Saturday, 14 April 2012

PE_RA_SIT Islam Semalaysia Teruja RM100juta Demi Siapa?


@PASHancus Macamni ke yang puak-puak PAS hendak ambil calon permimpin yang memimpin mereka. Biar betul puak-puak kaldai ini. Memang dasar PE_RA_SIT Islam Semalaysia sebab mereka pura-pura teruja bila Anwar saman RM100juta! Sebab itu bermati-mati rekacipta cerita untuk menjatuhkan kumpulan penentang Anwar. 

Demi siapa, khas untuk membela Anwar, kerana Anwar sumber menarik pengundi dan sudah tentu kerana kemaruk hendak ke Putrajaya! Tetapi sedarkah mereka yang Anwar terasa dirinya semakin terhakis pengaruhlah menyebabkan dia agrasif, tetapi puak-puak mana ada peduli, hantam sajalah sebab itu sahaja cara mereka ada. 

Manakala RM100 juta apa yang mampu dibuat nanti. Itulah yang diidam-idamkan Anwar samada untuk mengunci mulut atau hendak membukti kebenaran?

Rentetan dari tidak henti-henti Datuk Nallakarupan membongkar satu persatu tentang Anwar seorang biseksual. Beberapa 2 Mac lepas Anwar memfailkan saman kepada Nallakaruppan dan akan dipengurusan kes pada 31 Mei, tapi sayang! ternyata tiada tanda-tanda langsung Datuk Nallakaruppan mahu menutup mulut dari membongkar segala kerosakan akhlak Anwar termasuk biseksual. Yang paling menarik kawan-kawan seperjuangan Anwar yang sama-sama menubuhkan PKR kini menjadi rakan sepasukan buat Datuk Nallakaruppan. Antaranya Ezam Mohd Nor, N.Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain. Lagi-lagila buat Anwar sakit!

Anwar boleh buat apa sahaja untuk mengugut atau menghantar gangter pun, kumpulan ini tidak akan gentar malah dari masa ke masa tidak terhenti-henti mengeluarkan kenyataan yang Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana seorang biseksual dan bermacam-macam kerosakan moral yang lain.

Kenapa mereka bergitu berani hingga sampai satu masa sanggup menawar pertolongan buat Anwar, supaya memudahkan Anwar menyaman mereka. Puncanya mereka inilah pemegang rahsia terbesar Anwar dan mereka keluarpun kerana tidak tahan menyembunyikan rahsia keburukan Anwar, apatah setelah semakin hari mereka tidak mempunyai kesanggupan lagi untuk membinasakan negara ini.

Yang pasti Wan Azizah duduk terasa panas! Duduk sahaja terasa panas! Tidak dapat diam lagi. Sebab terlampau meletup dengan Shamsidar dan Azmin juga. Membuatkan Wan Azizah sakit kepala mengenangkan kumpulan ini tahu terlampau jauh hal aktiviti Anwar, yang mendampingi Shamsidar dalam santapan mengairahkan hingga membuahkan hasil. Inilah yang buat Anwar marah sangat-sangat! Kerana mereka menyerang Wan Azizah. Mana ada suami boleh tahan kalau isteri hilang kewarasan dihantui masalah kaki hawaq suami. Jadi saman jangan tidak saman bang Nuar. Jangan lupa selesaikan isu DNA hasil dengan Shamsidar sekali?

@PASHancus Biar betul puak-puak kaldai ini, semuanya dihalalkan, Memang dasar PE_RA_SIT Islam Semalaysia Majlis Ulama dah jadi suram kerana hendak bela Anwar. Sampai tahap memecat Hasan Ali lagi! Sebab ini juga salah sorang yang sering memperingatkan PAS jangan jadi PE_RA_SIT Islam Semalaysia. Tapi PAS hendak juga! Dia peduli apa kalau perlu langgar  batas akidah, syariat dan rukun langgarlah. Janji ada bunyi Putrajaya.

Dalam pada itu, mereka juga sedar yang Anwar tersalah masuk permainan, yang boleh menghancurkan semuanya. Sebab itulah ujudnya Himpunan Hijau dan Bersih 3.0. Semuanya hendak sembunyikan isu perangai buruk Pakatan Haram termasuk gejala rosak akhlak Anwar. Kalau PRU13 mereka kalah maka penamatnya Anwar masuk U. U mana kita tunggu?

Kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan aktiviti biseksual ditetapkan untuk pengurusan kes pada 31 Mei ini
Utusan melaporkan Peguam, R. Sivarasa memaklumkan perkara tersebut ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Rabu.
Beliau turut menyatakan pihaknya baru menerima salinan termeterai daripada mahkamah dan saman tersebut akan diserahkan kepada peguam defendan-defendan pada Khamis ini.
Seorang lagi peguam mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu selaku plaintif, Latheefa Koya yang turut dihubungi melalui SMS menyatakan kes tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk V. T. Singham.
Dalam saman yang difailkan pada 2 Mac lalu, Anwar menamakan Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum), Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Saman itu berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka surat hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'.
Plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud, beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.
Bagi Anwar, tuduhan-tuduhan itu sengaja direka untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli politik.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM100 juta dan ganti rugi teruk serta teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Plaintif turut menuntut satu injunksi untuk menghalang pihak defendan daripada menerbitkan semula perkataan fitnah itu meskipun secara lisan atau media percetakan atau melalui Internet.-12/4/2012


1 comment:

  1. Anwar dah hilang punca.

    AMBIGA PERANGAI MACAM ORANG MABUK KELUAR BAR. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.