Tuesday, 17 April 2012

Sanggup! Tuan Ibrahim Berdusta Kepada Melayu Demi DAP


Sanggup! Tuan Ibrahim Berdusta Kepada Melayu Demi DAP? Apakah bergitu caranya Tuan Ibrahim bermain politik hingga menafikan hak perpaduan melayu. Sungguh sedap Tuan Ibrahim memberi hujah konon melayu tidak berpecah cuma berbeza pendapat yang menjadi suatu yang normal dalam negara demokrasi.

Adakah Tuan Ibrahim dengan sengaja menyembunyikan fakta PAS sering mengeluarkan ucap-ucapan mengelirukan kepada umat islam negara ini, hingga ujud suasana kafir-mengafir sesama islam. Adakah budaya kafir mengafir boleh dianggap perpaduan melayu? Adakah ini yang Tuan Ibrahim panggilkan perbezaan pendapat? Bukankah ini perbezaan fahaman yang menyebabkan jurang pepecahan melebar?

Kenapa Pakatan Haram mencipta pelbagai isu menghasut rakyat sehingga kertas undi sengaja dipolitikan walaupun 2008 mereka Pakatan Haram berjaya menawan 5 buah negeri. Bukankah ini perpecahan yang sengaja diciptakan Pakatan Haram, dengan merayu-rayu rakyat bersedia bangun menentang kerajaan? Adakah suasana manusia bangun berdemo sampai tahap merusuh boleh dipanggilkan perpaduan melayu? Kalau negara ini demokrasi mengapa dengan cara jalan berdemo yang boleh beresiko menjadi lebih buruk ketahap merusuh?

Bagaimana dengan sikap Tuan Ibrahim yang menjadi balaci perantaraan Anwar menyokong mendukung keselamatan Israel. Bukankah secara tidak langsung Tuan Ibrahim menjadi ejen penyebar hasutan menafikan hubungan Anwar dengan Israel. Adakah Israel yang menjadi sekutu dan penyumbang dana Anwar akan menjaminkan perpaduan melayu? Bukankah semua akar umbi PAS dan PKR yang mempertahankan isu menyokong kenyataan Anwar turut menjadi ejen Israel secara tidak langsung? Itukah dipanggilkan perpaduan melayu.

Bagaimana dengan situasi satu masjid dua imam? Adakah itu dipanggil perpaduan? Apa tujuan PAS berpura-pura tidak tahu-menahu jika dituduh? Sehinga satu masa ada kes sembahyang bersama imam UMNO tidak sah. Angkara siapa sebenarnya? Selama berpuluh tahun PAS menghantar tentera berupa imam dan ustaz ke kampung-kampung untuk membawa perbagai reka cipta cerita keburukan kerajaan semata-mata menanam semangat benci rakyat kepada kerajaan, adakah itu namanya perpaduan?

Bagaimana dengan trajedi memali yang perjuang berani mati PAS terkorban, akibat terlampau tabsud dengan amat Haji Hadi 1981:
“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”
Tetapi pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.
“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!

Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”

Akibatnya perjuang berani mati memali berparang menyerang anggota polis hingga ramai yang terkorban. Apa kata mereka kalau mereka tahu amanat 1981 yang mereka percaya dulu tidak diguna pakai lagi? Adakah ini corak perpaduan yang dimaksudkan Tuan Ibrahim?

Bagaimana dengan sikap masyarakat yang tabsud dengan PAS mencemuh kerajaan tidak islam dan bersengketa soal hudud, malah sudah ada imam yang berani melemparkan kasut kepada hakim kerana tabsud kepada seruan PAS.

Bagaimanakah nasib keluarga yang bercerai-berai dan berpecah-belah kerana akad nikah orang Umno tidak sah, sembelihan orang Umno tidak halal dan perkuburan orang Umno hina. Itu namanya perpaduan Melayu?

Bagaimana UMNO dikutuk tidak islam kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Sedap sungguh PAS mengelarkan orang UMNO tidak islam. Tiba-tiba mereka pula yang bekerjasama dengan DAP. Lebih gah lagi PAS gugurkan negara islam dan sengaja berdalih-dalih bila ditanya bila akan dilaksanakan hudud. Akhirnya ini menjadi penyakit masyarakat islam di Malaysia berbeza fahaman dan bukan setakat pendapat lagi. Kalau ambil kira soal berbeza fahaman bermakna makin kuat jurang perpecahan akan melebar.

