Saturday, 14 April 2012

Pakatan Rakyat Sedar Anwar Sakit Tenat

PRU13 dalam tempuh 2-3 bulan ini, maka bersiap-sedialah Pakatan Haram untuk membuat serangan terakhir dan mutamad. Inilah perperangan paling hebat dalam sejarah Malaysia. Dari itu, Pakatan haram telah bersiap sedia dengan senjata terakhir mereka untuk merempuh sasaran utama iaitu Datuk Sri Najib. Ini kerana faktor kesungguhan Najib adalah menjadi penghalang membuat Pakatan Haram hilang sabar untuk tumbangkan PM.


Melihat keadaan populariti Anwar sudah mengalami saat-saat kehakisan kepercayaan yang sangat ketara dari rakyat. Untuk menagih simpati melalui masalah Anwar bukan suatu yang berkesan buat ketika ini kerana ramai rakyat sudah cuak dan muak dengan isu tagih simpati. Apatah Anwar sudah tidak sepopular dulu lagi. Puncanya isu moral yang semakin hari banyak terbongkar. Rujuk Sini. Semakin sakit tenat Anwar dengan masalah cintaan nafsunya sendiri!

Pakatan Haram berada dalam dilema antara mampu menawan PRU13 atau tidak. Ini berpunca dari berberapa kelemahan pentabiran yang sangat menonjol di dalam pentabiran Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Kelemahan ini menjadi igauan buruk buat Pakatan Haram yang tidak boleh dipandang remeh.

Dari hakikat ini, Pakatan Haram telah merancang mengambil kesempatan isu Lynas untuk membuat serangan terakhir, disaat-saat terakhir PRU13. Sememangnya kerajaan pusat telah menemukan satu kaedah perundingan terbaik mengkaji samada benarkah Lynas boleh memberi ancaman kepada rakyat Malaysia, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Lynas di parlimen. Semua itu ditolak mentah-mentah oleh Pakatan Haram kerana mereka perlu sentiasa memanaskan isu ini sehingga disaat pembubaran Parlimen. 

Pakatan Haram merasakan, Himpunan Hijau 0.3 mesti dijalankan sebelum PRU13. Fungsi Himpunan Hijau adalah untuk menakluk pemikiran rakyat agar sentiasa dalam keadaan mempertikaikan kredibili kerajaan pimpinan Najib. Sentimen ini akan menyebabkan rakyat terbawa-bawa sehingga tarikh menentukan siapa yang layak memerintah negara ini.

Isu Lynas mempunyai kekuatan yang mampu mengumpulkan seluruh rakyat berbilang kaum terikut terpedaya dengan tomahan Pakatan Haram. Kalaulah Pakatan Haram benar ikhlas ingin memperjuangkan isu Lynas, kenapa mesti menumpukan kepada Lynas sahaja sedangkan Pulau Pinang, Selangor dan lain-lain negeri juga mempunyai syarikat yang berpontensi sama seperti Lynas untuk dipersoalkan resikonya. Juga menjadi persoalan kenapa memboikot usul membentuk jawatankuasa khas sedangkan itu jalan terbaik mencari kecacatan tampa merugikan negara. bukankah Lynas mampu menjana ekonomi negara dengan melahirkan lebih banyak industri yang memerlukan hasil keluaran Lynas.

Aktiviti pemprosesan nadir bumi di Lynas dijangka akan memberi sumbangan besar kepada industri baru dan lama. Malah hasil ini akan mendapat harga dan permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Bukankah akhirnya keuntungan ini akan pulang membantu Tranformasi Kebajikan Rakyat.

Kerajaan pusat bukan jenis yang menghabiskan wang simpanan untuk membantu rakyat. Kerajaan harus cekap merevolusikan industri negara, pendapatan negara wajib terus-menerus digandakan dan mencari sumber-sumber pendapatan baru untuk revolusi ekonomi menuju negara maju dalam wawasan 2020. Semuanya untuk memenuhi pemintaan perluang pekerjaan yang semakin meningkat dan terus meningkat. 

Lynas juga punyai potensi membentuk percambahan rangkaian perniagaan baru walaupun tidak berkait  secara langsung tertapi berkait melalui pemintaaan rakyat yang meningkat. Kerana kepadatan penduduk akan meningkat dan faktor globalisasi dunia akan menjadi lebih mahal. Bagaimana kerajaan dapat mengawal semua ini jika rakyat membiarkan Pakatan Haram terutama DAP mensabotaj isu yang berkait rapat dengan ekonomi negara, hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan politik kotor mereka dan  membela masalah ketua yang tidak bermoral. DAP biasalah! mana penah puas hati jika industri besar dimonopoli bumiputra. 

PKR selama ini ditubuhkan melalui semangat mengapi-apikan emosi rakyat dan bergitu juga dengan Pakatan Haram. Sebab itulah PRU13 ini Pakatan haram tidak dapat hidup tampa ada isu yang boleh mengapi-apikan emosi rakyat. Bergitu juga dengan himpunan Bersih yang Pakatan Haram cuba jalankan serentak dengan alasan daftar undi tidak sah atau pengundi hantu. Yelaah kalau negeri yang kalah semuanya kerana pengundi hantu dan yang mereka menang macammana?

Inilah senjata terakhir mereka untuk menutup segala kelemahan mereka. Adakah rakyat sanggup diperalatkan dan kemudian kesan buruknya yang besar akan ditangung oleh rakyat sendiri. Dunia makin pantas bergerak meninggal banyak negara di dunia dalam dilema kemiskinan kerana kerajaan yang tidak mampu mentabir ekonomi negara. Jika Malaysia ketinggalan bermakna rakyat merana dengan tekanan yang bertimpa-timpa akibat pola kegiatan ekonomi dunia tidak selalunya setabil. Semua penilaian boleh memberi kesan langsung kepada rakyat negara tercinta ini.

Pakatan Haram sebelum ini pandai sesangat berbicara pasal inflasi sebab hendak ambil populariti dan tidak ikhlaspun untuk bertangungjawap, tapi bila negara bakal menjana pendapatan yang besar. Mereka jadi takut dengan bayangan sendiri dan pantang orang lebih baik dari mereka. Jangan dilayan sangat nafsu jahat Pakatan haram ini. 

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.