Fuhhh!!! bukan alang-alang yang cuba mempertahankan Anwar Ibrahim, rupa-rupanya kenyataan Dr Mashitah di parlimen telah mendapat liputan dunia. Anwar ibrahim bukan keseorangan rupanya! Buat sesiapa yang tertinggal rujuk sini. dan baca berita di bawah.
Kenyataan Dr Mashitah Berita Utama Laman Gay
AIDCNews – 20/06/12 – Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat semalam telah disiar sebagai salah satu Berita Utama di laman gay, gaystarnews.com hari ini.
Dengan tajuk “Minister says Malaysia constitution does not protect LGBT citizens“, penulisnya, Anna Leach memetik kata-kata Dr Mashitah ketika menjawab isu berkaitan dengan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia.
“Satu siri pemulihan dan rawatan melalui kursus akan diberikan kepada masyarakat Islam yang terbabas daripada prinsip serta norma masyarakat bertamadun,” kata Mashitah. Beliau berkata mengamalkan LGBT adalah menentang Islam dan Perlembagaan Negara kerana Perlembagaan Negara meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen dari DAP, kemudian bertanya apakah langkah itu sesuai untuk kerajaan menangani isu LGBT hanya berdasarkan doktrin agama.
Mashitah menjawab komuniti LGBT di Malaysia tidak dilindungi oleh Perlembagaan.
“Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengatakan mesti tidak ada diskriminasi rakyat dari segi agama atau jantina dan seks. “Seks” tidak pernah ditafsirkan sebagai orientasi seksual, (tetapi) ia sentiasa ditafsirkan yang bermaksud sama ada lelaki atau perempuan, dan mereka sahaja yang dilindungi oleh Perlembagaan,” kata Mashitah.
Laman gay itu juga turut mendapatkan komen daripada Peng Khee Teik, pengasas bersama Seksualiti Merdeka yang mempertikaikan takrif seks dan jantina yang dinyatakan oleh Mashitah itu.
Menurut Peng, Perlembagaan negara tidak pernah menentukan jantina itu hanya bermaksud lelaki dan perempuan sahaja.
“Saya harap orang-orang yang mahu membuat dasar tentang jantina ini akan sentiasa mengemas kini tentang teori jantina, sekurang-kurangnya … pemahaman simplistik jantina yang hanya terdiri daripada lelaki dan perempuan sahaja tidak hanya pandangan lama (yang perlu) dibuang, tetapi tidak mencerminkan kepelbagaian kemanusiaan kita. Kita akan berisiko menjadi bahan ketawa dunia jika kita masih berpegang dengan konsep yang ketinggalan zaman.”
Laman itu juga turut memetik pandangan dari seorang lesbian Malaysia yang hanya memberikan namanya sebagai Suzie yang berkata bahawa dia sudah ‘muak’ dengan kempen berterusan yang ditaja oleh kerajaan terhadap komuniti LGBT di negara ini.
“Berapa lama ahli-ahli politik Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan akan mengambil masa untuk mereka benar-benar memahami bahawa kita tidak memilih untuk menjadi gay?” katanya, sambil menambah bahawa ‘tindakan keras’ terhadap golongan muda LGBT akan menyakitkan dan menyebabkan kerosakan yang lebih banyak daripada mereka sedar.”
Pada 17 Januari lalu, laman Gay itu juga turut memuatkan berita serangan media terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu melabel undang-undang anti-homoseksual sebagai ‘lapuk’.
Dengan tajuk “Malaysia’s mainstream politicians outraged by criticism of gay laws” laman Gay itu memetik kata-kata Anwar Ibrahim semasa diwawancara BBC:
‘Kami akan menilai semula beberapa undang-undang yang lapuk. Kami muslim dan bukan muslim secara umumnya mengiktiraf institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menghukum dan mempertimbangkan undang-undang lapuk itu sebagai relevan. Kami perlu menilai semula (undang-undang tersebut). Kami tidak mempromosi aktiviti homoseksual di ruang awam, saya tidak fikir, kami perlu memohon maaf terhadapnya. Tetapi saya fikir menggunakan undang-undang seperti ini untuk menghukum orang yang tidak bersalah tidak boleh dibenar atau dibiarkan”.
Kenyataan Anwar di atas, menurut laman gaystarnews.com telah dikritik oleh Dr Mahfodz Mohamed dari PAS, Dr Hasan Ali dan Ahmad Maslan dari BN.
Selain artikel itu, gaystarnews.com juga pernah menyiarkan sekurang-kurang 10 artikel berkaitan Anwar Ibrahim.
GayStarNews.comadalah berita terkini berkaitan komuniti LGBT di seluruh dunia. Berbeza dengan mana-mana laman web gay yang lain, laman ini sentiasa mengemaskini berita-berita berkaitan komuniti mereka kerana laman yang berpengkalan di United Kingdom itu mempunyai wartawannya sendiri yang bekerja secara sepenuh masa.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.