Saturday, 19 May 2012

Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga Melarikan Diri Dari Berdepan Cabaran Pemuda UMNO


1,500 rakyat Malaysia menjadi saksi Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga Melarikan Diri Dari Berdepan Cabaran Pemuda UMNO pula. Sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang, bertemadun dan beradab. Bukan tampil sebegini rupa yang boleh menjatuhkan maruah negara.

Najib Razak sememangnya seseorang yang boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi kita sebagai rakayat walaupun berbeza pendapat, haruslah bersikap bersopan dengan melakukan apa jua luahan hati secara berhemah, kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau.

Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga dirinya sendiri dimalukan dengan perbuatannya pun, apabila Najib Razak berkata ''Berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia," sambil menerima tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia - para perantau, para pelajar dan orang Malaysia yang sayangkan negara yang datang dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dewan Indigo, Arena O2, Greenwich, timur London, 

Sudahlah Najib Razak jinakkan sibacul Hiu Woong Sin hingga melarikan diri dari berdepan cabaran Pemuda UMNO. Dimana sibacul ini bersembunyi? Kenapa tidak tampilkan diri?

KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mencabar Hiu Woong Sin, individu yang membuat kecoh di program santai Sepetang Rakyat Malaysia di United Kingdom Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlansung di O2 Arena London baru-baru ini, untuk berdebat dengan wakil Pemuda UMNO secara terbuka di London bagi memperbahaskan tentang isu perhimpunan Bersih yang beliau timbulkan secara tidak beradap dalam majlis tersebut.

Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh, beliau menegaskan bahawa satu surat jemputan debat secara rasmi akan dihantar kepada individu berkenaan selewat-lewatnya hari ini.

"Surat cabaran itu akan dihantar melalui ahli-ahli Kelab UMNO United Kingdom kepada beliau dan InsyaAllah, dalam masa sehari dua ini dia akan menerima surat tersebut," jelas beliau ketika mengadakan sidang media di PWTC di sini hari ini.

Tegasnya lagi, sekiranya Hiu bersetuju, Pemuda UMNO akan menguruskan program debat tersebut di London yang akan diadakan di dalam suasana yang lebih harmoni dan ilmiah, agar segala isu dan permasalahan yang terpendam dalam dirinya itu dapat diluahkan secara lebih matang dan rasional.

"Sekiranya beliau gagal untuk memberikan respon terhadap cabaran kami ini, maka kami berpendapat bahawa beliau adalah seorang pengecut dan biarlah rakyat menilai sendiri bagaimana sikap golongan yang menyokong perhimpunan bersih ini," jelasnya lagi.

Tambahnya, cabaran debat ini adalah untuk memastikan bahawa perkara dan perlakuan biadap seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat dan kebaikan untuk semua.

"Kita merasakan tindakan yang dilakukan oleh Hiu itu satu perlakuan biadap yang mencemarkan dan memalukan imej rakyat Malaysia secara amnya. Tindakannya memekik dan membuat kecoh di dalam majlis yang dihadiri oleh orang ramai itu seolah-olah menggambarkan rakyat Malaysia tidak mempunyai adab budi bahasa dan sopan santun.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan biadap Hiu yang secara terbuka menghina ketua negara dan hari ini kita mahu mencabar beliau untuk berdebat dengan saya, secara berdepan dan secara terbuka di London dan kami berikan tujuh hari untuk beliau memberikan respon terhadap cabaran debat ini," tegasnya.

Khairun juga tidak menolak bahawa sikap yang diperlihatkan oleh Hiu ini mungkin berpunca daripada kekeliruan dan ketidafahaman beliau terhadap isu perhimpunan bersih yang terlalu banyak diputar belitkan oleh pihakpembangkang bagi mengelirukan rakyat, baik di dalam dan di luar negara.

"Sebab itu Pemuda UMNO Malaysia berpendapat bahawa debat ini perlu diadakan bagi memperjelaskan kepada beliau tentang isu ini yang mungkin ada beberapa fakta yang beliau tidak tahu tentangnya," ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan bahawa budaya biadap dalam menegur pemimpin negara seperti ini perlu dikekang kerana ia merupakan satu contoh dan teladan yang amat negatif jika dilihat dari sudut pendekatan politik, terutamanya di kalangan anak muda di negara ini

Sudahlah Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga Melarikan Diri Dari Berdepan Cabaran Pemuda UMNO. Dimana sibacul ini bersembunyi? Kenapa tidak tampilkan diri? Kau fikir kau seorang ke ada suara?

1 comment:

  1. Belakang2 dia beranilah kutuk, depan2 mana berani beb..

    HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini.

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.