Wednesday, 20 June 2012

Anwar Ibrahim Bengang Dengan Dr Mashitah Cari Pasal Dengan LGBT

Inilah yang buat Anwar Ibrahim Bengang Dengan Dr Mashitah Cari Pasal Dengan LGBT dan dengan sengaja menggangu kebebasan golongan tersebut. Ambiga turut panas hati dengan sikap Dr Mashitah yang tidak habis-habis buat hal dengan mereka. Apalah salah Dr Mashitah yang bertindak memenuhi tangungjawap dirinya kepada negara.

Ikuti pendedahan Dr Mashitah di Parlimen dalam soal LGBT. PecahPalakMikir sokong usaha berterusan Dr Mashitah ..

Timbalan menteri hal ehwal agama Datuk Mashitah Ibrahim berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang melindungi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau gaya hidup mereka daripada tindakan kerajaan.

Katanya, Perkara 8 Klausa 1 dan 2 dalam Perlembagaan mendefinisikan gender berdasarkan seseorang itu lelaki atau wanita dan bukannya berdasarkan jantina yang disukai oleh seseorang individu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) di Dewan Rakyat hari ini.

Ngeh berkata kerajaan perlu mengambil kira untuk memansuhkan undang-undang yang mendiskriminasi golongan LGBT, yang berdasarkan doktrin agama.

Sebaliknya, kerajaan perlu menggubal undang-undang yang lebih adil kepada semua, katanya.

Perkara 8 Klausa 1 dalam perlembagaan itu memberi jaminan bahawa "Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang" manakala Klausa 2 pula menyatakan bahawa "tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina."

1 comment:

  1. Anwar ni kan ikon LGBT...

    NAK ALIH DARI ISU RAMPASAN PADANG PKNS & RM3 BILION ANWAR, NIK NAZMI BUKA ISU BASI ISTIJUARA. Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.