Sudah lama mat-mat rempit menaruh rasa tidak dipandang atau terpinggir dari perhatian kerajaan. Mereka juga individu yang memerlukan perhatian kerajaan, kerana mereka juga ada kemampuan menyumbang kepada negara melalui impian dan apa yang mereka ada.
Sekarang sesiapa yang merasakan dirinya mat-mat rempit harus bersyukur kerana suara dan pandangan anda telah dipandang kerajaan UMNO BN dengan bersungguh-sungguh untuk membawa anda kesatu demensi baru yang mungkin tidak penah dugakan selama ini. Inilah masanya Rempit United Revolusi Generasi Baru Mat-mat Rempit .
Pada 18 April satu persidangan khas buat mat-mat rempit tampil mempamerkan apa yang mereka ada dan apa yang mereka mahu dari kerajaan. David Teo juga hadir sebagai indidvidu yang terlibat untuk merialisasikan impian-impian mat-mat rempit di Malaysia dalam Rempit United Revolusi Generasi Baru Mat-mat Rempit . Syabas kerajaan Malaysia yang membuktikan Tranformasi Kerajaan tidak penah meminggirkan satupun golongan dan kumpulan yang ujud dalam komuditi negara ini dan sekarang inilah masanya merialisasikan Rempit United Revolusi Generasi Baru Mat-mat Rempit . Jangan lepas perluang buat-buat mat rempit, masa anda telah tiba!
Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) Dilancarkan Untuk Mengubah Persepsi Negatif Masyarakat terhadap Rempit
KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2012
– Sebuah pertubuhan baru
telah dilancarkan dan bakal menjadi tunjang dalam usaha untuk membantu
menyelesaikan permasalahan rempit di dalam negara ini dan mendefinisikan semula
budaya ini di dalam konteks yang lebih positif.
Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United (RU) ditubuhkan dibawah skop Kementerian Dalam Negeri
dan merupakan satu langkah kerajaan untuk mendapatkan sokongan
organisasi-organisasi luar di dalam usaha untuk membantu anak-anak muda yang
bermasalah dan mengintegrasikan mereka di dalam masyarakat.
Organisasi ini akan memikul peranan sebagai sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan terdiri daripada gabungan 200,000 kelab dan
persatuan bermotor sama ada yang rasmi atau tidak.
Dianggarkan terdapat lebih 10 juta penunggang
motosikal berdaftar di Malaysia dan separuh daripada jumlah ini merupakan
golongan remaja dengan enam peratus daripada mereka terlibat dalam aktiviti rempit.
Kerap kali stigma negatif yang dilontarkan telah
menimbulkan masalah bukan hanya kepada remaja terbabit tetapi juga kepada
masyarakat umum. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan kes-kes jenayah saban
tahun yang melibatkan remaja-remaja ini. Sebagai sebahagian daripada usaha
membantu remaja ini, persatuan-persatuan industri kini bergabung dibawah satu
pertubuhan dengan matlamat untuk membantu bukan sahaja golongan ini tetapi juga
untuk menanam rasa selamat di kalangan masyarakat umum.
Objektif pertubuhan ini adalah untuk membantu
remaja-remaja ini dalam menyemai kembali nilai-nilai positif dan menjauhkan
mereka daripada terjebak dengan aktiviti jenayah.
Menurut Presiden
RU, Wazi Abdul Hamid, penubuhan organisasi ini amat bertepatan memandangkan
persepsi negatif yang semakin meningkat terhadap aktiviti bermotor yang
kebanyakkannya melibatkan golongan remaja yang berpendapatan rendah.
Di Semenanjung Malaysia, dianggarkan terdapat
600,000 remaja yang terlibat di dalam aktiviti merempit. Golongan ini selalunya
mendapat kritikan hebat disebabkan oleh aktiviti mereka yang sering menjadi
punca kepada gejala trafik. Di dalam kes yang lebih ekstrem, sesetengah remaja
ini turut dikaitkan dengan beberapa kegiatan jenayah seperti rompakan berkumpulan,
pergaduhan di jalanan, vandalisma, ragut dan buli.
“Adalah perlu
untuk membezakan remaja yang menggemari aktiviti bermotosikal untuk keseronokan
mereka yang terlibat di dalam kegiatan jenayah (samseng jalanan) dan
vandalisme. Ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi perlu dilakukan untuk
membezakan dua kumpulan ini,” kata beliau.
