Saturday, 5 May 2012

Nik Aziz Percaya Ambiga Sreenevasan Satukan Umat Islam


Semenjak campurtangan Ambiga banyak berlakunya kekacauan, dan ketidakstabilan negara. Adakah perpecahan perbezaan politik Melayu tidak cukup lagi? Sekarang sesama Islam sesama Melayu bertelagah bergaduh malah ada yang sanggup bergaduh hingga boleh menjurus kepada pembunuhan.

Ini jelas kalau  kita melihat sendiri dalam kejadian sebuah kereta peronda polis diserang bertubi-tubi oleh para peserta Bersih 3.0 yang hilang kewarasan. Adakah mereka yang melontar pelbagai objek kepada pemandu kereta peronda, tidak boleh meresikokan kemalangan yang mengakibatkan kematian? Adakah ini memberi Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Nik Aziz Percaya Ambiga Sreenevasan Satukan Umat Islam dan membawa perpaduan semua kaum?

Bagaimana perasaan sesiapapun yang memandu dalam keadaan diserang dari serata sudut? Adakah Mat Sabu boleh memandu dalam keadaan sedemikan rupa tampa terlibat dalam kemalangan? Semua ini didiamkan oleh perosak negara Pakatan Rakyat Pakatan Haram. Bersih 3.0 atau Kotor 3.0 sebenarnya?

  • Semuanya kerana Ambiga? 
  • Boleh Ke Umat Islam Bersatu Di Berlakang Ambiga Sreenevasan? 
  • Adakah PAS Hancus, Nik Aziz Percaya Ambiga Sreenevasan Satukan Umat Islam? Kerana dia yang menghalalkan perhimpunan dan menghalalkan kegaganasan yang menentang kerajaan.
  • Tidak perlu diajukan soalan buat Perosak Rakyat Anwar Ibrahim dan Penipu Rakyat Azmin Ali kerana mereka itu Pengkhianat Rakyat.


Sementara itu Penipu Rakyat Mat Sabu cuba mencari jalan mengalihkan cerita kepada kezaliman Polis. Kelakuan Penipu Rakyat Mat Sabu hanyalah semata-mata untuk menutup cerita yang Perosak Rakyat Anwar Ibrahim dan Penipu Rakyat Azmin Ali memberi kata-kata perangsang kepada peserta untuk merusuh, khianatan terancang untuk melahirkan suasana mendorong peserta Bersih 3.0 terikut tampa  fikiran waras, untuk merusuh memecah sekatan polis hingga berlaku adengan-adengan ganas yang tidak dingini.

Apakah hasil kita dapat? Sedangkan angka kerugian harta benda dan aset serta tanggungan yang berjumlah RM1,828,610.00. Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram Bersih 3.0 tidak berlaku. Adakah ini menjadi hintungan Ular Dalam Semak Nik Aziz, Perosak Rakyat Anwar Ibrahim dan melayu yang tidak mengaku melayu ini?

Perosak Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Nik Aziz Percaya Ambiga Sreenevasan Satukan Umat Islam, termasuk lain-lain makhluk perosak negara ini, Kalau tidak percaya masakan mereka berharap kepada Ambiga bukan! mereka sanggup mengadai apa sahaja demi nafsu!

Kalaulah Umat Islam lebih mempercayai Ambiga yang Anti Islam dan Penyokong Tegar gejala kemurtadan negara. Entahlah hendak gelar jenis umat Islam apakah? yang patut dilebelkan. Sedangkan terang-terang mereka tak ubah seperti perosak negara?



No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.