Apakah kaitan disebalik PAS Ikhwanul Muslimin dan Yusof Al-Qardhawi? Bagaimana PAS mencari modul dalam PAS dan siapa Ikhwanul Muslimin dan apa kaitan Yusof Al-Qardhawi. Bagaimana dari sudut Sunnah?
Rakaman ini adalah respon kepada Ijtima' Tarbawi PAS 2011 yang diadakan di Taman Melewar baru² ini di mana turut diundang dua tokoh dari Ikhwanul Muslimin iaitu Dr Mahdi Akif mantan Mursyidul Am dan Dr Kamal Al Helbawi dari Ikhwanul Muslimin Mesir. Kerjasama Ikhwanul Muslimin dan PAS sangat diragui di mana latar belakang Ikhwanul Muslimin yang dilihat tidak mempedulikan akidah demi meraih sokongan orang ramai termasuklah penerimaan mereka terhadap SYIAH yang terang² telah menghancurkan Ahli Sunnah di banyak negara. Bukan sahaja SYIAH, gerakan Ikhwanul Muslimin itu sendiri diragui akan ketulenan perjuangan mereka.
Ideologi Ikhwanul Muslimin juga kelihatan telah diterap masuk oleh parti PAS di mana kita dapat lihat mereka juga menerima sokongan tidak kira siapa termasuklah SYIAH sehinggakan orang No.2 PAS sekarang juga diwar-warkan sebagai pro SYIAH. Perkara ini sangat ditakuti kerana terdapat agenda² tersembunyi yang boleh menghancurkan negara jika tidak dikekang dengan kadar yang segera. Berikut adalah respon daripada beberapa ILMUAN SALAFI MALAYSIA terhadap perkara ini. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.