Itu dia setakat ini je ke Hulubalang Sibacul Hiu Woong Sin yang bukan main menyalak sangat ketika Najib Razak berucap di Arena 02 London. Bukan main galak menyalak tetiba tahu pula terkencing cabut lari apabila saat-saat berdebat dengan Pemuda UMNO hampir tiba tarikhnya. Ohhh apa punya pengecut hulubalang Pakatan Haram yang kalah sebelum berperang.
Sudahlah dimalukan apabila 1,500 rakyat Malaysia menjadi saksi Najib Razak Jinakkan Sibacul Hiu Woong Sin Hingga Melarikan Diri Dari Berdepan Cabaran Pemuda UMNO pula. Sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang, bertemadun dan beradab. Bukan tampil sebegini rupa yang boleh menjatuhkan maruah negara.
Sekarang kenapa tidak berani menyelak berdepan dengan Pemuda UMNO. Sebelum itu kita merujuk dahulu kepada
KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mencabar Hiu Woong Sin, individu yang membuat kecoh di program santai Sepetang Rakyat Malaysia di United Kingdom Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlansung di O2 Arena London baru-baru ini, untuk berdebat dengan wakil Pemuda UMNO secara terbuka di London bagi memperbahaskan tentang isu perhimpunan Bersih yang beliau timbulkan secara tidak beradap dalam majlis tersebut.
Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh, beliau menegaskan bahawa satu surat jemputan debat secara rasmi akan dihantar kepada individu berkenaan selewat-lewatnya hari ini.
"Surat cabaran itu akan dihantar melalui ahli-ahli Kelab UMNO United Kingdom kepada beliau dan InsyaAllah, dalam masa sehari dua ini dia akan menerima surat tersebut," jelas beliau ketika mengadakan sidang media di PWTC di sini hari ini.
Tegasnya lagi, sekiranya Hiu bersetuju, Pemuda UMNO akan menguruskan program debat tersebut di London yang akan diadakan di dalam suasana yang lebih harmoni dan ilmiah, agar segala isu dan permasalahan yang terpendam dalam dirinya itu dapat diluahkan secara lebih matang dan rasional. Sambung baca seterusnya.
Dan ini berlanjutan dengan cerita terbaru pada
KUALA LUMPUR: Debat antara EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh dengan Hiu Woong Sin, individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di London, dibatalkan.Muhammad Khairun berkata Hiu menarik diri pada 25 Mei walaupun Hiu terdahulu sudah menerima surat pelawaan Pemuda UMNO melalui jentera UMNO di London pada 18 Mei untuk berdebat dengannya di sana."Beliau sebenarnya sudah bersetuju untuk berdebat sehinggalah pada 25 Mei lalu, kami (Pemuda UMNO) mendapat maklum balas bahawa beliau menarik diri untuk berdebat apabila surat penarikan diri beliau disiarkan oleh Malaysiakini," katanya pada sidang berita di sini hari ini.Pada 18 Mei lalu, jentera UMNO di London sudah menghantar surat pelawaan bagi pihak Pemuda UMNO untuk berdebat dengan Hiu dan beliau menyatakan kesudiannya untuk berdebat pada hari yang sama menerusi laman twitter peribadinya.Pemuda UMNO mempelawa Hiu berdebat berikutan tindakannya yang berbuat bising dan melaungkan perkataan "BERSIH" pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di London pada 15 Mei lalu.Muhammad Khairun mendakwa Hiu hanya "kuat berkokok" kerana apabila Pemuda UMNO sediakan platform yang sesuai untuk beliau meluahkan perasaannya, beliau menarik diri walaupun pada awalnya sudah bersetuju untuk berdebat.Beliau berkata Malaysia tidak menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara, tetapi biarlah ada had dan tidak keterlaluan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.