Wednesday, 9 May 2012

Saksi Kepada Kegiatan Memurtadkan Umat Islam Selangor Dilanggar Lori - Hasan Ali

Pasangan suami-isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam baru-baru ini dikatakan menerima 'gangguan' selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media bulan lalu.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata kedua mereka bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan itu. 

"Saya sudah katakan atas keselamatan isu ini tidak boleh dibuat, bila kita pamerkan selepas itu dia diganggu, kedua-dua mereka telah diganggu.

"Mereka ini terlibat dalam satu kemalangan di mana keretanya dilanggar oleh lori. Teorinya ada yang mengatakan ia adalah pelanggaran biasa, teori lain mengatakan ada kaitan dengan revolusi dia dalam video tersebut," katanya.

Hasan bagaimanapun berkata pasangan berkenaan selamat dalam kemalangan serius itu. 

"Pasangan tersebut selamat, tetapi kenderaannya habislah," katanya.

Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan telah pun membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

"Ya pasangan tersebut ada buat laporan polis," katanya.

Selain itu, Hasan turut memaklumkan selepas pendedahan video murtad tersebut pada 2 April lalu, isu memurtadkan umat Islam di negara ini kelihatan 'reda' sedikit. 

"Selepas pendedahan, saya rasa kesannya amat baik, pertama sekali sudah 'reda' sekarang ini,"katanya. 

Hasan pada awal bulan lalu membuat pendedahan bukti video individu Melayu Islam yang pernah keluar dari agama Islam bagi membuktikan dakwaan beliau gejala memurtadkan Muslim di negara ini sememangnya berlaku.

Pendedahan yang dibuat di kediamannya itu menayangkan video sepasang suami isteri yang pernah terlibat dengan kegiatan Kristianisasi sehinggalah kepada mereka dimurtadkan. 

Video dengan durasi 16 minit dan 42 minit itu ditayangkan kepada pemberita, manakala video tanpa edit dengan durasi sejam setengah hanya ditayangkan kepada pihak berkuasa agama demi menjaga eksklusiviti video berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.