Setakat alasan PAS supaya tunggu selepas pilihan raya untuk melihat perkembangan konsep negara Islam yang digugurkan dari agenda perjuangan Pas. Semua itu mainan propaganda melucukan, sedangkan rakyat Malaysia terutama melayu nampak siapa PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Bukan setakat bekerjasama DAP, tapi PAS siap menjadi tentera kaldai DAP. Fungsi mereka adalah menghalang mana-mana melayu yang bangun menentang salah laku DAP sering bersifat rasis. Contohnya bagaimana DAP mengusir Peniaga Melayu Di Klang Sentral Selasa 27.12.2011; jam 11.00 mlm. Seramai lebih 200 peniaga Melayu di Hotnite Bazar Klang Sentral Meru. Pengkuatkuasa Majlis Perbandaran Klang MPK telas merampas barangan peniagaan dari arahan YB RONNIE LIU Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan. Apa orang PAS kata melayu langar undang-undang, sikitpun mereka tidak ada niat membela penjaja kecil melayu. Apa gunanya mereka wakil melayu yang ada dalam kerajaan Selangor kalau tidak ada usaha membantu walaupun sedikit. Sekarang siapa laga siapa kalau bukan DAP. Sanggup! Tuan Ibrahim Berdusta Kepada Melayu Demi DAP?

Sekarang Tuan Ibrahim tampil dalam Sinar Harian dengan memberi hujah yang UMNO politikan isu perpecahan. Tujuan Tuan Ibrahim lebih kepada beraksi sebagai kaldai DAP. Tujuannya untuk menyembunyikan apa yang diperlakukan DAP yang sengaja melaga-lagakan melayu dalam meraih sokongan kaum Cina. Dengan usaha dusta ini Pakatan Rakyat akan mendapat sokongan membuta-tuli dari golongan melayu. Bangsa Melayu yang mereka sendiri tidak mengaku dan mengiktirafkan dalam perlembagaan PAS. 

Jangan samakan perjanjian Hudaibiyyah membabitkan umat Islam dan orang kafir  pada masa itu umat  Islam terlampau lemah, Alasan tidak kukuh untuk diguna pakai.

Kita tidak lemah tertapi PAS hilang akal mencari jalan menawan Putrajaya. Perluang yang ada hanyalah Pakatan Haram sehingga sanggup bersikap sedemikian rupa. Melayu lemah kerana propaganda PAS yang melampaui batas. Kalau PAS menyahut bersatu bersama UMNO, itu dipanggil perpaduan.

Jangan besar-besarkan tahap hipokrit Tuan Ibrahim? Bertapa kejinya Tuan Ibrahim sengaja berdalih menyembunyikan pekong. Sanggup! Tuan Ibrahim Berdusta Kepada Melayu Demi DAP. dan Pakatan Haram. Ohh!! Terlupa pula yang selama ini! Tuan Ibrahim bukannya melayu sebab mereka tidak penah mengaku melayu. Patutlah tahap talibarut mereka terlampau tinggi hingga sanggup sentiasa berdusta dari masa ke semasa.

3 comments:

  1. Ingat putrajaya ni harta BN ke..ni lah jenis mentaliti mlayu yg bodoh diperbodohkan..ini negara demokrasi..bg lah pilihan yg bebas utk rakyat memilih..ni tidak..semua media dia nk concure..semua jentera krajaan diguna dgn rakus..
    Knp takut sgt PR tadbir negara..bg pluang scara adel..tanpa mnipu dlm pru..celaka punya umporno..

    ReplyDelete
  2. Kenapa puak-puak PAS hendak melenting kalau itu hakikat yang dilakukan PAS

    ReplyDelete
  3. MEMANG.. memang Putrajaya bukan umno yang punya.. Putrajaya rakyat yang punya.. harta negara.. tapi idea Putrajaya tu siapa yang buat??? siapa yang fikir?? siapa yang laksana?? dulu siapa yang bangun menentang pembinaan Putrajaya?? siapa yang kata membazir duit rakyat?? sekarang siapa yang rajin buat lawatan ke Putrajaya??? siapa yang nak rampas Putrajaya.. dulu Jambatan Pulau Pinang siapa yang menentang pembinaannya?? siapa yang kata guna duit rakyat?? sekarang siapa yang guna Jambatan Pulau Pinang?? siapa yang menggesa pembinaan jambatan kedua?? dulu siapa yang kata Proton tu mustahil?? jarun sebatang pun Malaysia tak mampu buat??? sekarang siapa yang guna Proton?? siapa yang guna Perodua??

    P/S: PASAL MENIPU LA 5 NEGERI TUMBANG DALAM PRU 12

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.