Monday, 21 May 2012

Haji Hadi Semakin Kecewa Dengan PAS Dan Pakatan Rakyat

Nik Aziz tentu tergamam apabila Haji Hadi menyetakan kesediaannya tidak akan bertanding dalam PRU13. Anwar Ibrahim sedang meneliti bagaimana memaksa Haji Hadi terus makan telunjuknya. Ini Bukan kali pertama kekecewaan Haji Hadi disuarakan setelah idea untuk menyatukan umat islam dan menegakkan Hudud selalu dipermain-mainkan Pakatan Rakyat. Apakah ini jawapan berkenaan PAS yang semakin tidak releven lagi? kerana Haji Hadi sendiri semakin hilang keyakinan dengan apa diperjuangkan PAS? Atau satu lagi sendiwara PAS yang terkenal dengan drama-drama basi? Haji Hadi Semakin Kecewa Dengan PAS Dan Pakatan Rakyat Kita lihat ajelah.. 

Tidak Tanding PRU13: Hadi Tertekan 

Antara Pos
SHAH ALAM: Keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke 13 akan menguatkan persepsi bahawa beliau menghadapi tekanan daripada golongan tertentu dalam PAS, kata seorang wartawan dan penganalisis politik.

"(Dalam) keadaan Pakatan Rakyat sedang berusaha menakluki Putrajaya, saya rasa dia perlu mengambil bahagian dalam PRU 13 untuk tidak nampak berlaku tekanan dalam PAS terhadap beliau,” kata Sayuti Omar, bekas pengarang Harakah dan penulis buku-buku politik.

"Saya rasa dia ada sedikit kekecewaan apabila misi dia sebagai Presiden tidak disambut misalnya dia pernah hendak mengadakan kerjasama dengan UMNO tetapi idea tidak disambut walaupun tidak ditentang.

"Saya rasa bertolak daripada itu … dia berasa lesu... Sebab kita tahu dia ini seorang yang hendak kepada kerajaan perpaduan tetapi tidak dilaksanakan, jadi saya rasa dia sedikit kecewa,” kata Sayuti kepada Antarapos.

“Walaupun perkataan kecewa itu tidak wajar sebab kekecewaan ini tidak perlu ada pada seorang pejuang tapi mungkin, kalau dia lesu (adalah) kerana idea dia untuk menyepadukan Umno - PAS tidak menjadi," katanya.

Sayuti mengulas keputusan muktamad Hadi untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang pada PRU 13 kerana “lesu” setelah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun.

Hadi berkata beliau kini mencari pengganti calon untuk kedua-dua kerusi itu. Keputusan Abdul Hadi membuat pimpinan PAS Pusat terkedu. Mereka mendesak beliau untuk bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan Hadi itu akan memberi kesan besar kepada parti dan menggesa beliau untuk menimbang semula keputusan berkenaan.

Sayuti menegaskan keputusan Hadi itu mungkin didorong oleh kewujudan kumpulan baru dalam PAS yang semakin berpengaruh dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

"Dalam PAS ada dua generasi. Satu yang pegang kepada Islam iaitu Melayu yang kebanyakannya adalah golongan-golongan tua…. (dan satu lagi) golongan muda yang dikenali sebagai profesional liberal.

"Golongan profesional liberal ini tidak bersetuju dengan dia (Hadi)...sebab mereka lebih yakin bahawa … PAS dengan Pakatan Rakyat boleh bekerja sendiri tanpa kerjasama dengan UMNO," katanya.

Sayuti berkata Hadi patut bertanding kerusi Parlimen dan memberikan laluan kepada calon lebih muda di Rhu Rendang.

"Kalau dia bertanding dalam DUN, orang akan melihat dia sebagai calon Menteri Besar, sedangkan bagi saya dia tidak sesuai lagi menjadi MB, apa lagi dia sebelum ini pernah pegang satu penggal sahaja selepas itu PAS kalah," katanya.

Ditanya kesan keputusan Hadi itu terhadap peluang PAS pada PRU ke 13, Sayuti berkata natijah itu tidak banyak akan dirasai di peringkat kebangsaan.

"Dalam konteks pusat atau nasional, ia tidak akan memberi apa-apa kesan tetapi dia akan memberi sedikit kesan kepada negeri Terengganu. Mungkin orang yang bersefahaman dengan dia akan berasa sedikit kecewa.

"Tetapi di peringkat pusat, dia tidak akan memberi kesan sebab kuasa politik dia tidaklah begitu besar,” kata Sayuti

2 comments:

  1. tak lama lagi mampuslah PAS tu

    ReplyDelete
  2. Adakah ini petanda penguasaan puak pro-Anwar dlm PAS?

    KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.