Monday, 4 June 2012

Pemuda PAS Cabar Debat Bertajuk PAS vs UMNO Siapa Sesat

Tajuk yang dibawa Pemuda PAS Cabar Debat Bertajuk PAS vs UMNO Siapa Sesat sememangnya akan menyebabkan puak-puak PAS bersorak dengan semangat bersifat melihat siapa kalah dan menang! penuh dengan kebanggaan kononnya berani mencari siapa juara! tetapi tidak sedar debat ini bakal memperlihatkan mereka semakin angkuh mengalakan perpecahan sesama umat!

Ini Bukan sesuatu yang umat islam boleh bangga-banggakan apabila kita berdebat demi mencari siapa yang sesat. Waraskah kalau anda benar-benar bertakwa atas nama Allah! Inilah kesedihan yang patut kita hapuskan dari jiwa masing dari dihasuti nafsu untuk mencari hujah mengjatuhkan hukum kepada umat lain. Siapa kita yang boleh menghukum orang sesuka hati! sedang kita hanya boleh menyatakan rukun dan bukannya menghukum!

Tajuk yang dibawa Pemuda PAS Cabar Debat Bertajuk PAS vs UMNO Siapa Sesat adalah bersifat bongkak dan pentingkan diri sendiri.  Rakyat menuntut bermuzakarah selesaikan masalah umat Islam dan bukan mengajak debat melagakan sesama umat Islam. 

Adakah selesainya debat yang penuh tuduh menuduh ini akan memberi keputusan positif kepada seluruh umat islam atau hanya memenuhi nafsu puak-puak PAS yang tidak lari dari sifar mempamerkan keangkuhan dengan tahap keislaman yang diamalkan. Entahlah PPM bukan hendak menuduh tetapi ikhlas cakap tajuk sahaja boleh menggambarkan Pemuda PAS bermegah-megah dengan amalan ibadat mereka! Adakah ini tujuan kita bermegah-megah atau mencari keredaan Allah!

Sepatutnya kita hindarlah dari mengajar generasi kita dengan memupuk semangat mendekati islam sambil mencerca orang lain hingga mengjadi bongkak dengan ilmu dan ibadat yang mereka amalkan! Persoalanya adakah ibadat berbentuk sedemikian diterima Allah? Ikutilah hujah yang jelas dibawah ini kalau ingin mencari kebenaran dan buat pernilaian sewarasnya demi Allah. Sejauh mana kita bertentangan pendapat tidak semestinya kita berperang seperti Pemuda PAS Cabar Debat Bertajuk PAS vs UMNO Siapa Sesat sebaliknya tampilkan dalam bentuk bermuzakarah kerana itu tuntutan yang jelas dari Allah!

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.