Sunday, 17 June 2012

Haji Hadi Terjemah Dosa Nizar Lebih Kecil Berbanding Hasan Ali

Haji Hadi melatah apabila Nizar Jamaluddin sejak akhir-akhir mendapat serangan bertubi-buti dari setiap sudut. Serangan ini menyebabkan Haji hadi dan PAS menjadi gusar dengan peluang PAS menakluk Johor, apatah semangat rakyat Johor sanggup meluang masa berkumpul hingga berpuluh ribu mengadap sultan Johor tanda sokongan menentang fitnah yang dibuat oleh Nizar Jamaluddin.

Kesanggupan rakyat Johor berkumpul menyokong sultan Johor bukan satu alasan untuk PAS mengenakan tindakan disiplin kepada Nizar. Kerana pada haji Hadi dosa Nizar tidaklah sebesar manapun berbanding 

Hasan Ali yang dianggap amat berdosa kerana bertindak menyerang aktiviti-aktiviti memeurtadkan umat Islam di selangor

Hasan Ali dianggap berdosa kerana memerangi arak dan maksiat di Selangor hingga boleh menyebabkan cina DAP kegusaran.

Hasan Ali dianggap berdosa kerana menegur Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dan jika dibandingkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih besar dari Sultan Johor. Sebabnya kalau Hasan Ali bersuara menegur mereka terus kena pecat tampa bicara tetapi Nizar yang bertindak mengeluar kenyataan mempertikai Sultan Johor membeli plate no WWW1 dengan alasan-alasan mengjatuhkan maruah Sultan yang sebenarnya amat prihatin kepada rakyat jelatanya. Dianggap Haji Hadi sebagai dosa kecil dan dari menegur Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, sebab itu sebarang tindakan kepada Nizar sengaja dilambat-lambatkan.

Malah haji Hadi bertindak sebaliknya iaitu menyerang UMNO pula, wahal kisah Nizar mengeluar kenyataan di Twitter adalah tindakan Nizar sendiri. Kenapa UMNO yang menjadi bahan serangan balas.

Adalah tidak masuk akal jika orang seperti Nizar layak menegur sultan dalam hal kebajikan rakyat, sedangkan diri Nizar sendiri yang penah berpeluang menjadi Menteri Besar Perak, di hari-hari pertama menjadi MB Nizar memikirkan bagaimana hendak bergaya dengan menukarkan kenderaan Perdana dengan alasan-alasan penyelengaraan untuk bergaya dengan Camry. Berbanding dengan Sultan Johor yang tidak menjamah sesenpun wang yang diberi Kerajaan untuk kegunaan peribadi dan sebaliknya menggunakan untuk kebajikan rakyat Johor. Jadi dimakna layaknya Nizar untuk menegur Sultan.

Yang peliknya kenapa perlu Haji Hadi Terjemah Dosa Nizar Lebih Kecil Berbanding Hasan Ali kalau dia betul-betul seorang pemimpin yang berwibawa?

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.