Saturday, 5 May 2012

Bersih 3.0 Dana RM5 Juta Kerajaan Selangor Merosakan RM1,828,610.00 Harta Benda

Sempena kempen ‘Selangorku Bersih’ digunakan untuk menjayakan program pemutihan pengundi, Khalib Ibrahim telah mengeluarkan dana sebanyak RM5 juta dari sumber Kerajaan Selangor untuk disalurkan kepada dua program menjatuhkan Kerajaan Pusat yang bernama Bersih 3.0 dan Occupy Dataran. Berbaloikah rakyat Selangor terus ditipu dengan penipuan ini? Sudahlah Khalib Ibrahim kencing dengan berbagai masalah Negeri yang sampai sekarang tidak selesai, tertapi menyalahgunakan sumber kewangan negeri untuk kepentingan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang paling tidak bertanggungjawap. 

Apa yang diperolehi setelah melabur dana Selangor sebanyak RM5 Juta? Hanyalah kerugian harta benda dan aset serta tanggungan yang berjumlah RM1,828,610.00. Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram Bersih 3.0 tidak berlaku.

Derma RM5 juta Khalid Ibrahim kepada Bersih 3.0 dan #occupydataran

Khalid Ibrahim tidak ada pilihan, kecuali mengeluarkan duit Negeri untuk membantu Bersih 3.0 dan budak-budak #occupydataran. Jumlah yang lebih besar adalah untuk Bersih 3.0. #occupydataran dapat juga rasa duit Kerajaan Selangor. Tak banyak. Tapi dapat. Untuk setiap student diberikan token RM500 ke RM1000 kira banyak jugalah tu. Bukan sikit.

Akhbar Melayu semua tak cover ‘derma kilat’ Khalid Ibrahim ini. Hanya The Sun yang dapat cover. Khalid sendiri memaklumkan: kempen ‘Selangorku Bersih’ akan digunakan untuk menjayakan program pemutihan pengundi.

Kalangan orang Pejabat MB tahu, tak banyak NGO yang datang jumpa Khalid untuk bajet ‘Selangorku Bersih’. Hanya Ambiga dan petugas Bersih yang menanti duit Selangor untuk dijadikan modal berhimpun hujung minggu yang akan datang. Jawatankuasa BERSIH diberikan lampu hijau untuk membuat segala macam ‘claims’ kepada Pejabat MB melalui program ‘Selangorku Bersih’.

Dalam pada banyak kawasan di Selangor masih kotor dan banyak dengan sampah, Khalid lebih suka untuk memberikan RM5juta kepada BERSIH dan penggerak anti PTPTN. Ianya hanya perlukan satu nota kecil Anwar untuk membolehkan bajet RM5juta diberikan kepada Bersih 3.0 dan budak-budak penggerak anti PTPTN. ‘

Kalau tidak percaya, sila lihat The Sun (20 April, mukasurat 8). Semuanya dinyatakan secara terbuka.

Kalau NGO pro-UMNO/BN bijak, mereka patut serang Pejabat MB dan mohon diberikan bajet yang sama – di bawah geran ‘Selangorku Bersih’. Sebab Khalid tekankan, bahawa bajet ini adalah terbuka kepada semua parti politik di Selangor. Apa lagi? Takkan nak biarkan Bersih 3.0 dan #occupydataran yang bolot.

Kekerapan Ambiga melawat Khalid di Pejabat MB kebelakangan ini membayangkan bahawa semuanya memerlukan WANG dan didokong oleh WANG. Kalau Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 ditaja oleh orang luar; Bersih 3.0 adalah acara yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Hebat percaturan. Dimaklumkan juga bahawa Ambiga tidak boleh mengharapkan bantuan antarabangsa kerana tahu akaun peribadinya sedang dipantau oleh agensi tertentu. Terlalu banyak transaction berlaku sebelum Bersih 2.0. Ini boleh menyebabkan integriti Ambiga tersembam ke tanah.

Khalid nyata seorang budak suruhan Anwar. Nota kecil Anwar sahaja sudah boleh menyebabkan bajet RM5 juta dikeluarkan untuk Bersih 3.0 dan #occupydataran. Hebat. sumber

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.