Sehingga kini, perkataan rempit menerima tanggapan negatif daripada masyarakat.
“Permasalahan
ini perlu ditangani dengan mengubah persepsi dan pemahaman. Pendidikan pula
perlu diterapkan kepada dua kelompok: remaja yang terlibat dan masyarakat.
Dalam kebanyakan kes, terdapat kecenderungan oleh remaja-remaja ini untuk
bertindak agresif disebabkan oleh
pandangan negatif juga keinginan untuk menonjol,” katanya.
“Di dalam
kebanyakan kes, aktiviti merempit merupakan cara untuk remaja-remaja ini
meluahkan perasaan mereka. Keinginan mereka hanya untuk berseronok. Dan
menunggang motosikal adalah cara yang paling mudah dan murah untuk mendapat
keseronokan. Jika anda mempunyai RM5 atau RM10, anda boleh menunggang di
sekitar bandar dan menikmati keseronokannya. Bagi remaja-remaja ini, inilah
cara mereka untuk mereka menikmatinya,” tambah Wazi.
Pelan dan rancangan dibawah RU akan menggariskan
tindakan yang relevan untuk membantu golongan yang disisihkan ini. Setiap
program mempunyai mekanisma untuk membina karakter dan mendidik remaja-remaja
ini melalui aktiviti yang digemari mereka.
Tambahan pula, pertubuhan ini digerakkan oleh
sekumpulan individu yang terlibat secara langsung di dalam bidang permotoran,
pertubuhan ini juga mendapat sokongan padu daripada organisasi-organisasi
industri permotoran.
Sebagai bekas pelumba negara yang lebih dikenali
sebagai ‘Kapcai King’, Wazi percaya bahawa Rempit United mampu untuk membawa
perubahan kepada remaja-remaja ini.
“Program ini
menawarkan pendekatan yang tepat dan dalam masa yang sama akan menyediakan
landasan yang betul kepada remaja-remaja ini untuk terlibat di dalam aktiviti
rekreasi yang lebih produktif. Ini juga mampu membawa remaja-remaja ini untuk
kembali menyertai kelompok masyarakat.
“Remaja-remaja yang dilatih melalui program
ini akan diberikan gambaran yang positif. Skop program ini merangkumi program
pembangunan diri seperti menyediakan peluang kerjaya. Ini akan meningkatkan
kualiti hidup mereka,” tambah beliau.
Secara
tradisinya, masyarakat tidak mudah untuk menerima sesebuah subbudaya yang baru,
seperti rock & roll atau raving. Namun dalam setiap generasi,
gaya hidup yang baharu ini akan mencari jalan dan tempatnya sendiri. Masalah
ini selalunya dibesar-besarkan oleh sifat takut dan kurang pemahaman yang
mendalam. “Kita perlu memimpin golongan ini, bukan memusuhi mereka. Tanggapan
negatif hanya akan memburukkan lagi keadaan seperti keadaan sekarang dimana
meningkatnya kes-kes samseng jalanan,” katanya.
Dalam mengambil pendekatan untuk menyelesaikan
masalah ini, pertubuhan ini telah mendapat sokongan beberapa artis tempatan
untuk mendekati golongan remaja ini. Selebriti sering digambarkan sebagai
contoh ikutan di dalam masyarakat moden dan dengan mendapat sokongan daripada
semua lapisan masyarakat, pertubuhan ini berharap agar dapat menanam inspirasi
terhadap remaja-remaja ini.
Antara
selebriti terkenal yang akan turut menjayakan kempen ini adalah Zizan Raja
Lawak, Shaheizy Sam, Mejar (K) David Teo, Intan Ladyana, Adi Putra, Sari Yanti,
Nora Danish dan Ilia Iryani. Turut menyertai kempen ini adalah pelumba-pelumba
veteran negara seperti Chia Tuck Cheong, Sharun Nizam Tamin dan M.Meganathan
yang turut sama kehadapan dalam membantu mengatasi permasalahan ini.
Selebriti-selebriti ini akan bekerjasama dengan
pertubuhan untuk menjenamakan semula rempit di kalangan masyarakat.
Antara rancangan-rancangan lain adalah termasuk
kolaborasi bersama Metrowealth International Group untuk menerbitkan sebuah
‘docu-drama’ berkenaan isu ini.
