Apa jenis auta aku pun tak tahu, Lihatlah cakap-cakap janji yang sering kali berubah dan berbelit, apa dah jadi dengan Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100. Yang mana satu Anwar ibrahim hendak laksanakan aku pun tidak faham? Agak-agak manusia jenis kuat menipu ini tidak ingat janji-janji penipu yang lalu. Kalau macam inilah bakal Perdana Menteri yang reka cipta janjipun tidak sekata dan seragam, bolehkah dipercayai ke?
Anwar Ibrahim dalam kenyataan akhbar mengatakan Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). tapi pelik bukan apabila dia penah berjanji pelaksanaan gaji minimum di Selangor iaitu RM1500 yang sepatutnya sudah bermula awal tahun ini? Inilah yang menghairankan apabila Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100?
Kalau diimbaskan kembali, Khalib Ibrahim PKR telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun ini melalui semua anak syarikat negeri. Berita Kencing telah diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011.
Kononnya Abdul Khalid berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu akan dimulakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holding Berhad.
Bagi syarikat milik Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana RM10 juta akan disediakan bagi menampung kos pelaksanaan dasar ini. “Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum,” Kencingnya
Tetapi semua itu hanyalah mainan maha auta Khalib Ibrahim. Sehingga sekarang tahun 2012 telah masuk bulan 5, masih juga belum terlaksana malah sempat juga Khalib Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mempersoalkan tetapan gaji minimum oleh Datuk Sri Najib RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah Serawak. Yang mereka kencing harap bunyi sahaja RM10 juta, sedap bukan main! tapi pelaksanaan hanya kroni yang untung!
Kalau inilah yang Anwar Ibrahim lakukan sebagai Penasihat Ekonomi RM1, bagaimana hendak melaksanakan gaji minimum RM1100, sudahlah jumlahnya turun, malah janji-janji yang lepaspun belum tertunai? Jadi dimana sebenarnya tahap kecekapan Pakatan Rakyat menunaikan janji, semuanya sekadar namapak macam cakap-cakap tin kosong sahaja. Tidak payahlah hendak cipta karangan sehingga tahap Gaji Minimum Anwar Ibrahim Kencing Dari RM1500 Turun Lagi Ke RM1100, semata-mata untuk menjatuhkan Najib Razak, buktikan dulu apa yang mereka janjikan sebelum hendak mengutuk orang lain.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.