Datanglah seorang perasit PAS yang dulunya bukan main anti Anwar, Tapi tiba-tiba bersemangat membela Anwar walaupun mereka sedar, Anwar ada sebab-sebab yang kuat yang membolehkan dituduh biseksual. Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berani mati tampil meminta dan memohon disaman sehingga Anwar tergamam hilang punca untuk membalas serangan terhadap keberanian mereka berdua. Kaldai-kaldai PAS sendiripun tahu apa cerita sebenarnya. Tertapi memandang arena politik kempunan Pakatan Haram sudah terlampau lama menhantui mereka. Semuanya di ketepikan demi semangat ke Putajaya.
“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata Mustafa Ali kepada Harakahdaily. Inilah gaya ucapan menghasut dan memberi keyakinan kepada pengikut-pengikut mereka sendiri terutama dari akar umbi PAS. Puncanya kerana mereka sendiri terasa yang semakin ramai akar umbi mula menaruh rasa curiga kepada parti PAS sendiri. Apatah lagi kisah Hasan Ali antara sebahagian penyebab yang menyumbang rasa hilang kepercayaan dalam akar umbi dan atas pagar.
Kalaulah wabak penghijrahan beramai-ramai semakin kuat berlaku dalam PAS tampa ditangani, bermakna PAS diambang maut. Mereka sedar ramai pengikut PAS samada akar umbi atau atas pagar mula terpesona dengan penampilan DS Najib yang semakin hari semakin dianggkat sebagai calon terbaik Perdana Menteri. Sebab itulah dengan apa kos dan carapun, mereka perlu menjatuhkan DS Najib seorang dengan seteruk-teruknya. Kerana sebab inilah seringkali rakyat dipertontonkan siri-siri menjatuhkan DS Najib dan keluarganya tampa henti-henti. malah bersilih ganti cerita dan tomahan. Semuanya sekadar bertumpu kepada DS Najib seorang. Sebab Pakatan Haram sebenar paling takut DS Najib berbanding UMNO BN.
Tapi sayang seribu kali sayang. Semakin kuat mereka menyerang DS Najib semakin bersungguh-sungguh DS Najib merelisasikan Tranformasi Kerajaan, maka semakin menyerlah penampilan DS Najib dan semakin sayang rakyat untuk mengetepinya sebagai calon Perdana Menteri. Apatah diwaktu yang sama watak Anwar pula semakin banyak tanda was-wasnya. Semakin nampak sifat munafik. semakin nampak ketidak cekapan mentabir negeri terutama Selangor. Kalau Anda Bijak Anda Pilih Yang Mana.
Yang Pasti selagi kuat Anwar menyerang DS Najib semakin banyak bala datang bertimpa-timpa kepadanya termasuk Azmin. Semakin ramai pula kawan-kawan seperjuangan lari meningalkannya. Zaman Anwar yang sebenarnya dah lama tamat, cuma tinggal masa yang melabuh tirainya. Insyaallah yang benar tetap dimakbulkan Allah. Dan buat masa sekarang kebenaran DS Najib yang semakin menyerlah mengalahkan Anwar.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.