Tuesday, 29 May 2012

Haji Hadi Pertikaikan Kelayakan Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri

Adus! Bagaimana Haji Hadi tidak sedar yang beliau tersalah langkah hingga Haji Hadi Pertikaikan Kelayakan Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri

Ini terbukti apabila secara tidak langsung, kelayakan Anwar Ibrahim boleh dipertikaikan melalui rangkap ini "Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing" Rupa-rupanya dengan skandal sex boleh menjatuhkan kelayakan menjadi pemerintah!

Ehh Anwar Ibrahim ada berapa skandal sex haa? Alamak bermakna Anwar Ibrahim pun wajib dinafikan dari menjadi Perdana Menteri bukan? Sebab ada banyak skandal sex!

Kenapa Haji Hadi tidak mempersoalkan kelayakkan Anwar Ibrahim haa?

Opps! Tidaklah! Haji Hadi mempersoalkan secara haluslah! Sebab itulah Haji Hadi sekadar berseloroh kecil macam mahu tak mahu sahaja, apabila Kapal Singh mencalonkan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri! Huhh itu macam ka!

Kalau inilah bukan keadaan sebenar Haji Hadi patut menyahut cabaran Ustaz Fathul Bari untuk menjernihkan keadaan! Kerana dari ungkapan ini juga "Pas wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati."

Kalau PAS benar-benar bermaksudkan "PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam" Haji Haji adalah wajib terlebih dahulu memperjelaskan dan menyebarkan apa yang dicabar oleh Fathul Bari. Ada berani?

Ada lagi kenyataan Haji Hadi "Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan" Yang inipun Haji Hadi patut mempersoalkan sikap Menteri Besar dan Yang Berhormat Selangor yang telah menyalah kuasa dalam pengagihan tender Pasir dan Sampah Selangor hingga sampai tahap mengancam keselamatan rakyat Selangor. Iayalah kalau hal sampah menjadi sarang nyamuk dan tikus bukankah wabak penyakit menular ke.

PPM juga mahu menyentuh dari ungkapan ini "Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hatiTahupun Haji Hadi yang  Demotrasi adalah amalan menunjukan kebencian hati, tetapi Haji Hadi tidak pula mahu menjelaskan apa akibatnya jika kebencian hati dibiarkan hingga mengatasi akal? Tentu Haji Hadi tidak akan berani menjawap? Kerana sudah pasti kena tembak beradap!

Kerana tidak berani menjawaplah, ujudnya sikap Haji Hadi menyembunyikan semua keburukan Bersih 3.0 dengan sengaja mengada-adakan bentuk keganasan kepada pihak polis. Malah tidak penah sekalipun Haji Hadi menegur Majlis Amal PAS yang sengaja merempuh sekatan polis dengan bertujuan mencetuskan pergaduhan antara polis. Kenapa Haji Hadi diamkan?

Kenapa PPM menyentuh hal Bersih 3.0 ini? kalau anda benar-benar handak tahu tontonilah youtube di bawah sampai habis.
Kenapa PPM mengharapkan pembaca menonton Youtube di atas? Kerana PPM ingin menyentuh perihal ungkapan Haji Hadi seterusnya "Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihan raya yang mengotorkan amalan demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihan raya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain."

Tetapi tidak berani sama sekali menyentuh siapakah disebalik NGO dan apa bentuk perjuangkan sebenar-benarnya. Kalau anda ingin mengetahui siapa NGO tersebut rujuk post ini yang pasti banyak diantaranya memperjuangkan agenda memurtadkan umat islam. Adakah Haji Hadi berani menghuraikan isu ini?

Tentulah mustahil buat Haji Hadi untuk menjelaskan semua ini kerana Haji Hadi sendiri seorang yang penakut menegakkan Negara Islam, Hukum Hudud dan Perdana Menteri terdiri dari umat islam, apabila berdepan dengan DAP! Kalau sekarang ini Haji Hadi sudah takut apa lagi kalau benar-benar Pakatan Rakyat menawan Putrajaya?

Dan terakhir sekali ungkapan Haji Hadi di Sinar Harian "Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah" Tetapi Haji Hadi terlupa hanya Dajjal sahaja yang menawarkan ganjaran syurga buat pengikutnya!

Terserahlah sama ada kita semua dipengaruhi untuk berpecah atau untuk bersatu. Kesan akhirnya kita semua yang sama-sama tanggung jika masih ujud pihak yang menyembunyikan ancaman sebenar kepada umat islam di Malaysia demi agenda politik.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.