sabu yang berada dalam keadaan yang tertekan! Semuanya angkara rakan sekutunya mula menafikan perluangnya bertanding dimana-mana negeri pun oleh PAS. Ada kisahnya dia sanggup bertanding di kawasan Bukit Bintang atau mana-mana kawasan Cina asalkan PKR menaruh belas kasihan. Alasannya mudah, kononnya orang cina makin menerima PAS ataupun sebenarnya Ultra Kiasu suka sangat perangai Mat Sabu akhir-akhir ini yang senang diperkaldaikan? Paling ketara sifat dehaka Mat Sabu "Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan (guna) simbol PAS (dan) DAP tak bertanding, dan lawan MCA...boleh menang," katanya. Fikirlah apa maksud disebalik bergini rupa.

Semuanya berpunca dari ceramah Mat Sabu 21 Ogos 2011, Gelugur, Pulau Pinang. Mat Sabu bergitu teruja menjulang Muhammad Indera atau Mat Indera dari seorang permimpin melayu perjuang Parti Komunis Malaya (PKM) kepada wira negara. Wahal Mat Indera mengarah 200 Komunis yang mengepung Balai Polis Bukit Kepung pada 1950, hingga menyebabkan sekitar 25 anggota polis  terkorban berjuang bersama isteri-isteri mereka, mempertahankan balai tersebut. Akhirnya pihak Inggeris menawarkan hadiah sebanyak $75000 sebagai ganjaran kepada sesiapa yang menangkapnya hinggalah berjayanya hukum gantung sampai matai terhadap Mat Indera dijalankan pada 11 malam 10 Januari 1953.

Bergitulah betapa tragisnya angota-angota zaman darurat mempertahan daulat negara. Wahal Mat sabu mudah menidakan jasa-jasa pengorbanan mereka dengan cuba mengeluarkan dari lipatan sejarah, dalam cubaan mengantikan Mat Indera sebagai wira sebenar.

Tindakan bodoh ini tentulah akan menagih simpati Ultara Kiasu yang bersifat komunis moden, kerana gembira melihat bagaimana Mat Sabu sekali lagi memecah belah bangsa melayu. Kenyataan bodoh ini juga mengakibatkan dari akar umbi hingga tertinggi dalam PAS, terpaksa mempertahankan isu yang mewakili parti. Walaupun terpaksa mengakui benda-benda yang mereka sendiri rasa tidak patut diucapkan. Rentetan itu kemarahan orang-orang melayu makin meningkat terutama dari keluarga bekas-bekas polis yang terhina dengan permaianan politik daharka kepada bangsa. Akar umbi PAS sendiri hilang keyakinan kepada Mat Sabu!

Mulai dari itu bermulalah zaman kesuraman populariti Mat Sabu hingga menyebabkan ramai rakan parti mula menghindar diri dari mencalon Mat Sabu dalam PRU13 dimana-mana negeri mewakili tiket PAS.

Sekarang Mat Sabu punyai idea untuk mecari mana-mana bekas tentera atau polis dari Bekas Pegawai-pegawai Tentera Bersara RAFOC. Untuk dijadikan korban penyucian dosa-dosa mat sabu dimata rakyat demi memberi perluang menaikan imejnya. 

Persoalannya sejauh mana bekas-bekas polis dan tentera bersedia untuk menjadi mangsa korban Mat Sabu. Inilah yang dinafikan oleh RAFOC,yang hakikatnya Mat Sabu lebih mencari perluang melepaskan diri dari sifat deharka kepada orang-orang melayu. Mat Sabu hanyalah ayam sabung yang tajinya makin tumpul, bakal rebah dalam sabungannya PRU13. 

Janganlah kerana tabsud kepada parti dibenarkan melayu mengkhianati bangsa sendiri sapai tahap sebergini rupa, kerana apa yang kita dapat dari perbuatan bodoh dan merugikan bangsa kita sendiri?

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.