“Ini merupakan masalah stereotaip. Dalam
kebanyakan keadaan, aktiviti tunggangan mereka ditambah dengan keriangan
meraikan kemudaan dilihat sebagai merbahaya dan ini menimbulkan ketakutan di
kalangan masyarakat,” Wazi turut menambah.
Sehingga kini, hanya
terdapat dua buah litar lumba di Malaysia yang mana kapasitinya tidak dapat
menampung jumlah remaja yang boleh dikategorikan sebagai ‘rempit’. Dengan
mengambil kira faktor ini, RU telah merangka beberapa program untuk
meningkatkan komitmen jangka panjang dan penyertaan secara aktif daripada
remaja terlibat.
RU akan
menganjurkan siri jelajah di seluruh negara menerusi kempen yang dikenali
sebagai Evolusi-R. Objektif utama adalah untuk menanamkan nilai-nilai
beraspirasi tinggi kepada mereka yang terlibat.
Pertubuhan
ini diharapkan dapat menarik dan menyediakan bimbingan kepada remaja-remaja ini
melalui program-program industri dan komponen pembinaan kerjaya. Acara yang
pertama akan diadakan di Kuala Terengganu pada 2 Jun 2012.
Fasa kedua
program ini dijangka bermula pada penggal ketiga tahun ini dengan kerjasama dan
inisiatif beberapa agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan
Pengangkutan Jalan
MENGENAI REMPIT
UNITED (RU)
Ditubuhkan
pada 2012 dibawah skop Kementerian Dalam Negeri, objektif utama ialah untuk
mengembalikan dan mengekalkan hak-hak remaja ini untuk terlibat di dalam
aktiviti bermotor sebagai langkah peningkatan kendiri dan mengenali diri
sendiri.
Kami merupakan sebuah pertubuhan yang komited
untuk mendefinisikan semula dan menyemai nilai beraspirasi tinggi di dalam
budaya Rempit. Kami telah merekrut beberapa kumpulan dan persatuan
bermotosikal di seluruh Semenanjung Malaysia di dalam usaha untuk menubuhkan
Pertubuhan Rempit United.
Kami membangunkan saluran yang tepat kepada
ahli-ahli untuk berkongsi pengalaman, membantu mereka yang di dalam kesukaran
dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka untuk mendapat peluang perniagaan
dan pekerjaan yang lebih baik.
Kami akan melobi dengan kerajaan untuk membina
kemudahan trek dan fasiliti untuk aktiviti rempit sebagai rekreasi.
Duta-duta kami juga memainkan peranan penting di
dalam Rempit United dan mereka akan melibatkan diri secara langsung.
Faedah
Keahlian:
Kad keahlian ini diiktiraf oleh pihak Kerajaan dan
ahli adalah layak untuk mendapat:
§
Diskaun
eksklusif untuk saman trafik. (Dalam perancangan)
§
Diskaun
eksklusif untuk barangan berkaitan aktiviti bermotor.
Siapa
yang boleh menyertai?
§
Berusia 16 hingga
30 tahun
§
Berminat di
dalam aktiviti rekreasi permotoran seperti berlumba dan berkonvoi
Apa itu
Evolusi-R?
Program ini bermatlamat untuk mengutamakan
kehendak remaja-remaja ini untuk datang dan menyertai aktiviti. Perlumbaan
motosikal (Evolusi-R Championship) akan dijalankan di 3 buah negeri.
Struktur ‘Championship’:
1. Kelayakan (Sebulan) -> Sistem mata (3
negeri)
2. State Championship (Sebulan) -> Penyingkiran
(Top 20/ulangan kategori di 3 negeri))
3. National Championship (2 hari) ->
Penyingkiran (Top 20/kategori di 3 negeri)
Perlumbaan akan dimulakan di Kuala Terengganu (2
Jun 2012) diikuti di Perak pada 9 Jun 2012. Pusingan ketiga dan akhir kempen
Evolusi-R akan diadakan di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2012.
Jumlah hadiah keseluruhan untuk ‘State
Championship’ adalah sehingga RM14,000. RM25,000 turut menanti pemenang di
peringkat ‘National Championship’. Diikuti dengan RM10,000 menanti pemenang
tempat kedua dan RM5,000 untuk pemenang tempat ketiga.
|
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.